Kadang-kadang
Kadang-kadang kita lupa yang Allah sentiasa melihat kita, setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Baik yang tersembunyi mahu pun yang terang. Allah tahu setiap pergerakan kita. Ke mana kita melangkahkan kaki kurniaanNya ini. Bagaimana kita gunakan tangan anugerahNya ini. Apa yang keluar daripada dan masuk ke dalam mulut kita ini. Kita berdosa sedangkan Allah sentiasa menunggu untuk kita kembali kepadaNya. Setiap saat dan ketika, Dia merindu tangisan malam hamba-hambaNya yang hina meminta keampunan daripadaNya. Kita berjalan kepadaNya, sedangkan Dia berlari. Kita lupa...
Kadang-kadang kita lupa yang Raqib dan A'tid sentiasa memerhatikan kita. Gerak geri kita, mahu yang besar atau pun kecil. Semuanya diperhatikan mereka berdua, seolah-olah Pak Guard yang setia bersama CCTVnya. Malah lebih canggih dan efisien. Tunggu masa sahaja sama ada segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan Yang Esa digunakan ke arah yang benar. Catit. Tunggu masa sahaja sama ada akal dan hati yang diberi secara percuma ini digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, atau dieksploitasi untuk kepentingan peribadi. Catit. Tunggu masa sahaja sama ada di depan orang kita begini dan ketika bersendiri kita begitu. Catit lagi. Kita lupa...
Kadang-kadang kita lupa yang kita akan mati bila-bila masa. Kita selalu berangan-angan yang kita akan mati dalam keadaan yang paling mulia; berumur kurang lebih 70 tahun, sudah beranak cucu dan menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil empuk Glen Eagles Ampang, sambil dikelilingi sanak saudara. Omong-omongan. Sedangkan Izrail itu sedia sahaja menunggu arahan daripada Rabb Yang Maha Mulia untuk datang mencatas jiwa ini bila-bila masa sahaja. Entah esok lusa. Entah sebentar lagi. Entah tahun depan. Jangan ketika kita paling tidak bersedia, ketika itulah Izrail datang menjemput kita! Kita lupa...
Kadang-kadang kita lupa yang di kubur sana, Mungkar dan Nakir ada menunggu setia, bersedia untuk melontarkan soalan-soalan bocor yang jawapannya lebih mudah daripada soalan SPM tingkatan lima. Malangnya bukan mulut kita yang menjawab. Bukan akal kita yang licik memikirkan jalan keluar. Tapi iman. Iman yang dipupuk dan disuburkan di dunia yang fana ini. Tapi adakah iman kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan, bukan Jalaluddin Hassan dalam rancangan 'Who Wants to be A Millionaire'nya, tapi dua malaikat yang terkenal dengan kebengisannya jika kita gagal, tetapi manis mesra sekiranya kita berjaya? Kita lupa...
Kadang-kadang kita lupa yang hidup di dunia ini bukanlah segala-galanya. Ada kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana. Ada hari pembalasan yang dihakimi oleh seadil-adil hakim; Allah Azza Wajalla. Syurga dan neraka sudah dipersiapkan untuk menyambut kita. Yang menentukan ke manakah kita adalah amalan kita di dunia ini. Sama ada kita amanah ketika berurus niaga. Sama ada kita setia menunaikan rukun yang lima. Sama ada kita adil dalam berkeluarga, bersahabat dan bermuamalah. Sama ada kita menjalankan tanggngawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita lupa...
Dan kadang-kadang kita lupa yang kita punya tanggungjawab yang lebih besar di dunia ini. Kita lupa apa sebab kita diciptakan. Bukan sia-sia. Kita lupa cerita di sebalik Adam dan Hawa dihalau daripada syurga. Bukan saja-saja. Kita lupa untuk mengambil pengajaran daripada kejatuhan Khalifah Islam di tahun 1924. Bukan untuk ditertawa. Kita lupa nasib saudara-saudara seaqidah kita yang saban hari terseksa dan merana, baik di Gaza, Chechnya, Afrika, Thailand mahu pun Indonesia. Sedangkan kita selesa bergoyang kaki menikmati kecantikan dunia yang sementara ini. Kita lupa...
An-Nas. Kita memang pelupa.
-gabbana-
4 Caci Maki Puji Muji:
bukan kadang-kadang...
yang 'lupa' tu selalu...
yang 'ingat' tu kadang-kadang...
InsyaAllah, hijrah dari 'lupa' pada 'ingat'. dan tentunya support system sangatlah penting. keluarga dan kawan-kawan yang sefikrah.
oh. nak cakap jazakallahu khair jugak :)
sangat sangat sangat feel reminded.
hehehe.. btol2... tp kalau nak taruh title 'selalu,' mcm x best la pulak.. ;p
barakallahu fik. ;)
kenapa kita lupa nak amik pengajaran kejatuhan khalifah?..kenapa kita x penah nak amik tahu rentetetan perjuangan nak naikkan balik khalifah lepas tuh?..bape rmi tokoh2 gerakan islam y kena buang negara, tangkap prnjara, dan kena bunuh semata2 nak naikkan balik kerajaan islam tuh..?..hassan al banna, syed qutub, sheikh usman, hj hassan munas, abdul rahman limbong, burhanudiin hilmi, zulkifli ahmad dan rmi lagi....kanapa kita x penah sedar y tanah melayu nih pun rmi je y tokoh gerakan2 islam nak naikkan balik pemerintahan islam tuh..kenapa?...sejarah banyak y diputar belit..manusia dibuai2 ngan hiburan y melampau..(ak pun kena tempias ngan dahsyat)..sbb tuh xde y nak amik tahu psl sedara2 kita kat sana..cbe ty bape rmi la dak2 sekola kat msia nih amik tahu psl kejadian di negara2 islam lain..mmg susah, dan besar cabaran tuh..kena bergerak kawan,n kena gerak bersama, kena bantu gerakan islam, kena tolong parti allah(hizbullah) walau sekecil mana pun usaha kita, jika kita buat rmi2, insyaa hasil dia akan ada..kena buang persepsi, dekat ngan komuniti..kerna realitinya cam2...jzkk adam for entry br nih..selamat belaja n all da best kawan..
Post a Comment