Hujan emas di negara orang, hujan gas pemedih mata di negara sendiri
Aku agak terkejut apabila membuka blog penarik beca lewat malam tadi apabila membaca tentang keadaan di Malaysia yang semakin meruncing dan kritikal. Kini, politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan pelbagai lagi aspek kehidupan seharian sudah bercampur-aduk, carca marba, sehingga susah untuk individu biasa seperti aku untuk membezakan sesuatu isu; yang mana politik, yang mana agama dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai seorang pelajar yang menuntut di luar negara, aku sangat bergantung kepada berita-berita akhbar tempatan di Malaysia melalui jaringan maya yang ada. Pilihan aku: The Star Online. Satu-satunya akhbar tempatan yang boleh aku percaya. Mujurlah jangkaan aku tepat. Walaupun liputannya tidaklah seluas yang aku harapkan, sekurang-kurangnya liputan yang diberikan adil dan tidak bias pada pandangan aku.
Isunya? Demonstrasi anti-Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Isunya ini mengingatkan aku tentang pertandingan bahas Bahasa Melayu yang aku sertai tidak lama dahulu di Malaysian Student Department (MSD) anjuran Persatuan Peguam-Peguam Malaysia UK. Lebih menarik lagi, aku dan 2 orang lagi rakan seperjuanganku bertindak selaku kerajaan mempertahan usul 'Bahasa Kebangsaan Semakin Terancam.' Ironi kan? Kini, isunya di Malaysia tampak lebih getir dan kritikal. Semalam (7 Mac 2009) telah berlangsung suatu perhimpunan tunjuk perasaan / demonstrasi / protes aman untuk menentang pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aman, sehinggalah para penunjuk perasaan melanggar arahan pihak polis untuk tidak mengadakan perarakan. Aman, sehinggalah pra penunjuk perasaan meAman, sehinggalah pihak polis dan FRU campur tangan. Bukan setakat tangan, malah gas pemedih mata dan pancuran jet air turut dicampurkan dalam demonstrasi itu.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk aku memberi penghakiman siapa yang betul, siapa yang salah. Subjektif sangat tu. Yalah, dengan hanya mengharapkan informasi daripada laman-laman sesawang akhbar tempatan Malaysia, tak pun laman-laman blog tertentu, aku percaya maklumat yang aku perolehi mungkin tidak tepat dan dipengaruhi oleh unsur-unsur yang mungkin bias kepada pihak-pihak atau kepentingan tertentu. Justeru, aku tidak mahu membuat sebarang spekulasi atau tuduhan kerana boleh mendatangkan fitnah dan salah faham nanti, walaupun aku sangat berminat untuk menulis isu ini jika berkesempatan dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam.
Cuma, yang membuatkan aku sedikit terkejut dan terkilan adalah bagaimana pihak polis Malaysia melayan para penunjuk perasaan yang terlibat. Dalam video ini, seolah-olah pihak polis dan FRU teruja dan seronok untuk memedihkan mata para penunjuk perasaan. Seperti kanak-kanak yang seronok bermain konda-kondi dan teng-teng lagak mereka. Seolah-olah mereka sudah lama menanti saat tersebut, mungkin dek kebosanan yang amat sangat kerana tidak mempunyai aktiviti berfaedah lain yang mahu dilakukan. Tak pun kerana mereka sudah terlalu cekap dan amanah, tiada kerja lain yang mahu dibuat, yalah, Malaysia kan sebuah negara yang aman, bebas daripada jenayah merbahaya! Macamlah para penunjuk perasaan tu pendatang tanpa izin yang boleh mengancam keselamatan negara!
Para penunjuk perasaan pula, entahlah, sesetengah daripada mereka begitu buruk akhlaknya. Langsung tidak mempamerkan budaya dan etika Timur dan Melayu yang dicanang-canangkan selama ini. Kata sahaja nak mempejuangkan nasib Bahasa Melayu, tetapi akhlaknya tidak mencerminkan akhlak Melayu Muslim. Hhhmmm...
Bila aku melihat video itu, aku terfikir, bagaimana agaknya reaksi bangsa lain apabila menontonnya? Adakah mereka geleng kepala jelek melihat perangai dan gelagat bangsa Melayu yang sejak daripada dahulu diangkat tarafnya oleh kerajaan, lebih istimewa berbanding bangsa lain? Atau mereka gembira bertepuk tangan melihat bangsa Melayu bertelagah sesama sendiri, hanya menanti saat dan minit yang sesuai untuk jatuh dan hancur? Atau mungkin kedua-duanya sekali?
Aku juga sedih melihat Pak A. Samad Said yang telah begitu banyak berjasa, berkorban memperjuangkan dan mempertahankan integriti Bahasa Melayu, dilayan seolah-olah dia bukanlah sesiapa. Nampaknya pihak polis, FRU dan mungkin juga kerajaan, langsung tidak peduli lagi, langsung tidak endah lagi tatacara dan adab kesopanan dalam menyampaikan mesej mereka. Alang-alang menyeluk pekasam, biar ketiak, leher dan semuanya berbau masam! Sekurang-kurangnya, hormatilah Pak Samad sebagai orang yang lebih tua. Nampaknya. MAGERAN II perlu dirangka dan ditubuhkan untuk menilai semula Rukun Negara, terutamanya klausa yang terakhir: "Kesopanan dan Kesusilaan."
Memetik kata-kata Pak Samad, "Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa..."
-gabbana-

2 Caci Maki Puji Muji:
Sepatutnya budak2 sekolah ngan cikgu2 yg buat tunjuk perasaan...yang buat tunjuk perasaan adelah pak cik-pak cik...kesian diorg...takut2 jadi mangsa politik aje...
Kesimpulannya :- TAJDID!
Hahaha.. Mungkin kena buang sume2 tuh kalau diorang ditangkap join tunjuk perasaan! Mungkin bakal cikgu tak tahu polisi sistem pendidikan negara sendiri...! ;p
Btw, aku menunggu dan tertunggu ko tulis pasal isu nih...! ;)
Post a Comment