Abam Pisang Goreng Yang Membuktikan Kemanusiaan Masih Wujud
Saya membaca mesej waksep yang dihantar oleh Cik Adik Perempuan. Ketika itu saya masih lagi berada di majlis walimah seorang al-akh seperjuangan sewaktu di Kota London dahulu.
Sememangnya di dalam kepala saya ketika itu, saya akan pulang ke rumah menggunakan jalan yang akan melalui sebuah gerai menjual pisang goreng. Jadi tiada masalahlah untuk saya memenuhi permintaan Cik Adik Perempuan itu.
Arakian habis majlis walimah, selepas bercipiki-cipika dengan ikhwah yang ada, saya terus meluncur, memandu untuk pulang ke rumah. Sampai di kawasan gerai pisang goreng yang dimaksudkan, saya mencari tempat untuk memarkir kereta.
Mata saya bersinar melihat pisang goreng yang berlonggok, menanti untuk dibeli. Selalunya pisang goreng yang dijual di gerai itu laris dan cepat sahaja habis. Macam pisang goreng panas lah orang kata! Eh memang pon.
"Pisang goreng empat ringgit ye bang."
Mata saya melirih pada cempedak goreng yang berjiran dengan pisang goreng.
"Cempedak goreng dua ringgit."
Pantas si abam gerai pisang goreng membungkus pisang-pisang goreng yang ada, dibantu oleh seorang hakak yang membungkus pula cempedak goreng seperti yang dipinta.
Saya mencongak di dalam kepala jumlah yang perlu dibayar. Enam ringgit. Saya mengeluarkan dompet hitam saya dan mula mengira-ngira duit kertas satu ringgit yang sudah menebal di dalam dompet saya.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Sekali lagi. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Ok konfem.
"Enam ringgit."
Dengan yakinnya saya menghulurkan enam keping duit kertas satu ringgit seperti yang telah saya kira tadi kepada abam itu.
"Beli ye."
Saya melontarkan senyuman manis kepada abam itu dan berlalu pergi. Cukup manis, semanis pisang goreng yang dibeli. Ewah kau.
Sedang saya asyik memikirkan pelbagai perkara sambil mahu menghidupkan enjin kereta, cermin kereta saya diketuk. Abam pisang goreng tadi. Saya menurunkan tingkap.
"Terlebih bayar tadi."
Dia pantas menghulurkan sekeping duit kertas satu ringgit.
Saya tergamam. Terkedu dan terkesima.
"Oh ye ke. Terima kasih."
Saya mengambil seringgit yang dihulurkan. Abam itu tersenyum dan berlalu pergi. Di sebalik otak saya yang asyik berhujah betapa tadi rasa macam dah yakin dah kira enam ringgit, timbul rasa kekaguman dan keterharuan kepada sikap abam pisang goreng tadi.
Meskipon tindakannya memulangkan seringgit itu mungkin dianggap tidaklah sehebat tindakan menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang lemas atau menghalau seekor harimau yang mahu menyerang seorang penoreh getah, tetapi tindakannya yang pantas dan ikhlas itu hanya membuktikan suatu perkara; bahawa kemanusiaan masih wujud di luar sana (Baca: Faith in humanity restored).
Saya lantas berkongsikan kejadian ini di MukaBuku dan Pengicau saya. Dan saya juga meminta anda untuk berkongsikan juga kisah-kisah #faithinhumanityrestored anda sendiri, sama ada melalui komen-komen di MukaBuku atau kicauan di Pengicau.
Tidak lama selepas itu, telefon saya tidak berhenti-henti bergegar menandakan masuknya kicauan-kicauan baru. Semuanya mahu berkongsikan kisah-kisah mengharukan dan menyentuh hati yang telah terjadi kepada mereka. Komen-komen di MukaBuku boleh tahan banyaknya.
Sekiranya saya boleh kongsikan beberapa kisah yang menarik:
"Tertinggal
jam murah 1o hengget jer pun, pakcik teksi dtg, cari kt umh bg blik
esknye. Katenye xkire la mahal ke murah ke, brg org tetap brg org, kne
pulangkn. Salute pakcik teksi." - Mushi Dibbun, MukaBuku
"motor
rosak tepi jalan. banyak kereta yg lalu tapi takde satu pun yg
berhenti. tiba2 ada sorang brother ni berhenti. luaran macam mat rempit.
seluar koyak2 kat lutut, baju print menakutkan. sekali dia tanya, 'nak
saya tolong repair tak?'. dia pergi kedai
motor beli barang ganti dan repair. time tu tengahari, matahari atas
kepala tak payah cakap panas dia. dia tk mengeluh. bila dah baik, kami
nak bayar, dia tolak. dia senyum, naik motor terus pergi. pngajaran: tak
boleh judge orang berdasarkan luaran ^_^" - Nurul Husna Mohd Shefee, MukaBuku
"pernah dua2 lengan bengkak, tak dapat angkat sentuh muka. Akhawat2 yang ambilkan wudu' dan pakaikan telekung. Allah :')" - Vampire Daie (Amboih nama!), Pengicau
"selipar hilang dekat masjid, kawan bagi pinjam selipar dia, dia jalan berstokin" - Anith, Pengicau
"mak sy tercicir RM100 dekat kedai india masa beli sayur.Sbulan lpas tu mak dtg semula kedai tu &aunty bg duit yg tercicir." - ns, Pengicau
"tgh jln kaki nak gi masjid, someone (non muslim) dtg dari mana entah tumpangkan saya ke masjid. Then dia gi tmpt lain. :')" - Afmar, Pengicau
"pernah nampak nenek cina jalan dlm hujan lebat sorang, otw saya nak tolong, ada mak cik melayu lari dulu payung kan dia." - Agent Rogers, Pengicau
"mse
tu kua dr meeting, then teros ke kete nk kejar ke ofis. xpasan fail
jatoh dr kete. ade moto dok folo kejar dr blkg, kito cuak, kito lg
pecut. gayo mcm mat rempit nk menyamun. insiden kojar mengojar time tu.
sampai lmpu isyarat dio ketok cermin keto,
tunjok fail hitam. dlm hati mcm konal yo fail tu. rupenye kito pny
fail. dio ckp puehh dio kojar ngn moto tu nk bg hint kt kito tp kito
poie pecot. alhamdulillah, slmt gak fail tu. pny sumo dokumen ori lg
penting dlm tu. nasib ado oag yg masih prihatin. kito berterimo kasih
amek ngn brader tu. klu hilg fail tu, mampuih den kono tiaw ngn bos.
bilo ingat blik, klaka part kojar mengojar tu. hohohooo.. apo pon syukur
masih ado oag yg baik cmtue." - Kak Yong MRosli, MukaBuku
"Balik
dari latihan industri pukul 6 petang dgn tak solat asarnye lagi. Bila
nak hidupkan enjin kereta, tak nak hidup,sebab pagi tadi lupa nak tutup
lampu kereta. Nak menangis sebab keliling dah mulai sunyi. Saya
beranikan diri minta tolong kat pak cik mercedes kat sebelah dengan muka 10sen. Pak cik tu terus call pomen chinese dia. Bila saya tnya berapa kena bayar
'tak pe... Jangan risau.. Simpan je nombor uncle. Nanti da keje bayar' ;)" - Yaumil Hikmah Faisal, Mukabuku
'tak pe... Jangan risau.. Simpan je nombor uncle. Nanti da keje bayar' ;)" - Yaumil Hikmah Faisal, Mukabuku
"masa sukantara dulu, lepas lari 400m, terus rasa nak pengsan (ye, sgt tak fit) member sorang sanggup dukungkan smpai dorm T.T" - Bijaksana, Pengicau
Ah ramai pula ninja yang memotong bawang di sini!
Dan banyaaaakk lagi kisah-kisah yang dikongsikan. Sekiranya anda rajin dan sudah tidak ada apa-apa lagi perkara berfaedah lain yang mahu dibuat, bolehlah korek dan gali kisah-kisah tersebut di laman MukaBuku atau Pengicau saya. Oldebes! Heh.
Kebanyakan kisah-kisah yang dikongsikan sama ada berkenaan dengan dompet tercicir/hilang yang dipulangkan, ada orang yang sudi menumpangkan kereta untuk ke destinasi tertentu, ditawarkan tempat duduk di dalam bas atau tren, dibantu oleh orang asing (bukan makhluk asing) yang baik hati atau diberikan makanan/minuman untuk berbuka puasa oleh bukan Islam.
Hai adik manis. Boleh abam payungkan cik adik? :3 [Kredit] |
Semuanya ini membuktikan bahawa kemanusiaan masih wujud di luar sana. Betapa masih ramai orang yang baik hati dan ikhlas di luar sana. Bahawa rasisme itu hanyalah ilusi dan kita sebenarnya boleh duduk dan tinggal secara harmoni dan sejahtera di Malaysia ini.
Jauh di sudut hati kita, kita tahu bahawa perkara ini benar. Kita tahu sebenarnya sememangnya bilangan orang yang baik-baik sangat ramai di luar sana. Kita juga tahu, sekiranya kita sendiri berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kita untuk menghulurkan bantuan dan tangan, tanpa ragu-ragu kita pasti akan berbuat demikian.
Untuk semua itu, timbul satu persoalan; di sebalik kebaikan yang melimpah-ruah dan wujudnya kemanusiaan yang memberikan harapan, mengapa jenayah masih berleluasa? Ramainya orang baik di luar sana, tetapi mengapa seolah-olahnya kejahatan dan kemungkaran yang bermaharajalela? Ramai orang yang ikhlas dan tidak berkira dalam menghulurkan bantuan apabila diperlukan, tetapi mengapa ketamakan dan kepentingan diri golongan tertentu yang menguasai segenap aspek kehidupan kita di negara ini?
Syaikh Ahmad Rasyid di dalam bukunya yang epik, Muntalaq, mungkin ada jawapannya.
Katanya, "Sebenarnya masih terdapat ramai saki-baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang ingin kita capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud, merasai keicl dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah besar, sabar menghadapi mehnah dan mahir seni memimpin umat."
Padu.
Katanya lagi, "Ya, memang masih banyak suara-suara ikhlas di pelusuk dunia Islam, namun mereka masih tidak mengenali jalan kerja yang sahih. Setengahnya pula tidak mempunyai kemurnian Islam yang sempurna. Ada yang menyaka caranya ialah dengan menulis rencana-rencana atau mengadakan perhimpunan-perhimpunan dan membuat resolusi mengembalikan Islam di atas kertas semata-mata. Suara mereka ini mula terpapar di dada-dada akhbar, disebutkan di atas mimbar-mimbar dan dibincangkan di dalam konferens-konferens. Tetapi kesemua itu hanyalah umpama irama canggung berhadapan dengan lagu perosak yang berada di carta teratas koleksi lagu permintaan umat di masa itu."
Pergh.
Sebagai pencuci mulut mungkin, as-Syaikh menambah lagi, "...dan telah disimpulkan oleh Amirul Mu'minin 'Umar al-Khattab r.a. dengan satu perkataan yang jamik tatkala beliau ditanya:
"Adakah sebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur dan maju?"
Beliau menjawab,"Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang baik."'
Terduduk.
Ya, kemanusiaan mungkin masih wujud. Kebaikan hati dan ketulusan hati-hati mungkin masih ada. Masih ramai lagi orang yang ikhlas dan baik di luar sana.
Namun semua itu belum cukup; belum cukup untuk mewujudkan sebuah biah (suasana/persekitaran) yang benar-benar terjamin kebaikan dan kemakmurannya. Orang-orang yang baik sahaja belum cukup untuk menghancurkan kezaliman dan kemungkaran. Orang-orang yang ikhlas sahaja belum cukup untuk menegakkan kebenaran dan memastikan al-haq itu yang berkuasa.
Belum. Belum cukup.
Sementara kemanusiaan masih wujud di luar sana, ia perlu diperkasakan dan dihalakan kepada thariq amal (jalan amal) dan fiqh dakwah (cara berdakwah) yang betul agar ia tidak disia-siakan. Golongan baik yang ada perlu dikuatkan dan dikukuhkan lagi agar mereka ini tidak hanya baik secara individu semata-mata, tapi juga cukup prihatin untuk sama-sama mencegah kemungkaran di luar sana. Orang yang hatinya ikhlas dan jiwanya bersih, perlu dibimbing dan ditunjukkan jalan agar mereka juga punya keazaman dan kesungguhan untuk menghapuskan taghut dan kezaliman, once and for all.
Saya khuatir, sekiranya usaha-usaha tidak digemblengkan untuk menyedarkan golongan yang baik ini, lama-kelamaan, kebaikan juga akan hilang di muka bumi ini. Keikhlasan akan luput. Kemanusiaan akan padam.
Tiada lagi orang yang memulangkan dompet apabila tercicir.
Tiada lagi orang yang mahu menghulurkan payung apabila hujan.
Tiada lagi lagi orang yang mahu menawarkan tempat duduk di dalam bas atau tren secara sukarela.
Tiada lagi orang yang mahu membantu apabila tayar pancit atau enjin rosak.
Dan tiada lagi abam pisang goreng yang akan memulang duit seringgit apabila terlebih bayar.
Eh.
-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:
salam..
memang ada orang yang baik disekeliling kita..
nicely written..
Baca dlm nada berpidato. Suke suke! a
Ya,org2 spt ini masih wujud d sekeliling kita. Suka entry ni:)
Setuju IG. Sebenarnya isu rasisme sahaja ingin ditimbulkan untuk kepentingan 'mereka' sendiri lantas mengacau keharmonian negara kita yang sedia ada ini. Sebenarnya takde papepun!
Sngguh deep~
Memang masih ada lagi orang yang baik di sekeliling kita.
http://www.lovehutladyvitamin.com
Post a Comment