Riadhah Otak Di Malam Ahad #5
Salah satu lagu kegemaran saya sepanjang zaman.
Menjadi nada dering telefon saya. Memang sungguh ceria riang gembira setiap kali telefon saya berbunyi. Espeseli suara kanak-kanak yang sungguh terasa seperti hendak menggigit pipinya itu..! Gggggrrr.
Apa-apa jalan, jangan biarkan prinsip hidup anda dicemari dan dinodai dengan kata-kata dan cemuhan orang lain. Selagi mana prinsip hidup anda itu berasaskan al-Quran dan as-Sunnah, yakinlah anda berada di atas landasan yang benar.
Apa-apa jalan, jangan biarkan prinsip hidup anda dicemari dan dinodai dengan kata-kata dan cemuhan orang lain. Selagi mana prinsip hidup anda itu berasaskan al-Quran dan as-Sunnah, yakinlah anda berada di atas landasan yang benar.
Suatu hari nanti, anda akan menemui orang-orang yang rupa-rupanya berprinsip hidup yang sama seperti anda. Sehingga saat dan hari itu, bersabarlah dan teruskan perjuangan. Yakinlah, yakinlah dan yakinlah, mereka sedang menanti-nanti ketibaan anda. Dan mereka akan menyambut anda dengan tangan yang terbuka, wajah yang ceria dan kasih-sayang yang sungguh bergaya..!
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”
[Hadith Riwayat Muslim]
Kalau bukan di dunia ini, mereka pasti akan menanti anda di syurga sana..! Senyum kenyit mata.
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
riadah otak yang menceriakan hati saya untuk menjalani hari baru yang bernama isnin
terima kasih
typical first impression :: soalan tekateki or puzzle =p=p=p
ohuuu!
so inspiring this inche gabbana :D
Post a Comment