Untuk 102, Playford Road
Dah lama sangat tak update blog nie. Dan tengah malam-malam buta ni, ntah kenapa terasa macam nak membebel melalut pulak.
Takde apa pon, just terasa macam nak tulis something, untuk lahirkan rasa terima kasih yang amat sangat dan kesyukuran pada-Nya yang tidak terhingga, sebab diberi peluang untuk dok kat 102, Playford Road ni. Rasanya, dah lebih 4 bulan dok kat sini, begitu banyak pengajaran dan pengalaman manis/pahit dah dirasai dan ditempuh, yang rasa-rasanyalah, kalau dok kat tempat lain, mesti tak semeletop dan sesujud ni.
Dan most importantly, semua ni mustahil tanpa ahli-ahli rumah yang cukup istimewa semuanya. Baik sang pemburu syurga, atau en. ai kay, atau kalam kalbu, atau dahlia mahu pun mountain chicken. Semuanya unik dan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Dan aku banyak belajar daripada diorang ni. Banyak sangat.
Bila difikirkan balik, macam kelakar pulak. Sebab dulu, bukan main lagi aku tak nak dok ngan diorang. Lebih suka dok ngan kawan-kawan yang lain. Tapi, yalah, Allah Maha Mengetahui kan. DIA tahu what is best for me. Dan DIA bolak-balikkan hati aku, buat aku berfikir dan akhirnya aku buat keputusan, agak last minute, untuk dok ngan diorang. Dan aku tidak pernah menyesal. Nope, never. Alhamdulillah...
Secara jujurnya, entah kenapa sekarang ni rasa nak mengalir air mata. Sebak. Yang pasti, aku sebenarnya tersentuh dengan kesabaran ahli-ahli 102 Playford Road ni melayan karenah aku yang kadang-kadang, aku sendiri naik meluat dengannya. Pelbagai ragam dan macam!
Sang pemburu syurga, yang walau pun dalam jerih payahnya dan onak duri yang sedang ditempuhi, masih mampu tersenyum manis dan ketawa gembira, walau pun aku tahu hati dan jiwanya sedang bergelojak dengan macam-macam masalah. Dan dia masih ada masa untuk tanya khabar diri aku. Alangkah terharunya aku. Dan dia sahajalah yang berani nak tanya soalan-soalan maut personal kat aku. Terima kasih pemburu, atas persahabatan yang ikhlas ini. Moga Allah permudahkan urusan kau hai pemburu. Dan tolong terus thabat atas jalan ni tau?
En. Ai Kay, yang cuba sedaya upaya nak faham diri aku yang cukup complicated ni. Kadang-kadang aku tau dia lost, pelik dan mungkin jelik dengan perangai aku yang sememangnya tengik ni. Haih... Dan aku juga tau, dia berusaha sebaiknya untuk menjaga hati aku ni. Tapi ada ke aku nak jaga hati dia? Terima kasih kerana setia menemani aku bersahur, kadang-kadang menunggu aku selepas solat untuk balik sama-sama, duduk bercurahat dengan aku... Aku kagum dengan dirimu, hai En. Ai Kay. Kau terus ke depan, sedangkan aku sering tertinggal di belakang. Tolong jangan lupakan aku ni tau?
Kalam Kalbu, seorang abang dan sahabat, yang terus-menerus tabah dan tak jemu-jemu membimbing diri aku ni. Dan aku tau, kadang-kadang kau berkecil hati dengan sikap dan perangai aku yang berkarat ni. Tapi kau tak pernah putus asa. Sentiasa setia ketawa, tersenyum dan selalu bersedia nak jadi telinga kepada aku. Kita banyak persamaan sebenarnya, tapi yang membezakan kita adalah kau betul-betul faham, sedangkan aku masih mengigau dan meracau, belum lagi betul-betul bangun daripada tidur ni. Tolong jangan berhenti daripada menggerakkan dan mengejutkan diri ini tau?
Dahlia, hahaha, agak unik hubungan aku dan kau. We barely knew each other last year, tapi sekarang ni agak rapat. Mungkin sebab kita diasingkan daripada yang lain, dihalau untuk tidur kat bawah?? Hehehe.. Whatever it is, thanx for everything. Really mean it. Kadang-kadang, aku pelik macam mana kau boleh tau aku bermasalah. My expression and body language, you'd say. Tapi kau sorang je yang perasan. Thanx for the concern. And the advices. And the motivations. And your support. Dan aku tau, kadang-kadang pon aku ada buat kau down. Oh well... I guess I am yet to learn how to jaga hati dan perasaan orang. Tolong teruskan bersama aku dalam perjuangan ini tau?
Dan mountain chicken. Lebih kepada seorang abang. Cukup hormat dan tabik spring padanya. Kita memang jarang berbual, tapi everytime we do just that, banyak sangat benda yang aku belajar dan boleh amik daripada kau. And pengalaman jaulah aku bersama kau amat-amat berharga. Lebih daripada intan dan permata. Aku tidak pernah tau apa persepsi dan pandangan kau terhadap aku, tapi yang pasti, aku mesti pernah buat kau sedih atau frust. Entahlah.. Tak pernah terlintas pon kat hati ni nak sakitkan sesiapa. Terima kasih atas kesabaranmu. Tolong jangan penat dalam terus membimbing aku tau?
Ajal maut tu kan bila-bila je boleh datang jemput kita kan? So, biarlah orang kata buang tebiat ke, apa ke, tak salah rasanya kalau aku nak minta maaf kat warga 102 Playford Road sebelum terlewat. Better now than later, better late than never! Minta maaf seikhlas dan setulus hati atas segala kekurangan dan kesalahan diri ini. Bila mana aku emo atau ego, pentingkan diri, tak sabar, bermasam muka dan macam-macam lagilah perangai aku yang tak berapa nak senonoh tu ada mengguris, biar pun sikit, hati dan perasaan korang, tolong maafkan aku. Tolong halalkan makan minum, ilmu dan tunjuk ajar yang telah korang berikan. Tolong selitkan aku sekali dalam doa korang. Moga Allah panjangkan umur aku, sebab aku nak bersama-sama korang atas jalan ni. Sebab aku nak kita masuk syurga sama-sama... Amin.
Lastly, to my dearest housemates, thanx for everything. And it really comes from my heart. Walaupun tak lebih daripada 4 bulan kita dah dok bersama, tapi ukhuwwah yang kita telah jalinkan macam 4 tahun lamanya. Mungkin lebih. Bersusah dan bergelak ketawa bersama-sama. Bila sorang masam muka, semua risau dan susah hati. Bila sorang gembira dan suka, semua tumpang lega. Kadang-kadang bila aku sorang-sorang kat rumah, bila korang sibuk dengan exam atau busy dengan hal masing-masing, sunyi sangat rasa. Rindu pulak kat korang... Jujur sejujur-jujurnya, best sangat dok kat 102 Playford Road ni!
Ah, manisnya ukhuwwah... Poyo? Hahaha.. Korang tak rasa. Wait till you taste it yourself! =)
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara..."
-gabbana-
10 Caci Maki Puji Muji:
ak pon mintak mahap la dam kat ko...all da best buat ko..
Waa.. Adam, terharu aku.
Moga Allah terus sucikan ukhuwwah kita dari sebab2 selainNya..
wah...menitis2 air mata aku tumpah membasahi laptop kalis air ini....hehehehhe...
buat pengetahuan u oulz,rumah diorg mmg melertz..mcm2 ragam dan manusia yg ada disana..mcm2 course,uni,tp yg bestnyer,matlamat semue same..hehehe
aku pon terkesan dgn diorg sumer tu..hehehe..
all the best!!!!
aku pon nk mintak mahap gak!!!
eh. bukan chicken mountain la. mountain chicken.
anyways, kau telah dimaafkan. wahahaha. aku pun mintak maaf kerana pernah terguris hati, etc. kalau tak terpijak kaki orang, tu bukan bekerja sama-sama namanya. ;)
cha: hahaha... xpe, nnt aku bwat artikel khas untuk chalet topaz nombor 4 pulak! hehehe.. all the best kt ko gak! ;)
en. ai kay: IAllah. Ukhuwwah fillah yok!
da_imanz: alhamdulillah. kedtgan ko ke rumah kami juga byk mmbawa kegembiraan kepada warga 102 playford road! ;)
alamak, ye ke...?? malunya... *blushing* nasib baik ko bgtau cpt2, sebelum dia sendiri baca! hehehe..
ye, jgn smpai trpijak kepala sudah! =S
haha.. apekah incik gabbana fikir mountain chicken tidak sempat membaca ketika mana 'chicken mountain' digunakan.. hoho..!
(mlm balik dari soton tuh.. hari sblm hantar kereta.. hehe)
(hurmm.. tatau rr.. sbb kalu direct translatation, either ayam gunug atau gunung ayam.. kiranye.. antara nak jadi 'ayam' atau jadi 'gunung'.. hurmm <--ehh, terbuat mcm blog sendiri la plak kn.. huhu.. 'afwan2)
(byknye ayat2 dlm kurungan..)
(hurm.. monolog dalaman..)
post nih mmg sgt3 best..!! ALLAHUAKBAR!!
JZKK AKHI!!
sama2 langkah ke hadapan....!
:)
maaf juga la yer adik kalau abang ada buat apa-apa salah dan silap.. =D
to MC: Insha-Allah. Memang nak sgt langkah ke depan dengan laju! Tapi kadang2 tersadung, terjatuh, terlambat... =s Takut korang dh jauh ke depan dan ana masih di belakang!
to kalam kalbu: hahaha.. abang...?? *uwekkk* ;p IAllah...
maaf juga la yer adik kalau abang ada buat apa-apa salah dan silap.. =D
adik: Wah, 1st time tengok Roslan panggil adame Adik!! So schweet...
Post a Comment