15 March 2010

S untuk Senyum

Senyumlah.


Hai, susahnya nak senyum.

Jeles tengok orang yang mudah tersenyum dan akan sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan.

Tak kiralah ribut taufan atau gempa bumi, banjir besar atau hujan batu, mereka akan terus tersenyum, menceriakan keadaan sekeliling.

Tak kiralah penat atau lelah, mengantuk atau stress, mereka tetap mengukir senyuman yang menghilangkan penat dan lelah, lamunan dan tekanan perasaan orang lain.

Bestnya..!

Tak susah pun nak senyum kan..? Gerakkan otot-otot pipi ke kiri dan ke kanan, adjust bibir dan pipiskan mata. Nah! Terukir senyuman yang bisa menyentuh hati orang yang melihatnya.

Orang yang benar-benar faham akan tanggungjawabnya berada di bumi Allah ni, pasti akan sentiasa tersenyum. Kerana senyum merupakan senjata dakwah yang amat tajam dan berkesan!

Bukankah Rasulullah SAW sentiasa tersenyum dan senyumannya pasti membuatkan para sahabat yang melihatnya gembira dan ceria..?



Kadang-kadang kita terlupa bahawa ekspresi muka kita, kerut dahi kita dan raut wajah kita sebenarnya boleh affect orang di sekeliling kita. Dan ia tidak terhenti di situ; orang lain juga boleh down hanya dengan melihat body language kita.

Biarlah senyum tu plastik atau dibuat-buat, sekiranya ia boleh menjadikan orang lain gembira melihatnya. Daripada kita berkerut dan bermasam muka, mengharapkan simpati dan perhatian orang lain yang akhirnya akan menyebabkan orang lain juga turut tumpang bersedih dan terkesan melihatkan kesedihan kita.

Dan kalau orang gembira dan lebih ceria dan bersemangat untuk bekerja melihatkan senyuman kita yang penuh ikhlas dan bermakna, IAllah kita turut sama mendapat pahala.

Mudah kan nak buat amalan..?

So tunggu apa lagi..? 1,2,3.. SENYUM...!

=)

-gabbana-

5 Caci Maki Puji Muji:

adol ihsan 15/03/2010, 11:35  

senyum tu 1 sedekah.. moga kita dapat keberkatan dari-Nya.. Amin,,

org jauh 16/03/2010, 09:07  

entry yg comel n sgt menarik.jazakallahu khair...:. this is very true!(to me at least)
senyum walaupun satu perbuatan yg mudah tapi bukan senang untuk dilakukan. Hanya orang yg hebat mampu tersenyum dlm apa jua keadaan...

Inche gabbana 16/03/2010, 22:49  

adol ihsan: betul tu, sedekah yg paling mudah dan murah..! X susah kan..? ;)

orang jauh: haah, org2 yg hebat dan mantap je yg mampu tersenyum, menyembunyikan kesedihan dan masalah diri sebab tak nak orang lain terkesan. dan senyuman mereka yg ikhlas menghidupkan keadaan..! Subhanallah..

Biar jauh di mata, dekat di hati..!

Senyum..! =)

otromen 14/07/2011, 13:46  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

kadangkala tanpa kita sangka senyuman kita yg biasa2 je tu memberi ketenangan pada orang lain..

mahu sentiasa senyum dan gembira?? joinlah bulatan gembira =)
yang pahit pun boleh jadi manis.. insyaAllah..

Inche gabbana 15/07/2011, 11:28  

otromen: senyum besar untuk komen anda.

jzkk! ;D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP