30 October 2014

Abam Gabbana Masih Singgel Enggak?

[Kredit]
Tersembur kuih bahulu perisa oren. 

Batuk kecil.

Baru-baru ini saya menerima mesej peribadi MukaBuku dan emel berkaitan dengan jodoh lebih banyak daripada biasa. Saya yang langsung tidak percaya kepada kebetulan, yakin bahawa ia pastinya isyarat dari Tuhan. Eh. 

Dan saya pasti anda sudah pon dapat menekanya; kesemua penghantar mesej dan emel tersebut adalah perempuan. 

Kebanyakan mesej dan emel yang dihantar berkisarkan kepada perkara yang sama; meminta nasihat saya apakah cara terbaik untuk mencari jodoh. Ada yang mahu masuk barisan (baca: Line), tapi tidak berkenan. Ada yang mahu diperkenalkan kepada seseorang, tapi rasanya masih belum bersedia. Pendek kata, serba-serbi tak kena!

(Tidak kurang juga yang bertanya sama ada saya sudah berpunya! Tersedak kau!)

Kalau kita serahkan sahaja kepada Tuhan, tidak bolehkah Inche gabbana? Bukankah jodoh itu di tangan Tuhan? 

Masalahnya, benarkah jodoh itu di tangan Tuhan? Atau ia sebenarnya ditentukan oleh kita? 

Sebelum saya memberikan pandangan saya yang marhaen ini, saya ingin memberikan diskelemer terlebih dahulu. Saya bukanlah seorang pakar kaunseling, apatah lagi pakar dalam soal Baitul Muslim. Saya hanyalah seorang manusia biasa yang hina dina, yang mungkin banyak membaca dan memerhatikan manusia. Jadi sebarang nasihat atau pandangan saya adalah sekadar pendapat peribadi, yang saya rasakan relevan untuk dikongsikan. Namun anda bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya anda mahu mengambil nasihat dan pandangan saya, lipat elok-elok dan simpan rapi di dalam hati. Eheh. 

Baiklah. 

Jodoh adalah suatu isu yang boleh saya katakan cukup sensitif, terutamanya kepada makcik-makcik yang sudah berusia lewat tiga puluhan tapi masih belum lagi berkahwin. Oopps. Kebanyakan daripada mereka ini sudah pon berputus-asa, kerana pada mereka, pada usia yang lanjut sebegitu rupa, tiada lelaki yang akan mahu berkahwin dengan mereka. 

Isu jodoh ini bermain dengan emosi. Apatah lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah berumahtangga kini bahagia dengan suami terchenta, menimang anak-anak yang gebu dan comel, sambil sekali-sekali berlari-lari riang di tengah-tengah Taman Tasik Titiwangsa. Waduh, hati mana yang tidak luluh melihatkan semua ini?

Lantas, mereka mudah menyalahkah Tuhan. MenuduhNya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan bukan-bukan.

"Allah tidak adil! Kenapa si Ropeah Buang yang lagi buruk daripada aku tu sudah berkahwin dan aku ini masih lagi bujang terkapai-kapai?!" kata Markonah Suhaimi yang usianya kini sudah masuk ke angka empat siri.

"Haihh. Kenapalah Allah buat aku begini. Nak kata aku tak berusaha, aku berusaha dah. Nak kata aku cerewet, aku rasa, orang lain lagi cerewet. Tapi kenapa takde sorang pon yang nak dekat aku..?" Keluh Bujang Salomat seorang diri sambil menonton Running Man. 

"Saya sudah berputus-asa dengan Allah. Saya rasa saya memang ditakdirkan untuk tidak berpunya buat selamanya!" Tulis Zamboanga Uhulele pada dinding Mukabukunya.

Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagiNya.

"...dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di situlah diuji orang-orang Mu'min dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."
[al-Ahzab, 33:10-11]

Ya, sepertimana soal rezeki yang lainnya (harta, masa, tenaga dan jiwa), jodoh juga merupakan ujian untuk setiap daripada kita. Ada orang yang amat mudah menemukan pasangannya namun terpaksa berjuang mencari sesuap nasi. Ada orang yang dianugerahkan Allah dengan keluarga yang bahagia, tetapi diuji dengan bala bencana. Ada orang cantik, kacak, berharta dan bergaya, namun akhirnya tewas dengan ujian hati yang bergelora.

Dan ya, ada orang yang sepertinya sudah punya segala-galanya, namun masih sukar sekali mencari jodohnya.  Kerana jodoh itu juga suatu ujian, suatu cobaan. 

Lantas timbul persoalan; jodoh itu di tangan kita atau Tuhan?

Saya tidak pasti di mana atau bagaimana frasa 'jodoh di tangan Tuhan' boleh wujud. Setahu saya, tidak ada dalil yang pasti untuk membenarkan kenyataan ini.

Yang paling hampir yang boleh saya fikirkan adalah sepotong hadith seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.;

"...kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan menyampaikan empat perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi orang sengsara atau bahagia."

[Hadith riwayat Bukahri dan Muslim, hadith keempat dalam Arbai'n an-Nawawiyah]  

Saya kira, jodoh termasuk dalam soal rezeki manusia. Eh, ya lah kan? Dapat bernikah dengan pasangan yang berlainan jantina, dapat pula melahirkan zuriat yang tembam-tembam dan gebu-gebu, dapat melengkapkan kekurangan dan kelebihan masing-masing, dapat meluahkan perasaan dan berkongsi masalah, saling menasihati dan mengambil berat, dapat pula sekali-sekala saling menyuap aiskrim cokolat Baskin Robbins dengan kacang badam hancur... Pergh! Bukankah itu rezeki namanya..??

Pandang kanan, pandang kiri.

Ehem.

Sebenarnya banyak dalil yang menunjukkan bahawa kita perlu berusaha dalam mencari jodoh. Contohnya dalam kisah seorang sahabat Nabi SAW, Julaibib r.a.. Mahsyur kisah ini betapa Julaibib seorang sahabat yang serba-serbinya kekurangan, baik dari segi nasab keluarga, harta mahupon rupa. Lantas Nabi SAW menawarkan suatu tawaran yang tidak pernah diimpikan oleh Julaibib; baginda sendiri yang mahu meminang seorang wanita bagi pihak Julaibib, meskipon ditolak oleh Julaibib.

Nah, bukankah di situ menunjukkan kepada kita bahawa jodoh itu perlu dicari? 

Begitu juga dengan hadith yang satu ini:

"Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu carilah wanita yang mempunyai agama, (kerana jika tidak) binasalah dua tanganmu."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Bukankah di sana terkandung hikmah dan ibrah bahawa wanita itu perlu dicari sebelum dikahwini? Bahawa di sana ada proses-proses pemilihan dan penapisan sebelum membuat keputusan?

Juga (sekiranya anda masih belum berpuas hati), di dalam hadith pertama dalam hadith empat puluh Imam Nawawi juga sebenarnya ada memberi isyarat kepada kita bahawa jodoh itu perlu dicari. Tidak percaya? 

Mari kita lihat.

"...dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang dia cari atau wanita yang hendak dinikahinya, maka dia akan mendapat apa yang dia tuju."

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maka dia akan mendapat apa yang dia tuju. Apa yang dia niatkan. Apa yang dia mahukan. 

Bukankah itu jelas menggambarkan suatu bentuk usaha? Atau sekurang-kurangnya niat dan kemahuan? 

Alangkah!  

Namun semua ini tidak keluar daripada kehendak dan perancangan Allah. Ia tidak lari dan tersasar daripada apa yang telah Allah tuliskan untuk kita sejak di Lauh Mahfuz lagi.

Cuma kita perlu berusaha. Hikmahnya Allah merahsiakan perancanganNya yang ghaib daripada kita, adalah agar kita meletakkan usaha dan tidak berharap padaNya semata. 

Dan usaha itu perlu sungguh-sungguh. Perlu ikhlas. Dan tidak keluar dari batas-batas syariat yang telah ditetapkan. Saya tidak nampak apa masalahnya jika perempuan mahu meminang lelaki. Bukankah kekasih dan junjungan mulia kita, ar-Rasul SAW itu dipinang sendiri oleh ummahatul mu'minin, Khadijah r.a.? Nah, mana datang simpulan bahasa perigi cari timba itu?

Selagi mana niatnya betul, caranya soleh dan prosesnya benar lagi amanah, saya tidak nampak apa-apa masalah di situ. 

Natijahnya, kita serahkan kepada Allah untuk menentukannya. 

Nah, di sinilah ramai yang tersungkur. Apabila mereka tidak dapat menerima takdir yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka. Apabila natijah yang Allah beri itu tidak kena dan tidak cocok dengan apa yang kita harapkan dan mahukan.

Maka hati pon berentakan. Putuslah harapan. Berlakulah kekecewaan. Dan gaung yang dalam bakal menjadi kampung halaman. Eh. 

"Kita mesti sedar bahawa tidak ada sesuatu pon yang berlaku tanpa sebab dan tujuan. Tiada satu pon. Hatta hati yang remuk. Hatta kesakitan. Hati yang remuk dan kesakitan itu adalah pelajaran dan isyarat untuk kita. Ia adalah amaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ia adalah amaran bahawa perubahan perlu dilakukan. Samalah seperti sakitnya tangan yang terbakar adalah amaran agar kita segera mengalihkan tangan kita daripada api itu, kesakitan emosi merupakan amaran yang kita perlukan melakukan perubahan dalaman."

Begitulah kata-kata Makcik Yasmin Mujahid di dalam bukunya yang lejen itu, "Kembalikan Semula Hati Anda" (Baca: Reclaim Your Heart).

Amiin. [Kredit]

Pasti ada sebab mengapa kita masih belum menemukan jodoh kita. Pasti ada sebab mengapa kita masih ternanti-nanti untuk ditemukan dengan pasangan kita itu. Pasti ada sebab mengapa si putera berbaju besi dan berkuda putih itu masih belum tiba lagi untuk menjemput kita.

(Err sebab zaman sekarang ni dah takde dah orang nak buat kerja gila pakai baju besi? Wahahaha.) 

Hanya sahaja kita yang perlu yakin dengan perancanganNya. Segala-galanya sudah termaktub untuk kita. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita? Dan ingat! Apa yang terbaik untuk kita, tidak semestinya sesuatu seperti yang kita harapkan dan jangkakan! 


"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]

Masa yang begitu lama yang terpaksa kita tunggu itu, sebenarnya Allah sedang mempersiapkan pasangan yang terbaik untuk kita.

Boipren atau gelpren yang berpisah dengan kita sehingga remuk dan luluh paru-paru dan jantung kita itu, ketahuilah, kita bakal berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada mereka.

Dan seandainya kita ditakdirkan tidak akan berkahwin sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir sekalipon, jodoh kita mungkin di sorga sana biidznillah.

Senyum.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad, 47:7]  

Dan...

"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsipa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu."
[at-Talaq, 65:2-3]

Jagalah Allah, Allah pasti menjaga dirimu.

Jagalah agama ini, Allah pasti akan memberikan yang terbaik buatmu.

Dan bertawakallah dan bertaqwalah kepadaNya, nescaya Dia akan membukakan jalan-jalanNya untukmu. 

Bersabarlah wahai sayangku, sungguh, Dia tahu apa yang terbaik buatmu.

Bukan, ini bukan penulisan tentang BM semata. Bukan, ini bukan hanya borak-borak pasal jodoh riang gembira. Dan bukan, ini bukan warkah suka-suka mencari glamor. 

Tetapi ini adalah penulisan tentang kehidupan. Ini adalah perkongsian tentang menerima hakikat dan suratan. Dan ini adalah ajakan untuk jatuh chenta dengan Tuhan. 

Senyum.

Cair doh! Kekeke. [Kredit]

Err Inche gabbana.. Inche gabbana tak mahu jawab soalan yang di atas tu kah?

Yang mana?

Yang atas tuuu. Yang paling atas tu!

Yang mana??

Alaaah. Inche gabbana singgel lagi tak..??

Oh. Ya, saya masih singgel. Tapi dah tak ebelebel.

Gelak kecil.

-gabbana-

Belum lagi habis membaca "Reclaim Your Heart." Tapi saya sangat terinspirasi dengan penulisan Puan Yasmin. Tulisannya cuku menghidupkan dan menggerakkan!
 

Dan saya sudah pon berazam untuk mencontohinya. Malah lebih baik lagi! InshaAllah! 

28 October 2014

Sudah Habilkah Kita?

[Kredit]

Apa perasaan kita, sekiranya kita telah membelanjakan ratusan, malah ribuan ringgit mungkin, untuk membeli tiket konsert atau teater, kemudian bersusah-payah pula untuk bersiap-siap agar penampilan kita kena dengan suasana dan persekitaran konsert/teater itu, datang dengan penuh harapan dan keterujaan, hanya untuk dihampakan dengan suatu persembahan yang lugu, tidak hidup dan hambar?

Mesti rasa macam nak bagi penyiku, pelutut dan pembukulali kepada pihak penganjur tu kan? 

Err saya tak rasa apa-apa Inche gabbana sebab sumpah seumur hidup saya tak pernah teringin nak pergi konset atau tengok teater! Wahahaha lari!

Mata ke atas, tangan di dada. Ok fine

Di dalam Quran, dikisahkan secara ringkas hikayat dua orang putera Nabi Adam AS, yang terkenal dengan nama Habil dan Qabil (mengikut pendapat mufassirin). Di dalam tafsir Ibnu Kathir, diceritakan bagaimana Nabi Adam AS mengarahkan kedua puteranya itu melakukan korban untuk menyelesaikan isu perkahwinan mereka berdua. 

Habil mempersembahkan korban yang terbaik berupa kambing yang gemok sedangkan Qabil hanya memberikan hasil pertaniannya yang buruk. Maka korban Habil diterima oleh Allah manakala korban Qabil ditolak.  Hal ini disebut di dalam surah al-Maidah, ayat 27:

"Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, 'Sesungguhnya, aku pasti membunuhmu!' Dia (Habil) berkata, 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertaqwa.'"
[al-Maidah, 5:27]

Kisah ini berakhir dengan Habil yang dibunuh oleh Qabil dan Qabil menyesal dengan perbuatannya itu. Ada mesej dan ibrah yang cukup besar yang Allah mahu kita pelajari apabila mendatangkan seekor burung gagak untuk mengajar Qabil bagaimana mahu menguruskan mayat Habil.

Mahu tahu lebih silalah ambil wudhu', buka tafsir al-Quran dan baca sampai lebam! Wah! 

Nah, apakah yang membezakan korban Habil dan Qabil, sehingga korban Habil diterima Allah manakala korban Qabil ditolak? Adakah pada gemoknya kambing Habil? Atau kerana Habil mengorbankan binatang sedangkan Qabil hanya mengorbankan hasil tanian? Atau kerana Habil lebih kacak dan hensem dan Qabil itu huduh rupanya? Ok yang terakhir itu macam kurang relevan. 

Apakah kelebihan Habil? Di manakah terletaknya keistimewaan korban Habil?

Jawapannya sudah terang lagi benderang di hadapan mata anda. Sekiranya anda tidak melihatnya, sama ada anda perlu membuat cermin mata baharu atau anda sengaja mengada-ngada menjadi kura-kura di dalam perahu.

Ya, jawapannya pada taqwa itu. Taqwa itulah yang menjadikan korban Habil itu begitu berharga. Taqwa itulah yang menjadikan kambing milik Habil begitu bernilai di sisi Allah. 

Kerana taqwa itu adalah ibarat melalui sebatang jalan yang penuh dengan duri dan kaca; pastinya kita akan berhati-hati menelusurinya.

Kerana taqwa itu adalah God's consciousness; merasakan kehadiran Allah dalam setiap perbuatan dan kelakuan, di setiap tempat dan masa.

Dan kerana taqwa itu adalah chenta; seseorang yang dilamun chenta pastikan akan melakukan yang terbaik, terhensem dan tercantik untuk yang dichentainya.

Kerana itulah korban Habil diterima Allah. Kerana taqwalah yang memberikannya nilai yang tidak terhitung harganya.    

Nah, sekarang ayuh kita bermuhasabah diri. Bagaimana kita dalam mempersembahkan amal kita kepada Allah? Sehebat Habil atau seburuk Qabil? Sesungguh Habil atau ala kadar seperti Qabil? Yang terbaik seperti kambing Habil atau jelik dan busuk seperti hasil taniannya Qabil?

Solat kita itu; ditunaikan pada awal waktu atau sudah masuk waktu-waktu kecemasan? Pakaian kita ketika berhadapan dengan Allah, wangi dan cantik, atau pakaian yang sama kita pakai tatkala menggoreng ikan dan menumis sambal? 

Bagaimana dengan bacaan Quran kita? Bersungguh-sungguh membacanya dengan tajwidnya, tartilnya dan tadabburnya atau sekadar melepaskan batok di tangga, hanya sahaja mahu menyudahkan mutabaah amal harian?

Waduh, bagaimana pula dengan bacaan maathurat kita? Dengan penuh penghayatan dan keinsafan, atau kita memasang mod auto-pilot; laju macam lipas kudung terkincit-kincit entah mahu ke mana? 

Aduhai, lantas bagaimana pula dengan dhuha kita? Dilaksanakan dengan penuh khusyu' dan tawadhu', benar-benar bergantung harap dan bertawakkal kepadaNya, atau kita tunaikannya tatkala kita bosan dan sudah tidak apa-apa perkara lain yang mahu kita lakukan?

Sudah, bagaimana pula dengan witir kita? Kita dirikannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kita benar-benar dapat merasakan malam kita ditutup dengan penuh indah, atau mata sudah tidak boleh dibuka sebelah, hanya tunggu masa sebelum rebah?

Alahai, bagaimana dengan qiyamullail kita? Kita bangun dengan penuh rasa keterujaan, tidak sabar untuk bertahajjud chenta, mahu melepaskan rindu padaNya, mahu mengadu sudah dan senang padaNya atau pon, err, kalau sudah bangun pagi untuk solat Subuh itu sudah cukup bagus? 

Dan dan... Bagaimana dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah kita? Aduh. Kita lakukannya dengan penuh kefahaman, penuh ikhlas, semangat dan sentiasa bersedia untuk berkorban? Atau.. Atau sekadar hangat-hangat tahi ayam, hidup segan mati tak mahu? Hanya pandai melaung-laungkan Allahu ghayatuna! Ar-Rasul qudwatuna di dalam konferens-konferens riang namun hakikatnya kita jauh dari semua itu..?? Membawa bulatan gembira hanya untuk mengisi masa lapang sekali seminggu..??

Allah Allah! Pediiihhh! 

Nanges. 

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain..."
[al-Insyirah, 94:7]

Kita dituntut untuk memberikan yang terbaik dalam setiap amalan kita, apatah lagi amalan kita yang mahu dipersembahkan kepadaNya. Kita dituntut untuk itqan, beriltizam dan bersungguh-sungguh dalam beramal, bukan sekadar asalkan buat. 

Maka selepas melihat semua ini, adakah kita merasakan amal kita akan diterima Allah? Adakah kita yakin Allah redha dengan persembahan amal ibadah kita sehari-hari? Adakah Allah memandang 'pengorbanan' kita ini dengan chenta?

Boleh tolong campak bawang merah itu tepat ke mata saya? 

Kita berada di pentas dunia yang amat pendek hayatnya, mempersembahkan amalan kita di hadapanNya, dengan harapan ia akan diterima olehNya. Ya, ada masa kita berasa penat. Ada masanya kita letih juga. Ada masanya kita terpaksa berhenti untuk melepaskan lelah di dada.

Namun persembahan terpaksa diteruskan, sehinggalah langsir pentas dilabuhkan. Persembahan kita akan terus berjalan sehinggalah Tuan Direktur memberikan arahan agar ia ditamatkan. 

Ketika itu, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapNya, dengan bekalan amal yang kita bawa? Yakinkah kita amalan-amalan kita akan menyelamatkan kita dari azab seksaNya? Adakah kaki kita nanti akan diizinkan untuk melangkah masuk ke dalam sorga?

"...dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
[al-Insyirah, 94:8]

Hanya taqwa sahaja yang dapat menyelamatkan kita. Hanya taqwa sahaja yang akan menjadikan amalan kita berharga di sisiNya. Dan hanya taqwa sahaja yang akan membezakan amalan kita, sama ada ia kambing yang gemok atau hasil tanian yang busuk. 

Lantas bagaimana? Sudah Habilkah kita?

-gabbana- 

24 October 2014

FAQ: Futur

[Kredit]

(Nota: Saya tahu ramai je daripada pembaca belog ini yang tak ikut bulatan gembira. Tiada masalah pon.

Cuma kadangkala saya perlu menulis khusus buat mereka yang bersama bulatan gembira, sebagai muhasabah terutamanya untuk diri saya yang marhaen ini. Termasuklah post yang satu ini.

Tapi inshaAllah, anda yang lain akan tetap mendapat manfaatnya. Anda hanya perlu membacanya dengan mata hati anda tu. Senyum.)

Wah, tak sangka dapat bertemu lagi dengan Inche gabbana dalam sesi FAQ ni! Salaam a'laikum Inche gabbana. Namaste. Sawadikaap. Apa habaq?
Err. 'Alaikumussalam warah matullah. Baik, alhamdulillah. Ok next question. Heh.

Ish Inche gabbana ni. Tak sabar-sabar! Buat rosak mood je tahu? Ok. Hari ni saya nak tanya Inche gabbana pasal futur. Futur ni benda apa sebenarnya? Perkataan ni macam popular lah jugak dalam kalangan spesis-spesis yang sertai bulatan gembira ni.
Futur ni, secara mudahnya bermaksud gugur iman atau situasi di mana iman berada pada tahap yang kronik dan mengerikan. Ejaannya faa taa wau raa (.(فتور 

Jangan pula keliru dengan futhur sarapan pagi. Sarapan pagi dalam bahasa Arab disebut futhur (فطور) ! 

Ooo gitu. Kenapa ihwah dan ahwat (betul ke sebutan ni) macam fobia sangat dengan kefuturan ni? Apa yang menakutkan sangat tu?
Uiiihhh. Memang sangat menakutkan! Lagi menakutkan daripada berjalan tengah-tengah malam seorang diri dan kemudian tiba-tiba merasakan bahu disentuh oleh seseorang tapi apabila berpaling belakang rupa-rupanya tiada orang! Gulp. Ok itu menakutkan juga sebenarnya. 

Err.

Memanglah amat menakutkan penyakit kefuturan ini. Anda bayangkan sahajalah. Apabila seseorang itu dilanda kefuturan, dia akan rasa malas nak buat dakwah. Rasa gemok dan lembab nak pergi berbulatan gembira. Culas nak baca dan tadabbur Quran. Lalai dari menunaikan solat berjemaah. Buat tahi mata lebih digemari dari bangun malam mengalirkan air mata. Solat dhuha entah ke mana. Maathurat toksah cerita.

Ha, tak ke mengerikan tu?

Wuwuwu. Memang seram gini! Apa punca atau faktor kepada kefuturan ni Inche gabbana?
Hadoi soalan. Membuatkan saya futur untuk menjawabnya. Eheh.

Ada baaannyaaakk faktor dan penyebab kepada kefuturan ni. Mari saya senaraikan satu-persatu:

  1. Hilang semangat untuk berdakwah; mungkin kerana tidak nampak hasilnya atau tidak nampak halatuju dakwah yang diperjuangkan
  2. Hubungan 'love-hate' dengan Allah. Maksudnya tidak istiqamah dalam menjaga muraqabah dengan Allah.
  3. Masih bersisa lagi karat-karat jahiliyyah di dalam diri. Contohnya, tidak menjaga ikhtilat dengan rakan-rakan berlainan jantina, masih gemar melakukan perkara-perkara yang lagha dan suka membuang masa
  4. Manja, mudah melemah dan tidak kuat mujahadah
  5. Niat yang salah ketika mula-mula menyertai gerabak dakwah dahulu. Contohnya, berbulatan gembira seban nak kahwin dengan akhawat Super Saiya. Batuk berdarah.
  6. Terlalu banyak masa lapang yang tidak diisi dengan perkara-perkara berfaedah
  7. Kurang muayasyah (Baca: Borak bantal) dengan murabbi atau ikhwah/akhawat
  8. Ketiadaan biah (Baca: Persekitaran) yang soleh di sesuatu tempat

Faktor-faktor di atas ini tidaklah terhad. Maksudnya, di sana barangkali ada lagi faktor penyebab lain kepada kefuturan. Tetapi yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman saya. 

Ha? Pengalaman Inche gabbana? Maknanya Inche gabbana pon pernah futur juga?
Eh mestilah. Iman itu kan sifatnya yazid dan yankus? Naik dan turun?

Semua orang pon pasti pernah dan akan mengalami kefuturan ini. Sama ada teruk atau tidak sahaja. Pernah dengar kan kisah Hanzalah dan Abu Bakr yang munafiq? 

Tak pernah.
Aiseh. Kalau macam tu baca post ni: Welcome To The Club! Kata Malaikat 

Promot sikit. Eheheh.

Kefuturan itu normal. Yang tidak normal dan merbahaya itu adalah kefuturan yang dihiasi. 

Kefuturan yang dihiasi? Maksudnya?
Kita berasa syok dan seronok dengan kefuturan tu. Kita rasa ok dan tidak apa-apa dengan lemah dan gugurnya iman kita.

Misalnya, apabila kita gagal bangun malam untuk bertahajud, kita tak rasa apa-apa. Rasa ok jah. Tak rasa sedih. Tak rasa kechiwa. Nada. Yilek.

Apabila kita tidak berjaya menghabiskan tilawah kita untuk hari itu, kita tidak berasa bersalah. Tidak terasa seperti mahu mengqada' bacaan kita dan mengejar semula.

Atau apabila abam naqib atau hakak naqibah membatalkan bulatan gembira pada hari itu, kita hiphip hoorrraaayy terasa seperti mahu melompat penuh keterujaan.

Err.

Jadi kefuturan sebegini yang amat ditakuti. Apatah lagi sekiranya ia dibiarkan tanpa diubati, dikhuatiri hati akan menjadi keras dan akhirnya mati.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik."

 [al-Hadid, 57:16]

Wah. Apsal saya rasa seperti ada tangan ghaib yang menampar-nampar saya berulang kali Inche gabbana?
Kan. Sila beritahu saya tentangnya. 

Ok. Saya sudah mula berpeluh besar ni Inche gabbana! Bagaimana dengan solusinya Inche gabbana? Boleh anda kongsikan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi kefuturan ni?

Solusinya mudah. Anda cari sahajalah lawan kepada senarai penyebab kefuturan yang saya nyatakan sebelum ini. Wahahaha. 

*Jeling*
Err ok ok.

Kefuturan ni adalah penyakit hati. Maka yang perlu dirawat itu adalah hati.

Nak tak nak, skema dan klise macam mana pon bunyinya, hati tu perlu dibersihkan dulu. Bukan dengan Ajax Fabuloso. Bukan dengan Daia. Bukan juga dengan Harpic.

Tapi dengan Quran. Dengan tazkirah. Dengan bangun malam. Dengan kerja-kerja dakwah yang kita lakukan. Kena kuatkan hati kita dengan kuatkan hubungan kita dengan Allah.

Bila hati tu dah kuat, dah mantap, inshaAllah lebih mudah untuk menangkis serangan-serangan raksasa futur ni. 

Oouuhh. *angguk angguk* Tu je?
Eh belum lagi. Lek lu, isap okok lu.

Itu faktor dalaman. Belum tentu lagi sekiranya diserang bertubi-tubi oleh kefuturan, kita tidak akan jatuh terduduk. Faktor luaran tidak boleh dipandang enteng.

Seorang murabbi itu kena selalu mutabaah (Baca: Follow-up) amal hadek-hadeknya. Kena selalu tanya khabar iman. Selalu muayasyah.

Ahli-ahli bulatan gembira juga kena selalu main peranan. Selalu koling-koling. Selalu ziarah ukhuwwah. Selalu main osom gergasi tepi pantai. Eh.

Biah solehah tu tersangatlah penting. Ramai orang yang futur apabila dia berseorangan. Ya lah, masa berseorangan, siapa lagi yang menemankan kalau bukan syaitan kan?

Akhirnya, diri sendiri juga perlu kuat mujahadahnya  untuk tidak tewas kepada kefuturan ini. Ia suatu pilihan; jalan fujur atau jalan taqwa.

Ada je orang yang setiap minggu pergi bulatan gembira, konferens riang tidak pernah tinggal, dakwah pompam pompam, tapi apabila dia berseorangan, dia masih lagi melakukan maksiat.      

Orang inilah yang disebut ar-Rasul SAW di dalam sebuah hadith:

"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."

Lantas para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui."

Maka baginda bersabda lagi, "Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

[Hadith riwayat Ibn Majah]  

Gulp. 

Gulp jugak. Err saya selalu dengar, selalunya ikhwah akhawat yang masih belajar di IPT ni, takut sangat bila coti panjang-panjang, sebab takut akan dimakan raksasa futur ni di rumah. Apa komen Inche gabbana?
Sepatutnya, kalau tarbiyah tu berjalan dan konsisten, tak berlakulah masalah kefuturan ni, coti panjang mana pon. Haih.

Namun saya akui masalah-masalah sebegini kadangkala tidak boleh dielakkan. Maka kata kuncinya terletak pada masa lapang itu. Jangan biarkan masa-masa lapang yang ada berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan sebaiknya.

Masa ni lah nak khatamkan buku-buku fikrah yang dah mula bersawang itu. Masa ni lah nak dengar rakaman-rakaman pengisian yang kita sudah lama tertinggal itu. Masa ni lah nak cari mad'u-mad'u baru di kawasan perumahan kita ada di sekolah menengah adik bongsu kita tu. 

Kalau tiada bulatan gembira sepanjang coti, carilah alternatif lain seperti majlis-majlis ilmu di mesejid yang berdekatan atau carilah sahabat-sahabat yang turut coti bersama untuk duduk duduk dan beriman sejenak (dalam kes ini rasanya macam kena berjenak-jenak. Eheh.).

Tarbiyah dzatiyah juga kena mantap. Masa ni lah nak gandakan tilawah dan tadabbur Quran tu. Masa ni lah nak hadir penuh solat jemaah lima waktu di mesejid. Masa ni lah nak hafal hadith dan fakta-fakta sirah.

Juga masa-masa yang terluang ni sewajarnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menDF keluarga terchenta. Masakkan makanan tengah hari untuk hadek yang berpeluh-peluh ketiak baharu pulang dari sekolah itu. Basuh, perah dan tolong jemurkan pakaian-pakaian kotor. Vakum dan kemas rumah.

Pergh. Sekiranya anda buat semua ini, anda beritahu saya, celah mana yang anda nak futur tu?? 

Betul jugak tu. Hmmm kita dah sampai ke penghujung rancangan ni Inche gabbana.
Aik rancangan apa pulak ni?

Err maksud saya, dah nak habis dah ni. Seperti biasa, ada kata-kata terakhir dari anda?
Futur ni, dia macam kanser lah. Mula-mula memang tak rasa apa-apa. Mula-mula, kalau masih di peringkat awal, inshaAllah mudah sahaja nak rawat.   

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada usaha-usaha untuk mencegah dan merawatnya, bila dah sampai peringkat keempat, kelima nanti, memang innalillah sahajalah. 

Dan jagalah Allah, Allah pasti menjaga dirimu. Senyum.

Wah osemness! Eh nak pergi mana tu Inche gabbana?
Lah tadi kata dah kata-kata akhir kan? Nak pergi futhur.

Hah..??
Pergi makanlah.

Ouh.

-gabbana- 

Ada juga berniat untuk mengulas tentang isu hanjing. Tapi, uhm, tidak mengapalah, dah ada macam-macam binatang dah di dalam belog ini. Eheh.
 

20 October 2014

Purdah

[Kredit]

"Kau tahu tak Yah, tadi si Suri dok jeling-jeling aku lagi. Lepas tu tersengih-sengih macam dubuk busuk. Eeerrgghh geram betul akuuu!"

Basirah membebel-bebel sambil menanggalkan purdahnya, menampakkan wajahnya yang ayu di sebalik purdah itu.

Basirah bukanlah seorang yang lawa, cun meletup, yang jika lelaki terpandang wajahnya, akan tak berkedip mata dan mahu melihatnya berkali-kali sentiasa. Tetapi cukup ayu untuk membuatkan sesiapa sahaja yang menatapnya berasa senang.

Kulit wajahnya mulus. Hidungnya tidak mancung, tetapi kecil dan comel. Bulu matanya melentik; aset terbesar pada wajahnya. Selain itu, yang lain-lain adalah biasa-biasa sahaja. 

Sumayyah hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia mai daaahh...

"Aku tak faham la spesis macam Suri tu. Apa masalahnya aku nak pakai purdah? Sekurang-kurangnya aku tutup aurat, dan cuba yang terbaik untuk jaga kehormatan aku! Dia tu..?? Dah la rambut menggerbang macam pontianak! Pakai baju asek nak ketat je memanjang. Kalau badan lawa macam model takpelah jugak! Ini tak, macam... Ish, buat dosa kering je aku ni!"

"Dah la tu Yong. Apa sangatlah yang nak marah tu."

Sumayyah dan Basirah adalah rakan sebilik sejak enam bulan yang lalu. Mereka sama-sama mengambil jurusan ekonomi dan pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Sewaktu mula-mula mendapat tawaran penempatan di dalam kampus, gelisah juga Sumayyah dibuatnya. Takut-takut dia tak boleh nak 'masuk' dengan rakan sebiliknya nanti.

Namun dia lega apabila pertama kali melihat Basirah; bertudung labuh dan berpurdah. Tidak disangkanya nasibnya akan sebertuah itu, mendapat teman sebilik yang jauh lebih baik dari dirinya. Dia sendiri masih lagi mahu berjinak-jinak mahu memakai tudung labuh.

Maka dia sangat respek pada perempuan seperti Basirah. Kagum. Baginya, ia memerlukan keberanian yang cukup besar untuk memakai purdah. Sumayyah sendiri pernah berangan untuk memakainya suatu hari nanti, tetapi tidaklah dalam masa yang terdekat ini. 

Namun kini dia tidak berapa pasti lagi, sama ada sebilik dengan Basirah adalah suatu kurniaan atau cubaan. Suatu nikmat dariNya atau bala bencana!

"Mahunya tak marah?! Suri tu sengaja nak cari gaduh dengan aku! Daripada dulu dia tak puas hati dengan aku! Aku rasa dia marah dekat aku sebab di Faisal tu minat kat aku! Ha, mesti sebab tu! 

Eleh dia boleh amiklah Faisal tu! Ramai lagi laki kat luar sana yang tergila-gilakan aku! Sekali aku kenyit mata, hah, berpuluh, beratus lelaki datang menyembah aku tahu tak??"

Astaghfirullah. 

Sumayyah memejamkan matanya. Dadanya terasa sedikit sesak. Sebak. Dia mengetapkan bibirnya, mengumpul kekuatan sebelum berkata-kata. 

"Yong, apa ni? Sudah-sudahlah tu. Bawakkan beristighfar. Kalau ye pon kau marah sangat kat Suri tu, jagalah kata-kata kau tu. Tak perlulah nak hamburkan semuanya. Ya rabbi..."

Basirah menjeling tajam. 

"Itulah kau. Sikit-sikit istighfar. Sikit-sikit istighfar. Tak sapot aku langsung!" 

Basirah mencebik. Dia menanggalkan tudungnya dan menyidainya pada penyidai aluminium yang diletakkan di tepi meja belajarnya. Dia kemudian menghempaskan badannya pada katil. Wajahnya masih macam mencuka. 

Sumayyah memerhatikan keletah Basirah buat seketika, sebelum menyambung kerja-kerjanya. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. 

Lama mereka menyepi, masing-masing dengan kerja sendiri. Sumayyah sibuk mahu menyiapkan esainmennya yang perlu dihantar esok. Basirah pula sejak dari tadi asyik menggaru telefon pintarnya.

Tidak semena-mena suasana kembali menjadi hingar. 

"Eyyyy Yah aku tengok nii! Gambar aku dapat seratus lebih like kat Insta ni! 

Sumayyah sempat memandang siling sebelum beralih pandangannya kepada Basirah. Sepertinya ada Tuhan di siling itu untuk menjawab doanya.

Mungkin ada sedikit rasa bersalah pada Basirah, Sumayyah melayan sahaja karenah rakannya itu. 

"Gambar yang mana?"

"Ni gambar yang aku pakai tudung kaler velvet, matching dengan purdah tu. Yang aku tulis quote, 

'Diriku berserah pada Ilahi,
Menanti hari berganti hari,
Menunggu sesiapa yang sudi,
Diriku melengkapkan rusuk kiri.'

Tengoklah ni!"

Hampir-hampir Sumayyah mahu tersembur ketawa. Bersungguh dia menahannya. Hampir mengalir air mata dibuatnya. 

Diambilnya telefon Lenovi milik Basirah dan dipandangnya skrin telefon itu sekilas lalu. 

"Baguslah."

Tidak perasan dengan ketidakpedulian Sumayyah agaknya, Basirah mengambil semula telefonnya dengan wajah yang penuh bercahaya dan keterujaan.  

"Kau tengok ni! Faisal pon like jugak gambar aku ni! Ahahaha padan muka si Suri tu! Perempuan tak tahu malu!" 

"Yong, aku nak tanya sikit boleh tak. Tapi kau jangan marah pulak."

"Hmmm..?" 

Sumayyah merenung tepat wajah Basirah. Basirah masih lagi tersengih-sengih memerhatikan skrin telefonnya, macam budak kecik yang baharu dapat lolipop.   

"Yong."

Mendengarkan keseriusan pada nada Sumayyah, Basirah akhirnya memberikan Sumayyah perhatian seperti yang dipinta.

"Apa dia?"

"Aku dah lama nak tanya kau ni. Tapi aku takut kau kecik hati."

"Alah kau ni. Macam la kau tak kenal aku. Aku kan happy-go-lucky? Takde masalah aku nak kecik-kecik hati ni!"

Sekali lagi Sumayyah terasa seperti mahu gelak besar. Tetapi dia hanya mengembangkan sedikit hidungnya.

Sebab aku kenal kau lah Basirah oii...

"Ok. Hmm. Sebab apa kau pakai purdah eh sebenarnya?"

Kening Basirah terangkat sebelah, tanda dia terkejut dengan soalan Sumayyah. Dia membetukan duduknya.

"Mestilah sebab nak jaga aurat! Nak jaga kehormatan aku sebagai perempuan Islam! Haihh kau ni, takkan tu pon tak tahu?" 

"Betul ke kau pakai purdah untuk jaga kehormatan?"

Terbeliak mata Basirah mendengarnya.  

"Kau ni dah kenapa? Nak cari gaduh ke apa? Elok-elok mood aku dah nak ok, kau pulak nak cari pasal dengan aku en?"

Sumayyah tersengih. Menyesal pula dia bertanyakan soalan itu kepada Basirah. Namun nasi sudah menjadi bubur. Alang-alang tu, nikmati sahajalah bubur itu dengan lauk-pauk yang ada!

"Bukan apa Yong. Masuk bulan ni, dah nak dekat 6 bulan aku kenal kau. Setengah tahun. Bukan sekejap tu. Tapi semenjak aku kenal kau, kau hampir-hampir ubah persepsi aku pasal orang yang berpurdah ni."

Sekali lagi Basirah membetulkan duduknya. Kali ini dia duduk tegak. Hampir sepenuh perhatiannya kini diberikan kepada Sumayyah.

"Err.. Kenapa pulak?"

"Aku respek tau kat orang macam kau ni, yang pakai purdah ni. Sebab bagi aku, kau orang berani. Bukan semua orang yang berani macam kau orang. Ye lah, walaupon pakai purdah tu tak wajib, tapi aku sendiri memang pernah terasa nak pakai purdah. Sebab pada aku, ia lambang emansipasi wanita. Kebebasan! Bukan calang-calang orang yang mampu untuk berpurdah!"

Hidung Basirah sedikit kembang. Bangga. 

"Tapi... Lepas kenal kau, entahlah. Hari-hari dengan kau, yang aku dengar caci dan maki. Caci dan maki. Gossip sana, gossip sini. Lepas tu asyik berselfie, nak tunjuk satu dunia yang kau tu berpurdah. Kau tu berpurdah, sebab Allah atau makhluk Allah? 

Kalau kita beramal untuk dilihat manusia, apa lagi yang tinggal untuk dilihat olehNya..?"

Tersentap Basirah dibuatnya. Kalau ketika itu Basirah boleh menghapdet status MukaBuku atau Instagramnya, sudah pasti "Sentap kau maaakk!" yang akan ditulisnya. 

"Kau kata kau pakai purdah untuk jaga kehormatan. Tapi apa definisi kehormatan bagi kau? Kehormatan tu jauh lebih besar dari sekadar menutup anggota badan yang telah disyariatkan. Kehormatan tu akhlak. Kehormatan tu integriti. Kehormatan tu adab! Dan sorry to say Yong, semua tu aku tak nampak pada kau."

Merah padam muka Basirah. Dia mahu memprotes, tapi Sumayyah pantas mencelah.

"Aku rasa, orang macam kau ni lah yang selalu buat orang salah faham pasal perempuan yang bertudung, pasal Islam in a bigger context. Aku selalu dengar orang kata, 'Eleh buat apa bertudung bagai kalau perangai macam jin sungai!' Sebab apa? 

Sebab orang macam kita ni gagal jadi duta Islam dengan baik. Orang macam kita ni tak pakejkan sekali akhlak dengan tudung yang kita pakai. Alih-alih keluar statement, 'Alah, daripada pakai tudung tapi asek nak mengata orang, mencaci dan mengeji, lebih baik tak pakai tudung tapi jaga mulut dan hati! Lagi bagus!' Alahai sedihnya."

Wajah Basirah berubah. Kurang tegangnya. Ada bibit-bibit keinsafan pada raut mukanya.

"Kau jangan salah faham Yong. Aku bukan tak suka kau pakai purdah. Aku suka malah aku galakkan kau terus pakai. Sebab aku sayang kau lah aku cakap benda ni.

Tapi sebelum kau nak pakai purdah untuk tutup muka, aku rasa baik kau pakai purdah pada hati dan jiwa, untuk protect dari sebarang bisikan syaitan dan kejahatan. Kalau kau pakai purdah demi sebuah kehormatan, lebih baik kau bersihkan dulu hati dan jiwa kau demi sebuah ketaqwaan!"

Mengalir air mata Basirah. Dadanya berombak.

"Kau... Kau dah abes?"

Sumayyah sedikit jengkel dengan soalan Basirah itu. 

Dia ni dengar tak apa yang aku cakap tadi..?

"Dah."

"To...Tolong bagi aku...purdah aku tu."

Tersekat-sekat suara Basirah dalam sedunya.

"Nak buat apa?"

"Nak buat lap air mata."

Kekeke. [Kredit]

-gabbana-  
 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP