Sang Dai'e Yang Tertekan
[Kredit] |
Anda pernah dengar lawak ‘tertekan’?
Saya pasti kebanyakan
anda pernah mendengarinya. Jika belum, mari saya kongsikannya tetapi dalam
bentuk yang sudah diubah agar mesra tarbiyah dan dakwah. Eheh.
Lawaknya lebih kurang begini.
Seorang abam bulatan
gembira mengwaksep hadeknya setelah melihat ada panggilan yang dilakukan oleh
hadek tersebut.
“Salaam! Kenapa call?”
Tidak lama selepas tu,
hadek itu pon membalas waksep tersebut.
“Oh. Tertekan.”
Sedikit kaget kerana
menyangkakan hadek kesayangannya itu sedang stress
dan mengalami tekanan jiwa, si abam pon dengan penuh caring lagi kasih sayang terus bertanyakan perihal hadeknya itu.
“Tertekan? Kenapa ni? Anda ok ke? Meh la share. ;)”
“Takde apa la. Tertekan je.”
“Aih tak mungkin ‘tertekan je’. Kalau anda kongsikan, manalah
tahu saya boleh tolong selesaikan.”
“Takde apa bang. Seriyes. Tertekan je tadi.”
Masih tak berpuas hati
dengan jawapan hadeknya itu, si abam terus mendesak si hadek agar bercerita
kepadanya.
“Anda, anda tahu tak, berkongsi tu adalah langkah pertama dan
paling asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Walaupon saya mungkin tak
dapat nak bantu anda untuk menyelesaikannya, tapi once anda dah berkongsi,
inshaAllah anda akan rasa lebih ringan. J Jadi cuba share sikit dengan saya, apa
sebab yang anda tertekan tu?”
“Ya Allah bang! Takde apa lah. Saya tertekan je nama abang
tadi. Nama abang dok kat atas dalam contact saya, tu yang senang tertekan tu.
Asif bang!”
Kehkehkeh. Bikin malu aja
pak!
Ehem.
Topik dai’e dan tekanan,
saya kira, adalah sesuatu yang jarang dibincangkan secara terbuka dan telus.
Sekiranya ada dai’e yang mengadu yang dia sedang mengalami tekanan kesan
daripada kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, selalunya kes-kes sebegini akan
diselesaikan dengan cara ‘menyapu habuk dan debu ke bawah karpet.’ Ia dipandang
remeh dan tidak diberikan perhatian secara seriyes.
“Alah nta ni. Takde apalah tu. Nta baca quran, qiam, setel!”
“Ukhtiii. Biasalah tu. Kan ke sunnah jalan dakwah tu? Tabiat
untuk orang-orang tarbiyah? Nti tahanlah sikit.”
“Haaa Allah nak uji kau tuuu! Ini sebahagian daripada tapisan
Allah, nak tengok siapa dalam kalangan para tenteranya yang benar-benar
ikhlas!”
Mungkin begitulah respon
yang akan diterima oleh sang dai’e yang mengadu akan tekanan emosi dan perasaan
yang dialaminya. Akibatnya, sama ada dia akan berdiam diri dan terus menyimpan
perasaan atau timbul rasa skeptikal terhadap ‘orang-orang dakwah.’
Apa-apa pon natijahnya,
ia tetap tidak sihat buat sang dai’e yang sedang tertekan jiwa dan emosinya
itu.
Hakikatnya, mentarbiyah
dan berdakwah bukanlah kerja yang mudah. Macam-macam hal yang perlu difikirkan;
dari karenah hadek-hadek bulatan gembira, musykilah perancangan dakwah,
percakaran antara jemaah yang tidak bersudah, penguasaan bahan fikrah, hafalan
surah, hafalan hadith, mutabaah amal yang sentiasa kekeringan, masalah ukhuwwah
dan entah apa-apa lagi.
Nah, tambah itu semua
dengan pelbagai masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh seorang dai’e yang
sebenarnya adalah manusia biasa juga. Masalah dengan Puan Bos Besar yang banyak
songeh, masalah dengan keluarga yang tidak memahami tugasan dakwah yang
terpaksa dipikul, masalah kewangan, masalah kereta kena saman, masalah bil
letrik tak berbayar, masalah sekolah anak, masalah lampin pakai buang anak,
masalah bank tuntut hutang dan berbagai-bagai lagi.
Untuk akhawat lebih teruk
lagi, kerana selain daripada semua masalah di atas, mereka juga punya masalah
dunia pertama: masalah dengan tudung mereka!
Jatuh kerusi.
Ok saya bergurau sahaja.
Pendek kata, seorang
dai’e itu menanggung beban masalah yang jauh lebih mencabar dan luar biasa
berbanding dengan orang lain di luar sana. Akibatnya, kemungkinan untuk seorang
dai’e itu mengalami masalah kemurungan atau tekanan yang maha dahsyat adalah
amat besar sekali.
Dan kita masih mahu
mengambil ringan akan sang dai’e yang tertekan? Itu zalim namanya.
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom
seperti:
· Cepat
naik hangin
· Merasakan
orang lain tidak pedulikan anda
· Sering
kesedihan dan mudah berkecil hati
· Sentiasa
mahu menghabiskan masa seorang diri kerana merasakan tidak ada sesiapa yang
memahami diri anda
· Ada
kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri
· Mudah
termenung panjang
· Mudah
mengeluh
· Sering
memarahi diri sendiri
· Sentiasa
merasakan diri banyak kekurangan dan kelemahan
· Sering
bercakap seorang diri
Ada kemungkinan ada
sebenarnya sedang mengalami masalah tekanan yang seriyes. Dan sekiranya ini
benar-benar berlaku kepada anda, ada beberapa tips dan nasihat yang saya ingin
kongsikan dengan anda.
1) Carilah
orang yang boleh anda percayai untuk anda kongsikan masalah anda. Berkongsi
masalah adalah langkah pertama dalam menyelesaikan masalah, meskipon masalah
itu tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Carilah orang yang anda percaya boleh
menyimpan rahsia anda dan boleh memberikan bimbingan dan nasihat yang berguna.
Orang ini tidak perlu pon berada dalam lingkungan bulatan gembira anda. Sesiapa
sahaja, asalkan anda punya bahu untuk bersandar dan paha untuk dibaring manja.
Eh.
2) Luangkan
masa untuk anda melakukan perkara-perkara kesukaan anda untuk menenangkan jiwa,
seperti berjalan di taman bunga, berbasikal, main baling batu loncat, mengumpul
setem (peluh kecil), memanjat bukit, memasak makanan kegemaran dan membaca buku
#Chenta. Ehem. Tidak perlu rasa bersalah sekiranya ada ikhwah atau akhawat yang
menjeling tajam kepada anda apabila anda mahu bermain zero point atau kasut roda. Ketahuilah, anda juga manusia biasa!
3) Sekiranya
masalah anda benar-benar seriyes dan kritikal (anda tertawa seorang diri dan
tidak pasal-pasal selepas tu anda nanges macam bayi), saya nasihatkan agar anda
segeralah berjumpa dengan kaunselor atau psikiatris yang lebih pakar dalam hal
merawat jiwa dan emosi ini. Jujur, bukan semua perkara seperti ini boleh
didapati di dalam silibus bahan-bahan dakwi atau haraki. Hal seseriyes seperti
ini perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar.
Cuma sedikit kerisauan
saya untuk cadangan (3) adalah apabila panduan dan nasihat yang diberikan oleh
mereka ini tidak kena dengan kehidupan seorang dai’e itu sendiri. Lebih
dikhuatiri adalah apabila sekiranya benar anda didiagnos dengan penyakit jiwa
yang kritikal, anda akan diberikan dadah (Baca: Ubat) untuk menenangkan anda,
dan ditakuti hal ini akan menyebabkan anda ketagihan.
Untuk itu, kita perlukan
lebih ramai kaunselor dan psikiatris yang Islami, yang mana nasihat-nasihat dan
rawatan yang mereka berikan adalah sejajar dengan sunnatullah kita sebagai
hamba kepadaNya. Sehingga itu, kita masih terpaksa bergantung kepada alternatif
sedia ada.
Apa-apa pon, langkah yang
pertama dan paling utama untuk merawat tekanan dan masalah jiwa ini adalah
dengan kita mengakui dan menerima bahawa kita sebenarnya punya masalah ini.
Hanya dengan kita membuang ego dalam diri dan mengakui bahawa ada sesuatu yang
tidak kena pada emosi, baharulah kita dapat merancang langkah seterusnya untuk
merawat diri.
Nah, apa pula saranan
Islam dalam menangani masalah jiwa dan tekanan perasaan ini?
Kebanyakan saranan yang
ada (yang saya tahulah; yang saya tidak tahu mungkin ada) kebanyakan bersifat
mencegah dan bukannya merawat. Sememangnya dalam Islam, banyak masalah yang
menggunakan pendekatan pencegahan lebih baik daripada rawatan. Kerana itulah
yang terbaik sebenarnya.
Mari kita lihat berapa
ayat Quran yang bisa menjadi bekalan kita agar tidak menjadi sang dai’e yang
tertekan.
1) Banyakkan
mengingati Allah
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”
[ar-Ra’ad, 13:28]
Allah yang menciptakan
kita, pastinya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Makanan bagi perut
asalnya tanah, sedangkan makanan bagi ruh asalnya adalah dari langit sana. Maka
perbanyakkanlah mengingatiNya, sama ada di dalam solat, bacaan Quran atau pon
zikir harian kita.
InshaAllah apabila Allah
sentiasa berada di hati, tiada apa yang dapat menggunggat jiwa dan mengacau
emosi. Senyum.
2) Buat
kerja dakwah gila-gila
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, ‘Tuhan kami adalah Allah’ dan kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), ‘Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh sorga yang telah dinajikan kepadamu.’"
[Fussilat,
41:30]
Hah!
Inilah saya panggil sebagai formula riang gembira! Lebih kuat kita
menyebarluaskan chentaNya dan kita tetap di atas pendirian kita, lebih gembira
dan ceria kita jadinya.
Mana
mungkin kita bisa bersedih hati, apabila malaikat sendiri yang akan turun untuk
menenangkan kita? Peh! (Sama ada itu atau kita akan berlari terkencing-kencing
ketakutan kerana nampak malaikat. Eheh.)
Syaratnya
apa? Wajib istiqamah!
Tak
percaya? Cubalah!
3) Beriman
sepenuhnya kepada Allah dan banyak melakukan kebajikan
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Saabiin dan orang-orang Nasrani, barangsiapa beriman kepada Allah, kepada hari kemudian dan berbuat kebajikan, maka tidak ada rasa bimbang padanya dan mereka tidak bersedih hati."
[al-Maidah,
5:69]
Keimanan yang mengakar dan membumi, akan melahirkan buah keberanian
(as-Syaja’ah), ketenangan (al-‘Ittmi’nan) dan optimisme (at-Tafaul) dan semua
ini pastinya menjadikan kita seorang yang benar-benar tenang, ceria dan
bergaya.
Dan
bukankah erti hidup itu pada memberi? Lebih banyak kita melakukan kebaikan dan
menghidupkan kebajikan, pastinya kehidupan kita akan lebih terisi dan bermakna.
Bahagia!
4) Rajin-rajinlah
bangun malam untuk kencing bertahajjud kepadaNya
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”
[al-Muzammil,
73:6]
Sudah
hukum alam agaknya, waktu dua pertiga malam itu adalah antara waktu-waktu yang
paling menenangkan. Apatah lagi apabila waktu-waktu sebegitu kita manfaatkan
sebaiknya untuk bertemu janji dan mengadu kasih dengan Allah.
Orang
yang banyak dan ikhlas bangun malam mempunyai jiwa yang benar-benar gagah dan
emosi yang tidak mudah goyah!
5) Berjual
beli dengan Allah
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik dari mahupon harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka… Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”
[at-Taubah,
9:111]
Orang
lain mungkin risau dan susah hati apabila terpaksa menghabiskan tenaga,
meluangkan masa dan menginfaqkan harta yang banyak untuk agamanya. Namun
orang-orang yang beriman, mereka faham benar bahawa semua itu bukan milik
mereka tapi pinjaman daripada Allah semata.
Maka
beruntunglah orang yang benar-benar memahami formula pelaburan saham sorga ini,
kerana akhirnya yang akan mereka peroleh hanyalah redhaNya dan rasa bahagia!
Jiwa yang kuat dan akal
yang sihat bermula dengan hati yang penuh dengan cahaya rabbani yang berkat.
Maka tidak hairanlah, ayat-ayat Quran yang saya kongsikan tadi, semuanya
berputar pada soal aqidah dan keimanan.
Maka persiapkanlah diri
kita dengan bekalan iman yang padu dan latihan jiwa yang jitu. Kerana semua ini
amat dibutuhkan kita untuk berhadapan dengan cabaran, mehnah dan ujian yang
maha dahsyat yang sudah sedia terbentang untuk para dua’t di luar sana.
“Aliif Laam Miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”
[al-Ankabut, 39:1-2]
Seorang dai’e itu bukan
hanya perlu memikirkan masalah diri, keluarga dan hadek-hadek bulatan
gembiranya. Lebih daripada itu, dia juga wajib berfikir tentang masalah ummah
dan dunia. Beban mengembalikan khilafah Islamiyah dan menegakkan Ustadziyatul
‘Alam terletak pada pundaknya.
Maka tidak boleh tidak,
sang dai’e wajib menguatkan hatinya, memantapkan aqidahnya dan menajamkan
imannya. Kerana hanya dengan itu, dia mempunyai kekuatan luar biasa untuk
berhadapan dengan dunia yang penuh kegilaan dan pancaroba ini.
Saya tinggalkan anda
dengan sebuah hadith yang menggambarkan betapa osem dan bergayanya, betapa
tenang dan bahagianya jiwa orang-orang yang beriman itu.
“Aku takjub dengan
perihal orang yang beriman. Semuanya baik baginya. Tidak ada suatu kebaikan pun
kecuali ia baik untuk orang yang beriman. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan
bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia
akan bersabar, dan sabra itu juga baik baginya.”
[Hadith riwayat Muslim]
Sama ada kita
bersiap-siaga untuk menguatkan jiwa, atau kita sedang bersedia untuk menjadi
gila!
Wahai!
-gabbana-
Saya benar-benar seriyes
apabila saya mengatakan anda yang punya simptom masalah emosi atau jiwa yang
kritikal untuk mendapatkan rawatan secara professional.
Saya sendiri pernah
berhadapan dengan ikhwah yang (hampir) gila dek tekanan emosi yang melampau.
Juga ikhwah yang mudah meletup dan gagal mengawal perasaannya dek tekanan dari
persekitaran yang tidak mampu untuk dikawalnya.
Moga Allah menguatkan
hati dan jiwa kita. Moga Allah teguhkan kita di atas jalan pejuang ini. Amin.
19 Caci Maki Puji Muji:
Alhamdulillah.
sangat manfaat entri yang ini.
saya punyai simptom2 seperti diatas kecuali mencederakan diri sendiri. Sungguh stress apabila asyik ditanya bila mahu berkahwin. Andainya suami itu boleh dibeli di TESCO.. sigh..
Salam
Simptom2 di atas juga pernah saya lalui. Mulanya saya anggap masalah dan tekanan itu normal, ianya sebahagian dr rencah hidup .pastu junior saya jumpa pakar kaunseling ttg masalah yg dia hadapi n dia suggest kan saya jumpa pakar kaunseling di kampus ktorg. Sy pn jumpa dan saya bersyukur Allah pertemukan saya dgn pakar tersebut krn setelah diselidiki rupa rupanya masalah saya berada pada tahap kronik. Sbb dah terlalu lama saya simpan dan anggap mcm tiada ap yg berlaku. Lepas jumpa pakar tu syukur sy nampak di mana masalah sebenar saya dan mcm mana nak selesaikan masalah tu. Syukur skrg sy lebih tenang n masalah saya setel! I've learned that di samping kita berdoa, usahakn ikhtiar lain juga. Seek professional help. Bukanlah bermaksud org yg sakit mental saja yg patut jumpa pakar kaunseling. No. semua org boleh. Other than that, bolehlah cari someone yg boleh dipercayai utk menolong kita. Just sharing my experiences and thoughts. Semoga ianya membantu.
Wslm.
Tidur, bangun, Tidur, bangun... Ingat bangun boleh lupa. Sebab selalu amal sapu debu bawah kapet mak aku. Kebabo meletep bila kena cucuk (provok).
Isu tekanan ni akan biasa dihadapi apabila usia semakin dewasa/ semakin menuju alam tua (tua bukan bongkok tiga atau bongkok udang yee...)..kadangkala apabila kita berfikiran positif, akan sentiasa ada suara provokasi yang membantutkan usaha kita untuk menghilangkan tekanan tu..tapi pada saya, tekanan yang sampai sekarang tak mampu nak dihilangkan ialah tekanan di tempat kerja (menghadap boss yang sangat gila kuasa) dan tekanan diasak soalan pernikahan. Kalau la bakal suami itu ibarat longgokan cili padi di pasar besar Selayang tu, alangkah bahagianya..pilih sahaja yang cantik dan merah2 atau hijau dan masuk dalam beg plastik, bayar dan bawa balik..huhuhu
Kagum dengan orang yang boleh memotivasikan diri sendiri bila berhadapan dengan tekanan!
Memang tgah tertekan skrg ni. Alhamdulillah. Jzkk 4 the entry. Motivation and inspiration.
Salam ziarah dari saya ..
http://www.secebisdakwah2ku.blogspot.com/?m=1
just nak cakap suka sgt dgn pengisian ni. jzkk!!
Lawak. Haha.
Aku tertekan komen ni
Tiada siapa mahu menunggu diri yang tiada apa, masih terumbang ambing utk dapatkan degree holder, kerjaya belum tentu.
Bulan ganti tahun. And he decide to married.
Walopon sedikit harapan yang diberi. Tapi ia tetap harapan yg menyakitkan.
Hanya tsiqah pada percaturan hidup yang dirancangNya. Supaya tetap redha.
Mungkin hikmah, after grad degree holder next year around 26. I'll make sure yang i akan fly for Master Psychology. Setail bawak diri. Bina hidup baru.
Tertekan juga utk difikirkan.
seriusnya sampai mencederakan diri sendiri...tp betulla, islam sgt syumul dan DnT ini sgt manusiawi..segala sisi kita tgk
saya student kaunseling. Dari aliran sains, saya terjun ke bidang ni. Berminat dalam psychology. sbb bagi saya mental health sangat penting.
Apatah lg bg daie. TQ Encik Gabanna. Cadangan yg Encik Gabanna bagi tu sangat tepat. Islam sangat syumul.
Saya bercita-cita untuk ceburi bidang psychology yg hari ini lebih pada kebaratan diberi nafas baru dengan apa yang Islam anjurkan. Itu cita-cita saya.
Tak dinafikan jadi daie, memang ada tekanannya. Betul bila Encik Gabanna katakan solusi yg diberi ibarat masukkan habuk bawah karpet. Saya sendiri pun mengalami depression.
Dan saya sedang berjuang untuk mengubati & mempelajarinya.
Anyway thanks! Sunch an inspiration for me to learn & study harder and be a good daie.
Saya setuju, jazakillah khair IG krn menulis tentang hal ini. Kadang org ingat mental illness ni boleh hilang mcm magic, and they don't take it seriously. Adik saya sendiri had depression, pernah cutting and considered suicide.
Then bawa jumpa psychiatrist, ambil medication, alhamdulillah dah ok.
Dari pengalaman tu saya sendiri agak cautious bila sampai bab mental health. Bila saya down kadang saya tak segan jumpa kaunselor utk professional help. Risau if saya pun ada tendency utk depression. Bukan takde ikhwah utk share benda, tp sometimes you need a professional.
Islam itu syumul. Setiap penyakit ada ubatnya. Mental illness is a very serious thing yang kadang x boleh hilang just because kita wish hard enough.
Tak kira la daie atau orang usrah sekali pun, if you're unwell, seek professional help.
Salam akh. Nak tanya dulu akh ada tulis entri pasal kerjaya yg ssuai & diperlukan dlm DnT ni. Boleh akhi bgi link x utk ke entri tu? Ana cari xjumpa. Sbb ana tgh survey kerjaya yg ssuai utk course yg akan ana pilih. Ana akn dpt result SPM nnt. Doakan.
Oh ye, minta link tu boleh? :V
depresi..andai bleh telan mcm air pepsi,
oh lupe..kite kan boikot pepsi!
jzkkk atas post,mmg tgh depress skrng..sob
Assalammualaikum
Saya sarankan supaya anda menggunakan bahasa dan ejaan yang betul.
feel it bro..
depresi..
saya pernah melihat kawan2 saya melaluinya.
dan bbrp minggu yang lalu saya merasainya sendiri..
jangan buat main2 dgn depresi.
sesiapapun, murobbi hatta mutarobbi,
perhatilah orang sekeliling anda.
support mereka, hold their hands.
Sesiapapun yang pernah merasai,
do what inche gabbana suggest
and know that
you are not alone
you are not weird.
you just need to know how to solve your problems.
Salah satu ujian yang Allah hantar untuk tarbiyah dan didik hati kita.
*boleh lihat post kak muharikah juga pasal perkara ni.
Perkara2 ni are common things happen...
cuma bergantung coping mechanism kita macam mana ;)
jzkk akh.
Post a Comment