31 January 2015

Cerita (Pendek) Seram II

[Kredit]

Kisah Yang Lagi Seram

Soraya rasa lugu. Bosan pon bukan. Dungu pon bukan. Tapi lugu. Kau orang tahu lugu tu apa?

Dia rasa macam hati dia dah keras. Tak tau kenapa. Tapi tulah yang dia rasa sekarang ni.

Soraya terbaring terlentang di atas katilnya. Direnungnya siling biliknya macamlah siling biliknya itu benda paling penting dalam hidupnya ketika itu. Kalau tak silap dia, dua tiga minit lepas dia nampak muka Shah Rukh Khan kat siling tu. Untung nasib badan, kejap lagi keluar muka Hrithik Roshan pula.       

Bosan merenung siling, direnung pula kipas cap Pensonik yang sedang berputar pada kelajuan yang paling perlahan. Punyalah teliti Soraya tenung kipas tu, sampaikan dia boleh kira berapa putaran kipas tu dalam masa satu saat. Peh.

Soraya bingkas bangun. Dia rimas. Dia tidak tahan begitu.

Entah macam mana tiba-tiba dia dapat idea gila. Gila tapi bombastik. Gila tapi best.

Dia sumpah seranah diri sendiri sebab pelik kenapalah tak terfikir pasal idea tu tiga jam yang lepas. Hampir tiga jam dia dok tenung siling dan kipas. Siling dan kipas. Memang pathetic.

Tak jauh dari rumah dia ada satu bukit kecik. Bukit tu walaupon kecik, tapi dia penuh dengan pokok-pokok renek dan belukar. Kalau kau orang belajar geografi dulu, dia panggil hutan sekunder. So walaupon bukit tu kecik je, tapi sebab ada pokok-pokok dan hutan belukar, dia nampak besar. Ilusi optik la lebih kurang.

Soraya selalu ke situ untuk release tension. Dia akan lepak berjam-jam kat situ bila bila dia stress. Dia akan spend masa kat situ macamlah bukit tu bapak dia yang punya bila dia ada problem yang dia tak dapat nak solve.

Selalunya masalah dakwah lah. Gaduh dengan akhawat ke. Kakak naqibah cari pasal ke. Emo dengan hadek bulatan gembira ke. Masalah dakwah lah sangat kan. Ceh.

Tempat tu memang perfect la untuk Soraya. Ada satu pokok besar di puncak bukit yang selalu jadi tempat lepak Soraya. Dulu ada tokong kecik kat sebelah pokok tu. Tapi lama-lama bila Soraya perasan takde orang pon yang datang letak buah oren atau bakar colok kat situ, Soraya pergi alihkan tokong kecik tu letak kat pokok lain. Selamba dia je.

Pemandangan dia bila Soraya duduk kat pokok tu memang perfect. Dari situ Soraya boleh nampak KLCC dan entah macam-macam pencakar langit yang lain. Dia macam combination nature dengan dunia moden. Badan Soraya berada di alam hijau yang cukup menyegarkan; pada masa yang sama, dari situ Soraya nampak hiruk-pikuk dan kesibukan bandar yang menggilakan. Perfect. Just perfect.

Soraya cepat-cepat siap. Disarungkan tudung Indon yang tersangkut pada penyangkut pokok besi yang Mama dia beli di IKEA. Mudah. Sarung dan voila! Cukup sifat untuk seorang akhawat.

Soraya baru sahaja nak tutup pintu biliknya bila dia teringatkan quran diarinya yang kaler pink itu. Pink. Merah jambu. Gegurl la sangat.

Cepat-cepat dia capai qurannya itu. Oklah, terasa baiklah sikit. Dia tak sabar nak cepat-cepat sampai di bukit itu. Dia rasa kalau dia dok di bilik dia untuk lima minit lagi, dia akan jadi gila.

Soraya sengaja tinggalkan iPhone dia di bilik. Tak mahu diganggu. Soraya ada kurang lebih satu jam sebelum masuk waktu Zuhur. Dia tak merancang untuk melepak lama di bukit itu. Cukuplah sekadar nak amik udara segar dan rehatkan fikiran.

Soraya tutup dan kunci pintu depan dengan cermat. Papa dan Mama sudah tentulah di opis ketika itu. Abang dan kakak juga di opis. Adik masih di sekolah. Soraya sahaja di rumah. Padah cuti sem empat bulan lamanya! Gila.

Matahari sudah mula terik di luar. Tapi Soraya tak kisah sebab atas bukit tu sejuk. Bersandar pada batang pokok besar di atas bukit tu macam bersandar pada dinding bilik yang ekonnya terpasang. Serius. Cuma nak berjalan ke bukit tu, berpeluhlah sikit ketiak Soraya.

Sepanjang perjalanan ke sana, macam-macam bermain dalam kepala Soraya. Sebenarnya dah nak dekat sebulan Soraya tak pergi bulatan gembira. Maka nak dekat sebulan jugalah Soraya dah tak duduk-duduk beriman sejenak bersama akhawat. Dah nak dekat sebulan jugalah Soraya tak dengar tafsir dan tazkirah yang menggugah jiwa. Dan dah nak dekat sebulan jugalah Soraya tak borak-borak qadhaya dengan ahli-ahli bulatan gembiranya. Ni semua cuti punya pasal.

Soraya pon takde lah effort nak kontek akhawat lain. Dah akhawat pon macam tak kisah je pasal dia. Macam ok je dia dah tak pergi bulatan gembira sebulan. So fair la kan? Nasib lah.

Tak hairanlah Soraya rasa kering. Rasa lugu macam tadi tu. Sampai boleh terlintas di hati nak masuk meminang Aamir Khan dan bukan ikhwah tempatan. Eh.

Memang Soraya rasa bersalah. Rasa tak kena. Rasa futur. Bukan rasa lagi dah, tapi memang future pon. Tapi… Apa yang boleh dia lakukan?

Tiba-tiba Soraya dah berada di puncak bukit. Pokok favourite Soraya tu sekonyong-konyong ada di depan mata. Cepat betul Soraya menapak.

Time time macam tu, memang Soraya sorang-sorang je lah kat atas tu. Rasanya dah takde orang yang lagi gila dari Soraya, tengah-tengah hari macam tu pergi daki bukit untuk melepak.

Memang sunyi sepi lah suasana kat situ. Sekali-kala ada lah bunyi angin yang bertiup menampar dahan dan ranting pokok. Juga bunyi daun-daun kering yang berguguran, bergeseran dengan rumput atau tanah. Selain tu, memang hening. Seram jugaklah dibuatnya, walaupon di tengah hari buta macam tu.

Orang kata bukit tu berhantu. Dulu kononnya tentera Jepang dok sembelih orang kat situ. Masa zaman komunis, komunis pon jadikan bukit tu untuk seksa orang. Kononnya pada hari-hari tertentu, boleh dengar tapak kaki tentera Jepang tengah berkawat. Kononnya juga, ada orang pernah dengar bunyi suara orang merayu mintak tolong. Kononnyalah. Banyaknya konon.

Tapi Soraya tak kisah. Atau buat-buat tak kisah. Sebab dia dah biasa. Teringin jugak nak jumpa benda-benda tu, boleh buat modal tulis buku. Eh. 

Selepas menyapu daun-daun dan ranting-ranting kering yang ada, Soraya duduk di port biasanya. Mula-mula Soraya duduk bersila. Lepas kakinya lenguh, dia duduk menyilang pulak. Bersimpuh jauh sekali lah, bukan ada bakal mak mertua kat situ pon.

Lama dia duduk tidak berbuat apa-apa melainkan merenung pemandangan yang ada di hadapannya. Memang menenangkan. Dan mengenyangkan emosinya yang lapar.

Tiba-tiba tergerak hatinya untuk membuka quran pinknya. Dah alang-alang bawak sekali kan, takkan nak biar gitu je.

Tapi Soraya rasa tak sedap hati. Dia seperti tahu-tahu apa yang akan berlaku. Dia tahu kalau dia bukak Quran nanti, mesti dia kena 'tampar' dengan Allah. Tapi dia buat dek je. Sebab dia sangat yakin dengan tarbiyah dari Allah. Dan paling penting sebab dia dah selalu kena. Heh.

Dia cekalkan hati. Dia tekad. Dia tarik nafas dalam-dalam, sempat usha dua menara berkembar terpacak tinggi tidak jauh dari situ, baca bismillah dan terus bukak qurannya itu.

Tup tup surah pertama yang dia jumpa, surah al-Hadid. Elok pulak mata dia time tu boleh fokus pada ayat enam belas. Memang terbaik ah.

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”
[al-Hadid, 57:16]


Peh. Tak seram ke tu?

-gabbana-

Amacam? Ada yang terkencing dalam seluar tak baca cerita seram ni? Wahahaha.

15 Caci Maki Puji Muji:

Fee Ya 31/01/2015, 23:00  

Nasib baik cuti sem seminggu dua. Daapat pulak naqibah yang penyayang tahap dewa sampai dewa pun terkejut hiks.

Anonymous 01/02/2015, 09:28  

Aku pulak nak lari dari ketua usrah aku sekarang. Kalau sapa ada kat dalam kasut aku mungkin faham situasi. Tapi tak der sapa kot nak masuk dalam kasut aku yang busuk nie.

Faktor usia dia mungkin, tua dari aku, dibuatnya aku sesuka hati. Common sense dia hilang kat mane aku tak tahu. Sebab dia tua je aku masih (terpaksa) hormat.

Bak kata manusia, yang tua dihormati, yang kecik disayangi.


Hopefully tak ada la ketua usrah perangai macam nie. Hancur anak usrah yang kau nak bina. Aku nie dah separuh nak hancur. Cuma buat buat kuat kan diri je. Selalu monolog dgn diri dan paksa diri to be tough! Walhal hati aku bersalji dan banjir.

Anonymous 01/02/2015, 18:39  

Sian nyye. apa ang kak tu buat pada aik ni? share la, supaya jadi pengajaran kpd yg lain. tak salah kan? tanpa menyebut nama dia.

Anonymous 01/02/2015, 19:58  

Komfidennyer kau dia tu 'kak'... Err sori terlajak bahasa!

Nnt share kantoi la! Tapi papepon common sense kena jaga sebab kita berurusan dengan benda hidup. Kalau berurusan dgn mesin basuh atau kipas cap pensonik nak tibai lagumane pon, lantak ler.


Aku pon nasihat kat diri aku sebagai ketua usrah.

Suka utk berkongsi satu kuot yang selalu simpan kat poket.

"Semua orang tak sempurna, tapi jangan beralasan utk tidak mencuba menjadi sempurna, dan jangan jadikan alasan setiap orang perlu berlapang dada (gaya utk tutup kesalahan diri yang telah dibuat) Untuk melapangkan dada orang, bermula dari diri kita sendiri. Tolong lapangkan dada orang, utk orang berlapang dada dgn kamu"


Anonymous 03/02/2015, 08:42  

somehow aku rasa cerita 1 lg seram. serius meremang baca time tu. wakakakakah

Anonymous 03/02/2015, 21:14  

Saya pun kadang-kadang ada dlm kasut awak..semoga tabah dan thabat ye..^_^

kuat 04/02/2015, 15:45  

sedeh sangat kalau gaduh ngn akhwat.sedehnya berbeza dibandingkan gaduh ngn labmate.saya takkan mengalah!walaupun bergaduh saya tetap mahu bersua muka walau tanpa bicara

suke cerita seram 05/02/2015, 00:47  

Tengs la for this. Tepat kena pada masanya. Keep on writing bro

Anonymous 07/02/2015, 01:18  

Aku Enimos 1/2/2015, 9:28. Datang kembali menziarahi sini.

Aku tak tahu nak cerita camner. Kah! Dtg luahkam perasaan kat komen. Macam bengong je! Tapi aku perlukan nasihat.

Situasi sekarang. Aku selalu hipokrit dgn perasaan aku. Ceria je depan Ketua Usrah aku. Hari tu aku ponteng usrah. Hati aku dah tawar giler dgn Ketua Usrah aku. Tak pernah lagi kot aku ponteng usrah. Kadang aku paksa jugak pergi dgn monolog diri "Please pergi, get the ilm. Apa yang disampikan itu penting dari siapa yang menyampaikan"

Dan nanti, aku dah start praktikal, nun jauh di kampung. Aku sangat berharap dapat kat nun jauh. Around 6/7 month aku akan ade nun jauh dari Ketua Usrah aku. Niat aku memang nak lari dari dia.

Sometimes, aku cuba lupakan ape dia buat aku terluka. Kah! Giler tacing.

Aku ade niat jugak nak tukar usrah. Tapi aku tahu akan ade banyak hujah yang terpaksa aku bagi utk konkritkan alasan. Maka aku pendamkan je.


IG kau buat entri satu boleh? Ape aku perlu buat? Aku terlampau hipokrit dgn perasaan aku utk jaga hati Ketua Usrah aku. Aku penat jaga perasaan orang.

Nurul Afifah 08/02/2015, 11:43  

sentapppp..nasib baik ada juga sharing2 kat sini wpon bkn dgn hq mates~ T_______T

Anonymous 08/02/2015, 23:47  

Aku rindu usrah.
Mmg hati rasa kering bila tak join usrah.
��

m. 09/02/2015, 23:17  

nak lagi seram, sebenarnya bila dah rasa kena 'tampar' dengan Allah, tapi diri masih macam tu jugak. duk menangkan ego hati walau tahu benda tu salah. itu memang dah tahap paling seram.

nak betulkan balek apa yang dah jadi. tapi kaki tetap tak gerak gerak.

hmm.

Anonymous 15/02/2015, 17:33  

faham² perasaan korang semua kat sini..T_T
lame kut tak contact. diorang ni macam tak kisahh je kite takde. sudah ku waksep. tak berbalas. waksep lagi. blue tick kot. tak berbalas. okay, apakah ini? apakah salah ku?

pespo 26/02/2015, 12:25  

oooo....seramnya....

hmm...seram cerita hantu lagi kot.

Anonymous 05/04/2016, 22:57  

seram? apa maksud seram? mungkin itu daripada perspektif tuan penulis tetapi pada pendapat peribadi saya, ini bukan seram tetapi suatu limpahan kasih sayang yang Allah sedang alirkan ke dalam hati2 hambaNya yang terkadang leka dari mengingatiNya...Ia seolah2 teguran seorang ibu atau ayah terhadap anaknya agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dengan mengingatkan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka itu..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP