Sabare Wak!
Setiap kali ketika saya berasa geram atau panas disebabkan oleh sesuatu perkara, saya akan sering teringat kepada kata-kata seorang sahabat baik di London,
"Sabaaaarr..."
Simple. Short and sweet. Sabar.
Walaupun pendek dan ringkas, tapi ia benar-benar memberikan kesan kepada saya. Terus saya terdiam dan lantas tidak jadi untuk berasa marah atau menyampah.
Woah marah ke dik..? Sabaaaaarrr.. ;) |
Suatu ketika kami pernah berjanji, untuk tidak marah dan mengeluarkan kenyataan geram dan memerli, atau kata-kata yang boleh membuatkan orang lain berasa tidak selesa punggung. Kalau terkeluar juga kenyataan-kenyataan seperti itu, atau antara kami berasa marah, atau cuai dan gopoh dalam melakukan sesuatu, maka kenyataan yang cukup pendek dan ringkas itulah yang akan menyejukkan suasana.
Sabar.
Sayalah yang paling banyak 'disabarkan.' Wahahaha.. Memang saya seorang yang agak panas baran dan gopoh dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Amat mudah melenting kalau mendengar kenyataan-kenyataan yang sangat sesuatu, atau melihat perbuatan-perbuatan yang memang minta pelempang sekian terima kasih. Tapi alhamdulillah, saya rasa saya sudah banyak berubah. Betul ni saya jujur. Tapi of koz la masih banyak ruang untuk perubahan. Banyak lagi perkara yang saya sangat sedih dengan diri sendiri ini; semuanya disebabkan oleh kurangnya sifat sabar ini.
Sabar dalam berdakwah
"Malas la aku nak cakap ngan dia lagi. Dia tu hati batu, keras sangat. Kau pulak la pergi bagitau. Aku dah lepas dah tanggungjawab aku.."
"Penat la nak DF dia ni. Degil sangat. Lagi pun, ramai lagi orang lain. Takyah la aku terhegeh-hegeh nak baik sangat ngan dia."
"Dah banyak kali aku cakap ngan kau. Kau nak aku cakap macam mana lagi? Takkan setiap kali nak aku kena tegur kot..? Bila la kau nak berubah ni..."
"Ah pedulikanlah dia tu. Kita dah nasihat, bukan tak nasihat! Biarlah.. Kubur lain-lain pun."
"Aku dah penat la. Seriyes. Buat camne pun dia tak nak berubah. Baik aku move on..."
Wah, terer tak dialog-dialog di atas? Anda pernah mendengar dialog-dialog seperti di atas? Auqa maqal la, takkan sebijik sebijon kan?
Ini dialog-dialog yang benar-benar terjadi, tetapi setelah diubah suai mengikut selera dan suka hati saya. Siapakah yang mengungkapkan dialog-dialog di atas..? Mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai du'at; orang-orang yang menyebarkan agama Allah di muka bumi ini.
Ramai antara kita yang bersungguh-sungguh mahu melihat kebaikan ditegakkan di muka bumi Allah ini. Maka ramai antara kita yang mengambil inisiatif, sama ada secara individual atau berjemaah untuk melaksanakan tugas syahadatul haq itu.
Tetapi malangnya, tidak ramai antara para du'at ini yang memiliki sifat sabar dan tidak gopoh dalam menyampaikan risalah Islam. Lantas muncullah dialog-dialog seperti di atas.
Mari kita hayati dan renungi maksud Sural al-'Asr, ayat 1 sehingga 3:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Wah! Anda nampak tak..? Pertamaya, orang-orang yang tidak rugi adalah orang-orang yang menggunakan masanya untuk beriman kepada Allah dan RasulNya, serta beramal soleh dengan keimanannya itu.
Keduanya, antara amal soleh yang sangat-sangat dituntut untuk orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan RasulNya, adalah berpesan-pesan dengan kebenaran. Dengan kata lain yang lebih mudah dan bergaya, buat dakwah.
Tetapi ramai antara kita yang termiss point akhir yang tidak kurang pentingnya itu; dalam kita berdakwah pada orang lain, dakwah kita itu mesti didampingi dengan kesabaran.
Koyaaaakkk.
Berapa ramai antara kita yang setiap hari membaca surah al-'Asr dalam solat Asar, tetapi tidak pernah menghayati intipati yang cuba disampaikan dalam surah ini..?
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Seringkali kita apabila menyampaikan nasihat atau menegur seseorang, kita mengharapkan perubahan yang drastik pada dirinya. Ini tidak adil. Tidak adil untuk diri kita dan juga kepada manusia yang ditegur tadi.
Tidak adil kepada kita kerana apabila kita mengharapkan keajaiban daripada teguran kita itu tetapi keajaiban itu tidak berlaku, kita akan berasa sangat keciwa, down, frust dan semua-semualah yang seangkatan dengannya. Ini tidak sihat untuk jiwa dan minda kita. Juga menyebabkan kita akan mudah berputus-asa dengan manusia tersebut.
Tidak adil untuk manusia yang ditegur itu kerana sesuatu perubahan, terutamanya yang melibatkan perlakuan yang sudah menjadi rutin dan kebiasaan, pastinya memerlukan masa dan kekuatan untuk berubah. Contohnya, merokok, berzina, tidak solat, kelakuan yang lagho dan sebagainya. Anda ingat senangkah nak berhenti merokok kalau sudah menjadi kebiasaan merokok dua tiga kotak sehari? Atau anda mengharapkan agar kawan serumah anda akan mula ikut solat berjemaah sedangkan sebelum ini dia langsung tidak pernah bersolat? Hatta anda mempunyai lampu ajaib Aladdin sekali pun, perkara tersebut tidak akan berlaku!(Ok bukan nak menggalakan unsur-unsur syirik di sini, tetapi hanya sebagai parabola.)
Persoalan yang lebih utama di sini adalah bagaimana caranya kita menyampaikan nasihat dan teguran itu. Atau dalam konteks dakwah yang lebih besar, bagaimana kita melaksanakan tugas dakwah kita itu. Adakah kita melakukannya dengan penuh berhikmah; marah apabila perlu, berkasih-sayang apabila kena pada tempatnya dan mengalah apabila ego masing-masing sedang memuncak..? Atau adakah kita terus zap zap zap, lantas mengharapkan perubahan yang dramatik there and then..?
Adakah kita konsisten dalam menyampaikan nasihat dan pesanan..? Atau kita tidak sabar dan mudah mengalah? Amat mudah berputus-asa. Lemah la woi!
Adakah kita mengfollow-up dengan teliti dan strategik; sentiasa mengatur semula cara dan gaya dalam mendekati seseorang itu agar hatinya tersentuh. Atau terus melaksanakan strategi yang sama walupun cara itu tidak berkesan dan tidak mendatangkan hasil? Dan terus berasa down dan hilang semangat apabila telah lama mencuba, respon yang didapati amat menghampaskan..?
Orang-orang tua selalu menyebutnya sebagai nasihat yang amat berguna. Anda juga selalu menyebut-nyebutnya tetapi sering terlupa kecantekannya dalam erti kata yang sebenar - Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Nabi SAW Sebagai Qudwah
Siapa lagi yang lebih sempurna untuk kita jadikan sebagai contoh dalam isu ini selain daripada kekasih hati kita, Rasulullah SAW? =)
Kesabaran baginda SAW dalam setiap perkara.. Subhanallah! Sungguh mengagumkan! Tetapi jangan lupa, baginda juga merupakan seorang manusia biasa seperti kita semua..!
Rasulullah SAW tidak pernah berputus-asa dengan paman kecintaannya, Abu Talib sehinggalah pamannya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehingga ke saat itu, baginda langsung tidak pernah prejudis atau pesimis terhadap pamannya itu, walaupun Abu Talib secara jujur menolak dakwah baginda. Tapi pernah Nabi SAW marah kepada pamannya itu? Atau tidak mempedulikan pamannya; lebih baik aku pergi dakwah kat orang lain! Pernah..?
Bagaimana pula dengan kisah yang sungguh menggegarkan jiwa apabila membacanya, yakni kisah Nabi SAW dihalau dan dibaling batu di Taif? Ada ke kita baca di mana-mana atau dengar di ceramah-ceramah di radio atau surau berdekatan rumah, setelah Nabi SAW dilayan dengan begitu hina sekali, baginda marah atau berdendam dengan penduduk Taif? Ada pernah kita dengar baginda menerima tawaran malaikat penjaga bukit Taif untuk menghentam para pendudk Taif dengan bukit jagaannya itu. Eh pernah ke? Jawablah! (ok saya tak emo, jangan risau..)
Tak pernah bukan?
Sebaliknya, apa yang kita selalu dengar, Nabi SAW malah mendoakan agar suatu hari nanti Allah akan memberi hidayah kepada para penduduk Taif yang telah menyakitinya itu. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang doa magik Nabi SAW, sila baca Seringgit Dua ini.
Banyak lagi kisah tentang kehebatan, keunggulan Nabi SAW dan para sahabat r.a. dalam bersabar menyebarkan risalah Islam. Tetapi cukuplah sekadar saya menekankan yang dakwah Nabi SAW adalah dakwah yang penuh dengan kasih sayang, harapan dan kesabaran. Nabi SAW tidak mudah menghukum seseorang itu, malah terus-menerus menyampaikan kerana itulah tugas seorang dai'e. Terus menerus menyampaikan tanpa kenal erti penat dan lelah.
Anda lupa dengan kisah pembukaan Kota Mekah? Siapakah mereka-mereka yang tinggal di Mekah ketika itu? Orang-orang yang sama yang pernah menyakiti Nabi SAW dan umat Islam suatu ketika dahulu. Dan apakah antara perkara pertama yang Nabi SAW lakukan ketika baginda mula-mula masuk ke dalam kota Mekah? Memanggil mereka yang bertanggungjawab menyakitinya dan umat Islam yang lain lantas menjatuhkan hukuman gantung sampai mati? Atau mengumpulkan semua kafir Quraisy dan mengarahkan mereka dibunuh beramai-ramai?
Oh imaginasi anda sungguh fantasi dan sadis. Tidak. Nabi SAW memaafkan mereka semua. Ya, memaafkan semuanya tanpa sebarang pra-syarat. Subhanallah...
Kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum. Tugas kita hanyalah menyampaikan dan menjelaskan sebaik mungkin. Dan selebihnya? Itu urusan Allah.
Jom kita renung-renungkan ayat al-Quran ini sebagai penutup bicara saya di hari Jumaat yang mulia ini;
"Sesungguhnya kami tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
Surah al-Qasas, 28:56
Terus mendoakan sahabat-sahabat kita dan orang-orang tersayang. Siapa tahu, suatu hari nanti hati mereka akan tersentuh! |
Kata Hassan al-Hudhaibi, "Du'at la Qudlat." Kita du'at dan bukannya qadi.
Sabare wak!
Allahu a'lam.
-gabbana-
7 Caci Maki Puji Muji:
salam..
hmm boleh tak nak tanya...
apa maksud auqa maqal?
dari tahun ke tahun ana belajar banyak tentang sabar ni kat STAR..
alhamdulillah, dah tua2 cang gini tahab kesabaran ana makin bertambah,, idokla panas baran macam mule2 ngajo dulu
gila ah menggamit memori betul:) seriyes sgt merindui saat2 ngan ko dulu, dam ='(((
inche/puan anonymous, sudah tentu la boleh. ;)
auqa maqal tu maksudnya 'lebih kurang'. Lebih kurang ah.. hehe..
bagusla egitu cikgu. maknanya cikgu menjadi lebih matang dan bijak sepanjang cikgu berada di sekolah.
itu satu pencapaian cemerlang..! tahniah! ;)
ye ke ni waqi..? ye la manusia kan... bila dah takde baru nak menghargai kan...? wahahaha.. ;p
saya rasa auqa maqal tu nta nak maksudkan au kama qal.ke?
[au kama qal=atau seperti yang dicakap]
Post a Comment