Di Penghujung 2010 Memori Lama Datang Menyinggah Pula
"Aku minggu depan dah takde kat sini dah. Aku dah called mak aku, dia cakap ok kalau aku nak pindah.."
Masih terngiang-ngiang dialog itu, segar di dalam kepala hotak saya ini. Kata-kata yang saya ucapkan pada seorang sahabat baik (Azureen kalau tak silap saya, yang kini hilang entah ke mana...) ketika baru beberapa minggu menjejakkan kaki di Sekolah Bintang. Siapa sangka yang saya akhirnya berjaya menempuh, mengharungi segala mehnah dan tribulasi dan akhirnya berjaya menamatkan pelajaran menengah rendah dan tinggi saya di situ!
Bersyukur sebenarnya, kerana Inche Papa dan Puan Mama akhirnya membuat keputusan untuk tidak mengikuti songeh anak teruna (ketika itu masih seorang kanak-kanak Ribena yang gembira) mereka yang seorang ini. Lama selepas itu barulah saya tahu yang sebenarnya Puan Mama memang dah nak bawa saya pulang, namun Inche Papa yang berjaya memujuk Puan Mama untuk membiarkan saya terus sengsara tinggal di Sekolah Bintang. Terima kasih Inche Papa dan Puan Mama!
Memang betullah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Dan sehingga sekarang tidak tergambar kesyukuran saya, Allah telah mentakdirkan saya untuk menuntut ilmu di Sekolah Bintang untuk setengah dekad lamanya.
Menuntut ilmu dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Cukup berharga..!
Banyak sungguh memori di sini..! [Kredit Gambar] |
Malam 31 Disember, saya berpeluang untuk berpesta bertemu dengan rakan-rakan satu batch yang sudah lama tak berjumpa, rindu rasa hati woo woo. Eh. Bertemu dan bermain futsal dengan mereka.
Ya, futsal. Walaupon kaki saya ni bukan dah setakat kaki bangku, malah kaki sofa dan juga kaki katil bersaiz raja, futsal adalah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk menarik mereka turun untuk berkumpul. Dahulu pernah sekali saya dan Inche Guru merancang dengan penuh gigih dan bersemangat untuk menganjurkan mejelis ala-ala Jejak Kasih bersama-sama rakan sebatch, namun akhirnya mejelis itu terpaksa dibatalkan dek sambutan yang 'sungguh' menggalakkan. T__T
Tapi alhamdulillah, ramai juga yang hadir pada mejelis memalukan diri sendiri itu kerana oh saya sungguh tidak reti bermain futsal. Jadi pengemop peluh orang di lantai futsal mungkin lebih baik. Walaupon saya menjangkakan lebih ramai yang akan hadir, namun 17 orang yang sudah berusaha gigih untuk hadir sudah cukup menggembirakan. Malah, ada yang hadir sejak pukul 9 lagi walaupon mejelis hanya akan bermula pada pukul 10.30 malam. Sungguh gigih!
Antara yang hadir termasuklah Inche Jagunk, seorang sahabat baik yang pernah tidur di sebelah saya sewaktu tingkatan tiga dahulu. Bukan, bukan tidur betul-betul di sebelah saya kerana dia terlalu sayangkan saya. Errr. Tapi katilnya di sebelah katil saya kerana kami berada di dalam dorm yang sama. Cukup lama kami tidak bertemu dan alhamdulillah, semalam Allah izinkan saya untuk bertemu lagi dengannya. Terubat rindu. Dia baru pulang dari New Zealand dan akan mula bekerja tidak lama lagi, Insha-Allah. Juga sangat gembira kerana dia kini amat aktif dalam pergerakan dakwah. Subhanallah..
Juga Inche Biaque, wah, yang ini betul-betul sudah lama tidak bertemu. Rasanya kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu mengambil keputusan SPM dahulu kala. Pernah menimbulkan kontroversi sewaktu tigkatan lima dahulu kerana cuba menyebarkan gospel sesat. Mujurlah dia sudah bertaubat. Kini kelihatannya dia sedang mengandung sepuluh bulan.. Wahahaha.. ^__^"
Inche Payunk aka Arumugam Doraisamy turut serta. Hihihi.. Beliau merupakanseorang penjual muruku dan papadom yang cukup berjaya bekas rakan sedorm ketika tingkatan satu dan tiga dahulu. Seorang yang cukup ceria dan kelakar. Tetapi boleh juga bertukar menjadi raksasa gorgon sekiranya moodnya diganggu.
Juga beberapa orang rakan yang dahulunya di sekolah, saya tidaklah rapat dengan mereka. Seperti Inche Ijam, Inche Obeng dan Inche DLo. Namun amat gembira kerana mereka sanggup datang memberikan sokongan. Oh itulah indahnya selepas keluar dari sekolah. Tiba-tiba sahaja boleh jadi baik dan rapat, walaupun dahulu boleh kira pakai sempoa berapa kali pernah bertegur sapa. Samalah seperti penyokong Malaysia yang tiba-tiba sahaja menjadi penyokong tegar skuad kebangsaan. Eh.
Inche Payunk aka Arumugam Doraisamy turut serta. Hihihi.. Beliau merupakan
Juga beberapa orang rakan yang dahulunya di sekolah, saya tidaklah rapat dengan mereka. Seperti Inche Ijam, Inche Obeng dan Inche DLo. Namun amat gembira kerana mereka sanggup datang memberikan sokongan. Oh itulah indahnya selepas keluar dari sekolah. Tiba-tiba sahaja boleh jadi baik dan rapat, walaupun dahulu boleh kira pakai sempoa berapa kali pernah bertegur sapa. Samalah seperti penyokong Malaysia yang tiba-tiba sahaja menjadi penyokong tegar skuad kebangsaan. Eh.
Dan of koz, rakan-rakan rapat seperti Inche Guru, Inche E-Joy dan Inche Ze turut hadir. Juga Inche KB ketua batch kami ketika sekolah dahulu. Oh dahulu kala ketika di tingkatan satu selalu juga bergaduh dengan Inche E-Joy itu. Bukan, bukan bergaduh mulut atau berdebat, tetapi bergaduh betul-betul bertumbuk sepak terajang semua-semua itu. Ya, saya memang boleh tahan samseng juga jangan tak percaya hey!
Terima kasih anda semua kerana begitu gigih datang memeriahkan temasya sukan kanak-kanak Bintang 44..! ;D
Oh di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Inche Guru yang akan memulakan kerjayanya di Pulau Pinang pada minggu hadapan. Walaupon ini bermakna saya akan kehilangan seorang rakan lepak teh tarik dan drebar yang setia, hohoho, namun ketahuilah, saya amat berbangga dan gembira untuk anda kawan..! ;) Semoga anda menjumpai pasangan hidup, eh, semoga anda bergembira di sana..! Tapi jumpa pasangan hidup pon apa salahnya bukan..? Hihihi..
Terima kasih anda semua kerana begitu gigih datang memeriahkan temasya sukan kanak-kanak Bintang 44..! ;D
Inche Jagunk yang sungguh kacak dan Inche KB yang tidak kurang kacaknya. |
Inche Biaque dan Inche Payunk yang sama-sama, errr.. Ensem! Hehe.. |
Antara yang hadir pada malam itu. Abaikan Mak Cik bertudung dan Pak Cik belakang sekali belah kanan. Eh siapa yang vandal wajah Inche gabbana ni...?? ;p |
Oh di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Inche Guru yang akan memulakan kerjayanya di Pulau Pinang pada minggu hadapan. Walaupon ini bermakna saya akan kehilangan seorang rakan lepak teh tarik dan drebar yang setia, hohoho, namun ketahuilah, saya amat berbangga dan gembira untuk anda kawan..! ;) Semoga anda menjumpai pasangan hidup, eh, semoga anda bergembira di sana..! Tapi jumpa pasangan hidup pon apa salahnya bukan..? Hihihi..
Insha-Allah dalam masa 4 tahun lagi, kami merancang untuk menganjurkan suatu mejelis besar-besaran pula, bagi menandakan 10 tahun kami telah meninggalkan Sekolah Bintang. Diharapnya kali ini dapat memujuk dan meyakinkan lebih ramai untuk menghadirkan diri, apatah lagi akan cuba juga menjemput cikgu-cikgi kesayangan untuk hadir bersama. Insha-Allah..
Pasti seronot kerana ketika itu, pastu sudah ramai yang berjaya dan bekerjaya. Tidak kurang yang sudah beranak bini, apatah lagi mengandung sendiri! Wahahaha.. Wah sungguh tidak sabar..!
I'm a very proud STARIAN, and will always be one. Ya, bunyinya seperti over, tetapi saya tidak malu untuk mengakuinya... Rouse up..! ;)
I'm a very proud STARIAN, and will always be one. Ya, bunyinya seperti over, tetapi saya tidak malu untuk mengakuinya... Rouse up..! ;)
-gabbana-
Wiken ini merupakan wiken yang sungguh sihat untuk saya. Jumaat pagi dan malam saya bermain futsal. Paginya di KTT dan malamnya bersama rakan-rakan satu batch itu. Dan Sabtu tengah hari bersama hadek-hadek berboling pula. Mungkin esok pagi berenang pula. Wah! Gaya hidup yang cukup sihat dan bergaya..! ;D
9 Caci Maki Puji Muji:
kenapa kulihat ramai yang gumuk-gumuk ye inche Gabana
wahh,seronoknye wak gathering kn???!!
kumpul sume yg da beberape thn tk jumpe...huhu
tpi tu laa,nk bt majlis reunion ni tk thu laa pasai ape,kompem kurg sambutan....mse plan bkn main,ok2...ble date sebenar berape kerat je g..!!ape reason dieorg???huhu...
GILER TAK AJAK!!!
(Mintak pelempang kan ayat ni? Haha)
ummphhff *munchmunch* kachak, kachak!
cikgu: itulah sunnatullah lepas grad dari sekolah bintag cikgu.. ^__^"
tp saya masih ensem kan..? wahahahah.. ;D
aisya: btol btol.. tensen sgt2. well i guess, memasing dah ada komitmen memasing. kita plan je la, then promote abes2an soh org dtg. kalau tak dtg nk bwat cmne.. hohoho.. ^_^"
nyamouq: eh, saya kenal anda ke...?
grrrr..
clarky: eh cmna anda tahu saya kachak...?? saya dah censored dah muka saya tu..?? wahahaha. ;)
haha jahatnyaaa misteri habis gambar ! XD
Post a Comment