Ya Allah! Tolonglah Aku Dengan Cara Yang Engkau Kehendaki!
[Kredit] |
Alkisahnya bermula
apabila seorang anak muda, dalam perjalanannya untuk belajar ilmu sihir, telah
bertemu dengan seorang rahib lantas tertarik untuk menuntut ilmu dari rahib
tersebut. Hasil dari keikhlasan dan kesungguhan si anak muda menuntut ilmu, dia
berjaya melepasi ujian besar lantas mengangkat statusnya sehingga dikenali oleh
orang ramai sebagai anak muda yang hebat.
Anak muda memanfaatkan
kehebatan yang ada pada dirinya untuk menyebarkan al-haq, sehingga dia berjaya
menjadikan salah seorang daripada pembesar kerajaan yang memerintah ketika itu
untuk beriman kepada Allah. Hal ini sampai ke pengetahuan sang raja yang zalim.
Setelah menyeksa dan membunuh pembesar dan rahib, tiba giliran anak muda untuk
dihukum bunuh.
Namun dengan takdir
Allah, si anak muda terselamat pada setiap kali cubaan untuk membunuhnya. Sang
raja yang kejam buntu dan keliru, sehinggalah anak muda itu sendiri yang
memberitahu sang raja cara-cara untuk menamatkan riwayatnya. Sang raja yang
sudah terdesak, menurut sahaja kata-kata si anak muda yang dikurniakan Allah
dengan ilham dan kebijaksanaan itu.
Anak muda akhirnya
berjaya dibunuh setelah sang raja menurut satu-persatu arahan yang diberikan
anak muda. Namun begitu, meskipon anak muda itu sudah mati, kematiannya adalah
suatu kematian yang menghidupkan. Orang ramai berbondong-bondong menyatakan
keimanan mereka kepada Allah setelah menyaksikan sendiri keajaiban yang berlaku
pada si anak muda.
Begitulah ringkasan dan kesimpulan
pada hadith ghulam yang femes itu (diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad dan
Tirmidzi). Saya pasti, ramai dalam kalangan anda yang pernah sekurang-kurangnya
membaca hadith ini atau lebih masyuk lagi, pernah melalui konferens riang
dengan tajuk ini.
Kisah ini juga dirakamkan
di dalam Quran di dalam surah al-Buruj, apabila Allah SWT berfirman:
“Binasalah orang-orang yang membuat parit, yang berapi (yang mempunyai) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mu’min.Dan mereka menyeksa orang-orang mu’min itu hanya kerana (orang-orang mu’min itu) beriman kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Terpuji, yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.”
[al-Buruj, 85: 4-9]
Sungguh, terlalu banyak
ibrah dan mutiara-mutiara yang tidak ternilai harganya yang dapat kita ambil
dan kutip daripada kisah ghulam (anak muda) ini. Betapa di usia yang muda,
ketika mana anak-anak muda yang sebaya dengannya sibok bermain PES, COC,
berdating bercengkerama di bawah bulan purnama, menghabiskan duit membeli tiket
konsert K-Pop dan sebagainya, dia memilih untuk menuntut ilmu dan menyebarkan
risalah kebenaran.
Dan yang lebih mengujakan
dan mengagumkan, dia berani dan sanggup untuk mengorbankan dirinya untuk
memastikan keberlangsungan dakwah dan kebenaran dapat ditegakkan.
Nah, berapa ramai
daripada kita yang punya keberanian dan kehormatan sedemikian rupa? Berapa
ramai daripada kita yang sanggup mengorbankan kepentingan diri, nama, harta dan
keglamoran hanya kerana mahu memperjuangkan Islam? Dan berapa ramai daripada
kita yang kononnya sudah bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini,
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah syahadatul haq kita seperti mana kesungguhan
ghulam?
Sentap bak hang!
Namun dalam banyak-banyak
pengajaran dan hikmah yang boleh kita belajar dari ghulam, ada satu pengajaran
yang benar-benar menyentuh hati dan menggugah jiwa saya. Yang benar-benar
menggambarkan kefahaman ghulam pada ajaran si rahib dan keikhlasannya dalam
mencari kebenaran. Yang tidak pernah gagal untuk membuatkan saya kagum dan
jeles pada masa yang sama, pada kehebatan sosok si anak muda itu.
Itulah doanya ketika dia
berhadapan dengan hukuman mati yang mahu dilaksanakan oleh sang raja meliar
yang zalim.
“Ya Allah! Tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki!”
Err. Apa yang hebatnya dengan doa ini Inche gabbana? Biasa
sahaja.
Haa itulah anda. Dahulu
suruh mengaji, malas, monteng je memanjang. Kan dah menyusahkan orang?
Wahahaha.
Pandang kanan. Pandang
kiri. Empat haribulan ni ada gerhana bulan penuh kan?
Anda yang benar-benar
memaknai doa ghulam itu pasti akan bersetuju bahawa ia adalah suatu doa yang
cukup hebat.
Mengapa?
Pertama, ia menunjukkan betapa
kebergantungan ghulam terhadap Allah adalah pada tahap Super Saiya peringkat
kelapan. Betapa dia amat yakin dengan ketentuan Allah sehinggakan dia tidak
perlu meminta apa-apa secara spesifik.
Kedua, doa ghulam juga
menggambarkan kepada kita bahawa ghulam tidak lagi takut pada seksaan atau
ancaman makhluk bernama manusia, kerana keimanannya kepada Allah yang cukup
tinggi. Dia amat yakin bahawa Allah bersama-samanya.
Ketiga, sepertimana Nabi
Musa yang amat pawer dalam doanya, ghulam juga berlapang dada dengan Allah,
meletakkan sepenuh keyakinan kepada Sang Raja Segala Raja, bahawa Dia lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk ghulam ketika itu. Ya benar, ghulam
sememangnya mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada Allah, tetapi dengan
apa-apa cara yang Dia sukai.
Tiga pengajaran ini,
sekiranya dihayati dengan seiklas jiwa dan setulus hati, pastinya akan
membuatkan kita rasa malu dan rendah diri dengan tahap keimanan kita
sehari-hari. Tsk.
Pertamanya ia
menggambarkan betapa hebat, mandalam dan berkesannya tarbiyah si rahib kepada
ghulam, sehinggakan berjaya menjadikan ghulam sebegitu rupa. Asuhan rahib
melalui sentuhan jiwa dan muayasyah yang pawer telah membentuk peribadi ghulam
yang tiada tolok tandingnya.
Kedua, ghulam mengajar
kita erti keimanan yang sebenar. Ghulam menunjukkan kita bagaimana mahu
memaknai erti syahadah ke atas kebenaran itu. Tidak hairanlah, matinya ghulam
adalah mati yang menyegarkan lagi menghidupkan.
Sejauh mana kebergantungan
kita kepada Allah semata-mata? Atau masih ada karat-karat di dalam diri kita
dek kebergantungan kita kepada makhluk yang lainnya?
Sejauh mana keyakinan
kita kepada perlindungan dan penjagaan Allah terhadap diri kita dan keluarga?
Atau jauh di sudut hati kita punya rasa syak dan wasangka terhadap Allah yang
Maha Kuat lagi Maha Perkasa itu?
Dan sejauh mana pula kita
berlapang dada dengan pengetahuan dan kebijaksaan Allah yang maha luas dan
tiada tandingan itu? Atau kita masih ragu-ragu bahawa Dia Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk kita?
Anda tunggu sebentar
boleh? Saya nak berlari-lari anak sebentar kerana terlalu malu dengan diri
sendiri. Aduhai.
Tiada salahnya kita mahu
meminta apa sahaja daripada Allah. Malah Allah amat menyukainya apabila para hambaNya
menadah tangan untuk mengadu kasih dan meminta hajat daripadaNya.
Namun doa kita itu
mencerminkan kebergantungan dan keyakinan kita kepadaNya.
Doa kita itu
menggambarkan sama ada kita benar-benar percaya dan rasa selamat dengan
perlindungan dan kasih-sayangNya.
Dan doa kita itu
sebenarnya adalah petanda adab dan akhlak kita dengan Kekasih kita.
Berdoalah apa sahaja. InshaAllah
ia akan dimakbulkan olehNya.
Namun, sekiranya selama
ini anda berdoa dengan doa:
“Ya Allah! Jadikan aku kaya raya dengan rezekiMu yang melimpah
ruah itu!”
atau
“Ya Tuhan! Aku nak lulus dengan cemerlang dalam hekzem akhir
tahunku! Perkenankanlah!”
atau
“Ya Rabb! Aku macam berkenanlah pada anak dara Pak Leman tu.
Tautkanlah hati kami. Pertemukanlah jodoh kami!”
atau
“Ya Rahman! Lembutkanlah hati kawan aku si Dolah tu. Keras
betul hatinya. Apa nak jadi pon aku tak tahulah!”
Tukarlah sedikit doa anda
itu dan berdoalah dengan doa yang begini:
“Ya Allah! Jadikan aku kaya raya dengan rezekiMu yang melimpah ruah itu!
Namun aku serahkan segalanya kepadaMu kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku!”
“Ya Tuhan! Aku nak lulus dengan cemerlang dalam hekzem akhir
tahunku! Perkenankanlah ya Allah, sekiranya itulah yang terbaik buat diriku,
Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!”
“Ya Rabb! Aku macam berkenanlah pada anak dara Pak Leman tu.
Tautkanlah hati kami. Pertemukanlah jodoh kami sekiranya dia memang ditakdirkan
untukku. Kau jua yang lebih mengetahui siapa yang terbaik untukku. Aku redha
dengan ketentuanMu, ya Rabb!”
“Ya Rahman! Lembutkanlah hati kawan aku si Dolah tu. Keras
betul hatinya. Apa nak jadi pon aku tak tahulah! Sungguh, Engkaulah Pemilik dan
Pemegang hati hati makhlukMu. Bantulah Dia dengan cara yang Engkau sukai, wahai
Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Pengasih.”
Haaa, kan lebih comey
begitu?
Ayuh jadi seperti ghulam,
yang meletakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungannya kepada Allah semata.
Ayuh jadi seperti ghulam,
yang lapang dadanya dan baik sangkanya pada Tuhan sekalian alam.
Dan ayuh jadi seperti
ghulam, yang penuh adab dan kasih, akhlak dan chenta dalam menaruh hajat pada
Tuhannya.
Ya Allah! Tolonglah kami dengan cara yang Engkau kehendaki,
kerana sungguh, Engkau Maha Mengetahui!
Ya Allah! Tolonglah kami dengan apa-apa yang Engkau sukai,
kerana kami yakin Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami!
Ya Allah! Dan tolonglah kami berhadapan dengan marabahaya dan
bencana GST!
Eh.
-gabbana-
Moga kita semua
dikurniakan dengan kematian yang menghidupkan, sepertimana ghulam dan ramai
lagi para syuhada’ di luar sana. Amiin.
12 Caci Maki Puji Muji:
terbaik. mari bergantung hanya kepada pencipta kita.:)
cara doa mencerminkan diri sendiri.
Inche gabanna ak ad masalah kesihatn. Gi berubat dgn hosptal n mkn akar kayu pn x jadi. Blh x nnti tulis psal nabi ayub, macam kau tulis pasal nabi musa dulu? Nabi ayub kan sakit. Ak google dkt internet, tp still x sama dgn cara kau tulis
Sungguh! hanya pergantungan pada Dia maka hati akan jd senang...
Believe that Allah will only give what is the best to us.
Wah. Revision hadis ghulam. Tengs inche gabbana.
Allahu..this is my first time reading ur article.i used to purposely overlook whenever my friends shared ur writing on the fb but today i feel so sad and depress and somehow the title caught my attention...ur writing is sooo good it goes right thru my heart and make me realize how much in this life i longed for something that i never know will benefit me yet when Allah did not fulfill it i begin to ged mad...
Ya! Allah tolonglah aku dangan cara yang Engkau Kehendaki!
Amin.
Sangat terkesan dengan artikel ini.
Terbaik la inche gabbana. (Y)
Sebelum ni rasa doa ghulam tu dekat dengan diri sendiri sebab tengah buat pilihan untuk UPU. Tapi rasa biasa-biasa je. Dan tadi terlibat dengan accident yang tak serius tapi fulusnya ya Allah T_T dah la tak ada duit, tak sunggup dah nak susahkan parents. Bila baca post ni, laju je air mata mengalir T_T wahahaha sorry IG, tetiba buat short story sendiri kat sini. Anyway, thank you for writing this ;)
Neon_16.. ni jawapan copy paste.. tpi jawapan ni.. sama dengan apa yg saya nk terangkan... jawapannya begini.. :
Ghulam : kita.
Ilmu sihir : ilmu duniawi (ilmu perubatan, kejuruteraan, kemahiran, law, perguruan, TESL etc)
Ilmu rahib : ilmu2 agama/ukhrawi – ilmu yg haq, ilmu yg kita belajar dari ustad/ustazah, dari naqib/naqibah (Ilmu Al-Quran, Tauhid, Ibadah dll)
Ahli sihir : guru2 kita, pensyarah.
Rahib : ustad/ustazah, naqib/naqibah, murobbi.
Kita ulas sikit kisah di atas. Ghulam belajar ilmu sihir dari tukang sihir diraja dan dalam masa yg sama belajar ilmu agama dari rahib secara rahsia. Di mana ghulam menggunakan helah bagi mengelakkan kemudaratan (dipukul) oleh ahli sihir dan dimarah oleh ibunya. Dengan helahnya itu, ghulam berjaya menuntut kedua-dua ilmu tersebut. suatu hari, ghulam mahu menguji manakah di antara ilmu sihir dan ilmu rahib yg paling benar. Dan akhirnya dgn kekuasaan ALLAH, ilmu rahib terbukti yg paling benar. Ghulam graduate dan menjadi seorang ahli sihir. Dgn menggunakan title sebagai seorang ahli sihir, dia menggunakan peluang itu utk menarik pesakit2nya masuk Islam (beriman kpd ALLAH). Namun begitu, Raja yg tergugat kedudukannya (menganggap dirinya Tuhan), telah membunuh Rahib dan merancang membunuh ghulam. cubaan demi cubaan, raja tetap gagal membunuh ghulam. ghulam akhirnya memberi jalan kpd raja utk membunuhnya. Ini adalah pengorbanan terbesar ghulam kerana dgn tindakannya ini dia telah mewujudkan kepercayaan dlm diri orang kampung utk mengimani Tuhan ghulam iaitu ALLAH. Bila raja memaksa orang kampung revert, ada yg sanggup terjun ke dlm parit daripada kembali menyembah raja kerana dia yakin mengimani ALLAH itulah kebenaran yg hakiki.
Bila kita letakkan diri kita dalam cerita ini, iaitu ghulam itu sendiri dan mewujudkan dimensi kita sekarang, secara amnya kita akan dapat melihat 1 jalan cerita.
Contoh; Arsyad seorang pelajar perubatan di sebuah kolej persediaan. Dia sangat rajin belajar dan dlm masa yg sama bergerak aktif di jalan dakwah yg penuh dgn tol dan road block setelah berjaya ditarik oleh abang2 senior. Eheh. Namun begitu, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan dai’e amatur kadangkala menyebabkannya tersepit antara 2 pilihan. Tambahan lagi, ada pula rakan2 yg tidak menyokong gerakan dakwahnya. Antara group discussion dan usrah, dia akan memilih utk mengutamakan usrah, prioritize the priority. Oleh itu, dia terpaksa menggunakan helah utk menyediakan alasan yg paling kukuh demi kemaslahatan dirinya dan utk agama Islam itu sendiri. Alhamdulillah, selepas tamat persediaan dia berjaya ke luar negara. Setelah graduate, dia menjadi seorang doktor di sebuah hospital swasta. Dia sangat prihatin dgn pesakitnya. Dia akan menyuruh pesakitnya membaca basmallah dan berselawat ke atas Nabi sebelum mengambil ubat. Tambahan lagi, dia selalu menekankan bahawa yg memberi kesembuhan itu ALLAH, bukan doktor.
“Ya Allah! Tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki!”
dan
kematian yg menghidupkan..
Allahuakbar,,terima kasih utk entry yg hebat ni.
Post a Comment