Semut Hitam Di Tengah Malam Yang Kelam
Saya pernah membaca entah di mana,
kononnya ada hadith yang menganalogikan ikhlas itu ibarat semut hitam di atas
batu berwarna hitam, di tengah-tengah malam yang gelap gelita!
Maksud hadith ini sangat menarik dan mengujakan. Malangnya, saya gagal menjumpai sebarang sumber yang sahih yang meriwayatkan hadith tersebut (sekiranya ia benar-benar sebuah hadithlah!).
Namun, tidak salah kiranya andai kita mengambil pengajaran daripada maksud yang ingin disampaikan oleh kata-kata tersebut, kerana pada saya, ibrahnya cukup cantik dan menyegarkan.
Bayangkan, ikhlas itu diibaratkan seperti seekor semut berwarna hitam di atas batu hitam di tengah-tengah malam yang kelam! Peh. Memang terbaiklah analogi. Nak katanya, ikhlas ini sesuatu yang sepatutnya tidak boleh dilihat oleh mata-mata kasar makhluk bernama manusia. Melainkan anda ni spesis X-Men yang punya mata infrared atau X-Ray, itu cerita lain. Sila PM tepi saya kerana saya benar-benar mahu berkenalan dengan anda. Eheh.
Ikhlas sememangnya seharusnya begitu. Sekiranya kita rajin membaca kisah-kisah para sahabat ridhuanu ‘alaih dan tokoh-tokoh dalam kalangan tabi’in (dan bukan biografi artis-artis Hollywood atau K-Pop), kita akan mendapati mereka ini bersungguh-sungguh menyembunyikan amalan mereka agar tidak diketahui sesiapa. Mereka beriya-iya untuk tidak memperlihatkan amalan dan ibadah mereka, agar ia menjadi momen-momen intim mereka bersama khalil mereka, yakni Allah ‘Azza Wajalla semata-mata.
Ada yang bangun tahajjud senyap-senyap dan kemudian tidur balik tanpa disedari sesiapa; apabila dikejutkan untuk solat Subuh, dia mengeraskan suaranya seolah-olah dia baru bangun ketika itu.
Ada yang ketika hidupnya disangka sebagai seorang haji bakhil taik idung masin, tapi sesudah matinya, didapati dirinya rupa-rupanya banyak bersedekah dan melakukan amal jariah.
Ada yang hafiz Quran tetapi tidak diketahui oleh seorang pun dari jiran tetangganya.
Ada yang sangat bersungguh dan asyik dengan doanya, tapi tiada seorang pun yang tahu malah pernah mendengarkan doanya itu.
Dan ada yang apabila mendapat tahu kebaikan atau amal dirinya dihebah dan disebarkan, menjadi marah kerana tidak menyukai perbuatan tersebut.
Begitu bersungguh dan seriusnya mereka ini dalam menyembunyikan amal-amal mereka! Allah Allah!
Nah, kita pula bagaimana..?
…
…
…
Shiuhhh shiuhhh angin sepoi-sepoi bertiup lembut.
Sungguh, kita hidup di zaman fitnah yang benar-benar mencabar dan mengalirkan peluh besar. Terlalu banyak tarikan dan dugaan di luar sana yang menyebabkan kita sama ada secara sedar atau tidak (selalunya sedar!), amat suka dan mudah menzahirkan amalan kita.
Sengaja membalas mesej Waksep pada jam 4-5 pagi kerana mahu memberitahu seluruh dunia yang kita sudah bangun ketika itu.
Sengaja menguatkan suara kita yang merdu ketika membaca al-Quran atau ketika tahajjud supaya semua orang tahu yang kalau kita masuk uji bakat Imam Muda atau Gegar Vaganza, tang tang tu juga kita akan dinobatkan sebagai juara!
Sengaja mengeraskan tangisan kita dalam solat agar orang tahu betapa lembut dan basahnya hati kita ini.
Sengaja menhapdet status di Mukabuku menceritakan sedekah dan sumbangan kita di rumah anak yatim itu dan kerja-kerja aktivisme kita di rumah kebajikan ini.
Sengaja mengicaukan (Baca: Tweet) gambar atau video kita yang sedang membantu seorang nenek melintas jalan atau memberi makan kepada seorang pakcik gelandangan.
Sungguh, kita hidup di sebuah zaman yang spesis semut hitam di atas batu hitam di kala malam yang kelam sudah hampir menemukan kepupusan!
Kerana itu saya merasakan kata-kata tentang semut hitam itu sungguh berhikmah dan punya ibrah yang cukup besar; ia bukan hanya tentang semut itu, tetapi batu yang hitam dan malam yang kelam juga!
Jika semut hitam itu diibaratkan sebagai diri kita, maka batu hitam ialah tempatnya dan malam yang kelam pula ialah suasananya. Dengan kata lain, untuk benar-benar memaknai keikhlasan, bukan kita sahaja yang perlu bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk ikhlas, tetapi tempat dan suasana juga sebenarnya punya peranan yang cukup besar.
You have to be the right person, at the right place and time. Kecek omputih pulok doh ambo. Kekeke.
Mungkin pada hari ini, ada antara kita yang sedaya-upaya cuba untuk menjadi semut hitam itu, tapi batu tempat kita berdiri menyerlahkan diri kita, sehingga sehitam dan sekecil mana pun kita, ia tetap menonjolkan siapa kita.
Atau boleh jadi kita sudah pun berjaya mencari batu hitam yang akan membantu kita untuk memantapkan keikhlasan kita, tapi waktu ketika itu pula siang yang terang-benderang, sehinggakan sekecil-kecil habuk pun bisa sahaja dilihat oleh mata. Waduh.
Kerana itu saya katakan kita hidup di zaman fitnah yang sungguh mencabar keimanan dan ketaqwaan. Di mana-mana sahaja, baik kiri atau kanan, atas atau bawah, sentiasa ada tarikan-tarikan yang merentap keikhlasan yang tersisa di dalam hati kita.
Sudahlah cukup sukar untuk memaknai keikhlasan itu, datang pula cabaran dan ujian berbentuk raksasa gorgon yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menggugat keimanan kita! Adeh.
Oleh sebab itu, keikhlasan memerlukan lebih dari sekadar rasa dan tahu. Ia memerlukan sebuah pengorbanan yang besar. Ia memerlukan suatu latihan yang panjang dan berterusan, yang tidak mengenal erti putus-asa atau keletihan.
Berapa ramai orang di luar sana yang tahu kepentingan untuk ikhlas tapi gagal untuk menguasainya?
Berapa ramai orang di luar sana yang belajar tinggi-tinggi dalam bidang usuluddin, ulum Quran dan Hadith dan sebagainya, yang belajar selok-belok tentang agama ini dengan cukup mendalam, tapi masih tidak berjaya untuk ikhlas?
Dan berapa ramai pula orang yang pada pandangan mata orang lain kelihatan cukup hebat dalam amal-amalnya, namun di sisi Allah nilainya kosong, tidak punya apa-apa??
Nah, hayatilah hadith ini, kerana sungguh intipatinya berbicara tentang ikhlas.
Suka untuk saya beri amaran keras, sekeras kepala lutut anda, bahawa hadith ini bakal mencederakan sanubari anda pada sudutnya yang paling dalam.
Anda sudah bersedia? Kembang kempiskan hidung anda sekarang juga, agar udara yang segar dapat memenuhi paru-paru. Percayalah, anda memerlukannya.
"Orang yang pertama-tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya. Dia ditanya, ‘Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat itu?’ Dia menjawab, ‘Aku berperang untuk agama Allah sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani. Dan hal itu telah engkau perolehi.’ Kemudian dia disuruh seret dengan mukanya ditelungkup lalu dilemparkan ke neraka.

Kemudian
dihadapkan pula orang 'alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta membaca
al-Quran. Dihadapkannya kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semua
diakuinya. Dia ditanya, ‘Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?’ Dia
menjawab, ‘Aku belajar, mengajar dan membaca Quran kerana Engkau.’ Allah
berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau belajar dan mengajar supaya
disebut orang ‘alim, dan engkau membaca al-Quran supaya engkau digelar sebagai
qari. Semua itu telah dipanggilkan orang kepadamu.’ Kemudian dia disuruh seret
dengan mukanya menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka.
Sesudah
itu dihadapkan pula orang yang diberi kekayaan oleh Allah dengan pelbagai macam
harta. Semua kekayaannya dihadapkan kepadanya lalu diingatkan segala nikmat
yang telah diperolehinya dan dia pun mengakuinya. Dia ditanya, ‘Apa yang telah
engkau perbuat dengan harta sebanyak itu?’ Dia menjawab, ‘Setiap bidang yang
Engkau sukai tidak ada yang aku tinggalkan, melainkan aku infaqkan semuanya kerana
Engkau.’ Allah berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau melakukan semuanya
itu supaya engkau disebut orang yang pemurah, dan gelaran itu telah pun engkau
perolehi.’ Kemudian dia disuruh seret dengan mukanya menghadap ke tanah lalu
dilemparkan ke neraka.”
[Hadith riwayat Muslim]
[Hadith riwayat Muslim]
Gulp. Gulp.
Ada sesiapa yang terasa seperti mahu terkencing di dalam seluar?
Sungguh ikhlas ialah sesuatu yang cukup misteri. Sumpah misteri.
Lebih misteri daripada semut hitam di atas batu hitam di tengah-tengah malam yang pekat dan kelam!
-gabbana-
Post ini adalah salah satu artikel yang bakal dimuatkan di dalam buku terbaru saya, 'Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana!'
Dapatkan info lanjut tentang buku ini di www.facebook.com/penerbitanwahai atau di instagram.com/penerbitan_wahai. Atau boleh juga dapatkan buku ini di PBAKL 2016 di MAEPS, Serdang bermula 29 April ini! Wohooo!
2 Caci Maki Puji Muji:
X silap ana, semut hitam tu bukan ikhlas tapi syirik khafi kot. Maaf laa klu silap
Ana rasa ikhlas
Post a Comment