PKAI : Keputusan Juri Adalah Muktamad
Dengan ini dengan rasminya saya menutup Projek Kemanusiaan Abad Ini (PKAI). Sambutan dan respon tidak begitu menggalakkan; tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin promosi kurang mengujakan. Oh belog ini bukanlah belog yang popular pon dalam tempat yang pertama (Baca: In the first place).
Namun saya tetap amat menghargai anda yang menyertainya. Sekurang-kurangnya anda menunjukkan sokongan anda dan itu sudah cukup bermakna buat saya. Terima kasih banyak-banyak daun keladi saya ucapkan..! ^^
Namun saya tetap amat menghargai anda yang menyertainya. Sekurang-kurangnya anda menunjukkan sokongan anda dan itu sudah cukup bermakna buat saya. Terima kasih banyak-banyak daun keladi saya ucapkan..! ^^
Oleh kerana sambutan yang diterima tidak begitu banyak, maka saya tidak boleh menguji hipotesis/inferens yang telah saya letakkan untuk projek ini. Pape pon, silalah baca hasil karya anda semua di bawah ini, dan anda sendirilah yang menjadi jurinya - karya kaum mana yang lebih menarik dan bergaya..! (Oh saya ada edit sedikit dari segi font dan ejaan, bagi mengekalkan kualiti belog ini. Wahahahaha.. ;D)
Selamat menikmatinya..! ^^
Kaum Perempuan
Aneh. Inilah penyakit di akhir zaman iaitu kehidupan yang lebih mencintai dunia (hubbuddunya) dan tidak langsung takut atau ingat pada mati yang tidak akan bisa ditunda apabila telah sampai waktunya.
Mungkin dalam tak sedar aku pun sebahagian dari mereka.
"Allahuakbar allahuakbar..." Terdengar azan subuh berkumandang dari iPadku.
Aku segera bangkitkan diri dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk sekaligus menunaikan solat subuh untuk pagi yang dingin itu.
Selesai solat subuh, aku terdengar pintu rumah diketuk. Ketuk berulang-ulang dengan kuat.
Ketukan itu seperti akan roboh pintu rumahku. Frekuensi dan kenyaringannya bertambah. Aku kaget; perlukah aku membukanya?
Aku mencapai tongkat milik arwah atuk, berjalan ke pintu perlahan-lahan dan memegang kejap tombol pintu.
[Tamat]
Sedihnya cerita ini tamat di sini sahaja. Cerita ini ada hala tuju yang sungguh berpotensi untuk dikembangkan!
Kaum Lelaki
Aneh. Aku lihat kebanyakan manusia zaman sekarang, tetap menyembah yang Esa, namun pada masa yang sama, masih lagi membuka aurat dan berlaku zina yang seolah-olah seperti solat ini hanyalah adat harian.
Oh itu tidak aneh, "I am non-practising muslim!" Balas seorang kawanku bila aku ajukan keanehanku tadi kepadanya.
Hatiku tersentap sebentar, tiba tiba seolah-olah ada bisikan di pangkal hati "Indah juga, hidup sebegitu, boleh cium perempuan, tak payah sembahyang, lagipun pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah tidak menghukum kafir seorang pelaku dosa..." Mungkin lebih baik hidup seperti dia, ya! Non-practising muslim, menarik!
Astaghfirullah, dengan segera aku beristighfar atas ketelanjuranku tadi, tidakkah ku sedar itu hanya nikmat dunia semata-mata nak dibandingkan dengan nikmat syurga Allah yang kekal abadi di sana?
"Ko ni bajet baik ke ape?" Suatu suara berbisik kepadaku.
[Tamat]
Hahaha.. Agak menarik baca karya kaum lelaki sebab idea setiap penyumbang seolah-olah kontradik each other. So masing-masing macam cuba untuk mematikan/mengubah arah cerita yang dimulakan oleh penyumbang sebelumnya. Pape pon tetap menarik dan kool! ^^
Ha apa pula pendapat anda..? Saya rasa amat rugi cerita ini tidak dikembangkan lagi. Siapa tahu mungkin boleh dibukukan..? ;)
Bergaya!
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
aiman amri likes this :)
terima kasih inche Aiman Amri kerana turut menyumbang.. ;)
idea dari kaum lelaki lebih best ^^*
Post a Comment