Buat Sahabatku Inche W
Post kali ini bertemakan kesedihan. Kepada makcik-makcik dan hakak-hakak yang mudah mengalirkan air mata, saya nasihatkan anda menyediakan sekotak tisu Premier di sebelah. Segulung tisu jamban pon ok juga. Juga kepada anak jantan di luar tetapi taman bunga di dalam, anda juga dinasihatkan untuk menyediakan sapu tangan atau apa-apa sahaja bagi mengkaver diri anda yang bakal tersedu-sedan sebelum dikantoikan. Selamat maju jaya! Eh.
Begini. Semalam seorang sahabat baik saya dari Kelantan turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri suatu kursus berkaitan bisnis atas talian. Biarlah saya namakan sahabat saya ini sebagai Inche W, kerana saya tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Inche W adalah kawan, sahabat dan abang saya sewaktu bersekolah di Sekolah Bintang suatu ketika dahulu. 5 tahun kami menjalinkan persahabatan sebelum masing-masing membawa hala tuju hidup masing-masing.
Dia ke Matriks dan saya ke KY. Kami masih berhubungan tetapi yalah, selepas keluar dari Sekolah Bintang, amat sukar untuk kami ketemu akibat faktor jarak dan kesibukan masing-masing. Lagi la pulak selepas saya menyambung pelajaran ke luar negara, hubungan kami hampir sahaja terputus. Hubungan secara fizikallah. Namun Inche W masih saya ingat di hati.
Saya dan Inche W mungkin..? |
Kali terakhir kami berjumpa sebelum semalam, kalau tak silap saya adalah setahun lebih yang lalu. Bertemu di Ipoh menghadiri majlis perhimpunan kanak-kanak tua Sekolah Bintang. Itulah kali terakhir kami bertemu dan saya dikejutkan dengan sebuah berita daripada Inche W. Biarlah saya rahsiakan juga berita itu di sini. Tetapi tampak jelas yang Inche W amat tertekan dan diperes dengan berita itu.
Tup tup, ketika saya masih di London, beberapa bulan sebelum saya pulang ke tanah tumpahnya darah saya, saya mendapat tahu yang Inche W sudah bergelar suami orang. Haruslah pengsan sekejap kan. Nasib baik tidak berbuih mulut. Itu pun saya tahu secara tidak sengaja, apabila saya menaip namanya di laman Mukabuku. Namanya keluar dan saya amat terkejut dengan gambar profailnya. Gambarnya bersama seorang perempuan dalam posisi yang amat mencurigakan. Tidak mungkin Inche W berkelakuan begini! Getus hati saya yang bersangka baik dan sopan. Betullah sangkaan saya. Inche W tidak mungkin melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kontroversi tanpa ada sebab musabab yang munasabah. Perempuan itu adalah bininya yang sah. Alhamdulillah..
Namun tindakan Inche W bergelar lelaki orang tanpa menwar-warkannya kepada rakan-rakan satu batch menyebabkan ramai yang bertanya-tanya apakah sebabnya dia mahu merahsiakan perkahwinannya itu. Tidak kurang yang berkecil hati dan marah dengan tindakan Inche W itu. Saya sendiri pada mulanya agak berkecil hati. Yalah, dahulu di Sekolah Bintang, bukan main baik lagi Inche W dengan saya. Di pertengahan tahun ketika di tingkatan lima, kami siap duduk sebilik lagi. Takkanlah benda yang cukup besar dan signifikan seperti menjadi lelaki orang tidak mahu dikongsi..?
Mujurlah Inche gabbana adalah seorang yang rasional dan berfikiran matang. Hohoho.. Entah mengapa, saya dapat meneka sebab utama mengapa Inche W merahsiakan berita yang pada orang lain, secara normalnya adalah suatu berita yang besar dan gembira. Dan semalam, alhamdulillah, tepatlah sangkaan saya apabila Inche W mengesahkan teori saya itu.
Semalam awal-awal pagi lagi saya sudah ke Hentian Putra untuk mengambilnya dan menghantarnya ke Bandar Tasik Selatan untuk menyertai kursus bisnis atas talian Skor A. Sangat gembira apabila dapat bertemu Inche W setelah sekian lama. Dalam perjalanan ke sana, banyak juga yang kami borakkan, walau pun tidaklah mendalam. Setibanya di Bandar Tasik Selatan, kami sempat berbual-bual lagi sementara menunggu kursus bermula.
Malam itu, sebelum Inche W pulang semula ke Kelantan, barulah sempat kami berborak dari hati ke hati. Agak lama kami berborak. Itu pun disebabkan bas yang sepatutnya tiba dan bertolak pada pukul 11 malam lewat tiba. Banyak yang kami borakkan. Anda tahu mengapa Inche W sanggup datang nun jauh dari negeri Cik Siti Wan Kembang ke Kolompo, dan pulang semula pada hari yang sama..? Inche W amat terdesak untuk menjana pendapatan. Apabila saya tanyakan kepadanya sejauh mana dia memerlukan wang, dia menjawab, dia dan isteri langsung tidak mempunyai wang sekarang ini. Kosong.
TT_TT
Sebak hati saya mendengarnya. Duit biasiswanya habis dibelanjakan untuk kenduri kahwinnya dulu. Dan sekarang, dia masih berhutang dan pada masa yang sama, tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan untuk keperluan asas. Buat masa ini, keluarga sebelah isterilah yang memberi wang perbelanjaan sehari-hari mereka. Tolong, kepada anda yang mungkin tidak faham dengan situasi Inche W, jangan cepat melatah dan menuduh, "Ha tulah. Sapa suruh kawen awal?? Gatal sangat nak kawen.." Tolong ye tolong. Situasinya bukan begitu. Bukan begitu.
Pada masa yang sama, dia amat tertekan dengan keadaaan pelajarannya. Yalah, pelajar jurusan perubatan. Pastinya susah! Lebih tertekan dengan sifat segelintir manusia yang amat mementingkan diri dan kiasu tahap super-saiya di universitasnya. Saya yang mendengarnya turut berasa geram dan meluat. Persetan. Punyalah tertekan Inche W dengan masalah-masalah yang dihadapinya, sehinggakan dia terpaksa bertemu dengan pakar sakit jiwa beberapa kali! Kasihan sungguh...
Dan kini dia sedang berkira-kira untuk menjalankan bisnes atas talian yang berformatkan MLM itu. Risikonya besar, saya memberitahunya. Tetapi dalam situasinya yang amat terdesak, saya faham tekanan yang sedang dihadapinya. Berat mata memandang, berat lagi perut yang memikul. Eh bahu. Saya cuba untuk memberikannya opsyen lain yang mungkin relevan untuk dirinya, tetapi dalam masa yang terdekat ni, tak banyak pilihan yang ada. Dia masih memikir-mikirkannya lagi dan akan berbincang dengan bininya dahulu. Saya sempat menasihatinya untuk memikirkan hal itu dengan sebaiknya. Jangan lupa untuk istikharah, kata saya lagi.
Saya berasa amat sedih dan useless juga, kerana tidak banyak yang dapat saya bantu. Dahulu di Sekolah Bintang, banyak perkara yang kami lalui bersama. Makan bersama, tidur bersama, belajar juga bersama-sama. Dia juga orang kuat saya. Selalu menyapot dan memberikan bantuan setiap kali diperlukan. Boleh dikatakan besfren la juga. Tetapi biasalah, apabila terlalu rapat, ada juga waktu-waktu yang kami bermasam muka. Perang Dingin katanya. Selalunya disebabkan oleh ego saya. Betul, ego saya memang besar. Mungkin lebih besar daripada seeokor ibu gajah. Tetapi itu dahululah.
Saya pasti yang Inche W selalu berkecil hati dengan saya. Tambahan pula, Inche W adalah seorang yang sangat sensitip orangnya. Sedangkan kami bersahabat baik. Tergamak saya memperlakukan sedemikian kepadanya..? Haih..
Inche W datang daripada keluarga yang bukan senang. Saya pernah ke rumahnya, bertemu dengan keluarganya. Dia juga pernah ke rumah saya. Dia selalu membandingkan dirinya dengan saya. Dia selalu sahaja berasa inferior dengan saya. Ah. Saya memang tidak suka setiap kali dia berbuat begitu. Hakikatnya, dia adalah seorang yang sangat hebat dan mengagumkan. Melihat mukanya sahaja anda boleh tahu yang dia pijak kerengga pun tak mati. Sangat berbudi bahasa orangnya. Lembut perawakannya. Juga seorang yang amat menjaga agamanya. Salah satu sebab mengapa Inche W mengambil keputusan untuk berkahwin segera.
Pendek kata, Inche W mempunyai pakej yang lengkap. Guru-guru juga amat menyayanginya dek sifatnya yang amat sukar menyakitkan hati orang lain. Sangat berbeza dengan Inche gabbana. Hohoho.. ^^" Namun Inche W tidak menyedari keistimewaan dan kehebatan yang dimilikinya itu. Dia amat mudah berasa rendah diri dan tidak yakin dengan sesuatu. Inche W mempunyai potensi yang sangat besar, sekiranya digilap dan ditonjolkan, pasti dapat membawa seribu satu kebaikan kepada seluruh umat manusia. Saya yakin. Saya bukan berkata-kata mengikut sedap mulut sahaja, tetapi kerana saya mengenali siapa Inche W. Ya.
Inche W, sekiranya anda membaca ini, maafkan saya kerana tidak dapat membantu anda menghadapi hari-hari yang mendatang ini. Maafkan saya kerana gagal menjadi seorang sahabat yang baik kepada anda, sedangkan anda dulu begitu baik kepada saya. Maafkan saya dalam situasi sebegini, saya hanya mampu berkata-berkata, cuba menyedapkan hati anda dan tidak lebih daripada itu. Maafkan saya suatu ketika dahulu saya sering menyakiti hati anda. Maafkan saya atas ego saya yang besar dan menakutkan. Maafkan saya kerana menjadi seorang kawan yang tidak berguna. Saya lemah, tidak tahu bagaimana saya boleh meringankan beban anda. Maafkan saya, Inche W...
Saya hanya mampu berdoa untuk anda. Ya mungkin boleh saya hulurkan sedikit bantuan, mungkin dengan wang ringgit. Mungkin. Tetapi saya tahu itu semua tidak akan menyelesaikan masalah anda. Anda perlu menghadapinya sendiri. Kuatkan diri ya..? Banyakkan bersabar dan mengadulah padaNya. Dia sebaik-baik pendengar. Yakinlah pada perancanganNya. Dia pasti akan menunjukkan jalan keluar pada anda. Insha-Allah.
Mengadulah dan mintalah padaNya. Insha-Allah Dia akan tunjukkan jalan... |
Dan buat masa ini, saya akan akan selalu berada di sini untuk anda. Jangan segan-segan untuk meminta bantuan ya! Insha-Allah saya akan cuba mana yang termampu untuk membantu...
Akhirnya, doa saya untuk anda; mungkin anda terpaksa bersusah-susah di dunia ini, tetapi semoga anda akan bersenang lenang di syurgaNya nanti. Biidznillah.. Dan semoga saya dan anda tergolong dalam 7 golongan yang akan mendapat perlindungan ArasyNya di padang Mahsyar nanti! Doakan saya juga ya!
-gabbana-
Kepada yang dapat meneka siapa empunya diri Inche W, harap dapat merahsiakan namanya. Tidak perlulah letakkan namanya di ruang 'Caci Maki Puji Muji' ya..? Saya merayu. Mari sama-sama kita doakan. Terima kasih semua!
16 Caci Maki Puji Muji:
semoga baik² aja, inshaAllah..
beta juga amat bersedih dengan encik W walaupun kami guru2 pun agak terkilan sebab tak diberitahu tentang majlis itew..Apapun beta berdoa, beliau akan sukses dalam pelajarannya dan juga dalam hidupnya itew..
mood : pengsan 2 minit setengah
terima kasih anonymous.
beta..? ni buang tebiat ke apa nih...? tak sabar nak jadi raja sehari ke cikgu..?? hihih.. ;p
takpe cikgu, nnt kalau saya g STAR, saya ceritakan keadaan sebenar. nak tulih dalam blog ni, sensasi sgt. takut nnt pengsan tak bgn2 dah..! hohoh..
nanti buat post untuk Inche A pulak..
=P
erk.... *peluh besar*
sian W, tp N masih trtanya2 perihal yg satu itu~
kahwin awal tak ada masalah. masalah inche W bukan disebabkan kahwin awal. takde kena mengena langsung. tak perlu menyesal kahwin awal. mana tahu bila dia dah berjaya lepas cubaan ni, dia akan imun dgn cubaan yg lain pulak. percayalah.
biasalah,selagi kita tak berada dalam kasut orang lain, kita tak akan faham perasaannya. maka terkeluarlah kata2 "tulah sapa suruh kawin awal". manusia mmg suka stereotaip (termasuklah saya jugak)
wah alexalabasta! sudah lama anda tidak menjenguk di blog ini! ;)
oh ttg hal itu.. bersabarlah! anda pasti akan mendapat jawapannya nanti! ^^
betul N, setuju setuju. tp tula, tak ramai orag yang faham dan nak faham.. mcm N sendiri ckp, mmg sgt ramai org di luar sana yg sgt tipikal dan stereotaip..
moga W akan terus kuat dan bersabar. amin.
tumpang simpati...
jgn simpati je inche trulyidea. doakan skali ok..? ;)
masyaAllah inche Gabbana.
semoga Allah mudahkan urusan ince W. sama2 doa eh. agak lama x dgr berita beliau. tp sy pasti dia akan menempuhi liku2 lobang2 idup dgn cermat dan gayanya kerana dia lah ince W yg sy knal dulu di Sekolah bntang!
terima ksih share kisah nih.
max, takkan ko pon panggil aku encik gabbana kot..? skema sgt tu... wahahahaha.. down dowh.. ^^"
Dia dh ok sket dh skang alhamdulillah. dh mula stabil.. ;) jom sama2 terus doakan dan bantu mana yg mampu!
p/s: max, ari tu abg amir syahir bg tadabur surah al-furqan. peerrrggghhh... mmg koyak. terbhoeek ah. mmg mantop ah tarbiyyah jepang nih! pas ni aku tunggu tadabur ko lak! ^^
tak sedih pon. anyway, semoga inche W diberi kesabaran dan ketabahan menjalani hidup. amin~
pasti ada hikmah di sebalik setiap kesusahan....segalaNya datang dari Allah ..dan kembalinya Kepada Allah
Post a Comment