Baitul Muslim: Dakwah Atau Fitnah? - Penjelasan Kepada Beberapa Perkara
Bajet kiut sebab nak beri penjelasan. Heh. [Kredit] |
Pada mulanya saya hanya bercadang untuk mencatatkan nota-nota ini di dalam ruangan komen pada post saya semalam. Namun, sekiranya saya berbuat demikian, tidak ramailah yang dapat membacanya dan tidak tersebar luaslah manfaatnya.
Maka izinkan saya untuk menjawab beberapa persoalan atau kekeliruan yang timbul daripada penulisan saya semalam
Memang sudah menjadi tabiat manusia, mereka akan melihat apa yang mereka ingin lihat. Dan mereka akan baca dan faham, apa yang mereka ingin baca dan faham.
Saya menyeru dan berharap agar anda semua dapat berlaku adil dengan artikel yang saya nukilkan semalam. Pada masa yang sama, saya amat menghargai kepada semua komen, kritikan dan pandangan yang diberikan, kerana itulah pon yang saya minta di dalam penulisan semalam.
Baiklah. Betulkan kolar. Betulkan tempat duduk.

Pertamanya, ada perbezaan besar antara ikhwah dan akhawat yang menggunakan al-Baitul Muslim (BM) sebagai perisai dan alasan untuk tidak lagi aktif dalam gerabak dakwah, dengan mereka yang benar-benar diuji bertubi-tubi sehingga terduduk dan tidak mampu untuk berdiri.
Yang pertama itu yang cuba saya tekankan di dalam penulisan semalam, apabila ikhwah akhawat mengambil kesempatan (sama ada secara sengaja atau tidak) daripada BM yang dibina. Ya bunyinya sedikit kasar dan seolah-olahnya baling batu dan sorok tangan. Tetapi itulah hakikatnya.
Maaf sekiranya saya gagal mengenengahkannya dengan baik dan jelas semalam. Tetapi itulah poin yang cuba saya tekankan.
Pada dasarnya, saya tidak pernah menafikan kemanusiaan seorang al-akh dan al-ukht itu. Malah itulah tema utama penulisan buku 'Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki.' Tetapi ada beza kan, mereka yang sentiasa menggunakan alasan manusiawi untuk mempertahankan diri dan mereka yang benar-benar diuji manusiawinya?
Anda tahu siapa diri anda.
Keduanya, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa saya ada sebutkan, di sana sememangnya ada keluarga ikhwah dan akhawat yang menjadi qudwah di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini. Betapa mereka tidak menjadi perlahan selepas bernikah, malah ada yang melaju. Ya, golongan ini wujud.
Atas premis ini, saya mempersoalkan, sekiranya mereka mampu, mengapa tidak yang lain?
Mereka lain akhi...
Apa yang lainnya? Mereka juga Allah berikan dua tangan dan dua kaki. Mereka juga Allah berikan tempoh masa yang sama. Mereka juga ada anak dan isteri. Mereka juga punya kerjaya yang tersendiri. Adakah mereka ini tidak diuji? Adakah mereka ini tidak melalui sepertimana apa yang dilalui oleh pasangan-pasangan yang lain?
Entahlah. Inilah yang sering bermain-main di dalam kepala saya.
Sekali lagi, adakah benar mereka yang lain atau kita sahaja yang beralasan..?
Ada juga yang memberikan contoh seorang tabi'en yakni Uwais al-Qarni yang menjadi selebriti di langit kerana taat menjaga ibunya. Dijadikan hujah betapa tindakan Uwais ini menjadi bukti bahawa seseorang itu perlu dahulu menyantuni ahli-ahli keluarganya yang terdekat.
Saya tidak pernah menafikan hakikat itu.
Pada masa yang sama, jangan lupa di sana ada ramai para sahabat dan sahabiyyah yang dijanjikan sorga kerana syahid di medan perang. Di sana ada banyak kisah-kisah para sahabat yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas-tugas dakwah. Dan di sana kita telah diceritakan bagaimana orang-orang hebat ini sanggup berhijrah ke negara asing hanya semata mahu menyebarkan risalah-Nya yang mulia.
Apa mereka tidak punya keluarga? Mereka tidak punya anak-anak? Mereka tidak punya komitmen dan tanggungjawab?
Berlaku adillah apabila membaca sirah. Berlaku adillah apabila menanggapi sunah Nabi dan para sahabat.
Ya, saya ektrem. Ya, saya syadid. Anda boleh katakan semua itu. Tetapi izinkan saya menghabiskan dahulu apa yang terbuku di hati.
Kita amat bertuah menjadi umat Muhammad SAW. Pada sosok itu ada Quran yang berjalan. Pada tubuh itu ada qudwah, rahmat untuk kita semua.
Nah, bukankah baginda telah menjadi bukti bahawa tarbiyah dan dakwah itu tetap numero uno, meski berkeluarga, walau bekerjaya? Bukankah baginda dan para sahabat r.a. ajmai'n telah membimbing dan menunjukkan jalan kepada kita apakah yang dimaksudkan dengan al-baitul muslim dalam erti katanya yang sebenar?
Mengapa dalam isu bersugi, berjubah, berpurdah, berselempang dan sebagainya sahaja kita mahu ikut sunnah baginda, dan tidak pada sebegini yang pastinya lebih besar dan utama?
Alah akhi, Nabi dan para sahabat lainlah...
Ok.
Ada juga yang menyatakan situasinya berbeza buat akhawat kerana sebagai isteri, mereka perlu taat kepada suami. Benar, benar dan benar. Saya tidak mungkin dapat menafikan hakikat itu.
Kerana itulah di dalam post sebelum ini, saya menekankan peranan lelaki sebagai ketua keluarga, sebagai nakhoda kapal kepada pelayaran keluarga membelah lautan badai dan bergelora. Ewah. Jika suami yang dikahwini itu merupakan seorang al-akh yang faham dan benar-benar jelas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang hamda dan khalifah, mana mungkin dia tergamak menghalang isterinya untuk turut sama bergerak pantas dan cergas di dalam gerabak ini.
Dan... Ok, saya perlu beri amaran terlebih dahulu. Contoh yang akan saya berikan ini sumpah ekstrem. Mungkin akan ada akhawat yang menarik-narik tudung labuhnya kerana tidak terpercaya. Eheh. Anda sudah bersedia?
Pernah dengar kan nama Zainab al-Ghazali? Figur akhawat di zaman Hassan al-Banna? Pasti anda juga pernah mendengar kisah lejennya, bagaimana dia telah meletakkan syarat yang cukup ketat kepada bakal suaminya. Apakah itu?
Untuk membenarkan dia bergerak aktif di dalam gerakan perjuangan Islam. Oleh sebab itu dia telah bercerai dengan suaminya yang pertama kerana suaminya itu tidak membenarkannya berbuat sedimikian.
Perlu saya masukkan di sini, di dalam bukunya yang epik 'Hari-hari Di dalam Hidupku' (Ayyam min Hayati), Puan Zainab telah menegaskan bahawa meskipon dia adalah ketua kepada sayap wanita Ikhwanul Muslimin, dia sama sekali tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada suami dan keluarganya.
Walaweh.
Uish ekstrem sangat tu syaikh. Dia lain kott...
Ok.
Kerana itu semalam saya berbicara tentang chenta. Hubb.
Sekiranya kita benar-benar chenta akan dakwah ini, chenta akan perjuangan menegakkan Islam ini, ikhlas menjadi penumpang gerabak ini, kita pasti tahu prioriti kita yang terpaling utama.
Setiap perkara adalah ujian untuk kita. Orang bujang ada ujiannya sendiri. Orang berkeluarga juga punya ujiannya sendiri. Walau apa pon ujian yang dialami, tujuannya tetap sama; untuk menilai dan menapis kita, siapakah di kalangan kita ini yang paling baik amalannya.
Sayugia premis saya menulis post 'Baitul Muslim: Dakwah Atau Fitnah?' sangat jelas dan lurus ke hadapan. Betapa di sana ada ramai qudwah yang telah menunjukkan jalan kepada kita, bahawa tidak mustahil untuk mendirikan sebuah BM yang ideal; keluarga yang bahagia tanpa mengabaikan sedikit pon tugas dan tanggungjawab sebagai seorang dai'e ilallah.
Sekiranya mereka mampu, mengapa tidak anda? Mengapa tidak saya, biidznillah? Mengapa tidak kita, inshaAllah?
Saya ucapkan jutaan terima kasih, jay zek kay kay kepada mereka yang memberikan komentar, sama ada sekadar pandangan atau kritikan. Ia amat membantu saya dalam lebih memahami situasi yang hakiki dan berpijak di bumi realiti.
Ia juga merupakan tamparan kuat buat saya dan saya yakin kepada ikhwah akhawat bujang di luar sana (espeseli hadek-hadek yang sering terkinja-kinja setiap kali topik BM diutarakan) betapa mendirikan BM itu tidaklah seperti hikayat Puteri Salju atau Si Cantik Yang Hobinya Tidur Sepanjang Masa. Eh. Ia memerlukan persediaan yang rapi. Ia memerlukan kekuatan yang jitu. Dan pastinya ia memerlukan keikhlasan yang tulus dan suci.
Tidak salah mahu eksaited. Tiada silpanya mahu berasa teruja dengan prospek berumah tangga dan eskalator. Tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Jika setiap kali pon mahu berbicara tentang BM dan naik syaikh setiap kali terpandangkan akhawat, ada sinaps di otak anda yang putus mungkin. Heh.
Kepada ikhwah dan akhawat yang benar-benar diuji dengan mehnah keluarga yang sememangnya diakui mencabar dan menggoncang jiwa, saya doakan agar kalian tabah dan kuat. Dan moga Allah keluarkan kalian dari kemelut dan lubang fitnah ini dengan sesegera yang mungkin.
Dan kepada kita yang terus memberikan alasan dan mencari-cari ruang untuk melarikan diri, sudah tiba masanya untuk kita bermuhasabah, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jujurlah pada Allah, ar-Rasul dan agama ini. Dan jujurlah pada diri sendiri.
Kepada anda yang mungkin terdetik atau mendoakan, "Tengoklah Inche gabbana nanti dia berBM macam mana. Baru dia tahu. Padan muka!" saya hanya mampu senyum tak perlu kata apa-apa. Risau juga saya di bulan Ramadhan ini anda berdoa sebegitu. Risau kerana jangan lupa para malaikat juga akan mendokan anda dengan doa yang sama!
Teruskan menegur saya. Teruskan membetulkan saya. Jangan bosan menasihati saya. Saya masih hingusan di atas jalan ini. Saya budak yang masih teruja untuk belajar. Kerana sungguh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan dan kesabaran itulah yang menguatkan ummah ini.
Moga Allah redha. Senyum.
-gabbana-
Alhamdulillah saya menulis post ini dengan penuh tenang dan bergaya. Maaf andai nadanya emosi tapi sungguh saya menulis post ini dengan tenang. Kot.
Moga saya tidak perlu menulis 'Baitul Muslim: Dakwah Atau Fitnah? - Penjelasan Kepada Beberapa Perkara - Penjelasan Lagi' pula. Eheh.
Aman. Saya tidak mahu berperang kerana inni soim. Senyum.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
[al-Furqan, 25:74]
Moga Allah redha. Senyum.
-gabbana-
Alhamdulillah saya menulis post ini dengan penuh tenang dan bergaya. Maaf andai nadanya emosi tapi sungguh saya menulis post ini dengan tenang. Kot.
Moga saya tidak perlu menulis 'Baitul Muslim: Dakwah Atau Fitnah? - Penjelasan Kepada Beberapa Perkara - Penjelasan Lagi' pula. Eheh.
Aman. Saya tidak mahu berperang kerana inni soim. Senyum.
10 Caci Maki Puji Muji:
semoga inche gabbana bertemu jodoh dengan seseorang yang boleh membantunya dalam jalan dakwah & tarbiyyah.
p/s: harumnya bau nasi minyak dan ayam masak merah. hehehe
Well said! :D
Salam alayk akhi,
Bagaimana pula jika ikhwah yang berbm dengan bukan akhawat?
Comel la IG ini. Eheh. Suke suke.(Maksud sy post ini) Semoga Allah terus menjaga keikhlasan anda. Insyaa Allah. Moga Allaah redha. BIIZNILLAH.
Sat untuk ikhwah yg ber BM dgn bukan akhawat itu, sy nmpak di atas. Ada ikhwah yg kena basuh dan cuci dengan clorox. Sekian.
Ustaz Alias Othman pernah bertegas buat ikhwah agar tidaklah berkahwin selain dengan akhawat untuk meneruskan kelangsungan dakwah dan tarbiyah yang penuh getir ini. Akhawat yang ramai kenapa tak dipilih? Kesian kat akhawat dikahwini dengan non-ikhwah. Risiko besar untuk menjadi seperti yang dibimbangi oleh akh IG dalam postnya nie.
P/s: Erm..mohon akh iG untuk bagi pencerahan lebih lagi dalam kata-kata saya nie. Maaf tak pandai nak memanjangkan kalam dengan penulisan. Kalau dengan lisan boleh insyaAllah. Hehe
1 benda yg saya nampakndlm jalan ni, keciciran utama, msk dlm jln ni nak cari pasangan soleh, mcm hadis 1, lalu bila sudah berjumpa, perlahan2 terundur dr jln ni. Kan Allah memberi berdasarkan niat. SebB rmai kata, susah nk cr psgn soleh solehah kt luar. Hmm.
salam alaik,
apa yang difikir sama seperti Anonymous diatas post--
ini sangat betul-betul bermuhasabah,
sebenarnya dakwah yang kita sertai dan buat ni selama ini tujuannya untuk mndapatkan sebuah perkahwinan ke,,
ataupun perkahwinan kita itu, adalah suatu yang kita mestikan/wajibkan supaya selari dengan perjalanan dan misi dakwah kita.
muhasabah hadis 1! T__T
kesimpulan--fasa dalam nak melangkah lagi satu anak tangga adalah salah satu methode Allah nak kita bermuhasabah, keikhlasan kita dalam dakwah kerana Allah. betul ianya sebuah tapisan.
kalau betul ilallah--anak tangga demi anak tangga mampu didaki dan dibina,
kalau tidak,tangga akan statik dengan dua anak tangga sahaja atau lebih parah--roboh
**tangga maratib amal.
Allahu Allah, ikhlaskan kamiii..
senyum. umur ini masih belum bertemu jodoh, doa selalu dipanjatkan moga dpertemu yg terbaik..dan itu yg selalu sya fikir..Allah nak sya terus bermuhasabah dlm 'niat utk berBM'.
Naqibah saya sebut hari tu,
akhawat nak kawen dengan ikhwah tapi ikhwah ramai kawen dengan non-akhawat.
lepas tue isu akhawat nak kawen dengan non-ikhwah. kata akak naqibah, selagi dia izinkan dan faham, ok. tapi clorox kan lah dia. sebab mungkin mula2 dia ok.
nanti2?
lepas tue isu
sorang jemaah nie
sorang jemaah tue
berBM
nak ikut jemaah mana.
moga akhawat ikhwah yang berBM mampu thabat dengan DnT.
saya sangat amatlah kagum menengok masulah2 semua yang dengan kerjanya, anaknya, suami,isteri,keluarga etc tapi masih mampu thabat. want to be like them, iA.
Post a Comment