19 June 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad

Nak kongsi video ni, amat super menarik. Kalau anda rasa tak menarik selepas menonton video ni, sila hempukkan kepala anda pada meja makan rumah anda. Wahahaha..

Err..

Oh sila sediakan sekotak tisu cap ayam di sebelah anda. Saya jamin anda memerlukannya. Woah.

Ok sila henjoyy..!





Bagaimana..? Berapa gelen air mata anda tercurah..? Hihihi..

Ketahuilah, sekiranya kasih bapa yang sejati kekal abadi, kasih Allah kepada kita itu lebih hebat dan melatopp kedabomm bomm lagi.

Ibaratnya, kalau kasih ayah itu seperti Ten Shin Han, kasih Allah itu ibarat Super Saiya peringkat kelapan dan lebih hebat dari itu lagi...! Walaweh.

Kasihilah Allah sebelum terlambat..!

Dan Selamat Hari Bapa sekali lagi...! (Sedikit random...)

Oktengsbai!

-gabbana-

...

Ok tetiba macam rasa pendek sangat la pulak post ni. Hohoho.. Kepada anda yang dah baca versi lama, sila baca sekali lagi versi baru yang pastinya lebih bergaya sekian terima kasih.

Bila tengok balik video tu, pengajaran utama dia jangan berputus-asa kan..? Inche Derek tu, walaupon dah terkoyak ligamen dia ke menatang apa ntah, dia still bangun dan nak jugak habiskan perlumbaan walaupon dalam kesakitan yang teramat sangat (weyy tersepak almari pon dah sakit gila, inikan pulak terkoyak ligamen ke menatang apa ntah itu).

Namun part yang best dan mencurahkan air mata, ayah dia berlari-lari nak datang tolong. Punyalah kesian tengok anak dia meraung kesakitan sampaikan dia pujuk anak dia untuk tamatkan perlumbaan tu.

Tapi Inche Derek degil, nak jugak tamatkan perlumbaan tu. Bukannya dapat hadiah pon kalau dia sampai ke garisan penamat. Hamper air kordial sirap pon belum tentu lagi dapat. Tapi dia nak jugak habiskan perlumbaan tu. Pelik sungguh.

Akhirnya, dek kegigihan dan ketidak-putus-asaan dia, ditambah pula dengan sokongan ayah dia yang tidak berbelah bahagi, akhirnya dia berjaya juga menghabiskan perlumbaan...! Syabas..!! Memang lejen ah.

Tetapi yang lebih kachak adalah pengajaran dan ibrah yang boleh kita sedut keluar daripada menyaksikan kegigihan tahap super Inche Derek.

Jalan menuju kebaikan bukanlah jalan yang mudah. Jalan dakwah lagilah penuh dengan duri, paku-pakis, paku tekan, pemutar skru dan semua bendalah yang tajam-tajam dan menyakitkan. Sekiranya anda fikir jalan menjadi budak baik yang hoyeaaahhh dan jalan dakwah itu mudah, sila, sila rendam kepala anda dalam air. Wahaha..

Ok seriyes seriyes.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya dalam proses untuk berubah dan dalam usaha anda menelusuri jalan dakwah, anda terjatuh dan terluka. Luka bukan sedikit pula tu. Terkoyak juga kepala lutut dan siku anda. Dan bukan sekali anda berasa mahu berputus-asa, tidak mahu bangun dan meneruskan perjalanan. Bukan sekali anda berkata kepada diri anda, "Ah sudahlah! Baik aku duduk di sini sahaja, merawat luka aku ini dahulu!"

Kan..?

Wahai! Jalan dakwah itu payah, tetapi tidak mustahil untuk anda melaluinya dengan penuh bergaya! Ayuh! [Kredit]

Ketahuilah, sunah jalan dakwah dan tarbiyyah memang sebegitu. Bukan anda seorang yang pernah terjatuh, tersadung dan terluka. Malah sekiranya jalan yang anda lalui baik-baik sahaja, dipenuhi dengan bunga-bungaan daisy di kiri dan kanan jalan, berhati-hatilah; anda mungkin tersilap jalan.

Bangunlah dan teruskan perjalanan. Walaupun jalan ini panjang, walaupun jalan ini penuh dengan ranjau, mehnah dan cubaan, tapi destinasinya pasti. Dan destinasi yang dituju hanya untuk mereka yang tidak kenal erti putus-asa, yang gigih dan menguatkan semangat mereka untuk terus menamatkan perlumbaan ini.

Destinasinya..? MaghfirahNya dan syurgaNya yang kekal abadi. Ya, hanya mereka yang benar-benar gigih dan tidakkenal erti putus-asa seperti Inche Derek itu sahaja yang layak untuk mendapat keampunanNya dan mendapat tempat di syurgaNya.

Dan seperti ayah Inche Derek yang datang membantunya di saat-saat dia amat memerlukan sokongan, Allah juga begitu malah lebih lagi daripada itu. Dia sentiasa ada bersama-sama kita setiap masa dan ketika, bukan hanya di saat-saat kita memerlukanNya. Bukalah mata hati anda; pasti anda dapat 'melihat'Nya. 

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah di atas jalan yang betul, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
[al-Ahqaf, 46:13]

Dan seperti Inche Derek, kadangkala kita perlu menjadi 'degil' dalam jalan menuju kebaikan ini; degil untuk tidak berputus-asa. Kerana percayalah, ganjaran yang menanti di garisan penamat tidakah tergambar kewalawehannya.

Ha..? Tunggu apa lagi...?? Jom kita pecut ke garisan penamat..! Dah tak jauh dah tu..! Weehheee...!

Ok kali ni dah betul-betul habis!

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/06/2011, 11:22  

inche,

sgt kreatif..

meowwmania 20/06/2011, 12:36  

sedih sob sob...*kesat ingus

Inche gabbana 20/06/2011, 15:46  

enonimus: sapa? saya ke atau video tu..? xp

Inche gabbana 20/06/2011, 15:47  

meowwmania: ewww... gi kesat hingus kat tempat lain! shuh shuh..! ;p

Anonymous 21/06/2011, 00:08  

video tuu mmg tidak mendukacitakan :)

Inche gabbana 21/06/2011, 12:07  

enonimus: anda sarkastik atau memang btol2 seriyes...? *garu kepala*

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP