29 March 2010

KITA dan Mereka

Apa beza KITA dan mereka..?

Mereka pergi ke universiti untuk belajar dan berjaya, KITA juga pergi ke universiti untuk belajar dan berjaya. Tapi KITA tahu dan sedar yang belajar tu hanya alat untuk KITA capai kejayaan yang lebih besar.

Mereka pergi melancong dan bersu
ka ria, KITA juga pergi melancong dan bersuka ria. Tapi KITA bukan sekadar melancong dan bersuka ria, KITA berjaulah, berukhuwwah dan melihat kebesaran Allah dengan penuh mahabbah.

Mereka menonton movie sambil makan popcorn, KITA juga menonton movie sambil makan bukan sahaja popcorn, malah aiskrim, gula
-gula dan Nougat Pillow sambil minum Goody Cao. Tapi KITA tidak menonton sebarangan movie; KITA hanya menonton movie yang boleh KITA ambil ibrah dan aplikasi fikrah KITA.

Mereka bersukan dan beriadhah, KITA juga bersukan dan beriadhah (walaupun lain orang lain definisi riadhahnya.. ;p). Tapi KITA beriadhah sebab nak jadi individu Muslim yang lebih hebat dan cergas di samping merapatkan ukhuwwa
h, bukan semata-mata untuk membazir peluh membuang lemak yang terkumpul di badan.

Mereka tulis blog dan ada Facebook, KITA juga tulis blog dan ada juga akaun Facebook. Tapi KITA tulis blog untuk menyampaikan dakw
ah dan fikrah KITA, dan akaun Facebook tu hanya sebagai medium untuk berhubungan, bukan wadah untuk berjahiliyyah.

Mereka ada iPhone dan iPod, KITA pun ada iPhone, iPod dan Satio. Tapi kita letak lagu-lagu Maher Zain, Shoutul Harakah, Izzatul Isl
am, ceramah-ceramah agama, proQuran dan Hadith 40 dalam iPhone, iPod dan Satio kita dan kita gunakan iPhone, iPod dan Satio kita sebaik-baiknya untuk menyampaikan risalah Allah.

Dan mereka adalah manusia biasa, yang ada hidung, mata, telinga, tangan, kaki dan hati. Mereka juga ada duit dan kereta. Mereka
makan dan buang air dan tidur dan belajar dan mandi.

KITA juga adalah manusia biasa, yang ada hidung, mata, telinga, tangan, kaki, lutut, buku lali, peha, hempedu, pankreas dan hati. KITA juga ada duit dan kereta. KITA makan dan buang air dan tidur dan belajar dan mandi seperti m
ereka.

Tapi KITA ada hidung yang mensyukuti nikmat Tuhan, yang ada telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, mata untuk hanya melihat apa yang diizinkanNya, tangan dan kaki untuk melaksanakan apa yang diperintahNya, lutut, buku lali, peha, hempedu dan pankreas untuk menjalankan apa yang sudah ditetapkanNya.
Dan yang paling penting, KITA ada hati yang memahami.

KITA juga ada duit dan kereta, tapi KITA gunakannya untuk mencari keredhaanNya yang kekal dan abadi.

KITA juga makan dan buang air dan t
idur dan belajar dan mandi, tapi KITA tahu dan faham kenapa kita buat semua tu.

Siapa mereka? Mereka adalah MA, MB dan MC.

Siapa KITA..? KITA adalah KITA. ;)



-gabbana-

25 March 2010

Zaaasssss...

Tadi saya lewat ke Masjid untuk solat jemaah Maghrib. Saya bergegas ke Masjid North London a.k.a. Masjid Finsbury Park dengan harapan masih ada orang yang belum melaksanakan solat Maghrib.

Saya masuk ke dalam masjid dalam keadaan ala-ala yang masih mamai. Melihat ke kiri dan ke kanan, mencari-cari orang yang sedang solat atau belum solat. Kebetulan ada seorang lelaki masuk ke dalam ruang masjid, lantas saya bertanya kepadanya sama ada dia ingin solat Maghrib. Alhamdulillah, dia memang ingin menunaikan solat dan kami pun menunaikan solat bersama-sama.

Sekian, terima kasih. Tammat.

Eh eh, belum belum. Apa anda orang ingat saya penat-penat came out with title yang melatopz, nak tulis pasal saya solat je ke..? Jangan sangka air yang tenang tiada buaya.

Begini, selepas solat sunat Ba'diyah, saya duduk untuk berwirid. Tiba-tiba datang seorang pak cik duduk di hadapan saya. Sangkaan saya dia ingin berborak mesra, namun sangkaan itu meleset teruk bagai sangkaan sesetengah orang bahawa pasukan bolasepak Malaysia akan menang Piala Dunia suatu hari nanti.

Rupanya-rupanya dia ingin menegur saya.

Teguran Pertama
Dia kata, saya tak sepatutnya membaca surah dengan kuat ketika bersolat (oh, saya menjadi imam ketika bersolat dengan Inche Lelaki tadi..). Katanya, saya mungkin mengganggu orang lain yang sedang membaca Quran atau yang sedang melakukan ibadah yang lain. Dia kata, tu common sense. Dia juga kata, saya boleh tanya orang lain yang lebih pandai, tapi bagi dia, tu adalah general concept yang kita yang datang solat lambat ni, yang buat jemaah kedua ni, tak sepatutnya mengganggu orang lain. Baiklah.

Teguran kedua
Dia kata, saya tak sepatutnya pakai baju yang melambangkan nationality (saya memakai baju yang bertulis INDIA di belakang, hadiah dari seorang kawan yang belajar di Manipal, India yang datang menziarahi saya tahun lepas..). Katanya, yang membezakan umat Islam tu hanyalah taqwa, bukan negara dan bangsa. Saya pun berkata yang saya bukan warganegara India dan dia menjawab, more the reasons untuk saya tidak memakai baju itu. Dia berkata, dengan memakai baju tu hanya akan mengganggu orang lain untuk khusyu' dan menumpukan perhatian ketika solat.

Hhhmmm.. Apa pendapat anda..?

Kalau mengikutkan ego dan nafsu diri, rasanya macam tak nak terima je teguran-teguran tu. Yelah, rasanya teguran dia tu tak berapa nak valid, especially teguran yang pertama tu. Tapi alhamdulillah, sebagai seorang yang rasional, saya mengambil positif teguran pak cik tersebut. Saya muhasabah dan bersyukur sebab ada juga orang yang concern pasal diri saya, yang berani untuk menegur saya.

TAPI...

Kan lagi best kalau lebih ramai orang yang berani macam pak cik tu dan skop teguran tu dibesarkan lagi..? Maksud saya, tak salah pak cik tu nak tegur perkara-perkara yang boleh menyempurnakan ibadah. Tapi bukankah ada perkara-perkara yang lebih besar, untuk ditegur dan dibetulkan..? Bukan saya nak cakap pak cik tu tak tegur, wallahu a'lam. Tapi saya nak ambil keadaan dan realiti ummah zaman ini secara lebih general.

Muslim yang committed zaman ni lebih suka untuk menegur perkara-perkara yang furuk, yang bukan prioriti. Mereka lebih gemar untuk baik sendiri-sendiri, dan tegur mereka yang sudah sememangnya baik. Mereka takut atau tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat lebih daripada itu, yakni keluar daripada kepompong orang-orang yang baik-baik ni. Kalau mereka benar-benar keluar ke masyarakat, pasti mereka akan pitam 33 minit atau pengsan sambil mulut berbuih.

Kerana hakikatnya umat di luar sana sedang sakit. Sakit tenat yang ubatnya masih belum dijumpai. Well, sebenarnya dah jumpa, tapi tak ramai doktor-doktor yang sanggup untuk memberi ubat kepada mereka yang sakit. Membaca berita-berita tentang masalah umat manusia di zaman ini, terutamanya gejala sosial yang sedang mengganas di Malaysia menjadikan hati ini sebak, jiwa ini lemah dan otak ini kacau. Masakan kita boleh berdiam diri melihat kemungkaran yang bermaharajalela..? Macam mana kita boleh duduk diam, menikmati teh o' ais limau sambil menonton Melodi di TV3 sedangkan anak-anak muda, yang menjadi harapan bangsa dan negara sedang giat bermadu asmara, membuat anak tanpa ada hadnya..?? Dan saya pelik bagaimana kita boleh buat dono dan bodo sedangkan maksiat terang tang-tang berlaku depan anak mata dan anak tekak...

Inilah yang disebut oleh Syaikh Ahmad Rasyid sebagai ahli ibadah yang bermain-main. Mereka sangkakan mereka sudah melakukan apa yang disuruh apa yang wajib buat mereka. Mereka sangkakan pintu syurga itu sudah terbuka luas untuk mereka. Mereka sangkakan cukuplah mereka sahaja yang taat kepada Allah. Mereka tersilap besar di situ...

Mereka lupa yang tanggungjawab mereka sebenarnya adalah untuk mengajak manusia seluruhnya menghambakan diri mereka kepada Allah semata-mata dan membebaskan diri mereka dari sebarang bentuk perhambaan yang lain. Mereka lupa yang di akhirat nanti, mereka akan menjadi saksi bagi umat manusia; dan sekiranya mereka gagal menjadi saksi yang benar dan membenarkan, pasti mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Dan mereka lupa yang Allah itu Maha Adil, yang Dia tidak akan menghukum orang yang tidak tahu, tapi orang yang tahu dan buat-buat tak tahulah yang akan dihukum. Nau'dzubillah...

Sedangkan Fudhail bin 'Iyad, seorang 'abid yang tsiqah dan terpercaya, seorang yang digelar ''Abid Dua Tanah Haram' kerana sering berulang-alik ke Mekah dan Madinah untuk beribadah pun tidak terlepas daripada fitnah ini, inikan pula kita. Kalau kita sangkakan hanya dengan ke masjid solat berjemaah, duduk membaca quran dan khatam sekali sebulan, berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis dan ibadah-ibadah fardhi yang lain sudah cukup untuk menjamin kita menjejakkan kaki kita ke syurga, maka silap besarlah kita. Sedangkan para sahabat yang sudah dijanjikan masuk syurga pun masih keluar berjihad dan pergi menyebarkan risalah Allah, adakah kita yang belum tentu lagi dapat masuk syurga ni, hanya nak berduduk diam tak buat apa-apa...? Huiiissshhh....

Ok, cukuplah saya membebel. Serius saya tak berdendam dengan pak cik tu. Malah seronok kerana masih ada orang yang seprihatin Inche Pak Cik. Balik rumah, saya siap tukar pakai jubah lagi untuk solat Isyak pula, walaupun saya ke masjid lain kerana berasa segan dengan pak cik tu.. Hehe.. Saya harap anda dapat faham apa mesej yang hendak saya sampaikan dalam post kali ni. Akhir kata, tambahkan manis dalam senyuman..!

-gabbana-

21 March 2010

B.U.N.C.H. Fulsetop.

Khas buat Waqi, Epi, Iman dan Pali yang tersayang... ;)

AMARAN: Bacaan untuk kaum Adam sahaja.

Anda membaca tajuk di atas sebagai bunch bukan..?

Maaf, kurang tepat di situ.

Yang lebih tepat, cara bacanya adalah begini; BUNCHit.

Masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar lelaki yang sudah berkahwin. Sebahagian besar daripada mereka yang bunch juga adalah lelaki yang belum berkahwin, tetapi cara makan seperti orang yang sudah berkahwin.

Bunch bukanlah masalah peribadi sebenarnya, tetapi masalah ummah yang perlu dilihat daripada kaca mata yang lebih umum. Kenapa? Anda pun bertanya. Kerana ia merupakan tanda sebahagian ummah yang hidupnya semakin mewah, makan dan minum mengikut suka hati dan nafsu.

Takde ke para sahabat r.a. dahulu yang bunch? Anda bertanya lagi. Saya menjawab, mungkin mereka dulu terpaksa mengikat batu di perut...

Oh bunch..! Apakah dosaku..? Mengapa aku juga perlu dilibatkan sama..? Itu mungkin monolog dalaman sebahagian daripada anda. Tetapi ada juga daripada anda yang tidak kisah. Yang menganggap bunch merupakan sifat seorang lelaki macho yang sejati. Hallo...? Anda gila..? Anda sudah tidak betul..? Bunch adalah ciri-ciri fizikal yang bukan semulajadi, yang sudah tentu perlu dan boleh dielakkan...!

Mengapa ia perlu dielakkan..? Kerana khuatir suatu hari nanti, masyarakat awam sudah tidak dapat lagi membezakan antara anda dan isteri anda yang sedang mengandung 7 bulan 21 hari. Oooopppsss.

Kerana ia juga tanda anda tidak sihat. Tanda kolestrol dan lemak-lemak tepu yang berkumpul di perut. Tanda tidak lama lagi anda mungkin diserang angin ahmar atau serangan jantung. Tanda cacing-cacingan pelbagai spesies dan bangsa sedang hidup muafakat membawa berkat di dalam perut anda..

Apakah tanda-tanda orang-orang bunch yang berada di tahap kritikal..? Perut mereka mengembung dan membulat. Betul. Tali pinggang terpaksa diikat di bawah pinggang. Betul. Ego yang sangat tinggi kerana mempertahankan perut mereka yang besar sebagai sifat-sifat normal yang perlu ada pada jantan sejati. Betul juga..

Haih.. Salah ke bunch ni..? Macam tak kan..? Tapi macam tak best juga berperut bunch. Bayangkan suatu hari nanti anda terpaksa pergi perang dengan perut yang bulat dan gembira. Nak bawa peralatan perang satu hal, nak bawa Inche Bunch satu hal lagi..

So marilah kita bersama-sama melawan Inche Bunch dengan sepenuh hati, azam yang kuat dan semangat yang membara. Mulai hari ini, saya isytiharkan perang kepada Inche Bunch dan kaum kerabatnya...! Dengan rasminya, saya melancarkan "Kempen Muhibbah Melawan Bunch!"

-___-"

-gabbana-

p/s: Kepada para pembaca yang mempunyai tips-tips atau kaedah berkesan untuk melawan bunch, silalah berkongsi di sini. Sekian terima kasih.

17 March 2010

Semanis gula

Khas buat Hafidz, Redzuan, Yazid dan Adik Sahar. Semoga ukhuwwah antara kita akan terus subur dan mekar bagai kuntuman di musim bunga. ;)

Ukhuwwah itu semanis gula,
Andai kefahaman itu dibaja sama,
Gerak semangat penuh membara,
Membawa panji agama tercinta.

Tapi ukhuwwah itu boleh jadi sepahit hempedu,
Andai tiada berlapang dada selalu,
Seburuk sangka menghias kalbu,
Dengki dan hasad menjadi satu.

Ya benar ukhuwwah itu semanis gula,
Andai beban berat dikongsi sama,
Kejatuhan ummah dikhuatirkan sentiasa,
Bangunkan semula Islam ya bagaimana!

Tapi ukhuwwah itu bisa juga semasin garam,
Andai terkasar terus berdendam,
Marah dan geram hanya dikemam,
Akhirnya ukhuwwah hancur tergadai karam.

Moga ukhuwwah itu semanis gula,
Pabila maut menjemput antara kita,
Berpisah kita dunia yang fana,
Moga ketemu di syurga abada.


-gabbana-

15 March 2010

S untuk Senyum

Senyumlah.


Hai, susahnya nak senyum.

Jeles tengok orang yang mudah tersenyum dan akan sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan.

Tak kiralah ribut taufan atau gempa bumi, banjir besar atau hujan batu, mereka akan terus tersenyum, menceriakan keadaan sekeliling.

Tak kiralah penat atau lelah, mengantuk atau stress, mereka tetap mengukir senyuman yang menghilangkan penat dan lelah, lamunan dan tekanan perasaan orang lain.

Bestnya..!

Tak susah pun nak senyum kan..? Gerakkan otot-otot pipi ke kiri dan ke kanan, adjust bibir dan pipiskan mata. Nah! Terukir senyuman yang bisa menyentuh hati orang yang melihatnya.

Orang yang benar-benar faham akan tanggungjawabnya berada di bumi Allah ni, pasti akan sentiasa tersenyum. Kerana senyum merupakan senjata dakwah yang amat tajam dan berkesan!

Bukankah Rasulullah SAW sentiasa tersenyum dan senyumannya pasti membuatkan para sahabat yang melihatnya gembira dan ceria..?



Kadang-kadang kita terlupa bahawa ekspresi muka kita, kerut dahi kita dan raut wajah kita sebenarnya boleh affect orang di sekeliling kita. Dan ia tidak terhenti di situ; orang lain juga boleh down hanya dengan melihat body language kita.

Biarlah senyum tu plastik atau dibuat-buat, sekiranya ia boleh menjadikan orang lain gembira melihatnya. Daripada kita berkerut dan bermasam muka, mengharapkan simpati dan perhatian orang lain yang akhirnya akan menyebabkan orang lain juga turut tumpang bersedih dan terkesan melihatkan kesedihan kita.

Dan kalau orang gembira dan lebih ceria dan bersemangat untuk bekerja melihatkan senyuman kita yang penuh ikhlas dan bermakna, IAllah kita turut sama mendapat pahala.

Mudah kan nak buat amalan..?

So tunggu apa lagi..? 1,2,3.. SENYUM...!

=)

-gabbana-

10 March 2010

To Czech with (lotsa..!!) loves...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Solawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW yang telah menjadi saksi yang adil dan benar buat sekalian manusia.

Pagi tadi (Isnin) saya akhirnya dapat tidur di katil sendiri, setelah 3 malam bermusafir dan menumpang di tempat orang. Malam pertama dan kedua di Hradec, Czech dan malam ketiga di hall Khalil di King's Cross. Seronoknya dapat baring dan tidur di katil sendiri. Yelah, bak kata pepatah orang-orang tua kita; angin sepoi-sepoi bahasa di katil orang, ribut taufan di katil sendiri, lebih baik tidur di katil orang lah kan..? Eh tak tak. Apa-apa pun, katil sendiri juga yang best..!

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayah daripadaNya, Tuhan yang tidak pernah ketandusan dengan kasih sayang dan kecintaan, saya telah terpilih untuk mengikuti program Syahadatul Haq di Republik Czech pada hujung minggu yang lepas. Saya dan Khalil Imran, pelajar tahun satu di Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London bertolak ke negara bekas jajahan komunis itu pada petang Jumaat dengan menaiki kapal terbang cap Air France. Kami menukar kapal terbang di Lapangan Terbang Inche Charles de Gaulle, Paris dengan menaiki kapal terbang cap Czech Airlines pula, sebelum tiba di Lapangan Terbang Ruzyne, Prague, Republik Czech kurang lebih pukul 10.30 malam waktu tempatan.

Di sana, kami dijemput oleh dua orang Ikhwah Czech yang hensem lagi macho kacak bergaya, Inche Ijoy dan Inche Mat Nor. Kami juga bertemu dengan seorang Ikhwah Gallaway, Inche Ikhwan Marion yang turut menyertai program SH di Hradec itu. Perjalanan dari Lapangan Terbang Ruzyne, Prague (atau lebih mesra dipanggil dengan Praha di kalangan penduduk tempatan) ke Hradec mengambil masa kurang lebih 2 jam. Perjalanan seakan-akan KL-Ipoh itu tidak begitu dirasai memandangkan saya sedang khusyu' dan tawadhu' belayar di alam mimpi...

Esoknya, kami bertolak ke tempat program, yang tidak begitu jauh dari Rumah Islam ikhwah-ikhwah Czech. Subhanallah, sangat kondusif dan menarik tempat program itu..! Kami ditempatkan di sebuah cottage yang sangat-sangat selesa dan mengujakan! Tempat pengisian juga amat kondusif dan selesa. Sememangnya ikhwah-ikhwah Czech beruntung kerana saya dimaklumkan harga untuk menyewa sesuatu tempat program yang besar dan selesa adalah agak murah jika hendak dibandingkan di tempat lain.

Alhamdulillah, program SH Czech berjalan dengan lancar dan tersusun. Saya menabik spring pengurusan program SH kali ini, kerana saya merasakan perjalanan program adalah amat efisien dan berdisiplin. Mabruk kepada ikhwah-ikhwah Czech!

Baiklah, tujuan saya menulis post kali ini bukanlah untuk mengulas panjang tentang program SH itu sendiri. Tetapi, lebih kepada pengalaman dan mehnah yang telah saya dan Khalil lalui sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami.

Semasa kami dalam perjalanan pergi ke Heathrow (Jumaat), kami telah berhenti di pertengahan jalan untuk menunaikan solat Jumaat memandangkan hari itu hari Jumaat (erk..). Kami sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya gempa bumi di tengah hari. Punyalah jauh masjid tu dari stesen yang kami turun (Hounslow West) sehingga berpeluh ketiak, kening dan leher saya dan hampir-hampir hendak patah rasa kaki. Plan asal nak manfaatkan sepenuhnya sistem pengangkutan London yang cekap dan mantap; malangnya tiada bas yang lalu di jalan itu pada hari itu.

Selesai solat, kami ambil keputusan untuk menunggu bas sahaja kerana tidak lagi larat untuk berjalan kaki. Perut sudah mula menyanyikan lagu 'Sebiru Hari Ini' dendangan EdCoustic menandakan ia perlu diisi. Kami sungguh gembira kerana kami berjaya menaiki bas bernombor H28. Dalam kepala sudah terbayang yang tidak lama lagi kami akan menjamah ayam panggang Chicken Cottage berhadapan dengan Stesen Keretapi Bawah Tanah Hounslow West. Tetapi kami hanya mampu mengalirkan air mata kerana sebenarnya bas tidak berhenti di stesen itu, malah membawa kami jauh dari destinasi asal kami. Mujurlah ada seorang Inche Baik Hati yang membantu kami dengan mencadangkan agar kami mengambil bas bernombor 111 untuk ke Heathrow.

Hati mula gelabah kerana tiket kami ke Czech adalah pada pukul 4 petang dan kami perlu daftar masuk selewat-lewatnya pukul 3 petang. Sudahlah bas itu berhenti di Terminal 1,2 dan 3 sedangkan penerbangan kami adalah di terminal 4. Tetapi alhamdulillah, kami sempat tiba untuk mendaftar masuk dan kami gunakan masa yang tinggal untuk membeli sedikit makanan bagi mengalas perut yang keroncong.

Penerbangan kami ke Paris mengambil masa kurang lebih 1 jam 15 minit. Di dalam kapal terbang, Mak Cik Pramugari telah menjamu kami dengan minuman ringan dan biskut beras yang agak unik rasanya...

Kami tiba di Terminal 2E dan perlu menukar terminal ke 2D. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja kerana menyangkakan terminal itu dekat sekali memandangkan huruf E datangnya selepas huruf D. Meleset sekali jangkaan kami; punyalah jauh terminal tu...

Kepenatan kami diubati dengan perkhidmatan Czech Airlines yang jauh lebih cemerlang dan mesra daripada Air France. Tempat duduknya sangat selesa. Malah kami dijamu dengan roti panjang berintikan keju dan sayur mayuran yang sangat lazat rasanya. Selepas peristiwa itu, kami berazam untuk menggunakan Czech Airlines untuk ke mana-mana sahaja.

Kami agak terkejut ketika tiba di Lapangan Terbang Ruzyne, Prague kerana sunyi sepi dan mati. Malah, kami tidak perlu melalui imigresen. Saya agak kecewa kerana ini bermakna tiada cop Czech yang akan ditempelkan di passport saya. Tetapi alhamdulillah, lain-lain urusan adalah amat mudah dan pantas.

Ok, tamat di situ untuk perjalanan pergi. Sekarang tiba untuk pengalaman kami ketika perjalanan pulang yang jauh lebih menarik dan penuh dengan unsur-unsur misteri dan saspens. Anda bersedia..? Jeng jeng jeng...

Kami hampir sahaja terlepas penerbangan pulang kami dari Czech ke Paris, memandangkan kami agak tersesat mencari lapangan terbang. Inche Tom Tom kadang-kadang tidak juga boleh dipercayai. Agak kelam kabut juga ketika sampai dan saya sudah hampir pasti bahawa kami tidak akan berjaya mendaftar masuk. Mujurlah, dengan izinNya, kami akhirnya mendaftar masuk di kaunter selepas cubaan mendaftar masuk di mesin self check-in tidak berjaya. Selepas mengucapkan selamat tinggal dan berlaga-laga pipi dengan Inche Ijoy, Inche Zulkifli Zakarov dan Inche Ikhwan Marion, kami masuk ke dalam tempat berlepas.


Pemandangan di Prague. Kami sempat berjalan-jalan sekejap kerana mengejar penerbangan pulang.

Di dalam, kami membeli sedikit makanan ringan memandangkan kami masih belum makan tengah hari. Saya berasa tertipu dengan harga makanan ringan di situ yang cukup mahal..! Tapi perut punya pasal...

Kami tiba di Lapangan Terbang Inche Charles de Gaulle, Paris agak lewat. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk naik shuttle bus sahaja untuk menukar terminal berdasarkan pengalaman kami yang lepas penat berjalan kaki. Namun kebahagiaan yang disangkakan, namun kepayahan dan keperitan yang menanti. Akibat jalan yang sesak, bas itu tidak dapat bergerak laju. Peluh keresahan mula mengalir di dahi. Hati berdegup kencang. Saya yang dahulunya pernah belajar bahasa Perancis selama 4 tahun tapi kini sudah lupa hampir kesemua benda yang saya belajar cuba untuk memprovoke pemandu bas tersebut. "Monsieur, sil vous plait..." sambil menunjukkan pergelangan tangan, seolah-olah ada jam di tangan untuk menyatakan bahawa saya sudah lewat. Namun, pemandu bas itu hanya membebel panjang yang tidak saya fahami, tetapi saya pasti dia mengatakan yang dia juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Akhirnya kami tiba di Terminal 2E 15 minit sebelum penerbangan kami. Kami terus berlari menuju ke bahagian keselamatan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar di peringkat ini. Justeru, saya bersiap-siap dengan mengeluarkan semua barang-barang yang dirasakan mempunyai unsur-unsur besi termasuklah tali pinggang dan dompet. Inche X di depan saya tidak bergerak-gerak. Saya semakin gelisah. Saya berkata kepada pegawai keselamatan yang bertugas bahawa saya sudah lewat. Dia cuba menenangkan saya dengan mengatakan proses keselamatan itu hanya akan mengambil masa 2 minit.

Akhirnya tiba giliran saya untuk lalu di bawah gerbang pengesan. Saya melaluinya dengan penuh konfiden memandangkan selama ini teknik saya yang mengeluarkan semua barang-barang sebelum melalui gerbang tersebut terbukti berkesan. Tiba-tiba... "Tiit tiit...!!" Ya Allah... Apa lagi..??

Pegawai keselamatan memberhentikan saya. Saya sempat mendengar keluhannya; mungkin beliau juga malas untuk memeriksa saya. Beliau memeriksa keseluruhan badan dengan begitu teliti. Terasa geli dan tidak selesa. Akhirnya anda tahu apa yang beliau ambil daripada saya..? Sebungkus tisu poket yang memang sengaja tidak saya keluarkan kerana tidak mungkin ia menyebabkan gerbang pengesan untuk berbunyi. -__-"

Sebaik sahaja saya dilepaskan daripada pemeriksaan badan itu, selepas memakai tali pinggang dan memasukan kembali barang-barang ke dalam poket seluar dan sebagainya, saya bercadang untuk lari pecut sahaja ke pagar pelepasan. Tiba-tiba, saya diberhentikan pula oleh seorang pegawai keselamatan lain yang ingin memeriksa beg bimbit saya. Saya terkedu tidak mampu untuk mengatakan apa-apa. Ketika itu, Khalil yang sudah lama habis diperiksa datang dekat kepada saya, mungkin sedikit pelik kenapa saya masih belum lagi selesai. Saya mengadu kepadanya tentang apa yang terjadi dan jawapan Khalil cukup untuk saya bermuhasabah diri; "Sabar..."

Akhirnya saya dilepaskan dan kami pun terus bergegas ke pagar pelepasan. Ketika itu, kalau tak silap saya sudah hampir 5 minit sebelum waktu penerbangan, yakni 8.50 malam waktu termpatan. Ketika kami tiba di pagar pelepasan itu, kami lihat masih ada beberapa orang yang sedang beratur. Kami berasa sedikit lega. Kami merupakan kumpulan terakhir yang berada di pagar pelepasan itu.

Kami kemudiannya menaiki shuttle bus untuk ke kapal terbang. Jauhnya dari terminal ke kapal terbang, seolah-olah bas tersebut akan terus pergi ke London. Ketika tiba di kapal terbang, saya sedikit terkejut melihat kapal terbangnya yang kecil dan berkipas (ala-ala FireFly) kerana tidak menyangka Air France memiliki kapal terbang tersebut. Mujurlah saya pernah menaiki kapal terbang yang serupa sewaktu pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tahun lepas, justeru sudah boleh mengagak pengalaman dan perasaan menaikinya. Jika tidak, saya pasti gelabah dan kurang yakin untuk menaiki kapal terbang tersebut.


Beginilah kurang lebih rupa kapal terbang yang kami naiki dari Paris ke London.

Kami tiba di Heathrow kurang lebih pukul
9.30 malam. Alhamdulillah, urusan imigresen dan menunggu beg tidak mengambil masa yang lama. Kami terus ke Multi-Faith Prayer Room di terminal pelepasan untuk solat jamak Isyak dan Maghrib. Destinasi kami berikutnya..? MAKAN! Laparnya perut tidak terperi. Tambahan pula, kami ingin membalas dendam kempunan kami pada hari Jumaat yang lepas, akibat tersalah ambil bas di Hounslow. Jadi, kami bercadang untuk turun di stesen Hounslow West dan menikmati juadah makan malam sepuasnya! Tibanya kami di Housnlow West, kami sedikit kecewa apabila Restoran Inche Chicken Cottage sudah ditutup. Mujurlah ada restoran Inche Sam's Chicken yang tidak jauh dari situ.

Kami memilih untuk makan set ayam dan burger dan segala perbelanjaan ditanggung oleh Khalil (Jazakallahu khair ya akhi! ;)). Walaupun sedikit tensi kerana Sam's Chicken kedekut sos dan mayonais, kami tetap bersyukur kerana dapat juga mengisi perut. Setelas selesai makan, kami berjalan pulang ke stesen keretapi bawah tanah Housnlow West. Saya sedikit cuak memandangkan kawasan itu yang agak dodgy dan jauh daripada Central London. Tetapi alhamdulillah, semuanya ok dan kami terus menunggu keretapi di landasan menuju ke Central London.

Namun saya mula merasai ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat papan elektronik pemberitahuan yang tidak mengeluarkan apa-apa maklumat berguna tentang keretapi yang akan menuju ke Central London. Lantas saya mengambil keputusan untuk naik semula ke stesen dan bertanya dengan Inche Pegawai Bertugas apakah yang sedang terjadi. Beliau kelihatan agak menyampah dengan saya, mungkin kerana saya bertanyakan soalan yang sama berulang kali akibat tidak faham dengan penjelasan yang diberikan. Akhirnya, apabila kebenaran sudah tersingkap, saya berasa amat kecewa dan sedikit emo. Ditambah pula dengan kepenatan badan dan fikiran, saya benar-benar terkesan.

Rupa-rupanya pada hari itu, tiada keretapi aliran Piccadilly yang menuju ke Central London akibat kerja-kerja kejuruteraan antara stesen Northfields dan Hammersmith. Saya buntu dan tidak tahu untuk buat apa. Akhirnya, setelah berbincang dengan Khalil dan mempertimbangkan semua pilihan yang ada, kami mengambil keputusan untuk berhenti di stesen Osterley dan mengambil bas gantian dari sana ke stesen Hammersmith. Saya mula berasa tenang kerana menyangkakan once kami dah sampai di Hammersmith, everything should be ok.

Kami tiba di Hammersmith kurang lebih pukul 11.35 malam. Dan cuba teka apa yang sedang menanti kami? Stesen keretapi bawah tanah Hammersmith telah ditutup. -___-" Saya terpukul. Dan berasa sedikit lucu kerana tidak percaya yang satu demi satu ujian sedang menimpa. Saya menelefon rakan serumah kerana sudah begitu kepenatan dan tidak tahu lagi bagaimana untuk pulang ke rumah. Harapannya, ada sesiapa di rumah yang boleh datang mengambil kami di situ. Jawapannya..? Tiada kereta yang available. Anda pernah menonton atau membaca komik Jepun, apabila salah seorang watak begitu kecewa sehinggakan dia merasakan ada batu besar yang menghempap kepalanya..? Diiringi dengan peluh besar atau tangisan yang bercucuran laju? Begitulah yang saya rasakan ketika itu. T__T

Ketika saya hendak memberitahu perkembangan terbaru kepada Khalil, dia hanya mampu tergelak kerana sudah boleh mengagak apakah yang hendak diberitahukan kepadanya. Mujurlah, ada bas yang terus ke King's Cross pada malam itu; bas bernombor 10. Dan alhamdulillah, kami tidak perlu tunggu lama untuk menaiki bas tersebut. Di dalam bas, kami hanya senyum dan ketawa apabila mengingatkan kembali apa yang telah berlaku pada hari tu. Saya mengingatkan Khalil, "Don't ever think it ends here." Dan sememangnya saya betul.

Di dalam bas, saya berkira-kira sama ada untuk pulang ke rumah terus pada malam itu atau bermalam di hall Khalil sahaja. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk ke hall Khalil sahaja memandangkan tahap kepenatan badan yang super-moksya. Kami turun di Euston dan dari situ, berjalan kaki ke Canterbury Hall yang mengambil masa 5 minit sahaja. Setibanya kami di hall tersebut, kami disambut oleh seorang lelaki penjaga kaunter yang berwajah masam. Disaster. Ketika Khalil menyatakan hasratnya untuk mendaftarkan saya sebagai tetamunya, lelaki tersebut sedikit memarahi Khalil kerana mengikut peraturan, tetamu mestilah didaftarkan awal. Sudah terbayang di kepala yang saya akan tidur di atas sofa di lobi hall itu. Namun, selepas menjelaskan apa yang telah berlaku, lelaki tersebut tidak berkata apa-apa dan akhirnya mendaftarkan saya. Syukur alhamdulillah.

Ujian yang terakhir untuk malam itu..? Apabila kami dikehendaki untuk membayar £1.50 sebagai bayaran pendaftaran tetamu. Setelah memeriksa kocek dan dompet, Khalil hanya mempunyai 44 pence dan saya pula..? Anda tentu tidak percaya; £1.02. Jumlah keseluruhan? £1.46, kurang 4 pence lagi. Ketika itu kami hanya mampu untuk gelak besar, sungguh tidak percaya dengan apa yang berlaku. Khalil akhirnya menggunakan wang besar (£10) untuk membayar dan akhirnya kami menaiki lif ke bilik Khalil.

Ketika berjalan ke bilik Khalil, kami mengira-ngira apakah agaknya ujian atau cabaran yang menanti kami selepas ini. Tetapi alhamdulillah, sehinggalah saya melelapkan mata pada malam itu (saya tertidur di atas katil Khalil ketika menunggunya untuk habis menggunakan bilik air. Kasihan, dia terpaksa tidur di dalam sleeping bag malam itu!), tiada apa lagi yang pelik atau menarik yang berlaku.

Dalam al-Quran, banyak sekali Allah menyebut tentang ciri-ciri orang beriman. Antaranya, orang-orang beriman tidak boleh mendakwa diri mereka beriman selagi mereka tidak diuji;

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji..?"
-Al-Ankabut, 29:2

La hawla quwwata illa billah...

Kita selalu sahaja mudah mengatakan yang kita ni beruntung kerana telah dikurniakan dengan 2 nikmat yang paling besar, Islam dan Iman. Tetapi sejauh manakah kita benar-benar menghargai nikmat Iman tersebut..? Dan sejauh manakah kita benar-benar beriman..?

Hhhmmm...

Umat terdahulu diuji dengan ujian yang berat sekali. Ada yang digergaji sehingga terbelah dua. Ada juga yang disikat dengan sikat besi sampai tercabut kulit kepala. Ada yang dicampakkan ke dalam parit berapi. Tidak ketinggalan mereka yang ditanam hidup-hidup atau diikat kaki dan tangan mereka dengan 4 ekor kuda berlainan, yang kemudian lari berlainan arah menyebabkan hancur berkecai badan.

Kita...?

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah-payah."
-Al-Balad, 90:4

Bersabarlah dan bergembiralah menerima ujian, kerana itu tandanya Allah menyayangi kita. =)

"...sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, 'Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya..."
-At-Taubah, 9:40

Teringat kata-kata Khalil sewaktu kami di dalam bas bernombor 10 dari Hammersmith ke King's Cross, "Sekarang ni aku beriman dengan ayat surah al-Insyirah tu. Kalau perasan, setiap ujian yang kita lalui hari ni, pasti ada kesenangan-kesenangan kecil sekali..." (Auqo maqal..). Subhanallah...

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
-Al-Insyirah, 94:5-6

Dan apa yang Alah cakap selepas tu, dalam surah yang sama..?

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
-Al-Insyirah, 94: 7-8

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Kiranya benar ujian-ujian yang tidak seberapa yang kami terima ni tandanya Allah sayang kepada kami, maka saya tidak kisah! Saya amat gembira dan bersyukur..!

Allah...! ;)

Suatu hari, Rasullullah SAW tersenyum secara tiba-tiba dan para sahabat RA yang hairan bertanyakan hal tersebut kepada baginda. Baginda SAW menjawab,

"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
Riwayat Iman Ahmad.

Allahu taala a'lam.

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP