17 December 2010

Ish! Tak Bestnya Jadi Orang-Orang Yang Beriman Ni...!

Wah! Ni statement berani mati ni..! 

Tapi kan.. Bukan saya yang kata tak best tau. Tapi al-Quran. Peluh besar.

Yang ini bukan setakat statement berani mati, tapi dah sampai tahap Raksasa Syaitan Pikor. Wahahaha..

Anda tak percaya..? Ha, jom kita tengok apa yang al-Quran kata...

Ni semua Allah yang kata ye, bukan saya kata.. ;)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
[al-Baqarah, 2:214]

Lagi...

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah, 2:208]

Ada lagi.. 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
[al-Anfaal, 8:2]


Eh eh! Nak pergi mana tu..? Belum abes lagi ni!
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah,” kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[at-Taubah, 9:38-39]  

Nak lagi..?

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[as-Saff, 61:2-3] 

Tak percaya lagi..? Ish ish ish.. Nah!

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.
[al-Hadid, 57:16]

Satu lagi..!

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[al-Ankabut, 29:2-3]

Ha... Amacam..? Sekarang dah percaya..?

Tak best kan jadi orang yang beriman..? Susah gile! Macam mana ni..? 

Apalah Allah ni, nak suruh orang jadi orang yang beriman, tapi letak syarat macam-macam! Macam mana nak jadi orang yang beriman kalau exam dia punyalah susah!

Hahaha.. Tunggu dulu. Jangan berprasangka dengan Allah.. Bahaya tu!

Jangan risau, la tahzan! Allah tu kan Maha pengasih, Maha Penyayang..? Maha Bijaksana lagi. Dalam dia pressure-pressure kita untuk jadi orang yang beriman, dia sertakan juga dengan motivasi, kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat kita untuk kejar status orang beriman ni!

Pengharapan kepada Allah, dan rasa takut kena Allah kena seimbang. Itulah taqwa yang sebenar-benarnya. Takut sangat pun tak berapa nak best, mengharap kepada kebaikan semata-mata pun tak jadi jugak. Kena balanced ah. Baru cun!

Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang! [Kredit Gambar]

Lah.. Tak percaya jugak..? Malas cakap banyak-banyak. Nah, hamek ni! 

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[al-A'raf, 7:42]

Hihihi.. Best kan...? Apa? Nak lagi..? Boleh boleh.. ;) 
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
[al-Anfaal, 8:4]

Jap jap jap, ada lagi.. 

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
[at-Taubah, 9:72]

Walaweh..! 

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
[at-Taubah, 9:88-89]

Uih.. Tak puas hati lagi..? 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga...
[at-taubah, 9:111]

Apa nak lagi..? Buullleeeehhh...!

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.” Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
[al-Mursalat, 77:41-44]

We want more! We want more..!

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
 [al-Insan, 76: 11-13]

Ya Rabbi.. Tak percaya lagi ke..? Tak pe tak pe.. Ni tambah lagi nak bagi kuat keyakinan tu!

Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan)...
[ash-Syuura, 42:26] 

Ok last-last..!

 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[al-Bayyinah, 98:7-8]



Ok cukup-cukup. ;) 

Sebenarnya baaaaanyaaaakk lagi ayat yang menggambarkan ganjaran super best untk orang-orang yang beriman. Tetapi saya yakin anda pasti sangat faham dengan point saya. Dah la letak ayat-ayat ganjaran untuk orang beriman lagi banyak daripada ayat-ayat 'kesukaran' menjadi orang yang beriman pulak tu. Kalau tak faham jugak, ish, tak tahulah... Hihihi..

Dalam ekonomi, ada satu teknik ni yang diorang panggil 'Cost-Benefit Analysis.' Selalunya teknik ni orang gunakan untuk mengenalapasti pelaburan atau bisnes yang mendatangkan keuntungan. Dan kalau benefit dia seriyesli dan obviyesli lagi banyak daripada cost, secara otomatiknya bisnes/pelaburan tu akan diterima. Bengap jugalah kalau tak nak venture jugak into that bisnes/pelaburan.

So dalam cerita kita pada hari ini, benefit menjadi orang yang beriman nampaknya sangat jauh meninggalkan cost atau kesusahan daripada menjadi orang yang beriman di belakang. They are not even close! Maka rugilah anda kalau anda tak nak melabur dalam ASOB ni; Amanah Saham Orang Beriman. Hihihi..

Eh jomla ramai-ramai jadi orang yang beriman..! [Kredit Gambar]

Pastu ada satu lagi konsep, nama dia opportunity cost. The foregone cost. Kalau kita tak buat sesuatu ni, apa yang kita terpaksa korbankan. Contoh; kalau kita makan tengah hari makan nasi lemak, maka secara otomatiknya kita dah lepaskan peluang daripada memakan Sub of The Day sebagai hidangan tengah hari kita. Kalau kita beli kasut cap Onitsuka Tiger sebagai kasut berjalan makan angin kita, maka kita dah lepaskan peluang daripada memakai kasut cap Buaya. Eh faham ke ni..?

Maka dalam kes kita pada hari ini tuan yang dipertua.. Eh. Opportunity cost kita kalau kita tak nak jadi orang yang beriman adalah keredhaan Allah dan syurga yang kekal abadi. Bodohlah kita kalau kita nak melepaskan sesuatu yang memang dah obviyes tahap pakai lampu sorot dah, semata-mata sebab kat dunia ni kita nak bersenang-senang sekejap. Tak lama pon dapat bersenang-senang kat dunia ni, sebab lepas tu mati jugak. *uhuk uhuk*

 Orang tua-tua jugak pandai. Diorang cakap:

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian." 

Allah berfirman dalam surah at-Taubah.. 

"...Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

Dan Nabi SAW pernah cakap kat Suhaib ar-Rumi r.a.:

"Beruntunglah perniagaanmu hai Suhaib.. Beruntunglah perniagaanmu hai Suhaib.."

 Apa yang Suhaib berniaga ni..? Apa lagi..?? Perniagaan untuk menjadi orang beriman lah! Ingat ASOB, ingatlah Amanah Saham Orang Beriman!

Jom kita ramai-ramai melabur sekarang juga..! Jom jom jom..!

Senyum.

-gabbana-

9 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 17/12/2010, 12:36  

T_T

maza 17/12/2010, 20:47  

tazkirah yg berintipati...bila kita yakin; maka sesuatu yang susah diamalkan, jadi pragmatik..(~_^)

maza 17/12/2010, 20:47  

tazkirah yg berintipati...bila kita yakin; maka sesuatu yang susah diamalkan, jadi pragmatik..(~_^)

arissa myana 17/12/2010, 22:04  

salam

wahhh 'kos terlepas' @ opportunity cost ... menarik2...

it's just the price that everyone has to pay. we can't own everything in this world can we? where we would place them then? hee ^^

tq utk ingatannya :)

Inche gabbana 20/12/2010, 08:33  

AIman: jgn nangis je, kalau boleh kita sama2 amalkan iAllah.. ;)

Inche gabbana 20/12/2010, 08:34  

maza: betul betul betul. sebab tu zaman Nabi SAW ketika di zmaan dakwah Mekah, nabi terapkan dulu keyakinan para sahabat dengan aqidah Islam. lepas dah yakin, barulah boleh berkorabn jiwa raga untuk islam. ^^

Inche gabbana 20/12/2010, 08:35  

arissa: Oh dia panggil kos terlepas eh dalam BM..? comel gila. hehehe..

betul. hidup ini semuanya tentang pilihan.

'Fa-alhama fujuroha wa taqwaha.."

Allah dah tunjukkan jalan. tinggal kita je untuk memilih..

allahu a'lam.

arissa myana 22/12/2010, 00:05  

kos terlepas or melepas smtg like that... haha

jalan hanya ada dua. berada di tengah2 bukan jalan selamat. semoga pilihan2 kita adalah pilihan2 Dia juga.

Allah hu'Alam

Nageena 23/02/2015, 10:08  

assalamualaikum buat arissa myana, sy nk tegur

it's Allahu A'lam not Allahu 'Alam..

huhuh tegur jugak if sy salah

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP