Pertandingan Menulis Cerpen Wahai!
Saya kira post ini agak ketinggalan zaman sebab hal ini telah pon diwar-warkan di Mukabuku dan Pengicau.
Oh well. Beloger pon ada pengikutnya yang tersendiri kan? Senyum.
Saya sangat suka akan cerita pendek. Kalau diberi pilihan antara novel dan koleksi cerita pendek, selalunya saya akan pilih yang kedua itu.
Bagi saya, ia memerlukan orang yang benar-benar kreatif untuk menulis cerita pendek yang bagus. Kerana cerita pendek yang berkualiti bukan sahaja membuatkan anda tidak senang duduk, penuh debaran dan menahan nafas kerana tidak mahu ia habis begitu pantas, ia juga mengumpulkan segalanya dalam satu penulisan yang pendek - tema, mesej, pengajaran, klimaks dan kesimpulan. Ia tidak mudah.
Dan cerita pendek yang memuaskan lagi mengujakan wajib ada plot twist yang membeliakkan mata dan menggaru kepala.
Saya yakin di luar sana, masih banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil dan diserlahkan. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk diletupkan. Eheh.
Saya juga yakin, ramai juga di luar sana yang spesis late bloomer. Hanya perlu dibimbing dan ditunjukkan jalan sahaja, kemudian pasti ia akan berkembang subur tak mahu kuncup-kuncup dah! Wahaha. Oleh sebab itu, kami di Penerbitan Wahai! percaya, menjadi tanggungjawab sosial kami untuk memburu bakat-bakat terpendam ini dan mengasahnya agar lebih ramai yang berbakat di luar sana dapat menyumbang kepada Islam melalui bidang penulisan. Osem bukan?
Maka, dengan rasa rendah hati dan berbangga pada masa yang sama, Penerbitan Wahai! buat julung kalinya ingin menganjurkan PERTANDINGAN MENULIS CERPEN WAHAI! 2016 bagi merealisasikan hasrat murni tersebut. Amboi skemanya. Ahahaha.
Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ini amat mudah:
- Boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu (anda tidak perlu menjadi orang Melayu untuk memenuhi syarat ini)
- Kreatif dan tak skema (Baca: Indie)
- Tema bebas
- Ada mesej Islami
- Tidak lebih dari DUA RIBU patah perkataan
Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 11.59 malam 29 Februari 2016 waktu Malaysia. Hantar penyertaan anda ke penerbitanwahai@gmail.com dengan format yang berikut:
- Tajuk emel dalam format: [Pertandingan Menulis Cerpen Wahai!]['tajuk cerpen anda']
- Microsoft Word
- Font: Georgia, Saiz 11
- Spacing: 1.5
- Justify Text
Hadiah? Takde la lumayan sangat. Sedikit wang tunai dan buku percuma.
Buku apa? Eh saya tak beritahu ke awal-awal tadi?
Ha, cerita-cerita pendek yang terpilih akan dibukukan bersama-sama dengan cerita pendek yang ditulis oleh penulis jemputan. InshaAllah buku ini akan mengumpulan DUA PULUH cerita pendek kesemuanya. Sangat mengujakan bukan?
Dan!
Anda yang karyanya terpilih, ada kemungkinan untuk bekerjasama dengan kami untuk menerbitkan buku anda sendiri di masa akan datang! Peh. Sekarang saya dah nampak anda angkat kening. Eheh.
Ok saya malas nak tulis panjang. Tolong sebarkan. Tag rakan-rakan anda yang berbakat dalam bidang penulisan. Percayalah, anda tidak mahu sesiapa pon tertinggal dari menyertai pertandingan ini.
Ada soalan?
Dah tunggu apa lagi tu? Mulakan cari idea dan tulis!
Senyum.
-gabbana-
Bagi pihak Penerbitan Wahai!
13 Caci Maki Puji Muji:
Bang, bang, saya nak cuba nasiblah!
Jzkk untuk peluang keemasan ini! Harap dapat siapkan cerpen dalam waktu yang ditetapkan. Hihi.
nak baca yang anta punye lah
Kalau kalah, inform tak through e-mel?
Halohhh. Saya terlepas. 😢😢
salam..inche gabbana..
justify text tu ape ek? hehe..sorry buta it siket.huhu
Tarikh tutup 29 feb
Salam. Saudara. Justify tu option dalam microsoft word yang akan samakan lebar setiap baris yang kita tulis.
Kan ada rapat ke kanan, rapat ke kiri. Justify ni yang tengah2. Harap membantu. Huhu
Sgt mmbntu! Jzkk! Thanks!!
a`ha,justify tu masa kita nak mula menulis kena mula dulu dengan itu,kalau tak jadi tunggangterbalik ayat kita,
sebenarnya inche gabbana kalau cerita itu bagaimana sih?
nak thriller atau cintancintu sahaja.
lagipula ana baru start menulis,sbb dah lama tinggal.
asalam..xboleh tunda cket tarikh. esok ke lusa.. baru terbaca..pohon rayuanku diprtimbngkn..
Bila pemenang nk diumumkan?
hmm ketinggalan .
Post a Comment