10 November 2014

Ikutkan Hati Gue

[Kredit]

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya habiskan masa saya ke pulau-pulau yang pasirnya halus, putih dan bersih dan airnya yang biru, terang dan jernih, menikmati pemandangan nan indah bertemankan bunyi ombak yang menenangkan. Menyaksikan matahari tenggelam sambil minum jur oren dengan potongan nenas. Bila-bila yang saya suka, saya akan terjun ke dalam air, menikmati kesejukan air laut dan berenang-renang bersama ikan-ikan yang riang. Ah indah!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya terbang ke Greenland sana, menikmati pemandangan langit yang dihiasi dengan aurora borealis yang sumpah indah. Terbaring di tengah-tengah rimbunan lalang mengering sambil mengira bintang-bintang yang bergemerlapan di langit, tidak bosan menanti bintang untuk memberakkan tahinya. Membiarkan masa berlalu dengan perlahan untuk saya menikmati setiap detik pemandangan ciptaan Tuhan sepuas-puasnya. Ah bahagia!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya ke Ghana atau Nigeria sana, menelusuri savannah dengan jip atau pajero, melambai-lambai pada singa atau zirafah yang sedang enak berehat-rehat. Jika bernasib baik, mungkin dapat menunggang gajah atau berlari-lari bersama antelop! Atau cukuplah sekadar terbaring berehat di belakang jip sambil memerhatikan burung-burung flamingo berwarna merah jambu itu memenuhi kolam-kolam air dengan gelagat mereka. Ah osemness!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya ke Paris untuk bersarapan di sana, kemudian berjalan-jalan mengambil angin di sekitar Menara Eiffel sebelum bertolak ke kota London untuk makan tengah hari di Knightsbridge atau Mayfair. Kemudian menikmati secawan kopi panas di Covent Garden sambil menonton persembahan jalanan di situ. Kemudian bersiap-siap pula untuk sajian makan malam romantik di tidak jauh dari air pancut Trevi di Rome. Ah mempesonakan!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya berlayar dengan yacht mewah mengelilingi dunia, merentasi lautan Pasifik dan Artik sambil menikmati pemandangan eksotik di sepanjang pelayaran. Kadangkala mungkin ikan-ikan dolfin yang melompat kegirangan. Jika bernasib baik, mungkin boleh berenang bersama-sama dengan jerung paus yang sedang asyik memakan plankton. Atau berjabat tangan dengan sotong kurita gergasi yang berenang-renang di tepi. Ah superb!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya terbang ke angkasa, melihat keajaiban dan keagungan alam di angkasa lepas. Melihatkan betapa hebatnya bumi dari keluasan angkasa yang tiada batasnya. Mungkin akan mendarat di bulan, untuk merasakan sendiri aktiviti lompat melompat yang kool itu dek kurangnya tarikan graviti. Atau sekadar terapung bebas di tengah-tengah lautan angkasa yang terbentang luas, menikmati pemandangan ajaib planet-planet dan bintang-bintang yang bertaburan di angkasaraya. Ah majikal! 


Subhanallah! Ini.. Ini.. Ini sorga! [Kredit]

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya ke New Zealand itu, sebuah negara yang amat mempesonakan dengan keindahan alam semulajadinya. Teringin juga mahu melakukan terjunan banji yang bisa sahaja membasahkan seluar itu. Eheh. Atau memberanikan diri memasuki bola gergasi dan menuruni bukit-bukit dengannya. Gila! Kemudian menjelajahi bukit-bukau nan indah, sambil sekali-sekala berselfie dengan flora dan fauna yang tiada tandingnya. Ah ajaib!

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya bermarathon movie, epeseli movie-movie adiwira kegemaran hati. Hanya saya dan skrin besar dan sistem bunyi yang menakjubkan. Peh. Oh tidak dilupakan bekalan popkon perisa karamel masin yang tiada hentinya dan air berkarbonat pelbagai perisa pilihan hati. Saya rasa, sehari semalam pon saya mampu bersengkang mata untuk menghabiskan movie-movie yang ada! Oklah, berhenti rehat untuk berak dan solat. Wahahaha. Ah seronok! 

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya menjelajah runtuhan-runtuhan dan monumen-monumen tamadun dahulukala yang bersejarah seperti Kota Petra, Istana Alhambra, Masjid Besar Djenne yang diperbuat dari lumpur, kota purba Aztec, Taj Mahal, Machu Pichu, Tembok Besar Cina, Masjid Bibi-Khanym di Samarkand dan banyaaakk lagi! Dan menghabiskan usia saya untuk mengkaji tinggalan bersejarah ini dan menerokanya sehingga saya menemukan jawapan kepada pelbagai misteri dunia! Ah alangkah! 

Siapa di dalam dunia ini yang berotak waras yang tidak mahu mengunjungi tempat seosem ini?? [Kredit]

Dan kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya fokus pada kerjaya saya ini untuk menaiki anak tangga keparat korporat agar dapatlah saya suatu hari nanti menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (Baca: Ketua Segala Macai) mana-mana syarikat konglomerat gergasi dengan bonus tahunan mencecah sehingga jutaan ringgit! Dengan duit sehebat itu dapatlah pula saya membeli kereta mewah idaman kalbu dan membina mahligai impian laksana istana di dalam cerita-cerita dongeng dahulukala! Ah impian!

Ya, kalau ikutkan hati, saya mahu melakukan semua itu. Malah banyak lagi perkara yang saya mahu lakukan!  

Namun jujur saya tidak mampu. Saya tidak punya masa untuk semua itu. Saya tidak punya harta untuk semua itu. Dan saya tidak punya tenaga untuk semua itu. Saya tidak mampu!  

"Tetapi dai'e mempunyai kerja yang lebih penting dan besar dari itu semua. Dia wajib menutup lubang-lubang kelemahan pada umat ini yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain melainkan dirinya. Pahalanya tidak kurang dari pahala membuat kerja-kerja amal, jika tidak berganda-ganda. 

Dai'e Islam wajib melaksanakan tugas tajmi'iyy, tarbawiyy, thaqafi, i'lamiyy, siyasiyy, jihadiyy khairiyy dalam kesyumulannya yang luas dan takamul yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain."
- Tansiq dan Syumul, al-Muntalaq 

Benarlah kata-kata orang tua-tua yang bijaksana:

"Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa!"

Kerja kita masih banyak. Terlalu banyak!

Sungguh, kerja-kerja yang wajib kita lakukan ini, lebih banyak daripada masa yang kita ada. Tsk.
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan ar-Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]


-gabbana- 
 

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 10/11/2014, 13:20  

Wowowo tapi aku banyak rehat! (Selalu dapat cuti sakit; demam) Giler dah masuk dua minggu. Demam cap ping ping gamaknya!. Darah aku ade birus. Aku rasa ,mesti salah pendrive ni. Suka sebarkan birus. Haih

Cikgu 'Aina 10/11/2014, 15:15  

Menongkah arus kehidupan yg penuh onak duri...pada akhirnya kau tahu...syurga menanti..

anys nadhilah 10/11/2014, 16:35  

ya , setuju , ikut hati mati , pikir pikir dulu sebelum apa apa keputusan

http://blurrr4evablurr.blogspot.com/

Anonymous 11/11/2014, 06:42  

macam tak kena ja quote muntalaq bab tu kat konteks ni...

bab tu bukan duk ckp pasal kesatuan amal ke.. bukan antara nak p jalan2,enjoye2 duniye dgn dakwah/islam kan..

ke xpe, quote je sebab ayat die best? hahaha

Inche gabbana 11/11/2014, 08:15  

Enonimus 06:42: Kuot tu di bawah sub-topik 'Memimpin Umat Lebih Utama Dari Menambah Amal Kebajikan Individu.'

Point besarnya adalah kita ada tanggungjawab yang lebih utama, iaitu memimpin umat.

So saya rasa sesuai lah. Heh.

Kbai.

Anonymous 11/11/2014, 09:05  

Kalau ikutkan hati ni ingin saja saya menjadi seorang pengembara yg mengembara di setiap pelusuk dunia yg dihiasi dengan pelbagai pemandangan yang MashaAllah superb! Menikmati kebesaran Allah yg tiada tolok bandingnya.

Tetapi saya tak mampu. Saya hamba yg hina ini terlalu sibuk mengejar dunia. Sibuk menjadi hamba kepada dunia. Hinggakan dakwah itu sudah terlalu usang buat diri ini. Hinggakan berlakunya fitnah menfitnah di kalangan rakan2 yg kurangnya pengetahuan agama. Astaghfirullah!

Sayangnya, saya tahu saya tak punya masa untuk habiskan tiap detik dgn benda2 masalah duniawi ni. Moga Allah Ta'ala ampunkan saya dan kalian.

Anonymous 11/11/2014, 18:11  

Salam IG,

Bila baca post ini, teringat kata2 IHAB:

Khalifah mereka sama seperti manusia biasa, dia menerima peruntukan wang sama jumlahnya seperti yang diterima lain. Tiada apa yang membezakannya selain limpah kurnia Allah yang telah memberikannya keagungan iman dan keyakinan yang hebat. Mereka tidak lakukan untuk wang kerana bagi mereka cukup dengan sesuap makanan untuk menghilangkan kelaparan dan seteguk air untuk menghilangkan kehausan. Puasa bagi mereka adalah amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah. Mereka lebih suka berlapar daripada kekenyangan. Pakaian mereka cukup sekadar menutup aurat....Jadi mereka keluar dari tanah air bukan krn mahu mencari nama, atau harta atau kuasa atau untuk menjajah atau untuk mermaharajalela. Sebaliknya mereka keluar untuk menyampaikan mesej tertentu, iaitu risalah Nabi SAW yg ditinggalkan sbg suatu amanah yg mereka pikul. Perintah Baginda dlm surah Al-Anfal:39.
Source: Halatuju Dakwah Kita, subsection Penaklukan Sbg Suatu Bimbingan dan Pengislahan- IHAB.

Jzkk IG atas post ini.

UB

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP