3 January 2011

Mimpi

Malam semalam saya sempat bertilawah dan bertadabbur beberapa ayat dari surah Yusuf, surah ke dua belas dalam al-Quran. Saya yakin kebanyakan daripada anda sudah pun mengetahui yang Nabi Yusuf a.s. dikurniakan dengan kelebihan/mukjizat mentakwil mimpi.

[Kredit Gambar]

Kisahnya bermula apabila Nabi Yusuf a.s. dihumban ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Di dalam penjara, dia berkawan dengan dua orang bekas pelayan istana; seorang pelayan minuman dan seorang lagi pembuat roti. Kedua-duanya meminta Nabi Yusuf a.s. untuk menfsirkan mimpi yang mereka alami.

Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur." Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)." 
[Yusuf, 12:36]  

Si pelayan minuman bermimpi yang dia memerah anggur. Si pembuat roti bermimpi burung-burung memakan roti di atas kepalanya. Lantas mereka meminta Nabi Yusuf a.s. menkwilkan mimpi mereka kerana entah macam mana, mereka yakin yang baginda boleh membantu mereka mamahami maksud mimpi mereka setelah melihat kesolehan dan kebaikan Nabi Yusuf a.s.. 

Lantas Nabi Yusuf a.s. pun memberikan tafsirannya; si pembuat minuman akan dibebaskan dalam masa tiga hari dan bekerja semula dengna istana, sedangkan si pembuat roti akan disalib dan burung-burung akan mematuk dan memakan sebahagian daripada kepalanya.

Apa yang menarik perhatian saya bukanlah tafsiran mimpi yang diberikan oleh Nabi Yusuf a.s., tetapi dakwah yang dilaksanakannya sebelum dia mentafsirkan mimpi mereka. 4 ayat selepas ayat 36 (ayat 37, 38, 39 dan 40) adalah ajakan Nabi Yusuf a.s. kepada kedua orang kenalannya itu, dan pada ayat 41 barulah Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan mimpi mereka. (Sila rujuk al-Quran untuk versi lengkap).

Lihatlah bagaimana Allah mahu mengajar kita cara berdakwah yang efektif dan efisien; gunakan kelebihan yang ada pada diri untuk menarik manusia di sekeliling agar mengEsakan Allah. Di dalam kisah Nabi Yusuf a.s., baginda menggunakan kelebihannya mentakwil/mentafsir mimpi untuk berdakwah; diperjelaskan kepada kedua-dua kenalannya itu yang kelebihannya mentakwil mimpi itu adalah kurniaan daripada Allah. Hasil, outcome itu semata-mata daripada Allah dan kita sebagai manusia hanya berusaha.

Kita sewajarnya mengaplikasikan teknik/metod yang sama dalam menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan. Anda yang petah berkata-kata, sewajarnya menggunakan kelebihan itu untuk menarik minat orang ramai untuk mendengar cerita-cerita anda; cerita-cerita yang mengajak mereka untuk tunduk dan patuh kepada Allah.

Anda yang pandai berbisnes, sewajarnya meramaikan 'downline' anda dengan kelebihan anda meyakinkan orang ramai tentang 'perniagaan' anda. Bukankah dakwah itu juga satu perniagaan..? (Rujuk at-Taubah, 9:111)

Anda yang pandai memasak lagiiiillaaaah banyak advantage. Umpanlah orang di sekitar anda dengan masakan anda yang super dahsyat sedap itu. Apabila mereka sudah mula ketagih dengan masakan anda, ketika inilah anda menggunakan peluang keemasan ini untuk menyentuh hati-hati mereka. Moto yang selalu saya gunakan, "Dari perut naik ke hati." Gelak comel. 

Anda yang suka dan pandai bersukan, juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini; sewajarnya anda menggunakan kelebihan anda itu untuk menarik ramai orang bersama-sama dengan saf perjuangan Islam. Mula-mula ajak mereka bermain futsal, kemudian apabila mereka sudah senang dengan anda, mulakan operasi mencucuk jarum-jarum halus. Dan apabila jarum-jarum sudah berjaya dimasukkan, apa lagi?? Kaillah ikan-ikan tu segera..! Wahahaha.. *evil laugh* 

Ok tak evil. Malah sangat mulia sebenarnya. Senyum.

Kelebihan yang Allah beri pada kita tidak sepatutnya disia-siakan ke arah jalan jahiliyyah. Di akhirat nanti kita pastinya akan dipertanggungjawabkan dengan kelebihan-kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada kita. Apa guna Aku beri kau suara yang lunak dan merdu? Apa guna Aku berikan kau kelincahan berlari? Apa guna Aku beri kau kekayaan duniawi? Apa guna Aku kurniakan kau dengan lidah yang petah dan fasih..?? Ha, jawablah, jawab...!


Ingat! Tiada istilah kebetulan dalam kehidupan! Suara anda yang sedap itu bukanlah suatu kebetulan. Tangan anda yang sangat mangkor lagi tough itu juga bukan satu kebetulan. Malah kelicikan anda berfikir dengan strategik, amat mudah mencari jawapan dan sebagainya bukanlah suatu kebetulan. Semuanya dikurniakan oleh Allah, dan pastinya Allah mengharapkan pulangan yang bermakna daripada kurniaanNya itu. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 
[Yusuf, 12;108]

***

Malam tadi saya telah bermimpi tentang kematian, bukan satu tetapi dua kematian. 

[Kredit Gambar]

Kes pertama, saya telah ditangkap entah siapa dan dijatuhkan hukuman penggal kepala oleh sebab kesalahan entah apa. Ada lima orang kesemuanya yang dijatuhkan hukuman mati tersebut.

Kami semua melutut di sebuah padang pasir dan kedudukan saya adalah di tengah-tengah antara lima banduan yang bakal dihukum mati. Saya dapat lihat dengan jelas bagaimana banduan pertama dipenggal. Dia berjubah serba hitam, malah berserban hitam juga. Tidak ingat bagaimana rupa banduan yang kedua. 

Si algojo menaiki kuda dan menghayunkan pedangnya ketika memenggal. Tiba giliran saya, hati saya berdegup dengan maha kencangnya. Cemas dan resah. Malakaitul maut akan datang menjemput ruh bila-bila masa sahaja lagi. Apabila pedang si algojo hampir mencecah tengkuk, tiba-tiba ketua yang menjatuhkan hukuman mati itu mengarahkan agar hukuman diberhentikan. 

"Kamukah yang berdoa agar aku dilaknat di langit dan bumi..?" Tanya ketua itu kepada saya.

Saya tidak ingat apa yang terjadi lagi selepas itu, namun saya terselamat daripada dipenggal. Dan masih segar di dalam ingatan bagaimana selepas itu, apabila saya kembali ke tempat kejadian, kepala-kepala yang dipenggal bergelimpangan di atas pasir, termasuk kepala lelaki berjubah hitam dan berserban hitam. Lebih mengerikan apabila hidungnya copek, dipotong daripada wajahnya..!

Kes kedua, dalam tidur yang sama, entah macam mana saya berada di dapur rumah pula, sedang memasak. Nama pon mimpi, bila-bila je boleh berubah tempat dan masa. Wahaha.. Dipendekkan cerita, saya sedang menanak nasi apabila ketuhar gelombang mikro saya tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang pelik. Apabila saya perhatikan, nombor pada paparan elektronik ketuhar tersebut naik dengan cepatnya. Saya berasa cemas dan belum sempat saya melakukan apa-apa.. 

"Bommmmmmm....!!!" Meletup.

Ok saya tidak mati dalam kes ini, tetapi saya benar-benar dapat merasakan impak letupan itu. Puan Mama dan Cik Adik Perempuan muncul dalam plot cerita dan bergegas membantu saya.

Cerita tamat. Saya bangun dari tidur dalam keadaan yang sedikit keliru dan kaget. Sepanjang pagi saya memikirkan mimpi saya itu. Ngeri. Cuak. Resah. Semuanya ada. Saya betul-betul konpius dengan apa yang saya mimpikan.

Kata orang, mimpi itu mainan syaitan. Tapi kata orang juga, mimpi juga boleh membawa maksud tertentu yang benar dan sahih. Masalahnya, mimpi saya ini dalam kategori yang mana..? Mungkinkah itu hanya mainan syaitan kerana saya tidur tak basuh kaki tapi malam semalam kompem saya basuh kaki. Eh. Mungkinkah itu benar-benar suatu petanda..?

Allahu a'lam.

Ada sesiapa di kalangan anda yang pandai mentakwil mimpi..?

-gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

N 03/01/2011, 11:43  

ada orang kata, mimpi sebelum azan Subuh tu kemungkinan besar bukan dtg dari syaitan. entahlah...

Mohammad Aiman 03/01/2011, 13:59  

saya pun pernah bermimpi.. jumpe saidina umar al khattab..
xtau pula benar atau tidak..

pernah citer kat sini
http://aiman-kisah.blogspot.com/2010/12/mimpi-umar-al-khattab.html

entah ler.. xtau camne

arissa myana 03/01/2011, 22:35  

salam..
mula2 bca rse mcm anda trlalu trbawa2 dgn muvie yg ditonton atau kisah fiksyen kegemaran... hehh
but soon, smpai line yg sterusnya, sy yg tukang baca turut cuak.
Allah hu'Alam... x tahu tafsir mimpi
tpi inshaAllah,smoga Dia sempurnakan petunjukNya dlm setiap urusan anda...

Inche gabbana 04/01/2011, 08:51  

N: uhm, tak pernah dgr pulak pendapat yg tu. tp harap2nya semua ok sahajalah.. ;) iAllah..

Inche gabbana 04/01/2011, 08:52  

aiman: haah dah baca dah dulu. beruntungnya kalau tu btol2 adalah umar al-khattab r.a...! ^^

Inche gabbana 04/01/2011, 08:52  

arissa: haha.. yep yep yep, iAllah.. termia kasih ya..! ;)

Anonymous 15/09/2013, 07:58  

Bismillah.

It might be pretty ( read: very) late for me to comment on this matter but well, better late than never.

An Ustaz told me that there are 3 types of dream.

1)Rukyah: A dream that will be in your mind like forever.A type of reminder from Allah. Eg: Mimpi kena azab kubur. How to recognize this dream? It brings you closer to Allah.

2)Hadisunnafs: The things we dream of because of desires. Eg: Mimpi dapat iphone 5s. You know how to recognize this kinda dream, i bet.

3)Hullum: Nightmares, created by syaitan. Eg: Mimpi kena langgar kereta depan simpang rumah. How to recognize this kind of dream? You are afraid to do something because of the dream. Plus, the dream creates distance between u and Allah.

In conclusion, analyze yr dream. Classify them based on these category.

Those bring you nearer to Him, say Alhamdulilah.
Those pertaining to nafs, or randomly dreamt, forget them as they do not bring any benefits to u.
Those bring you away from Allah, frighten you excessively and disturb yr daily routine,forget them. Ask for Allah's protection.

After all, everything is from Him. Life is a test, remember? So do dreams.

Wallahualam. He knows best.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP