Tips-Tips Interbiu
Malam semalam saya bertemu janji dengan seorang pelajar tingkatan lima di sebuah kedai mamak di Taman Melewati. Bukan, dia bukanlah seorang anak gadis seperti yang anda sangkakan. Tetapi seorang anak jantan kerana dia bersekolah di Sekolah Bintang. ^^" Kalau anda berasa hampa, apatah lagi saya... Wahahaha.. Ok saya bergurau sahaja. Sila jangan ambil hati.
Biarlah saya rahsiakan namanya, kerana risau akan menjadi gossip hangat di abad ini. Yalah, siapa sahaja yang diskandalkan dengan Inche gabbana pasti tidak akan dapat hidup dengan tenang, apatah lagi tidur lena kerana sentiasa diburu oleh papa dan mamarazzi. Hihihi.. Tujuan kami bertemu janji adalah kerana dia ingin bertanyakan tentang tips-tips interbiu.
Bukan, bukan interbiu dengan bapak anak dara orang kerana ingin berkahwin. Saya tidak mungkin mampu memberi tips kerana saya pun belum pernah diinterbiu. *koff koff*
Bukan, bukan juga interbiu untuk mintak kerja. Dia masih muda remaja, kalau kerja pun mungkin di restoran makanan pantas maka tidak perlulah tips interbiu bagai bukan?
Dia dengan penuh sopan dan berbudi bahasa telah meminta saya berkongsi tips-tips untuk interbiu biasiswa. Wah! Sungguh mengujakan bukan..? Dia masih berada di tingkatan 5 tetapi telah terpilih untuk diinterbiu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada Khamis hadapan. Menurutnya, 3 orang pelajar dari Sekolah Bintang telah terpilih untuk diinterbiu. Syabas diucapkan!
Nota kaki: Kanak-kanak zaman ini sangat bertuah. Belum SPM pon lagi sudah diinterbiu untuk biasiswa. Kalau dah lepas SPM nanti..? Haruslah berbondong-bondong kan tawaran untuk diinterbiu? Cis. Sungguh tidak aci.
Jadi saya pun berkongsilah apa-apa yang dapat saya kongsikan, walaupun saya rasa tidak banyak yang dapat saya berikan. Yalah, interbiu biasiswa terakhir yang pernah saya lalui adalah 5 tahun yang lalu! Tidak banyak yang saya ingat. Apatah lagi saya pasti format interbiu pada zaman moden yang penuh birokrasi ini sudah banyak berubah.
Pada hari ini, seorang lagi pelajar tingkatan 5 Sekolah Bintang telah menghantar mesej Mukabuku kepada saya, bertanyakan soalan yang sama. Eh apa anda orang ingat saya ini konsultankah..? Wahaha.. Takpe takpe, saya tak kisah sebenarnya. Malah berasa seronok dan gembira dapat membantu. Tak banyak, sikit pon jadilah labu!
Ok, di sini saya sediakan beberapa tips yang saya secara peribadinya rasa relevan dan boleh digunakan ketika interbiu. Harapnya berguna juga untuk anda! Mana tau boleh juga digunakan untuk interbiu kerja!
- Mulakan dengan Bismillah. Ini peraturan ibu jari. Baca: Wajib.
- Rilek. Nak menggelabah buat apa? Cool aje bro. Macam mana nak rilek? Anda bertanya. Jawapan saya, beberapa minit sebelum interbiu, berhenti daripada membaca sebarang nota atau berfikir tentang soalan-soalan yang akan ditanya. Kosongkan minda anda, dan tarik nafas sedalam-dalamnya untuk beberapa kali. Dan apabila anda dipanggil, melangkahlah dengan penuh bergaya dan yakin!
- Senyum. Banyakkan senyuman. Bayangkan anda berada di dalam kasut mereka yang menginterbiu anda. Anda sukakah nak interbiu manusia yang berwajah muram dan masam? Anda pun nanti cepat down dan rasa tidak selesa untuk meneruskan proses interbiu itu. Kan? Untuk anda yang diinterbiu, kadang-kadang tu wajah si interbiu-er memang sengaja dimasamkan, untuk melihat reaksi anda. Maka senyum sahajalah. Percayalah anda tidak rugi apa-apa.
- Jawab soalan dengan penuh yakin. Dan bergaya. Ambil masa untuk berfikir, tidak apa. Lebih baik begitu dan anda berjaya menjawab dengan penuh mengagumkan, daripada anda tidak sabar-sabar untuk menjawab dan akhirnya memberi jawapan yang hampagas.
- Renung mata si interbiu-er seolah-olah anda sedang menumpukan sepenuh perhatian apabila dia bercakap. Kalau tidak seolah-olah lebih baik. Anggukkan kepala sekali-kala menandakan anda faham dan berminat dengan apa yang sedang diperkatakan. Senyum. Oh tapi jangan sampai si interbiu-er jatuh hati kepada anda dan berkata di akhir sesi interbiu itu, "Anda masih bujang..?" Pengsan.
- Jika anda tidak tahu atau tidak faham dengan soalan yang ditanyakan, katakan sahaja anda tidak tahu. Minta penjelasan tambahan. Percayalah, si interbiu-er lebih suka kepada anda yang jujur dan berani mengatakan yang anda tidak tahu, daripada berlagak pandai dan akhirnya kantoi! Wahaha.. Berkata benarlah walaupun pada mulanya ia pahit. Kerana kemungkinan besar ia akan menjadi manis!
- Buat sedikit kajian tentang subjek/jurusan yang anda minta. Sekiranya anda meminta biasiswa untuk kedoktoran misalnya, maka buatlah sedikit kajian tentang bidang kedoktoran di Malaysia contohnya. Atau bidang kedoktoran bagaimanakah yang anda bercadang untuk spesialais dan mengapa. Kalau ekonomi, ambillah tahu serba sedikit tentang keadaan ekonomi dunia. Kemungkinan besar si interbiu-er akan bertanya, mengapa anda memilih bidang ini dan itu dan sebagainya.
- Sekiranya anda diinterbiu secara berkumpulan, ini nasihat yang amat penting. Baca: Jangan gopoh. Sabar. Biarkan rakan-rakan seinterbiu yang berkata-kata dahulu. Perhatikan poin-poin mereka dengan teliti. Jangan libatkan diri dalam perdebatan berlanjutan yang tidak membawa pekdah. Apabila tiba giliran anda untuk bercakap, maka sampaikan poin anda dengan penuh keyakinan. Dan pertahankan pendapat anda apabila anda dicabar! Pastikan anda bersedia dengan serangan bom dan mesin gan, bukan daripada para interbiu-er sahaja, tetapi daripada rakan-rakan seinterbiu juga!
- Ini nasihat yang selalu saya tekankan. Jadilah diri anda sendiri. Be yourself. Tidak perlu menjadi diri orang lain, semata-mata untuk membuatkan orang kagum dengan diri anda. Percaya dan yakinlah, anda juga ada kekuatan dan potensi yang tersendiri. Dan sekiranya anda berjaya menonjolkan diri anda yang sebenar, pasti setiap orang akan kagum dan teruja. Silap haribulan, mak cik yang sedang mop lantai ketika interbiu dijalankan akan turut jatuh hati pada anda! Tahniah!
- Akhirnya, yakinlah yang kesudahannya ditentukan oleh Allah jua. Kadang-kadang kita berusaha dan merancang bagai nak rak, tetapi suatu apa pun tidak menjadi. Betul kan..? Kadang-kadang kita rasa kita tidak bersedia, tetapi Allah permudahkan. Dia tunjukkan kita jalan. Maka jangan lupa meminta padaNya. Berdoalah dan bersolawatlah. Yakinlah yang Dialah sebaik-baik perancang dan Dialah yang Maha memberi rezeki.
Bagaimana..? Mudah sahaja kan tips-tips yang saya berikan ini? Oh, setelah anda lakukan semua ini, jangan lupa; Baca: Tawakkal. Dapat tak dapat, itu belakang kira. Tidak semestinya kalau anda tidak dapat, itu tidak baik untuk anda. Dan tidak semestinya, jika anda dapat, itu adalah yang terbaik untuk anda. Berhati-hati! Sila baca 2:216 sebagai bacaan tambahan. =)
Pastikan sesi interbiu anda ceria dan bertenaga! |
Apa-apa pun, sekiranya anca bercadang untuk menggunakan tips-tips Inche gabbana dalam menghadapi proses interbiu anda, selamat maju jaya! Dan oh, sebagai diskelemer, saya tidak bertanggungjawab tahu, sekiranya anda gagal dalam interbiu anda setelah mengaplikasikan tips-tips saya dengan penuh bergaya dan berkeyakinan..?? Wahahaha..
All the best! ;)
-gabbana-
12 Caci Maki Puji Muji:
aiman kan..sudah dikirim salamku??
bertuah anak ini..saya menjaga nya dari zaman muda lagi sehinggalah hari2 terakhir beliau sebulan lagi ...
tq gabbana atas perkongsian itu..gud luck untuk dia
woah, cepat btol cikgu komen. tido tido! hehe.. ;p
haah. cemburu pada generasi muda. banyak betul peluang yg mereka dapat! rezeki mereka. saya tumpang gembira! ;)
wow bank negara.
untungnya jadi pandai
melimpah ruah peluang dapat
awal awal lagi bank negara dah tawarkan. mesti bright gila nieh. salute.
huh....teringat zaman pegi interview dulu....
suke.... "Pastikan anda bersedia dengan serangan bom dan mesin gan, bukan daripada para interbiu-er sahaja, tetapi daripada rakan-rakan seinterbiu juga!"
hehehehe...rase nyer dulu memang sy berperang time group interview nih...hehehe
hm... let me guess.
Aiman Sanuddin kan??
hahaha..
nama Aiman ni semua bertuah. Dah maksud Aiman pun 'Yang Bertuah'
setiap kali orang panggil die, jadik doa. huhu
anyway, yang lagi dua, possibility nye ialah Azri, Aiman, dan geng2 yang pandai tuh =)
gud luck kepada mereka. Don't be like me. haha
itulah hamdan, saya amat cemburu pada mereka. tapi bukan cemburu yang dengki, tetapi cemburu gembira. saya seronok untuk mereka! ;)
siti: hahaha.. saya tahu sebab saya pon pernah terlibat dalam peperangan yang sama.. ehehe..
tetapi selepas itu, rasa menyesal pula. tidak berpekdah langsung dan menampakkan diri ini yang kurang matang! dan saya tak dapat pun biasiswa itu..! ^^"
err... no komen aiman! ;p
ye ye, all the best ntok semua! ;)
owh...inche gabbana x dapt..
tp sy Alhamdulillah...dpt biasiswa tu setelah berperang...walaupon agak menyesal pas berperang tuh...
~SN~
woah tahniah! biasiswa apa tu..? nampaknya ada masa memang kena berperang la agaknya ye..? hihihi..
heheheh...Alhamdulillah dah rezeki
tp x yah la berperang rase nyer....sian kat calon laen...huhuhu
sy dpt biasiswa dr inche M*E :))
~SN~
hahaha.. tp kalau calon lain pon sume angkat bazooka, bom tangan.. kita pon kadang2 nak naik keta kebal gak kan..? hihih..
oh oh! tahniah..! ;)
Post a Comment