13 March 2015

Mari Jadi Pawer Berdoa Macam Nabi Musa

-->
[Kredit]

[Artikel ini terinspirasi daripada tulisan Kang Salim A. Fillah di dalam bukunya Lapis-Lapis Keberkahan]

Siapa yang tidak kenal dengan Nabi Musa AS?

Baik di dalam tradisi Islam, Kristian mahu pon Yahudi, sosok yang bernama Musa ini amat dihormati dan dikagumi.

Menarik sekali, meskipon Nabi Musa AS itu didakwa sebagai hak milik mutlak kaum Yahudi, kisahnya paling banyak sekali disebut di dalam al-Quran, jauh lebih banyak daripada nabi-nabi yang lainnya, termasuklah Nabi Muhammad SAW sendiri.

Syaikh Amr Khaled di dalam kitab Khawatir Qurannya menyebut sebab musabab mengapa perihal dan kisah Nabi Musa AS paling banyak diceritakan di dalam Al-Quran adalah kerana kisah perjalanan hidupnya amat dekat dan hampir dengan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW. Maka dari Nabi Musa AS, ar-Rasul SAW dan para sahabatnya dapat mengambil pelbagai pengajaran yang amat berguna untuk menjadi bekalan di sepanjang jalan perjuangan dakwah mereka.

Kita juga sebenarnya dapat banyak belajar dari Nabi Musa AS.

Dari Musa AS, kita belajar erti amanah dan kerajinan, ketika mana baginda bersetuju untuk bekerja dengan Syuaib AS untuk sepuluh tahun lamanya.

Dari Musa AS, kita belajar erti keberanian, ketika mana baginda diperintah untuk berhadapan dengan Firaun laknatullah.

Dari Musa AS, kita belajar erti persahabatan dan persaudaraan, ketika mana baginda meminta agar Allah menguatkannya dengan Harun AS.

Dan dari Musa AS, kita belajar erti kerendahan hati, ketika mana baginda mengembara bersama seorang hamba Allah yang soleh bernama Khidir.

Dan dari Musa AS, kita belajar erti kesabaran dan keteguhan, ketika mana baginda terpaksa berhadapan dengan kaumnya yang maha degil dan beraneka rencam itu.

Walaweh bukan?

Ada seperkara lagi bisa kita belajar dan teladani dari sosok hebat itu; doa.

Pasti benda pertama yang menyinggah di kepala kita apabila menyebut ‘Musa’ dan ‘doa’ adalah doa yang sering kita lafazkan sewaktu derejah lima dahulu bukan?

“Robbish rohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli…”

Dan muka ketua kelas kita yang minta penumbuk kerana sumpah annoying itu. Err.

Pandang kiri pandang kanan. Buat-buat tak bersalah.

Selain daripada doa yang femes itu, ada satu lagi doa hebat yang telah diajar Nabi Musa AS kepada kita. Dan doa ia terakam di dalam surah al-Qasas seperti berikut:

رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَقِيرٌ۬

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
[al-Qasas, 28:24]

Sebelum saya kongsikan betapa pawernya doa Nabi Musa ini, mari kita sama-sama selusuri dan hayati, apakah peristiwa dan kejadian yang berlaku sehingga Nabi Musa mengungkapkan doa yang begitu syahdu.

Untuk itu, saya minta anda semua untuk memejamkan mata…




Eceh bajet macam program motivasi pula! Wahahaha.

Ok tak perlulah pejam mata atau pasang lagu yang tangkap leleh. Cukuplah sekadar anda cuba sebaiknya untuk membayangkan apa yang sedang dihadapi oleh Nabi Musa.

Kehidupan Nabi Musa AS dari kecil hinggalah baginda dewasa penuh dengan warna warni. Ringkasnya, baginda terlibat dengan sebuah pergaduhan yang menyebabkan secara tidak sengaja baginda telah membunuh seorang Qibti (Qibti adalah bangsa Firaun). Oleh sebab itu, baginda diburu oleh para pembesar Mesir dan baginda terpaksa lari menyelamatkan diri.

Dalam keadaan yang terdesak, lapar, penat dan dahaga, sehelai sepinggang dan tiada siapa-siapa yang boleh diharapkan, baginda akhirnya tiba di sebuah negeri yang dipanggil Madyan. Di negeri inilah berlakunya peristiwa yang menyebabkan Nabi Musa AS mengungkapkan doa seperti di atas.

Ketika sedang berteduh di bawah sebatang pokok, baginda ternampak suatu kejadian di mana orang ramai berebut-rebut di sebuah mata air untuk memberi minum kepada binatang ternakan mereka. Dalam kalangan mereka itu, terdapat dua orang gadis yang tidak dapat memberi minum kepada binatang ternakan mereka.

Melihatkan ini, Nabi Musa AS segera bangkit dan membantu untuk memberi minum kepada ternakan dua orang perempuan itu. Usai memberi minum, baginda kembali ke pokok tempat baginda melepaskan lelah dan ketika itu, terpacullah doa:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Kita akhirnya mengetahui bagaimana doa Nabi Musa AS itu segera dimakbulkan oleh Allah. Malah, Allah mengurniakan rezeki yang melimpah-ruah kepada baginda, lebih daripada apa yang baginda pinta.

Salah seorang gadis yang dibantu baginda datang semula untuk menjemput baginda datang ke rumah atas jemputan ayahnya, yang kita ketahui sebagai Nabi Syuaib AS. Selepas bertemu dengan Nabi Syuaib, baginda bukan sahaja dijamu dan diberi tempat tinggal, bahkan baginda ditawarkan untuk bekerja selama sepuluh tahun lamanya menjaga ternakan milik Nabi Syuaib. Tidak cukup dengan itu, Nabi Syuaib turut menawarkan anak perempuannya untuk dikahwinkan dengan Nabi Musa!

Peh mashaAllah! Orang nak betis sahaja, tapi peha yang diberinya! Eheh.

Nah, pasti ada keistimewaan pada doa Nabi Musa itu sehingga Allah bukan sahaja memakbulkannya dalam masa yang singkat, malah Allah lipat kaligandakan kurniaanNya kepada baginda. Kan?

Ayuh kita lihat, apa yang menjadikan doa Nabi Musa AS itu begitu pawer dan haibat.

Ada tiga pengajaran utama yang boleh kita teladani daripada doa Nabi Musa itu:

PERTAMA
Nabi Musa AS meletakkan sepenuh pengharapan dan kebegantungannya kepada Allah semata-mata. Dalam keadaan yang begitu terdesak sekalipon, baginda tidak mengharapkan pada yang lain melainkan Tuhannya.

Boleh sahaja dia meminta pertolongan kepada dua orang gadis yang dibantunya sebagai belas ihsan atas bantuan yang telah dihulurkan. Atau minta bantuan pada mana-mana penduduk kampung yang pastinya ada yang simpati melihatkan keadaannya yang sehilai pinggang itu.

Tetapi tidak. Doanya ditujukan kepada Allah semata. Pengharapannya diletakkan pada Allah dan tidak pada maklukNya. Kebergantungannya kepada Allah benar-benar jitu dan tiada tandingnya.

Kerana baginda tahu, Dialah pemilih seluruh alam. Dialah yang memegang kunci pintu-pintu rezeki. Dan Dialah Raja yang berkuasa ke atas segala sesuatu.

KEDUA
Para ulama’ telah bersepakat bahawa ketika mana kita berdoa, kita dibolehkan untuk menggunakan ‘ayat perintah' seperti berikanlah, lindungilah, ampunkanlah, kurniakanlah dan sebagainya. Seolah-olahnya kita menyuruh Allah untuk berbuat sesuatu untuk kita. Hal ini dibenarkan di dalam doa berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Namun lihat bagaimana Nabi Musa AS berdoa; penuh dengan adab dan akhlak seorang hamba. Tidak ada suatu perkataan pon yang menyuruh Allah untuk memberikan rezeki atau memudahkan kesusahan yang sedang dialami.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Yang anda hanyalah pengharapan yang sayu dan kebergantungan yang penuh rindu. Penuh dengan harapan tanpa ada meminta-minta yang keterlaluan.

KETIGA
Nabi Musa AS berlapang dada dengan pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu, apabila baginda tidak meminta apa-apa secara spesifik daripadaNya. Baginda tahu bahawasanya Allah lebih tahu apa yang diperlukannya, dan bukan apa yang dimahukannya.

Nabi Musa telah mengajar kita bahawa berdoa kepada Allah itu bukanlah memberitahu Allah apa yang kita mahu dan harapkan. Tetapi ia adalah suatu manifestasi borak mesra dan adu chenta kita kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

Nabi Musa menyerahkan segala-galanya kepada pengetahuan Allah yang Maha Pemurah itu.

Maka tidak hairanlah, dengan ketiga-ketiga ciri yang terkandung di dalam doa Nabi Musa AS itu, Allah dengan serta-merta memakbulkannya. Malah lebih dari sekadar menyingkap hijab agar doa itu sampai kepadaNya, Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah kepada hambaNya yang dikasihi itu.

Fuh.

Lantas, dari Musa AS kita belajar bahawa doa itu hanya akan sampai padaNya apabila kita meletakkan pengharapan dan kebergantungan kita kepadaNya semata-mata.

Dari Musa AS kita belajar bahawa berdoa itu adalah tanda kita rindu dan chenta padaNya, tanda kita bahagia berbual mesra denganNya.

Dari Musa AS kita belajar bahawa doa itu bukan meminta apa yang kita mahu, tapi berlapang dada dan yakin bahawa Allah lebih tahu.

Dari Musa AS kita belajar bahawa doa itu menghubungkan seorang hamba dengan Rabbnya.

Dan dari Musa AS kita belajar untuk memaknai doa.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Moga Allah mengurniakan kita semua dengan kebaikan dan rezaki yang melimpah-ruah, sepertimana yang pernah Dia kurniakan kepada Nabi Musa AS.

Hanya kerana selafaz doa yang pawer.

Senyum.

-gabbana- 

Pssst. Ada orang beritahu, kalau sukar bertemu jodoh, bolehlah cuba baca doa Nabi Musa ni. Mana tahu, Allah bukakan pintu rezeki! Ehem.

8 Caci Maki Puji Muji:

dila :) 15/03/2015, 10:57  

inche gabbana, hai n assalamualaikum.
kenapa kita berdoa kita gunakan aku. why not saya. haha tapi bunyi macam kelakaq. tak ke aku tu macam kasaq sangat. just asking. and your entry is awesome. deabak. :)

Anonymous 17/03/2015, 01:25  

InshaAllah sy nk try jwb soaln anti.. hehe. Klu ade silap prbetulkan yep . Kite brdoa biasenya gunakn "aku" buknnya "saya" adalah tuk mnunjukkan bhawa kite ni sgt rapat dgn Allah . Contohnye la kan kite dgn kwb baik kite , biasenya kite gunakn "aku" tuk brckp dgn dia kan .. hehe . Haa, tu la salah 1istilah knp kite gunkn "aku" bile berdoa. Spe xnk jd org yg rapat dgn Allah kan. Oke done . InshaAllah moga jwapn dberi adlh yg baik .

Tulus Sweet 19/03/2015, 15:56  

Salam IG. IG ada tak tulis pasal apa peranan kita untuk membendung masalah penyelewangan dalam akidah contohnya bid'ah, kurfur, khurafat dan syirik? kalau ada, boleh tak tahu entry tajuk apa?

Hsna Rahman 17/08/2016, 16:40  

great! sekadar bertanya untuk pengetahuan.. kita kan bila berdoa, seharusnya perlu mintak dengan jelas dan teliti.. mcm kontra pulak dgn point no 3..

"Nabi Musa AS berlapang dada dengan pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu, apabila baginda tidak meminta apa-apa secara spesifik daripadaNya"

sometime I do confuse jgk mana yg lebih baik sbnry?dan sbnrnya kan bila kita meminta detail dan terang2 mcm tu rasa segan dgn "Dia" besar sgt ..(for me la)

Unknown 17/08/2016, 19:59  

Assalamualaikum..sy juga ade persoalan seperti saudari husna rahman..sy pun selalu keliru..samada perlu secara detail apa yg kite nak atau minta saja yg terbaik sbb kite pun x tahu yg kite nk tu baik atau x? Beberapa kali juga berbincang dgn suami berkenaan dgn hal ini..

Unknown 17/08/2016, 20:02  

Assalamualaikum..sy juga ade persoalan seperti saudari husna rahman..sy pun selalu keliru..samada perlu secara detail apa yg kite nak atau minta saja yg terbaik sbb kite pun x tahu yg kite nk tu baik atau x? Beberapa kali juga berbincang dgn suami berkenaan dgn hal ini..

Inche gabbana 18/08/2016, 16:31  

Husna dan Aniza: Salaam a'laikum warah matullah.

Sebenarnya takde masalah pon untuk kita berdoa sedetail mana pon. Malah ia amat digalakkan andai ia boleh menambahkan kekhusyu'an kita dalam berdoa dan menambah rasa intim kita dengan Allah.

Cuma yang nak dibawa dalam artikel ini adalah adab seorang kekasih Allah dengan kekasihnya yang Maha Tinggi. Dan bagaimana pergantungan Nabi Musa AS yang sangat hebat sehingga dia redha dengan apa sahaja takdir Allah untuk diri-Nya.

Mungkin untuk menambah perisa dan adab tatasusila kita dengan Allah dalam berdoa, selepas berdoa dengan penuh detail lagi teliti, bolehlah kita berdoa sebegini, "Apa pon ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diriku; maka berikanlah yang terbaik." :)

Allahu a'lam.

Unknown 20/08/2016, 12:37  

Terima kasih..skrg sy pun cube praktikkan mcm tu..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP