8 October 2010

Hero Saya II

Salaam peeps! ;D Bertemu kita lagi..! Saya pasti ada di kalangan anda yang tak puas hati dengan saya sebab buat cerita bersiri lantas search sendiri pasal Mus'ab bin Umair kan..? Hihihi.. Baguslah. Kalau betul tu yang berlaku, at least saya dah berjaya mendorong anda untuk berusaha gigih mencari sendiri kisah sirah sahabat Rasulullah SAW. Alhamdulillah.. ;)

Apa-apa pun, saya tetap akan menunaikan janji saya dan Insha-Allah, saya akan try abiskan cerita pasal Mus'ab dalam entry kali ni...

Anyway, apabila Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah (kini Abysinna), Mus'ab bin Umair adalah antara para pemuda yang menyahut seruan hijrah itu. Tidak banyak kisah tentang Mus'ab yang saya tahu sepanjang dia berada di Habsyah. Tapi ada satu cerita yang sangat best sekembalinya Mus'ab daripada Habsyah.

Ketika itu para sahabat r.a. sedang berhalaqah lebih kurang di bawah sepohon pokok bersama Rasulullah SAW. Then Mus'ab pun datang untuk join halaqah tu. Para sahabat, tatkala mendongak untuk melihat Mus'ab, sangat terkejut dengan apa yang mereka lihat. Lantas beberapa orang sahabat menundukkan kepala dan menangis, tidak sanggup lagi melihat Mus'ab..

Anda tahu apa yang mereka nampak..?

Mereka melihat Mus'ab yang baru; Mus'ab yang telah keluar daripada kepompong duniawinya. Mus'ab yang ada di depan mata mereka hampir-hampir tidak mereka kenali. Kurus kering, pakaiannya bertampal di sana sini.. Mus'ab bukan lagi hot stuff seperti dulu. Dan Mus'ab didn't care. Kerana cintanya yang hakiki hanya pada Allah dan rasulNya SAW.

Selepas Mus'ab pergi meninggalkan halaqah tersebut, Rasulullah SAW berkata,
"Aku melihat Mus'ab dan sungguh tidak ada anak muda di Mekah yang lebih berpunya daripadanya. Tetapi semua kemewahan itu ditinggalkannya demi cintanya pada Allah dan RasulNya..."  
Dan pastinya, apabila menyebut nama Mus'ab bin Umair, tugasnya sebagai duta Islam yang pertama tidak akan terlepas daripada kepala otak kita. Kan..? Mus'ab telah dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengajarkan Islam kepada penduduk Madinah. Diceritakan bahawa ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tidak ada satu rumah pun yang tidak pernah diketuk dan dikunjungi oleh Mus'ab sebelum itu. Walaweh.. Anda mampu buat macam tu..?? Saya tak rasa saya mampu.. TT__TT

Anda rasa-rasalah, dalam banyak-banyak sahabat kan, kenapa Rasulullah SAW pilih Mus'ab bin Umair untuk menjadi Murabbi, naqib dan qaid pada penduduk Madinah..? Kenapa tak pilih Saidina Abu Bakr r.a. ke, Saidina 'Umar r.a. ke, Saidina 'Ali r.a. ke, Abdul Rahman ibn Auf ke..? Allahu ta'ala a'lam. Tapi pastinya Mus'ab memiliki kualiti tertentu yang tidak ada pada para sahabat yang lain, yang amat diperlukan untuk menjayakan misi di Madinah.

And Rasulullah SAW had made the right choice. Bull's eye! Hebat tak hebatnya Mus'ab ni dalam menyempurnakan syahadatul haqnya, sampaikan taiko-taiko Madinah pun tunduk pada dakwah Mus'ab. Antara pembesar-pembesar Madinah yang pada mulanya sangat marah dengan aktiviti Mus'ab yang pada pandangan mata jahiliyyah mereka boleh menggangu-gugat keamanan dan kestabilan Madinah tetapi akhirnya mereka juga tumpas dan tewas di tangan Mus'ab adalah Usaid bin Khudair dan Sa'ad bin Mua'dz.* Of koz la hidayah tu milik Allah kan..? Tapi hidayah tu takkan datang mengetuk pintu secara tiba-tiba kalau takde orang yang memanggilnya. Dalam kes ni, Mus'ablah orang yang bertanggungjawab mempromosikan Islam sehingga orang di sekelilingnya tertarik dan jatuh hati, sehinggalah hidayah tu dideliver kepada orang yang mengordernya.. ;) Macam order Dominos la pulak...

*Jangan tiru ayat seperti ini terutamanya kepada anda yang akan/sedang menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu. Ayat yang terlalu panjang tanpa koma mahupun tanda-tanda bacaan yang lain.. Komfem fail nanti. Hihihi..

Selain itu, suatu lagi kisah menarik untuk dijadikan teladan buat semua adalah seusai Perang Badar, ketika mana abang kandung Mus'ab, Abu Aziz dijadikan sebagai tawanan perang. Yalah, dah nama pun abang kandung kan. So bila Abu Aziz ni ternampak kelibat Mus'ab, dia pun minta tolonglah pada Mus'ab supaya melepaskannya. Dan anda tahu apa jawapan Mus'ab? (cliche sangat kan soalan ni..? Hihi..) Suatu lagi jawapan legend daripada Mus'ab...
"Ibu kepada lelaki ini adalah seorang yang kaya. Dia pasti akan memberikan tebusan yang banyak. Jagalah lelaki ini baik-baik..."
Dan Mus'ab mengarahkan agar Abu Aziz diikat dengan lebih kuat lagi...

Sentap.

Kalau tu belum cecah kawasan merah meter masyuk anda, ha, dengar pulak jawapan Mus'ab yang ni bila Abu Aziz mengingatkan Mus'ab yang dia adalah abang kandungnya:
"Yang aku akui sebagai persaudaraan adalah persaudaraan dalam Islam. Lelaki-lelaki ini adalah saudaraku, dan bukannya kamu!"
Saya pasti ketika itu Abu Aziz pasti merasakan seolah-olah ada batu besar yang sedang menghempap kepalanya dan air matanya mengalir laju seperti watak dalam anime Jepun lagaknya.

Akhirnya, tidak lengkap rasanya bercerita tentang hero pojaan hati saya ini sekiranya saya tidak menceritakan perihal kematian atau syahidnya tokoh besar dalam sirah Islam ini. Setiap kehidupan pasti akan mati. Dan pastinya kematian seorang insan rabbani yang benar-benar mulia ini juga boleh menjadi tazkirah (peringatan) dan muhasabah buat kita semua. 

Mus'ab tewas di medan Uhud, di tengah-tengah kerakusan kuffar laknatullah membalas dendam terhadap umat Islam. Mus'ab yang telah dipilih untuk memegang amanah panji tentera Islam buat kali kedua, dikerumuni oleh para tentera syaitan yang mengambil kesempatan atas ketamakan sebahagian daripada tentera Islam yang diamanahkan untuk menjaga bukit Uhud. Namun hal itu langsung tidak melunturkan kejantanan Mus'ab. Mus'ab sememangnya macho. Dia langsung tidak gerun dengan jumlah tentera-tentera kuffar laknatullah yang berada di sekelilingnya. Malah dia melawan dengan penuh berani sekali. Rasa-rasa sayalah, kalau hero Hindustan ada time tu, mereka pasti sudah tabik spring dengan Mus'ab.

Tetapi apakan daya; Allah telah mentakdirkan yang Mus'ab akan pergi bertemu denganNya pada hari tu. Tetapi Allah jemput Mus'ab dengan cara yang amat mulia sekali, sesuai dengan pengorbanan Mus'ab selama ini untuk membuktikan kecintaannya pada Rabbnya. Di saat-saat genting itu, seorang tentera kafir, Ibn Qaamiah telah menetak tangan kanan Mus'ab sehingga putus.

Ok, sebelum saya sambung cerita saya, saya nak anda semua pejam mata (of koz la lepas habis baca statement ni kan.. Haih..) dan bayangkan. Anda berada di tempat Mus'ab ketika itu dan tangan kanan anda telah ditetak sehingga tercabut, jatuh di depan mata anda. Apakah yang anda akan lakukan..?

a) Lari sambil menjerit sekuat hati "Tangaaaaaannn aaakkkkuuuuu.....!!!" dan cuba untuk memberhentikan pendarahan pada tangan itu;
b) Tunduk dan mengutip tangan itu dengan harapan ia dapat disambung semula dan kemudian buat seperti di (a); dan
c) Pengsan sebab melihat tangan sendiri jatuh terkulai di depan mata. Atau loya sebab tak tahan darah mengalir deras...
Apa-apa pun pilihan anda, tiada apa yang dapat menandingi respon Mus'ab. Bersediakah anda untuk mendengar cerita hero yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan..??

Baiklah...

Selepas tangan kanan Mus'ab ditetak, Mus'ab tidak rela membiarkan panji tentera Islam jatuh ke tanah kerana hal itu melambangkan kekalahan. Lantas disambutnya panji itu dengan tangan kirinya sambil melaungkan sepotong ayat al-Quran daripada surah Ali-Imraan:
"Dan sungguh Muhammad SAW itu hanyalah seorang nabi. Ramai nabi yang telah pergi sebelumnya...!"
Hal ini membuatkan Ibn Qaamiah bertambah berang lantas ditetaknya pula tangan kiri Mus'ab. Tapi Mus'ab bukanlah seorang pemuda yang biasa-biasa. Dia sememangnya luar biasa. Disambut pula panji itu dengan memeluknya, dengan merapatkan panji itu ke dada sambil menahannya dengan saki-baki tangan yang ada. Subhanallah.. Begitulah devoted nya Mus'ab dalam mempertahankan deennya. Dan sekali lagi Mus'ab melaungkan ayat al-Quran yang sama:
"Dan sungguh Muhammad SAW itu hanyalah seorang nabi. Ramai nabi yang telah pergi sebelumnya...!"
Dan akhirnya, Mus'ab telah ditombak di dadanya, oleh si kafir laknatullah yang dengki dengan kesetiaan Mus'ab pada Allah dan RasulNya... Maka gugurlah Mus'ab sebagai seorang syahid...

(Ok tetiba rasa macam nak nangis. Emo sekejap...)


Bukit Uhud yang menjadi saksi kepada syahidnya Mus'ab bin Umair
Rasulullah SAW, setelah berakhirnya perang Uhud, datang ke bukit Uhud untuk melihat mayat para syuhada' yang telah gugur. Baginda tidak dapat menahan rasa sedihnya melihat mayat Mus'ab, yang suatu ketika dahulu adalah seorang pemuda yang paling hensem, macho, tampan dan bergaya di kota Mekah. Baginda lantas membaca sepotong ayat daripada surah al-Ahzab:
"Di kalangan orang-orang beriman ada yang setia pada janjinya dengan Allah."
Baginda menyambung lagi:
"Sesungguhnya nabi Allah ini bersaksi bahawa mereka adalah syuhada Allah pada hari kebangkitan nanti..!"
Subhanallah... Kan best kalau ayat tu ditujukan kat kita... Kan...? TT__TT

Ketika jasad Mus'ab hendak dikebumikan, kain yang menutupi badannya tidak cukup untuk menutupi keseluruhan badan. Apabila kain itu ditarik untuk menutup kakinya, maka kepalanya yang akan kelihatan. Dan apabila kain itu ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya pula yang akan kelihatan. Melihatkan perkara ini, Rasulullah SAW berkata:
"Ketika pertama kali aku berjumpa denganmu, tiada seorang pun yang lebih tampan dan elok pakaiannya daripadamu. Tetapi hari ini aku melihat dirimu compang-camping dan hanya sehelai kain yang menutupimu...!"
Maka Rasulullah mengarahkan agar bahagian yang tidak dapat ditutup dengan kain itu, ditutup dengan daun-daun dan rumput yang ada. Subhanallah...

Begitulah kesudahan kisah hero saya, Mus'ab bin Umair r.a.. Bagi kita yang mungkin tidak dapat nak appreciate pengakhiran seperti ini, kita mungkin menganggap matinya Mus'ab sebagai sia-sia. Apalah Mus'ab ni.. Dulu ada lifestyle yang best, duit banyak, pompuan keliling pinggang, pergi tinggalkan buat apa?? Kan dah mati katak sia-sia macam tu je...??

Astaghfirullah... Kalau ada di kalangan kita berfikiran sebegitu rupa, maka minta ampunlah pada Allah. Tiada kematian yang lebih mulia daripada mati mempertahankan agama Allah. Dan jangan kita lupa, kemenangan yang agung adalah kemenangan menempatkan diri di dalam syurga yang abadan abadaa. Dan saya yakin, Mus'ab adalah seorang jago. Seorang juara. Dia sudah pun memenangi hadiah yang dijanjikan Allah itu.


Pemergian Mus'ab bukan untuk ditangisi, tetapi untuk diikuti! Ayuh!
Jom kita sama-sama doa supaya Allah akan guide kita semua, supaya ada semangat, himmah untuk jadi seperti Mus'ab. Terus terang saya cakap, mustahillah nak jadi 100% macam Mus'ab. Tapi kalau dapat cedok dan hayati semangat dan kefahaman Islam dia pun jadilah... Dan lebih penting daripada itu, jom sama-sama kita doa yang kita semua dapat berjumpa dengan hero saya di akhirat kelak, di syurga Allah yang dikhaskan hanya untuk VVIP sahaja! Dan saya mahu menjadi VVIP itu, bukan hanya sebagai peminat hero yang meminta tandatangannya sahaja...!

Hero saya adalah Mus'ab bin Umair r.a.. Dan sekarang saya pasti anda sudah ada jawapannya; kenapa saya memilihnya sebagai hero saya. ;)

Siapa pula hero anda..?

-gabbana-

5 Caci Maki Puji Muji:

jakethijau 18/10/2010, 20:05  

oh, subhanallah...mine is mus'ab as well!!!!

Inche gabbana 18/10/2010, 20:39  

alhamdulillah... sgt gembira ada juga org yg sama fikrah dgn saya..! ;)

afiqsamuel 05/05/2011, 22:01  

sangat suka. Ini salah satu cara dakwah yang berkesan, sbb cara penceritaan saudara sangatlah cooool. tabik springgg (dengan extra dengung).

:D

Inche gabbana 06/05/2011, 17:25  

hahaha.. i don't deserve ur tabik. sume tu datang dari Allah, maka 'tabik'lah dia..! ;)

Anonymous 19/12/2012, 13:28  

Mus'ab yang di kagumi, thats why nama bayt ana pun teratak Mus'ab :) moga semangatnya mengalir untuk semua ahlil bayt saya dan seluruh umat islam . .

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP