17 June 2011

Keoseman Inche Papa

[Kredit]

Saya masih ingat ketika kecil, ketika saya tertidur di dalam kereta pulang entah dari mana, Inche Papalah yang akan mendukung, mengangkat saya masuk ke dalam rumah. Tidak mahu dikejutkan saya kerana kasihan agaknya. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat tidur kerana seronok didukung.

Saya masih ingat ketika kecil, Inche Papa lah yang akan membawa saya dan Inche Abang, juga beberapa orang rakan-rakan di kalangan jiran pergi berenang di kolam renang Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi. Pernah juga dibawa kami semua menontong wayang di Pasar Seni sana. Masih ingat juga bagaimana dia mengambil cuti untuk membawa kami adik-beradik beriang-gumbira di Bukit Cherakah (kini Bukit Cahaya Sri Alam).

Saya masih ingat ketika kecil, ketika saya jatuh tangga dek mahu meniru cara Inche Papa menaiki tangga sehingga koyak dagu saya, Inche Papa lah yang segera menghantar saya ke klinik berdekatan. Habis keretanya dibasahi dengan darah saya. Tapi dia tidak pernah kisah, kerana keselamatan dan kebajikan saya yang lebih utama.

Saya masih ingat Inche Papa lah yang selalu menyuap kami adik-beradik sesudu besar Scott's Emulsion walaupon sedikit yuckky kerana masam-masam juga rasanya, menyediakan susu segar dicampur madu dan menghantar kami ke kelas berenang kerana mahu memastikan kami semua membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan hoyeaahh. 

Saya masih ingat ketika kecil, saya, Inche Abang, Cik Adik Perempuan, Puan Mama dan saudara-mara yang lain bercuti ke Singapura tanpa Inche Papa. Lama selepas itu baharulah saya mendapat tahu yang percutian kami itu ditanggung penuh oleh Inche Papa yang tidak dapat menyertai kami atas urusan kerja.

Saya masih ingat ketika kecil, ketika ekonomi negara jatuh merudum pada tahun 1997, Inche Papa terpaksa menjual kereta yang baru juga dibeli. Dan lama selepas itu juga baharulah saya tahu yang bukan sahaja kereta yang dijual, tetapi juga rumah dan tanah di tempat lain. Rupa-rupanya Inche Papa mengalami masalah yang besar walaupon di hadapan kami dia tampak kool sahaja.

Saya juga masih ingat Inche Papa jugalah yang menghantar saya untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Bintang ketika di Tingkatan Satu, berseorangan kerana Puan Mama tidak dapat mengambil cuti pada hari itu. Walaupon dia nampak macho sahaja ketika berpisah, saya tahu pasti ada rasa hiba yang terpalit pada hatinya kerana terpaksa berpisah dengan saya. 

Inche Papa bukanlah seorang yang pandai atau tahu mengekspresikan dirinya.

Inche Papa bukanlah seorang yang suka berkongsi hal-ehwal peribadi dirinya.

Inche Papa juga bukanlah seorang ayah yang selalu melakukan sesi one-to-one atau pillow talk bersama anak-anaknya.

Tapi saya tak peduli semua itu kerana yang pasti, Inche Papa adalah seorang ayah yang terlalu amat osem. Ya, dia memang osem.

Salah satu cerita yang memerlukan dua kotak tisu cap Premier di sebelah sekiranya anda mahu menontonnya. [Kredit]

Kini, sayalah yang menjadi temannya minum teh tarik sekali-sekala, atau menikmati sarapan pagi di Mamak Dhurbar atau makan malam bersama ketika Puan Mama kenyang dan tidak mahu turut serta. Kadang-kadang di waktu petang kami berdua pergi menikmati minum petang di gerai-gerai kuih yang begitu banyak di belakang rumah.

Puan Mama selalu mengatakan kasihan pada Inche Papa setiap kali saya terpaksa keluar untuk berkonferens riang atau berbulatan gembira kerana katanya, Inche Papa tiada teman untuk berbual mesra.

Maka setiap kali saya ada masa yang percuma, saya akan pastikan yang masa itu diluangkan untuk Inche Papa dan Puan Mama. Kadang-kadang badan sudah terlalu amat penat keluar berprogram, tetapi digagahkan juga diri untuk pergi keluar bersama mereka kerana mahu menebus masa-masa yang tidak diluangkan bersama mereka. 

Walaupon Inche Papa sendiri tidak pernah merungut dengan ketiadaan saya di rumah, saya tahu jauh di sudut hati dia mengharap agar saya dapat meluangkan masa yang lebih bersama keluarga.

Kerana itu saya mahu menjadi anak yang soleh, kerana doa anak yang soleh bisa menjadi pelepas lelah dan resah untuk ibu bapa di alam sana nanti.

Kerana itu saya mahu mati syahid, kerana orang yang mati syahid boleh memberi syafaat kepada ahli-ahli keluarganya. (Riwayat Ahmad dan Thabarani)

Itulah azam saya dan itulah sekoman-koman perkara yang saya mampu lakukan (Insha-Allah..) untuk membalas segala tok nenek jasa dan pengorbanan Inche Papa dan Puan Mama.

Kerana hakikatnya, saya tidak mungkin dapat membalas jasa mereka berdua. Cukuplah dengan melahirkan saya ke dunia pon saya tak mungkin dapat balas jasa mereka berdua, belum lagi bila difikirkan entah berapa juta kali anak teruna seorang ini selalu bikin kepala mereka berdua pening dan hati mereka gundah gulana. 

Terima kasih Inche Papa. Dan minta maaf juga untuk segala carikan dan koyakan pada hati anda. Anda memang osem dan bergaya.

Oh. Selamat Hari Bapa, Inche Papa.

-gabbana-

Saya yakin ayah/bapak/abi/papa/walid/daddy anda juga adalah seorang yang osem. Maka sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Jangan lupa untuk ucapkan kepada mereka Selamat Hari Bapa Terima Kasih Banyak-Banyak Atas Segala Jasa Anda Dan Maafkan Saya Atas Segala Dosa Heyy..! Senyum nampak gigi depan yang besar.

"Ya Allah! Berilah kedua ibu-bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Amiin ya robbal a'lamin." 

8 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 17/06/2011, 20:02  

sejak mengenal tarbiyyah, hadith nabi ini selalu menjadi motivasi utk membaikkan diri kerana hanya doa anak yang soleh itu dimakbulkan Allah..

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,Shadaqah jariyah,Ilmu yang bermanfaat,dan Anak shaleh yang mendoakannya

–HR Muslim

dan saya selalu berfikir..bagaimana bisa saya menolong mrk kalau saya tak mampu mjadi ank yg soleh..krn menjadi anak yg soleh itu shj lah yg mampu mjd saham buat mereka di akhirat nanti.

anak yg selain soleh takkan mdtgkn apa2 kbaikan buat mrk di sana nanti.

wallahu 'alam.

Anonymous 18/06/2011, 13:50  

en gabbana...part pura2 xnak bgn sebab nak abah angkat tue mmg nostalgic berabis. xtau rupa2nya budak2 zaman kita mmg fikir camtu...

dagu koyak sebab jatuh basikal, eh cm sama plak cerita nya...

selamat hari abah utk abah!

Inche gabbana 20/06/2011, 16:35  

enonimus I: tepat sekali di situ. tak guna jadi anak kalau bukan anak yg soleh.. huhuh..

itulah gunanya tarbiyyah. mendidik dan membina kita menjadiorg yg lebih berguna. bergaya bukan..? ;)

aman.

Inche gabbana 20/06/2011, 16:35  

enonimus II: haha.. dunia ini lebih kecil daripada yg anda sangkakan..?

atau mungkin juga anda juga kool dan bergaya seperti saya! hehe..

ya, selamat hari abah ntok abah anda! ^^

My Harmonica Zine 22/06/2011, 13:16  

errmm...mmg para bapa ni payah nak eksperes feeling mereka..
tapi apa2 pun..buruk baik mana pun..ayah tu still ayah kita~

ayah mmg akn berlagak kool je dpn anak2 kan?? huu~ (^.^)

yup2..bile dah duduk seberang laut ni..baru rasa byk sgt masa kita hilang..x dpt nak berbakti kat mak ayah~

so kene manfaatkan cuti sekolah utk balek..makan2..lepak2 n tolong2 mak ayah~

(^^,)

Inche gabbana 24/06/2011, 08:02  

musheerah hanan: bagus. silalah berpolitik dengan bonda dan ayahanda anda..! ;)

Inspector Saahab 15/10/2011, 18:05  

terharu T___T

Anonymous 15/08/2012, 10:19  

T.T

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP