Seorang Al-Akh Yang Menggugah
[Kredit] |
“Ada satu
malam tu,”
al-akh itu memulakan bicaranya, “kami
kira-kira balik duit, tinggal dalam tiga puluh ringgit je.”
Al-Akh itu tersenyum sambil berkata-kata. Namun dia
tetap tidak dapat menyembunyikan raut sayu dan sebak pada wajahnya itu.
Ketika itu kami berada di sebuah kedai mamak,
menikmati minum malam atau dalam bahasa ikhwahnya, mengeteh. Suatu upacara yang
mungkin tampak remeh dan tidak ada apa-apa pada pandangan manusia biasa, tetapi
cukup bermakna dan berjasa untuk tarbiyah dan dakwah. Eheh.
“Tak boleh
gitu. Ana nak kena bagi zaujah ana makan. Nak jaga baby dalam perut tu. Ana
suruh zaujah ana tidur kat RI malam tu. Ana terus shoot pergi cari kedai
burger.”
Kedai burger? Saya tertanya-tanya di dalam hati. Nak buat apa dengan kedai burger?
“Jumpa je
kedai burger, ana tanya lah ada tak kerja kosong. Ada apa-apa tak yang boleh
ana tolong? Alhamdulillah ada kerja kosong. Dapatlah sikit, tiga empat puluh
ringgit malam tu. Alhamdulillah.”
Saya terkedu. Akh T yang berada di seberang saya
membulatkan matanya, tanda dia juga terkedu.
Mata al-akh yang berbicara itu berkaca-kaca. Dia
masih tersenyum, tapi saya tahu jiwanya sedang bergelora.
“Nta buat
kerja apa kat kedai burger tu? Tengah-tengah malam buta tu? Orang burger tu tak
terkejut ke nta mintak kerja?” Saya bertanya, cuba untuk memurnikan suasana.
Al-Akh itu tertawa kecil.
“Terkejut lah
jugak. Tolong bungkus-bungkus, buatlah apa yang ada.”
Tulus dia bercerita. Bukan untuk mencari simpati, tetapi ikhlas berkongsi. Senyuman tetap tidak lekang dari bibir al-akh itu.
Saya dan akh T tertawa, namun di dalam hati, kami
benar-benar terpana. Sebak.
Terasa seperti amat menzalimi al-akh itu. Terasa
seperti kami ikhwah ini, tiada fungsi dan guna. Terasa seperti ditampar-tampar
bertubi-tubi.
Dah, apa guna kami sebagai ikhwah jika bukan untuk
disusahkan? Apa guna kami sebagai ikhwah, kalau ada ikhwah lain dalam
kelaparan? Apa guna kami sebagai ikhwah, apabila ada ikhwah lain yang terpaksa
kerja di kedai burger hanya kerana terdesak mencari wang poket tambahan??
Potong bawang laju-laju.
Perkenalan saya dengan al-akh itu, tidaklah terlalu
lama. Malah dia antara al-akh yang agak lewat saya kenali sembari jalan
tarbiyah dan dakwah ini.
Meski sekejap, ukhuwwah kami pantas bertaut. Walau
perkenalan kami baharu, dirasakan seolah-olahnya sudah lama kami bersahabat.
Dan meskipon kami bertaaruf agak lewat, ukhuwwah yang kami rasakan cukup
hangat. Ewah kau.
Mungkin kami mudah serasi kerana kami punya cara
berfikir yang sama. Mungkin juga yang menjadikan kami seperti sudah lama
mengenali adalah kerana kami punya matlmat dakwah dan jiwa tarbiyah yang
serupa.
Benarlah, yang menyatukan ukhuwwah itu, yang
membumikan persahabatan itu, yang mendarahdagingkan persaudaraan itu adalah
fikrah. Fikrah tarbiyah dan dakwah!
Dan al-akh itu, meski umurnya muda daripada kami,
dia adalah qudwah kami di atas jalan berduri ini.
Semangatnya sentiasa membangkitkan himmah kami.
Pengorbanannya seringkali menyentap sukma kami.
Kesungguhannya di atas jalan yang berliku ini tidak
pernah gagal merendahkan ego kami.
Taujihatnya yang berapi pasti akan membangkitkan
jiwa kami yang lelah dan lesu.
Dan thumuhatnya di dalam gerabak tarbiyah ini
benar-benar menolak kami untuk pergi lebih jauh lagi.
Ya, al-akh itu benar-benar menggugah jiwa dan
sanubari kami!
Oleh sebab itu, apabila al-akh itu berkongsikan
dengan kami suka duka manis pahit kehidupannya, kami terkedu. Terpana dan bisu.
Masakan kami sanggup membiarkan al-akh kechentaan
kami sengsara sebegitu rupa?
Masakan kami tergamak untuk tidak ambil peduli?
Masakan kami boleh bersenang-lenang
bergendang-gendut tali kecapi kenyang perut senang hati sedangkan al-akh itu
berlapar menahan diri?
Aaaahhhh!
Habuk masuk mata. Banyak habuk masuk mata.
Maafkan kami akhi, andai kami telah menzalimi anda.
Maafkan kami akhi, andai kami telah gagal memenuhi
hak ukhuwwah anda.
Dan maafkan kami akhi, andai kami belum benar-benar
memaknai ukhuwwah ini.
“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa.”
[az-Zukhruf, 43:67]
Terima kasih kerana terus berlapang dada dengan
kami.
Terima kasih kerana masih terus bersabar dengan
karenah kami.
Dan terima kasih, untuk ukhuwwah sejati ini.
Wahai akhi yang menggugah jiwa dan sanubari kami,
ketahuilah, uhibbuka fillah!
-gabbana-
Ukhuwwah di jalan dakwah adalah antara perkara yang
menjadikan saya terus kuat di atas jalan ini.
Ukhuwwah di jalan dakwah adalah antara perkara yang
terus menghidupkan jiwa saya untuk terus gagah bekerja.
Dan ukhuwwah di jalan dakwah adalah antara perkara
yang menyegarkan saya bila mana saya sudah mula lesu dan layu.
Terima kasih Allah, untuk ukhuwwah ini.
4 Caci Maki Puji Muji:
oh mannnn....ni memang nak meraung baca.. okay, over. tapi memang potong bawang!!!
Entri ini buat saya rasa sangat terharu. Indahnya memiliki sahabat yang punyai hati seperti akhi.
Dalam masa yang sama, saya merasakan sesuatu yang hilang daripada persahabatan yang pernah terjalin atau masih terjalin sehingga kini.
Sungguhpun memiliki teman-teman yang sangat mengambil berat, sentiasa sudi bersama di waktu suka dan duka. Sebenarnya jauh disudut hati, saya impikan persahabatan yang terjalin di atas niat yang satu. Kerana mengharapkan redha Allah.
Banyaknya perkara yang pernah berlaku dalam hidup. Banyak yang berubah. Saya juga berubah. Akhirnya saya menjadi sungguh asing dikalangan yang selama ini saya yakin adalah sahabat. Mereka masih sahabat. Sampai bila-bila adalah sahabat. Insya-Allah.
Tapi, dalam keadaan yang buat diri semakin asing. Saya rasa perlu menjarakkan diri daripada kalangan sahabat. Salah satu sebabnya saya tidak tahu cara untuk menolak aktiviti-aktiviti bersama mereka;yang saya rasakan tak memberi faedah kepada diri saya.
Saya mahu berubah. Tapi kalau bersama-sama yang selama ini adalah sahabat, saya rasa saya tak dapat berubah. Jadi mengasingkan diri ketika ini mungkin terbaik.
Sedih sebenarnya bila terpaksa mengambil jalan ini.
Kalau boleh saya mahu lalui perubahan ini bersama-sama sahabat. Sayang sekali, saya tak cukup ilmu dan kekuatan untuk membawanya. Sebab saya rasa saya sendiri masih terkapai-kapai.
Dan buat masa sekarang ini, saya rasa membaca entri seperti akhi Angel Pakai Gucci seperti terubat kerinduan terhadap sahabat yang saya harap-harapkan. Betapa saya mengharapkan saya mampu memiliki persahabatan seperti ini.
Kesalnya memikirkan... saya pernah memiliki persahabatan seindah ini ketika di zaman sekolah. Tapi, bila di peringkat IPT saya memilih untuk bersama sahabat yang lain;lain dasar tautannya. Sekarang saya betul-betul rasa kehilangan.
Sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah dan saling menasihati demi kebaikan bersama di dunia akhirat itulah sebenarnya terbaik.
Semua sahabat baik. Tapi, untuk menemui sahabat terbaik bukanlah mudah. Hargailah sementara masih ada teman dan sahabat untuk mengingatkan kepada kebaikan. Lebih-lebih sudi bersama-sama tempuhi dunia dakwah dan tarbiyah dalam apa jua keadaan.
Semoga kita semua menjadi sahabat yang terbaik. Semoga kita semua juga dikurniakan sahabat terbaik. Insya-Allah.
Amin ya Allah.
Allah..sgt terkesan dgn nukilan akh. Mohon tunjuk ajarnya. Moga bermanfaat buat ummah.
Salam dr saya,
silentwriter2112.blogspot.com
Mungkin yang membaca artikel ni terfikir, "eh aku tak pernah ada sahabat sehebat ni"
Cikgu saya kata, "if you can't find one, be one"
Post a Comment