Tujuh Teknik Mengkaver Malu
Saya yakin anda semua pernah termalu besar kan..? Tak kiralah tersalah tepuk bahu orang ke, terpeluk bapak orang lain ke, termarah salah orang ke, saya pasti anda pernah berasa malu oh aku nak terjun gaung et lis sekali seumur hidup, betul tak..?
Dahulu ketika kecil saya masih ingat lagi, saya pernah melakukan sesuatu yang sehingga kini menghantui hidup saya. Ketika itu kami sekeluarga ke kompleks beli-belah Alpha Angle di Wangsa Maju. Entah macam mana, saya terpisah daripada Inche Papa dan Puan Mama di bahagian pakaian. Kemudian, tanpa sebarang penjelasan yang munasabah, saya meluru ke arah seorang lelaki dan memeluk eratnya. Saya amat yakin itu adalah Inche Papa kerana bau bajunya yang sungguh enak, sebijik macam bau baju Inche Papa. Oh sungguh bahagia.
Dan kemudian.. Sungguh ngeri sekali. Saya memandang ke atas, tersenyum menyangkakan Inche Papa akan membalas senyuman saya. Tetapi seorang lelaki asing yang tersenyum kepada saya. Pasti dia hairan bin ajaib, budak kecil manalah yang kekurangan kasih sayang ni. Peluh besar. Nasib baik dia amat sporting. Saya pon berlari tersipu-sipu malu.
Kadang-kadang rasa sungguh malu dan mahu menyorok sahaja seperti ini. [Kredit Gambar] |
Itu cerita saya. Saya pasti sekarang ini anda sedang membayangkan pelbagai peristiwa lucu dan memalukan yang pernah berlaku kepada anda. En? En? Tak kisahlah peristiwa apa yang berlaku kepada anda. Di sini saya menyertakan tujuh teknik untuk mengkaver malu, supaya anda tidak terpampang di muka depan surat khabar utama akibat terjun daripada Jambatan Pulau Pinang. Hoh.
Situasi Pertama
Anda menepuk bahu seseorang dengan kuatnya atau memeluk bahunya seolah-olah dia adalah seorang geng lama anda, hanya untuk mendapati dia adalah seorang lelaki bermisai tebal berkumis nipis yang tidak pernah anda jumpa sebelum ini. Apa yang anda lakukan..?

Teknik lama: "Oh maafkan saya Encik. Maafkan saya. Saya ingat kawan saya tadi.. Maafkan saya.. *Berlalu pergi sambil muka merah padam*
Cara ini kurang bergaya kerana in a way ia menjatuhkan martabat anda sebagai seorang lelaki macho dan kool. Kalau anda seorang lelakilah.
Cara ini kurang bergaya kerana in a way ia menjatuhkan martabat anda sebagai seorang lelaki macho dan kool. Kalau anda seorang lelakilah.
Teknik terbaru: "Encik! Wah, encik pasti suka dengan produk terbaru yang saya nak jual ni! Encik tahu tak, produk ini.. *sambil memegang beg anda seolah-olah mahu mengeluarkan sesuatu* (kalau tiada beg teruskan bercakap ala-ala seorang selesman yang berjaya)
Teknik ini hanya akan berjaya sekiranya anda membuat muka yang penuh keyakinan dan mesra alam. Saya yakin lelaki tersebut pula yang akan berasa malu, sambil berkata takpelah dik pakcik tak berminat dan terus berlalu pergi. Wah!
Situasi Kedua
Anda menelepon kawan anda dan entah macam mana, nombor yang anda dail tidak sampai kepada kawan anda tetapi tersalah nombor. Anda pulak dengan penuh keyakinan ketika itu terus bercakap tanpa henti tanpa mendengar suara orang di sebelah sana. Hanya setelah seminit dua puluh tiga saat anda menyedari yang anda sudah salah nombor. Apa yang anda lakukan?

Teknik lama: "Eh eh. Hehehe.. Sorry ye kak. *terus meletakkan telefon kerana terlalu malu*
Teknik ini tidak wajar lagi digunapakai kerana ada unsur-unsur kebiadapan di situ.
Teknik Baru: "Eh.. Hallo..? Hallo..?? Hallo! Cakap kuat sikit! Aku tak dengar la..! Hallo..?? Ish line tak clear la pulak.. *Baru letakkan telefon*
Ha amacam..? Kurang sikit malu kan..? Hehehe..
Situasi Ketiga
Anda bersolat jemaah di masjid. Ketika imam sedang berwirid selepas solat, kepala anda melayang entah ke mana. Tiba-tiba anda menangkap imam membaca "Alhamdulillahi robbil a'lamin.." lantas anda terus menadahkan tangan untuk berdoa bersama-sama imam. Rupa-rupanya imam membaca al-Fatihah sahaja dan bukannya doa selepas solat. Malu malu! Apa yang anda lakukan..?
Teknik lama: Buat-buat tak malu, ala-ala tiada apa-apa yang berlaku. Teruskan menadah tangan sehingga imam selesai membaca al-Fatihah dan kemudian baru turunkan tangan balik. Kan al-Fatihah tu satu doa jugak..?
Teknik ini kurang berkesan kerana selalunya si pemalu (Eh betul ke term ni..? Thihihihi..) gagal berbuat ala-ala tiada apa-apa yang berlaku. Sering sekali mereka terkantoi.
Teknik baru: Anda terus berdoa sendiri-sendiri. Habis doa, bangun dengan sopan dan terus berlalu pergi. Lagi pon, memang kita digalakkan untuk berdoa sendiri-sendiri selepas solat berjemaah..! Wah, kool bukan..? Wahahaha..
Situasi Keempat
Anda memakai baju terbalik dengan penuh keyakinan dan bergaya seperti saya di dalam kisah ini. Wahahaha.. Apa yang anda lakukan?
Teknik lama: Anda akan buat-buat tak tahu sahaja apabila ada orang yang tersengih-sengih macam kerang busuk melihat anda, pada hal muka dah merah padam menahan malu yang teramat sangat. Atau pun berlari jauh-jauh sambil tidak mempedulikan lagi keadaan sekeliling.

Teknik baru: Anda gelakkan balik orang yang sengih kat anda tu, buat muka sedikit angkuh sambil dengan penuh koolnya berkata, "Eh anda tak tahu ke ini pesen dan trend terbaru..? Kampung betul..." lantas berlalu pergi dengan muka yang tercebik. Wah!
Teknik baru ini hanya akan berjaya dengan sempurnanya sekiranya anda mempunyai tahap keyakinan dan muka yang tidak bersalah tahap awan guling.
Kadang-kadang pernah juga malu dan tidak tahu mahu kaver bagaimana. -___-" [Kredit Gambar] |
Situasi Kelima
Anda berada di dalam LRT yang sesak dan perut anda pula memulas-mulas meraung meminta tolong. Peluh besar. Perut anda hampir meletup dan anda tidak tertahan lagi dan muka anda sudah berkerut dan... (Bunyi terpaksa ditapis bagi mengelakkan para pembaca muntah hijau beramai-ramai) Aaaahhh.... Sungguh lega sumpah. Namun orang sekeliling mula menyumpah-menyumpah sambil menyepit hidung mereka. Mereka mencari-cari penjenayah utama sambil seorang-seorang muka nak makan budak. Apa yang anda lakukan?

Teknik lama: Anda buat-buat tidak bersalah sambil menyertai pencarian penjenayah utama, "Oyy, kuang aja! Sapa melepas nih..??"
Teknik ini agak berkesan sebenarnya, tetapi bergantung kepada masa yang tepat anda berkata-kata. Sekiranya anda berkata terlalu awal, kemungkinan anda untuk terkantoi adalah amat besar.
Teknik baru: Jangan kentut langsung. Seriyesli. Tahan, biarlah sampai terkeluar anak tekak sekali pon. Takde sapa yang terseksa atau sakit hati, melainkan diri anda sendiri. Setel.
Situasi Keenam
Anda sedang berjalan-jalan, menikmati pemandangan sekeliling nan indah sambil menghayati angin sepoi-sepoi yang bertiup manis menyegarkan. Ahhh, sungguh bahagia. Tiba-tiba.. Tttaannnggg....!!! Anda terlanggar tiang lampu. Malunya tak tahulah nak kata macam mana. Orang pulak ramai yang memerhatikan. (Peristiwa ini betul-betul pernah berlaku kepada saya di Sungai Thames dahulu. Oh sumpah malu!) Apa yang anda lakukan?

Teknik lama: Seriyes dow tah tahu macam mana nak kaver. The best you can do, berlari sekuat hati sambil menjerit, "Tiiidddaaakkk......!!!"
Teknik baru: Anda letakkan topi atau beg di sebelah tiang lampu tadi. Anda berjalan semula beberapa langkah ke belakang. Ulangi peristiwa tadi sekali lagi dan langgar tiang lampu sekuat hati. Ulang seberapa banyak yang anda larat, sehinggalah beberapa orang mula bertepuk tangan dan mencampakkan duit ke dalam topi/beg anda.

Ini... Ini.. Sumpah kool...! Wahahaha..
Situasi Ketujuh
Ini seriyes kelasik. Anda tergelincir dek lantai yang licin lantas tergolek dog. Atau terjatuh tangga dan landing baik punya sambil kaki terkangkang. Ooohh... Malu tak ingat beb! Apa yang anda lakukan..?

Teknik lama: Bangun sambil buat muka marah-marah. Sapu sebarang kotoran atau debu yang melekat di badan. Mula mengomel-ngomel tentang lantai atau tangga yang licin, sambil mencari-cari orang untuk disalahkan.
Pengalaman jatuh tangga memang menyeronokkan. [Kredit Gambar] |
Teknik baru: Bangun dengan selambanya sambil menggenggam kedua belah tangan dan merapatkannya ke perut sambil mula menyanyi lagu 'Allahu Kiya Karo' dendangan Maher Zain. Kemudian buat-buat jatuh semula. Kemudian bangun dan gelak sekuat hati. Kemudian berlari-lari anak dengan gembira.
Teknik ini sekiranya dilakukan dengan sempurna, pasti menyebabkan orang lain yang malu untuk mendekati anda.
Selamat mencuba dan semoga terhibur..! ^_^"
-gabbana-
Hari ini sungguh penat sekali. Inilah akibatnya apabila otak Inche gabbana tidak dapat berfungsi dengan normal seperti biasa.
Oh sambutan untuk Projek Kemanusiaan Abad Ini masih belum lagi boleh dikira sebagai menggalakkan dan menggumbirakan. Harap anda akan terus menyokongnya!
15 Caci Maki Puji Muji:
wah, informativ giler hehehe
aku da cara len camna nak kaver jatuh, tp nmpknya cam tak berkesan jer cara aku huhu ~ ;(
klu jatuh ..cover pling best ialah....jgn bngun terus,jatuh jek trus buat2 pengsan..so xder la org nk gelak..msti panik ader la kowt...so trcover la malu itu...^^
safuan: oh camne tu..? meh la kongsi, mana tau boleh cuba bila jatuh nanti! wahahaha..
imran: menarik gak cara tu. tapi takut nnt org panggil ambulans sume, dah jadi satu kerja nak kena gi hospital.. hehe
^__^"
kalo tergelongsor kat eskeletor rata cm kat carrefour tu, sila bangun dengan gembira, naik balik dan gelongsor semula ke bawah dengan lebih gembira.
hahahahahahah!
mr gabbana.saye rs mcm xsnggup nk buat teknik no 6,no 7....knfem sakit kot! hehe
huh....
bace post nih...terlupe kejap kecuakkan menunggu result exam....hehehe
haha...lawak2...tp still blh diguna pakai
clarky: hhahahhaa.. yezza..! begitu pon boleh juga..! ;D
enonimus: hehe.. saya hanya mencadangkan sahaja. saya sama sekali tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa. ;p
SN! Sudah lama tidak mendengar khabar berita daripada anda..! ;)
oh..! Selamat maju jaya ya..? ^^
trulyidea: err... anda betol2 mahu mengaplikasikannya..?
saya tidak bertanggungjawab tahu..? hihihi.. ;)
somehow reading this made me forget about bad things today.hihi.even 2 thn lepas punye post :D
Bole Cuba tips ni.
Pernah terkentut kat library kolej, ya Allah malu tahap gaban atau lebih teruk dr tu, hahah..cara sy mngatasinya adalah dgn xmemandang skeliling dn terus blah dr situ, motif xtngok skeliling supaya bila jmpa org yg ada kat tmpat kejadian ia xmemberi kesan malu berulang kali, sekian xD
Post a Comment