30 March 2012

Kenapa Anda Mahu (Dan Perlu!) Pergi Malam Ini

[Kredit]

Ok hari ini dah tiga puluh haribulan tiga. 30 Mac 2012. Kepada sesiapa yang masih ignorant, malam ni ada perhimpunan Global March to Jerusalem (GM2J) juga dikenali sebagai Perarakan Global ke Baitulmaqdis. Ahah! Perhimpunan ni adalah acara kemuncak bagi menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada delegasi Malaysia yang akan menyertai Perarakan Global ini.

Berkenaan dengan perhimpunan ini, saya telah ditanya dengan beberapa soalan yang agak menarik, yang menyebabkan saya terduduk juga dan berfikir. Soalan-soalan (Dua soalan je pon! Wahahaha..) yang bertanyakan kepada saya sama ada perlu pergi atau tidak ke perhimpunan ini.

Soalan Pertama
"...Tpkan inche gabanna, ada Tun Mahathir di situ.

Patutkan saya menghadirkan diri sebabnya dia pernah mengeluarkan kenyataan kurang manis tentang hudud.

Besides, lepas dah tengok tentatif, banyak juga acara hiburan.

Mohon pencerahan dan pembetulan.

Soalan ini ditanya oleh salah seorang pembaca dalam post 'Syria? checked. Next? Palestin!'

Jawapan Saya
"Uhm, menarik soklan anda.

Yg Tun M tu, rasanya dia tak dtg kot. Hanya recording dia la. kalau tak silap.

Takpelah, kita nilai dia berdasarkan mesej2 yg dia nak bawak dan usaha2 dia ntok Palestin selama ni. iAllah he deserves some merits too.

Ntok hiburan tu.. Hhhmmm.. Datanglah dgn ruh dan semangat solidariti ntok Palestin. Bykkan solawat, takbir dan doa2 ntok rakyat palestin.

Bukan di bawah kuasa kita ntok tentukan perjalanan prog tu. Tapi tak bermakna, kalau kita hadiri, kita sokong sepenuhnya perjalanan prog.

Sbb tu sy cakap kita datang dgn ruh dan semangat rakyat Palestin. Sbb sy lihat kebaikan dan maslahat ntok kita hadiri lebih besar daripada mudharat yg ada..

Allahu a'lam. harap menjawab. Moga allah redha dgn pemergian kita nnt, biidznillah."

(Ni saya kopipes je ni. Malas pula nak edit, walaupon saya ni seorang yang OCD! Ahah!)

Dan sedikit tambahan jawapan mungkin.

Memandangkan program ini adalah program berbentuk umum, yakni objektifnya adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin orang untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin, maka perjalanan program juga terpaksalah di'umum'kan juga saya kira. Tujuannya untuk menarik lebih ramai orang memeriahkan lagi perhimpunan ini. 

Ini bukanlah platform untuk menyebarkan fikrah. Maka ada adilnya sekiranya kita bersikap lebih terbuka dan menerima, pada masa yang sama tetap berpegang teguh dengan niat kita untuk ke sana.

Soalan Kedua
"Salam inche gabbana.. Sekadar pertanyaan dan agak penting..  Sebenarnya saya tak faham, kenapa perlu pergi GMJ tu? Ape hadafnye? Kalau kite kumpul2 then siap ade nyanyi2 lagi, boleh bantu palestine ke? How it helps then? Serius x fhm.. Blh x inche gabbana reply ASAP sebab esok dah 30 Mac.. Jzkkk akhi."

Soalan ini dihantar ke email saya.

Jawapan Saya
"Salaam a'laikum warah matullah,

Saudari XYZ yg dikasihi Allah,

Moga berada dalam limpah rahmat dan kasih sayangNya biidznillah.

Mudahnya begini. Mmg btol dari pandangan mata kasarnya, dgn kita berhimpun sebegitu, tiada bantuan secara lgsg yg dapat diberikan kepada rakyat Palestin. Seolah-olahnya macam sia-sia sahajalah berhimpun sebegitu bukan..?

But its about showing our solidarity to our brothers and sisters dekat Palestin tu. Bayangkan perasaan mereka apabila mengetahui ada sejumlah rakyat Malaysia, nun beribu batu jauhnya daripada mereka, yg berhimpun semata-mata nak tunjukkan sokongan kepada mereka.

Plus, dgn doa-doa yg kita lafazkan, dgn takbir dan laungan semangat yg kita laungkan, siapa tahu perkara2 tersebut akan membangkitkan semangat rakyat palestin ntok terus berjuang?

Juga as a statement to the world that we are with the Palestinians. That they are our brothers and sisters in Islam, although kita tak kenal mereka dan mereka tak kenal kita. Kita nak tunjuk pada dunia yg kita bersama-sama mereka.

At the end of the day, it all depends on our niat mengapa kita ke sana. Ntok apa? Saya secara jujurnya, secara peribadinya nak ke sana ntok 2 benda; 1) solidariti untuk rakyat Palestin dan 2) nak jumpa ikhwah ramai2. ;)

Tak perlu pon nak pergi. Tak wajib pn. Terpulanglah pada budi bicara anda ntok memutuskannya. ^^

Moga menjelaskan.

Allahu a'lam, He and only Himself knows best.

Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamu a'laikum.
"

Begitulah.


Saya secara jujurnya merasakan GM2J adalah suatu inisiatif yang baik. Ia, tidak sempurna, mungkin ada kelemahan di sana sini. Tetapi ia adalah suatu manifestasi kepada simpati dan empati kita mungkin, kepada saudara-mara kita di sana. Juga suatu terjemahan kepada kelemahan kita selama ini yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam meringankan penderitaan mereka di sana. Allah.

Kalau tidak boleh lakukan semua, janganlah pula tinggalkan semua!

Ketepikan fahaman politik, apatah lagi perbezaan dalam ideologi berjemaah. Ini perjuangan ummah. Hentikan sangkaan-sangkaan yang tidak baik, apatah lagi yang dicampuri dengan emosi dan rasa tidak puas hati.

Ini adalah suatu manifestasi chenta kita pada rakyat Palestin. Ini adalah suatu bukti ukhuwwah fillah kita dengan mereka, Insha-Allah.


Mata bersinar-sinar.

Ayuh, kita berpegangan tangan, melaungkan takbir dan melafazkan doa-doa untuk mereka pada malam ini..?

-gabbana-

Insha-Allah, kalau diizinkanNya, akan bersama-sama dengan ribuan manusia di Stadium Malawati malam ini. Mungkin lewat sedikit kerana hanya akan memulakan perjalanan selepas kerja.

Oh tidak tahu lagi nak pakai baju apa, jadi tak perlulah sibuk-sibuk cari saya tahu..? Hihihihi..
 

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/03/2012, 13:09  

org nak gi gmj bukan nak cari awk! perasan

Anonymous 30/03/2012, 13:39  

tambahan sikit je. untuk soalan 2, rasanya it's also about letting people know. Tak semua orang aware dgn isu semasa (dan isu lama for that case). Mungkin dgn adanya GMJ ni, orang pun mcm "hah apebende GMJ ni? Knp jerusalem? Knp tk berarak ramai2 pg umrah ke?". Pastu dia pun search dn dpt tahu ttg isu Palestine ni.

(^^)v

Anonymous 30/03/2012, 13:41  

stuju dgn akhi.. 97.6% =)

lgpun, kalau duk doa sorang2, terasa mcm kurang berkesan..
baik g GMJ, doa ramai2, dgn org2 baik pulak tu..
insyaAllah, lagi mustajab dan mujarab kot doanya..

tp sadisnya, sy x berada d Msia hri ni.. maka hanya mmpu support sekadar mampu.. =_=

Go MyGMJ!! ^_^

Anonymous 30/03/2012, 13:52  

setuju dgn anonymous atas. sy sendiri pernah ditanya GMJ ni untuk apa. dan bila dah explain ditanya lagi kenapa nak pergi Jerusalem ? lagi sedih bila ada yg tanya krisis.kat palestine ni x hbs lg eh ? nak nangis je depan org yg tanya tu T__T

i think ni salah satu cara to create awareness among people, especially students mcm kami yg hidup konon 100% untuk study je sampai kdg kdg terlepas pandang perkara perkara penting yang perlu diambil tahu T__T

i may not be able to join, tp insyaAllah ruh untuk bersama memberi support kepada saudara kita disana tetap segar ! :)

A.M SuLaImAn 31/03/2012, 01:00  

i was there

:)

anak abah man 31/03/2012, 05:00  

first, nak menakut-nakutkan zionis..
dengan bersatunya umat Islam dan people around the world,
mereka akan rasa berdebaq nak pi serang jerusalem..
dan cuba fikir ye,
global march to jerusalem juga disertai oleh wakil negara Australia, Amerika(not sure), Eropah, dan Asian..
so,if diorang kena tembak or hurt in any way possible, of kos la rakyat negara tu akan berasa marah sebab sesuka hati pi tembak rakyat mereka...

second, nak bukak mata people of the world about what is happening in Palestin..
orang yang xtau pun akan rasa suspicious,
kebenda la dengan berarak-arak nie,..
maka mereka akan google to search for whaddup with palestin..
same goes with mafela yang aqsasyarif jual tu..
when korang pakai and orang sekeliling tgk, they will start wondering ada apa dengan palestin...

third, as a muslim..
ada satu kisah pada zaman nabi ibrahim..
korang mesti familiar dengan kisah yang nabi ibrahim nak kena bakar kerana memecahkan berhala2 kan??
tau tak, ada seekor burung pipit yang try to padam the fire dengan punggah air dengan guna PARUHnya...
lalu,usaha burung tu yg dok ulang-alik tu dilihat malaikat jibrail, lalu jibrail bertanya..
"weh,burung kecik,kenapa punggah air camtu?"(ayat nie mengikut imaginasi penulis,okeh)
lalu burung tu jawap, walaupun aku x mampu memadam api tu, at least aku berusaha dan kalau Allah tanya kat akhirat ,aku boleh jawap dengan gorjesnya, aku dah jalankan tanggungjawab aku mengikut kemampuanku..
so, dengan berarak ke sana, kita berusaha untuk membantu saudara2 kita di palestin yg belom tentu dapat solat jumaat hari nie,..dan ada jawapan kalau orang2 Palestin tuntut hak mereka kat akhirat nanti..
sebab pernah aku tgk satu video, seorg warga palestin kata "mana saudara2 islam kami?kenapa x bantu kami?kami akan tuntut hak kami di akhirat"..Allah,lemah knee joint dengar diorg cakap camtu..
(credit to my naqibah)

Adeq Aien 31/03/2012, 09:09  

I was there last night !!

@MHanifMNassir 31/03/2012, 10:52  

Semalam sangatsangat seronok. Lagi bertambahtambah seronok kalau dapat berjumpa dengan anda. Seriyesli. Takda rezeki :(

Anonymous 03/04/2012, 01:07  

ni ada bbrp gambar ape ade kt sna..

http://musedmoments.blogspot.com/2012/04/gmj-2012-malaysia.html

mamat kapcai 09/04/2012, 17:44  

enche gabana pless help me.. kawan saya ni ckp buat apa nok tolong orang jauh sedangkan org dekat negara sendiri pon tertindas.. guane tu...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP