2 May 2008

Damai yang hilang

Di kala pagi menyapa mesra,
Embun basah dedaun ceria,
Aku sengsara,
Aku berduka,
Kerna masih belum ku temui,
Cahaya ketenangan abadi.

Di kala terik sang suria,
Panas menggigit tubuh anggota,
Aku merana,
Aku terseksa,
Terkapai-kapai mencari,
Kedamaian hati yang hakiki.

Di kala senja melabuhkan takhta,
Merah menyala di kaki angkasa,
Aku kecewa,
Aku terluka,
Tercungap penat mengejar,
Keamanan yang kian samar.

Di kala malam berkuasa,
Sejuk dingin gelap gelita,
Aku berdoa,
Aku sujud meminta,
Pulangkan kembali ya Tuhan,
Keabadian hati dan perasaan.

Aku uzlah tersungkur gila,
Merengek berputus asa,
Aku melara,
Aku tertanya,
Di mana kau hai kedamaian??
Berjumpakah aku buat sekian?

"Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan..."

Amin.

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:

mohd waqiyuddin abdullah 02/05/2008, 18:27  

mcm sedih ni syeikh!

Jadilah rumput yang lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

xtau la ada kaitan ke x nihh;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP