20 March 2011

Inche Najib, Jom Naik Komuter Esok Petang Jam Enam..?

Selepas menulis 'Pagi Ini Hampir-Hampir Saya Menjadi Inkredibel Hak', 'Kalau Saya Jutawan Pasti Saya Sudah Beli Sebijik Helikopter' dan 'Menjadi Mat Pot Itu Perlu Untuk Kebaikan Sejagat,' saya menerima banyak respon positif daripada kipas susah mati (Hohoho..) belog ini. Terima kasih anda. Anda memang kool dan berakhlak mulia..!

Tadi ketika menonton Buletin Utama di TV3, ada laporan tentang sistem transit sedia ada di negara ini dan saya tertangkap/terdengar kenyataan Inche Najib Tun Razak, Perdana Menteri 1Malaysia kita:

"Pakar-pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Jepun, Russia dan Singapura..."

Ketika ini hati saya hampir-hampir melonjak kegembiraan kerana saya sangkakan ayat tersebut akan dihabiskan seperti ini:

"...akan dipanggil dan diminta untuk berkongsi kepakaran mereka untuk memperbaiki dan menambahbaik sistem transit yang ada di Malaysia."

Tetapi anda tahu apakah ayat penghabisan yang sebenarnya..?

Anda betul mahu mendengarnya...? Jangan menyesal nanti ya..?

Baiklah. Bersedia. Satu, dua, tiga..

Tarik nafas.

"...memuji dan kagum dengan sistem transit yang sedia ada di negara ini."

Batu besar yang keras dan pejal jatuh menghempap kepala.

Anda rasalah, apa perasaan saya espeseli selepas menulis ketiga-tiga post seperti di atas apabila mendengar kenyataan sedemikian..??? Pffftttt...!

Anda rasalah, Inche Najib ni berasal dari Planet Musytari tak..??

Dan yang lebih utama, Inche Najib ni betul ke Perdana Menteri Malaysia...?!



-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

mr.pluto 20/03/2011, 22:57  

biasa la encik gabbana....

ayat piawai orang politik....

semua elok, semua orang kagum dengan usaha yang diorang buat...apatah lagi pemimpin m.a.l.a.y.s.i.a

bukan enonimus 20/03/2011, 23:30  

apakah???

lecturer German saya pun kutuk tren di Malaysia -__-"

Azlin Azman 20/03/2011, 23:56  

sabar

The President 21/03/2011, 00:28  

lawak tol gmbar itu

Mohammad Hijaz 21/03/2011, 00:38  

Anta kene lakukan jihad ni.... pergi tegur najib tu..hehe=)

Mohammad Aiman 21/03/2011, 07:28  

try port kat bini die haha

org yg tumpangkan anda semalam 21/03/2011, 07:53  

aku sangat memahami perasaan anda.. haish.. terasa nak balik sana balik..

arissa myana 21/03/2011, 11:10  

tak mampu nk komen dah.... nazak+tenat= SICK

(sambil figure out peranan diri sendiri)

Inche gabbana 21/03/2011, 11:37  

mr. pluto: dah tu rakyat m.a.l.a.y.s.i.a. sume nak caya apa yg gomen tu cakap en..? bila time mengundi, pangkah juga dacing tu..

pada hal dah bertahun-tahun kita semua kena tipu..!

hadoilamak.

Inche gabbana 21/03/2011, 11:38  

bukan enonimus: sy rasa yg puji sistem di negara kita tu kompem tak penah naik tren kt ngr sendiri tu..

hohoh..

Inche gabbana 21/03/2011, 11:42  

cucu hj. hassan: ye, mmg tgh bersabar la ni. kalau tak dah jadi inkredibel haq dah.

eh mmg komen anda skang ni satu patah perkataan je eh..? hihihi..

Inche gabbana 21/03/2011, 11:44  

imran: lawak ke..? lebih lawak kerajaan nak jugak bina MRT tu padahal patut improve system yg sedia ada dulu.. lawak lawak..

Inche gabbana 21/03/2011, 11:44  

hijaz: haha.. jihad yg sebenarnya adalah mengubah masyarakat dari bawah. kalau najib je yg ditegur tapi kebanyakan masyarakat masih ada mentaliti macam Najib, susah tu..! ;)

Inche gabbana 21/03/2011, 11:45  

aiman: err. sama jugak kot, ibarat anjing meyalak bukit. hohoho..

Inche gabbana 21/03/2011, 11:45  

orang yang tumpangkan saya semalam: haha.. jangan jangan. tugas kita kat sini baaannyaaaakk lagi. ;)

Inche gabbana 21/03/2011, 11:46  

arissa: setuju. dalam kita komplen-mengomplen, apa peranan kita untuk mengubahnya..? hhhmm....

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP