Fitnah Emotikon
[Kredit] |
"Aku ok je."
"Hg ni fhm ke x ni?"
"Gila."
Sekarang bandingkan pula dengan:
"Aku ok je. :)"
"Hg ni fhm ke x ni? ^^""
"Gila. ;D"
Nah, besar perbezaannya bukan?
Marcapada ini kita melihat peningkatan penggunaan media sosial secara rakusnya. Hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu jenis akaun media sosial; sama ada MukaBuku (Baca: Facebook), Pengicau (Baca: Twitter), Instagram atau WeChat. Penggunaan aplikasi Waksep (Baca: Whatsapp) adalah hampir wajib bagi para pengguna telefon pintar.
Maka timbul masalah atau cabaran baru dalam kehidupan sosial kita sehari-hari seiring dengan kerancakan penggunaan media sosial ini; kegagalan atau kekhilafan dalam memahami konteks sebenar sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Kemungkinan besar hal ini berpunca daripada ketiadaan intonasi dan emosi dalam mesej-mesej yang ditulis dan dihantar.
Lantas timbullah salah faham dan kadangkala percakaran hanya kerana perkara-perkara yang remeh yang sepatutnya tidak terjadi pon sekiranya mesej itu difahami dalam konteksnya yang sebenar. Yang ok sahaja disangkakan marah. Yang jujur dianggap perli. Yang bergurau dilihat sebagai tidak sensitif. Alahai.
Kerana itu penggunaan emotikon dalam setiap mesej yang dihantar, meskipon tampak remeh dan kadangkala menggedik (ehem!) sebenarnya penting dalam mengurangkan kebarangkalian untuk salah faham ini. Hanya dengan sebuah senyuman atau kenyitan mata dalam bentuk emotikon itu mampu melembutkan mesej yang tanpanya seakan-akan keras dan membasahkan kata-kata yang tanpanya kelihatan kering tidak bernyawa.
"Saya rindu pd anda" dengan "Saya rindu pd anda T..T" berbeza bukan? Terutamanya dengan kehadiran dua lubang hidung besar itu.
"Weh tlg belikn bwg merah 3 ulas" dengan "Weh tlg belikn bwg merah 3 ulas bleh? ;)", mana satu agaknya yang akan membuatkan anda akhirnya membeli bawang merah itu?
"Siapkn dulu krja kau tu" dengan "Siapkn dulu krja kau tu ^^V", mana satu yang akan mendapat mesej balas daripada anda?
Saya yakin para dua't di luar sana juga perlu mengambil perhatian tentang hal ini. Apatah lagi para dua't hari ini juga IT savvy dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru teknologi komunikasi bukan?
Mana ada dai'e hari ini yang tidak ada kumpulan Waksep-nya yang tersendiri? Mana ada dai'e hari ini yang tidak memiliki telefon pintar tersendiri? Mana ada dai'e hari ini yang tidak menge-LIKE atau menge-SHARE post-post dan hapdet-hadpet di MukaBuku?
Jika ada pon mereka ini, golongan dua't yang tidak memanfaatkan media sosial dalam urusan hidup sehari-hari, mereka ini bak kata Nujum Pak Belalang, "Jarang-jarang." Eheh.
Maka para dua't juga perlu sensitif dalam mengaplikasikan media sosial, terutamanya apabila yang dihubungi itu adalah mad'u terchenta. Penggunaan emotikon yang sesuai dengan keadaannya pasti akan menambah perisa dalam membina perhubungan yang lebih hidup dan mesra. Ewah.
"Mutabaah amal anda apa khabar? ^^"
"Dah makan? Jom saya belanja! ;D"
"Eh nti ok ke? Kenapa ana call tak angkat? Ana harap semuanya ok. Risaulah. =S"
"Rinddduuuuuuuu. TT__TT"
"Entah apa-apa. Tumbuk nak? "-..-"
Wahahaha. Ini baharu sedikit tahu?
Tapi sudah tentulah, tiada yang lebih baik daripada berjumpa mata ke mata dan bertemu orangnya yang sebenar. Perhubungan melalui media sosial hanyalah sebagai pengganti di masa-masa pertemuan di alam sebenar tidak dapat dilakukan.
Apalah emotikon senyum itu sekiranya mahu dibandingkan dengan senyuman manis yang sebenar? Apalah erti emotikon bro fist apabila anda boleh membuat bro fist yang sebenar dengan lebih macho dan bergaya? Apalah makna emotikon tersenyum sambil berpeluh apabila anda boleh menerangkan sendiri sambil tersipu-sipu malu kerana rasa bersalah..? Heh.
Bukankah sentuhan sesaat itu jauh lebih bermakna daripada percakapan sejam lamanya..? Ok macam tidak ada kena mengena.
Namun sebagai seorang dai'e, perbuatan dan percakapan kita sehari-hari sewajarnya mencerminkan mesej dakwah yang mahu kita perjuangkan itu. Hatta dalam mesej-mesej waksep atau post-post di MukaBuku kita. Kerana kita sentiasa diperhatikan. Ada banyak mata-mata yang melihat setiap tingkah laku kita. Silap langkah, boleh bawa fitnah. Terlupa letak emotikon, boleh bawa padah! Wah!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah pertaan yang tepat - benar (dalam setiap perkara)."
[al-Ahzab, 33:70]
Nah, dalam zaman moden yang penuh cabaran ini, yang penuh dengan mehnah dan ujian ini, satu mesej waksep boleh menghuru-harakan negara. Satu post di MukaBuku yang disalah ertikan bisa sahaja memporak-perandakan rumah tangga. Lantas kita dituntut untuk menggunakan perkataan yang paling tepat dan benar dalam setiap perkara yang kita ungkapkan, termasuklah pada mesej-mesej waksep dan status atau kicauan kita. Kerana itulah neraca taqwa!
Siapa sangka, dengan hanya menggunakan emotikon yang seolah-olahnya tidak signifikan malah mengada-ngada itu, perkara kecil boleh jadi besar dan isu yang besar boleh sahaja tampak kecil!
Tapi awas! Jangan pula disalah guna!
'
"Hai ukhti manis. Jom teman ana jalan-jalan di taman bunga..? =*"
Jatuh kerusi berguling-guling.
-gabbana-
Kebelakangan ini mengalami krisis kekeringan idea yang boleh tahan seriyes. Nak tulis dua artikel seminggu pon terkail-kial dibuatnya.
Adakah kerana banyaknya perkara telah saya sentuh sebelum ini sehingga tiada lagi topik menarik untuk ditulis, atau... Allah perlahan-lahan sedang menarik ilham yang dikurniakan kepada saya selama ini..?
Gulp.
14 Caci Maki Puji Muji:
Hah. Ha. I love this entry. Bukan apa, mengingatkan balik pada emoticon yang terkadang tersalah guna.
betul3. Tapi alangkah baiknya jika kita bersangka baik sesama kita. Tapi sometimes susah gek
Fitnh siber boleh jadi jugak tu kalau tak berhati-hati.
Ngn muslimt kena straight foward..
Klau tulis "ok" je tnpa emoticon kdng2 org anggp kita "tak ok"..pelik.
Emoticon skrg nie gnti expresi kita..
Klau suka, :)
Kalau sedih, :(
Emoticon yg lbh2 boleh naikkn nafsu syahwat berdosa.
Jadi,elakkan emoticon jd keutamaan msa tu.
fikir walimah sgt ni en gabbana. lek2 ok.
keep looking, dont settle
Ha ha ^^"
Teruskan berkarya :D
sentap habis sebenarnya ni. btw tq
peranan emoticon...xdinafikan.
*prasan juga apg mcm jarang update n...status anda juga mcm lain dr yg sblum ni...tp mungkin ada sebabnya...truskan berkongsi! :)
lawa gambar first tu
Tingkatkan pembacaan. Lack of idea comes from lack of reading.
Emoticon memainkan peranan terutamanya di saat sebegini :)
Indeed it is good dalam DnT. Tapi not between L n P saya rasa. Lebih2 lagi mereka yg berada d medan ini.
Sebab saya akan direct saja maklumkan bhw saya tak suka emoticon yg wujud dlm mesej tu spti "maaf, harap tiada emoticon slps ni". Heh. Garang sangat kah?
Demi kebaikan insan sejagat maka tak kisah digelar garang (yeke?) ^^"
Nway, osem like usual la (thumbs up)
Boleh buat kamus emoticon nih?
Sungguh terasa tua sebab tak faham emotikon di atas. Hanya tahu emotikon zaman pra sejarah - :) / :( / :'( dan >:( , selebihnya wassalam. I guess I am an extinct mammoth as what google quiz said yesterday....sigh.
Post a Comment