Baitul Muslim: Dakwah Atau Fitnah?
| ||
Ya, setelah melihat berkali-kali di hadapan mata kepala saya sendiri, saya merasakan perlunya untuk saya mewarkahkan sesuatu tentang hal ini.
Benar, seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel-artikel bertemakan al-Baitul Muslim (BM) sebelum ini, saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara tentangnya; atas premis yang paling mudah dan tuntas yakni saya sendiri belum lagi mendirikannya.
Pandang kiri, pandang kanan.
Samalah seperti orang yang tidak pernah menebar roti canai kemudian dengan selamba pandanya berkata, alah kacang goreng cap Nganyin je nak buat roti canai! Eh boleh pakai ke analogi sebegitu?
Namun saya melihat ada sedikit kelebihan berada di dalam posisi saya. Saya melihat situasi yang berlaku sebagai orang luar. Dan bukan orang luar yang biasa-biasa, tapi orang luar yang telah dimomokkan dengan pelbagai cerita dan teori tentang BM. Atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami, saya adalah juga kelayakan untuk memberi sedikit komentar tentangnya.
Samalah seperti orang yang tidak pernah menebar roti canai, tapi dia pernah menguli tepung yang akan digunakan untuk membuat roti canai tersebut. Wahahaha ok mengarut.
Ehem.
Sepertimana yang kebanyakan daripada anda ketahui (saya agak-agak je kebanyakan), BM terletak pada tangga kedua selepas Individu Muslim dalam maratibul amal (tanggal-tanggal amal). Secara idealnya, BM didirikan selepas ciri-ciri asas dalam pembinaan individu muslim telah berjaya dilangsaikan. Dengan kata lain, hanya mereka yang telah benar-benar bersedia sahaja yang sewajarnya berBM.
Nah, di sinilah masalahnya bermula. Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa seseorang itu telah benar-benar bersedia untuk berBM? Apa syarat-syaratnya? Apa tanda-tandanya? Adakah sekiranya seseorang itu gagal melepasi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan, maka dia tidak layak untuk mendirikan rumah tangga?
Peh ektrem sungguh anda ini.
Oh ya. Terlupa pula saya untuk meletakkan disklemer terlebih awal. Tapi saya nasihatkan hanya mereka yang jelas dengan konsep maratibul amal atau yang telah terlibat dalam gerabak tarbiyah dan dakwah sahaja yang harus meneruskan pembacaan. Kepada anda yang lain-lainnya, saya sama sekali tidak bertanggungjawab dengan sebarang kejadian berpeluh tanpa kawalan, kejadian ketap gigi sampai patah, upacara garu kepala sehingga botak dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya sekiranya anda berdegil juga dan mahu meneruskan pembacaan.
Bak kata omputih, you have been warned.
Baiklah, kita sambung.
Sejak awal mengenali tarbiyah, saya telah dididik hanya mereka yang benar-benar bersedia sahaja yang layak mendirikan BM. Tidak perlu gopoh. Tidak perlu terburu-buru. Jangan terkocoh-kocoh.
Kerana amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan pembinaan BM itu terlalu amat besar dan berat. Fitnah dan mehnah yang datang sejurus sahaja lafaz akad dilaksanakan itu begitu getir dan perit. Risau nanti jika tidak bersedia, jika tidak benar-benar kuat, akan jatuh tersungkur dan tersembam. Adeh.
Maka fasa individu muslim itu perlu dilalui dan dibereskan dengan teliti dan amanah. Batu-bata yang mahu disediakan untuk membina khilafah Islam itu perlu diadun dan dibakar dengan baik agar hasilnya nanti kuat dan utuh. Proses tarbiyah yang perlu dilaksanakan untuk membentuk rijal ummah ini hendaklah dipenuhi tanpa ada sebarang kompromi.
Namun orang macam saya ini sering dilabel sebagai syadid. Terlalu keras dan cerewet. Malah ada yang marah, mengatakan mengapa perlu disusahkan dan dipayahkan urusan perkahwinan. Kalau sudah jatuh hukum wajib atau sunat untuk berkahwin dari segi fiqhnya, maka kahwin sahajalah! Buat apa mahu lengah-lengah?
Asek-asek individu muslim. Asek-asek usrah. Asek-asek tarbiyah. Tak kawenlaaaahh aku nokkkk!
Err.
Bukan, bukan mahu sengaja menyukarkan. Bukan mengada-ngada mahu melewatkan. Bukan pula mahu bajet diva. Eh.
Tetapi ikatan perkahwinan seorang lelaki yang bergelar al-akh dan seorang perempuan yang memegang status al-ukht itu bukan ikatan yang biasa-biasa. Sungguh, ia sebuah ikatan suci yang luar biasa. Dan kerana keluarbiasaannya itulah, ia datang dengan pelbagai mehnah dan ujian yang luar biasa juga.
BM yang dibina sewajarnya melajukan lagi dakwah. BM yang terlaksana seharusnya menggerakkan lagi tarbiyah. Ikatan suci seorang al-akh dengan al-ukht yang faham dan jelas akan peranan masing-masing dalam gerabak tarbiyah dan dakwah sewajarnya menyemarakkan lagi hamasah dan jiddiyah mereka untuk terus laju memacu perjuangan ini. Semacam Son Goku yang membuat penggabungan dengan Bezita. Eheh.
Malangnya, bukan itu yang saya lihat.
Ada akh yang begitu hebat dan lancah di pentas dakwah, jatuh tersungkur selepas berBM.
Ada ukht yang sungguh berkobar-kobar semangatnya memperjuangankan risalah, terpadam bara himmahnya selepas berBM.
Ada akh yang dahulunya paling ke hadapan apabila diminta berkorban, kini seringkali memberi alasan selepas bergelar seorang zauj.
Ada ukht yang dahulunya tidak pernah ragu-ragu apabila ditagih harta, masa dan tenaganya, kini sering mengelak setelah bergelar seorang zaujah.
Amboi amboi Inche gabbana. Lebatnya anda berkata-kata. Mana anda tahu semua ini..?? Anda bukan pernah berBM ponn! Gebang je lebih!
Alahai. Mana saya tahu?
Kerana saya sudah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tidak cukup dengan itu, siap dengan cermin mata sekali. Heh.
Bukan seorang dua. Bukan sepasang dua. Tetapi cukup ramai sehingga membuatkan saya tertanya-tanya, benarkah kesatuan ini benar-benar bermanfaat untuk dakwah? Atau hanya mendatangkan fitnah?
Berapa ramai ikhwah yang meninggalkan bulatan gembira atas alasan sibuk dengan keluarga?
Berapa ramai akhawat yang dilarang untuk pergi menghadiri konferens riang kerana dihalang oleh zaujnya?
Berapa ramai ikhwah yang lesu dan layu setelah berBM, tidak lagi seperti dahulu penuh semangat melaungkan slogan jihad?
Berapa ramai akhawat yang tidak lagi membawa bulatan gembira seperti dahulu dengan alasan tidak lagi punya ruang dan peluang untuk semua itu?
Berapa ramai orang ikhwah dan akhawat yang futur dan gugur dari perjuangan ini selepas mendirikan BM yang kononnya dibina atas dasar tarbiyah dan dakwah...??
Allahu.
Ya, tidak terjadi kepada semua. Tetapi seperti yang saya katakan, saya sudah melihat sendiri begitu banyak kes sehinggakan saya sendiri berasa ngeri dan cemas untuk mendirikan BM sendiri. Tidak yakin adakah saya mampu untuk mengharungi ombak mehnah yang begitu dahsyat. Ragu-ragu dengan kemampuan dan persiapan diri untuk bergelar seorang, err, *telan air liur* suami kepada seorang al-ukht nanti.
Seorang al-akh yang amat saya kasihi dan tsiqahi malah pernah mengungkapkan sesuatu yang amat sukar untuk saya telan, terutamanya kerana ia datang daripada seorang murabbi yang cukup berpengalaman di atas jalan ini. Katanya,
"Ana tak percaya yang BM ni melajukan dakwah. Ana dah tengok ramai ikhwah yang jadi lagi slow selepas berBM."
Aduh.
Di mana silapnya al-Baitul Muslim yang didirikan atas nama tarbiyah dan dakwah itu? [Kredit] |
Untuk rekod, memang ada ikhwah yang terus tsabat malah semakin hebat selepas berBM. Memang ada ikhwah yang terus membawa bulatan gembira setelah mendirikan rumah tangga. Memang ada ikhwah yang tidak pernah putus bermuayasyah dengan hadek-hadeknya meski sudah bergelar suami kepada orang lain. Mereka inilah yang menjadi qudwah kepada saya dalam menyantuni erti sebuah BM. Mereka inilah yang terus memberikan saya harapan bahawa idealisme ikhwah dan akhawat yang masih boleh kekal tsabat dan hebat setelah berBM itu benar dan bukannya ilusi semata-mata.
Namun bilangannya tidak ramai. Jumlahnya sedikit. Tidaklah seramai seperti yang sepatutnya. Justeru di mana silapnya? Di manakah perginya asas-asas yang telah dibina sewaktu fasa individu muslim dahulu? Mengapakah benih-benih yang disemai sewaktu melalui fasa pembinaan rijal itu tidak berbuah seperti yang diharapkan?
Seorang lagi al-akh yang juga saya kasihi lagi tsiqahi menawarkan penjelasan untuk situasi ini, kerana dia juga risau dan garu kepala melihatkan keletah ikhwah yang terrsungkur secara berjemaah selepas berBM. Untuk rekod, dia sudah berBM dan dia antara al-akh yang saya kagumi dan hormati kerana keteguhannya selepas mendirikan mahligai chenta. Katanya:
"Mungkin BM ini adalah tarbiyah dan tapisan kepada al-akh yang bernikah itu, untuk melihat sejauh mana dia benar-benar ikhlas menyertai gerabak dakwah ini."
Padu. Sumpah padu.
Lantas saya teringatkan kepada sepotong ayat Quran, yang sering kita ulang baca, ulang dan ulang, namun jarang sekali kita memaknainya.
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia chenta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda tang tertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
[Ali-Imraan, 3:14]
Hubb. Chenta. Suatu perasaan yang hanya difahami oleh hati. Suatu perasaan apabila dialami, maka bergegarlah jiwa bergoncanglah dunia.
Sehingga mandi pon tak bersabun, tidur pon tak berdengkur dan makan pon tak bertambah nasi. Wahahaha.
Yang pertama itu Allah letakkan perempuan-perempuan. Nisa'. Keduanya anak-anak. Yang mana kedua-duanya membentuk sebuah keluarga impian bagi setiap lelaki yang fitrah.
Mengapa lelaki? Kerana...
"Lelaki (suami) itu adalah pelindung kepada perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)..."
[an-Nisaa, 4:34]
Arakian lelakilah yang lebih bertanggungjawab dalam memacu halatuju keluarganya.
Seorang lelaki itulah yang memegang amanah untuk membimbing dan memandu ahli-ahli keluarganya.
Seorang lelaki itulah yang menentukan hitam putihnya, bersih kotornya perjalanan kehidupan keluarganya.
Maka benarlah chenta itu buta. Kerana seorang lelaki yang telah jatuh chenta berguling-guling kepada perempuan-perempuan dan anak-anak, terus melupakan chentanya pada yang lain.
Ke mana chentanya pada tarbiyah dan dakwah dahulu?
Ke mana chentanya pada muayasyah bersama hadek-hadek bulatan gembira?
Ke mana chentanya pada semangat jihad yang berkobar-kobar sewaktu ketika dahulu?
Ke mana chentanya pada tidur gelandangan di mesejid bersama ikhwah tersayang?
Ke mana chentanya pada erti sebuah pengorbanan?
Semuanya dibutakan atas nama chenta pada perempuan-perempuan dan anak-anak. Semuanya dikaburkan dengan keluarga idaman yang bernama al-baitul muslim itu.
Tarik nafas.
Ya, Allah tahu apa yang kita sembunyikan di dalam hati kita itu. [Kredit] |
Silakan untuk berasa marah. Silakan untuk berasa jengkel. Anda berhak untuk semua itu. Anda berhak untuk tidak bersetuju.
Malah silalah komen. Silalah kritik. Silalah tegur dan perbetulkan mana-mana bahagian yang tidak tepat.
Buktikan saya salah. Buktikan saya terkhilaf. Buktikan yang saya tidak faham.
Kerana ini luahan sebuah hati. Sebuah hati yang jujur, yang semakin sangsi dengan sebuah institusi bernama al-baitul muslim itu.
-gabbana-
Emosi? Tidaklah. Cuma meluahkan apa yang sudah lama terpendam selama ini.
Doakan agar saya banyak berkata-kata ini, tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama. Doakan al-baitul muslim saya suatu hari nanti akan menjadi qudwah dan bukannya fitnah.
Jujur, saya benar-benar risau...
41 Caci Maki Puji Muji:
1st!
Eh, salam wbt.
ini perlu sesi teh lepas tarawih nih.. hehe..
well, kemungkinan ramai diantara kita bergelar manusia, secara subconciously telah meletakkan 'dpt kerja-kahwin-dapat anak' adalah achievement minima, walaupun kita telah disentuh, diraba mahupun diramas-ramas oleh tarbiyyah beberapa tahun.
sebab tuh, omputih panggil, 'settle down'
Ya, bila dah kahwin, kita x sangkal kita ada tanggungjawab sampai mati, kalau seorang lelaki, membahagiakan, memberi nafkah kepada isteri dan anak, dan seorang isteri, taat, melayan suami dan mendidik anak-anak.
Adakah tanggungjawab seperti ini jatuh dalam kategori 'hambatan dakwah?' Tak buat kire lagi hancur institusi keluarga la plak..
Maka timbul satu lagi isu common, 'tak cukup masa'. 24 hours yang kire panjang pun jadi pendek di zaman fitnah nih. Semua benda kita nak buat. Of course, bila kita bujang, kita ada the whole pack of 24 hours for ourself dan kita tak segan silu utk korbankan utk orang lain.
maka, ini nasihat dari laut :
setelah terbinanya institusi BM, maka bertolak-ansurlah,
berfahamanlah dan berkorbanlah.
wallahualam...
p/s : bila free?
Cuak jgak la bca entry ni..err...dah tu cemana ni IG? bila masanya masa yg tepat untuk berBM?
doakan lah mereka yang tenggelam itu untuk timbul kembali.
jangan expect yang terlalu indah2 juga dari ikhwah akhawat ini utk naik gear lima melaju dalam dakwah terus lepas ber-BM.
Ikhwah akhawat semua manusia. Yang ada pengalaman dan pengharapan terus menerus lah memberi tazkirah, peringatan dan nasihat. Bagi masa pasangan baru utk adjust, tapi jangan terlalu lama.
ie: naqibah bagi masa excuse usrah tp jgn sampai sebulan!
manusia berubah fasa perlukan adjustment, paling2 boleh buat bagi support dan doa.
Berusahalah menjadi al akh yang sejati, insyaAllah Allah hadiahkah ukht y sejati
Jgn berpura-pura, nanti dpt y berpura2 juga
Salam IG.takut pulak nak komen sbb IG dah cakapawal2 hanya yang benar2 paham konsep MA je patut teruskan bacaan. Huhu. Anyhow, sudah beberapa tahun dlm gerabak ini, dan saya juga yakin dgn MA yang ada.
Cumanya, ini sedikit komen. Kenapa ye dlu IHAB wujudkan usrah? Sbb kebajetan institusi keluarga kan? Dan bagi saya, mungkin kita kena paham yang al akh dan al ukht tersebut ada tugas lain dalam keluarga nya *bila dah beranak pinak. Bila belum, rasanya sepatutnya x ada masalah ni*.
Saya sngt jengkel bila tengok ikhwah atau akhawat yang sibuk ke sana ke mari tp hubungan dengan famili terabai mcm tu sahaja. Mgkin IG Kata kalau ikhwah dan akhwat tersebut paham, sepatutnya x ada masalah tersebut..ye yang tu betul. Tapi anak2 yang masih kecil?
Dan rasanya tak adil kalau kita judge macam.tu sahaja tanpa berada sendiri dalam posisi mereka.
Semoga nta terus melaju walaupun setelah berBM insyaAllah.
Salam.
Nice entry, Inche Gabbana.
Sejujurnya, memang terlintas di fikiran pasal apa yang bakal terjadi selepas berBM ni. Mungkin di sini kita semua nampak pentingnya dalam memilih bakal zauj/zaujah kita. Tapi ya lah, bukannya kita boleh kawal part tu kan, sebab Allah yang Maha Menentukan segalanya. Siapa jodoh kita dan bagaimana kefahamannya terhadap gerak kerja dakwah. Hanya Allah yang tahu.
Dan memang benar, persefahaman antara pasangan kita itu amat penting, bukan setakat untuk rumahtangga itu sendiri tetapi dalam seluruh aspek. Oleh itu, rasanya tak ada masalahnya bila kita mempunyai kerisauan terhadap isu ni.
Anyway, syukran jiddan dengan perkongsian yang membuka minda ni. Ya la, sebab balik2 ramai yg suka sentuh isu BM ni, tanpa fikir pasal kesannya di kemudian hari.
Salam...
Semoga kita senya terus tsabat dalan dakwah Dan tarbiah ..
K. Buat diri... Doakan tidak menjadi mutarabi yg bergerak dlm d n t untk mendpt spouse yg baik. Eh? Adakah cam tu.... Adoi... K.
Semoga IG terus tsabat slps kahwen...
Moga Allah menemukan anda dengan insan yang betul betul sesuai utk jiwa anda. Kerana ikhwah dan akhawat tetaplah seorang manusia yang sentiasa akan diuji. Beruntunglah pasangan ikhwah dan akhawat yang berjaya melepasi ujian ini. Ujian BM. Melambatkan atau melajukan dakwah.
Seperti mana yg pernah anda postkan sebelum ini. Bg sy, semuanya adalah tentang keikhlasan dlm berdakwah kpd Allah swt. Jika sebelum ber BM anda sememangnya ikhlas kerana Allah, untuk Allah, insyaa Allah, Allah pasti akan menjaga anda dari terperangkap ke dalam ujian BM ini.
Takut, risau, siapa tidak takut. Ujian. Nak tak tahu lulus atau tidak. Kena amik ujian itu. Kena ber BM, face the ujian. Bila nak amik ujian? Fikir and tanya Allah, aku dah ready kah? Sy rasa jika tunang (jika ada) or jodoh anda membaca ini, mungkin dia merasa down or takut nk berkahwin dgn anda. Kerana tkt dia mwnjadi asbab anda lambat dlm dkwah selepas berbm. Well.. belum cube belum tahu. Inilah ujian nya. Ber bm dulu, face d ujian, and akhirat nnti tgklah resultnya. Anda memg agak Emo. Tapi.sy faham.mengapa anda emo. Hanya akhaway supersaiya shja yg layak utk anda. Insyaa Allah. Allah knows best.
Assalamualaikum.
Dlm waqi ktorg hanya ada 1 psgn ikhwah akhwat yg tlah berBM. Pastinya byk harapan yg dletakkan pda mereka utk pkmbgn dnt . Tp saat mereka tdk mjdi spt yg dhrapkan, sbg teman plg rapat pastinya wujud rsa kecewa, tp mgkn Allah nk btulkan, mcm mna pun pgantungan kta pda apa, pada tiap kenaikan pd tangga atau hanya padaNya. Mungkin kita yang blom ni blom merasai ksusahannya dan Allah bg kta msa, ruang n pluang utk tros siapkan diri. Perkara yg plg pting, inilah peranan kita dlm mbantu mereka. Doakan mereka, apa yg blh tlg kta tlg mereka.
Baru2 ni bknalan dgn anak ikhwah akhwat yg dh bpukuh thn dlm jln ni. Mereka hebat sgt hebat. Anaknya ramai, smuanya aktif dlm dnt. Tp yg bongsu dlm diam mmendam rasa, tak faham kesibukan ibubapanya.dlm diam mnyimpan hasrat utk mjdi akhwat yg ’biasa2' je. jd, utk ingatan, jika sudah berbm nanti, perlu fahamkan tiap seorg ahli kluarga. Sambil rancak dlm dnt, tros cba fahamkan tiap satu ahlinya.
assalamualaikum IG
Masyallah satu input yang sangat bagus..
sangat mmbuka mata dan semoga dapat di teruskan di masa akan dtg..
cuma nya..
saya kurang jelas baitul muslim yang akh masud kan adakah perkahwinan antara
ikhwah+akhawat se jemaah sahaje?? atau tidak??
mengikut fahaman ana baitul muslim = rumah tangga which means rumah tangga yg di bina..tidak kira lah se jemaah atau tidak..
tidak semua orang dalam gerabak D&T nie sangat bernasib baik dapat pasangan yang se fikrah..sejemaah..se gerabak..ada juga yang di takdirkan Allah mndapat pasangan yang blainan fikrah..bagi ana, kita seatutnya berlapang dada atau husnudzon dalam kes nie..dan saling mendoakan agar yang jatuh dapat bangkit semula...
bagi perspektif ana, sesetengah yang 'jatuh' ni bukanlah melupakan terus D&T yg dah lama terpahat dalam diri mereka..mungkin kita tidak mengetahui apa yg mereka lalui selepas ber-baitul muslim..
mungkin kita boleh ambil sebagai contoh, golongan akhawat..selepas kahwin..banyak perkara yang perlu di utamakan..menguruskan suami, masak, mengemas dan sebagai nya..tangjawab juga akan bertambah jika si isteri keluar bekerja..situasi mcm kita xdapat nk elakkan and semua juga turut melaluinya, mungkin sebb ni mereka kurang ber'program..or berbulatan gembira.. bukan bermakna mereka tinggalkan terus..hmmm berlapang dada dan think positive sebab kita org hanya yang orang yang melihat..bukan orang yang merasa lalu..I repeat again..be positive and husnudzon
wallahualam..
Assalamualaikum..
Nmpknya y komen memang komited brusrah memandangkn term y dgunakan memang bombastik. Sori sy org biasa saja tp suka bca blog ni. Seronok nk komen sebab bab2 cmni memang best pun. Kawen tu fitrah. Kalu lps kawen jd mcm2 pon fitrah. Sebab Allah dh kata dlm surah al-ankabut ayat 2-3. Tp jgn lupa dr perkahwinan y halal melahirkan pejuang2 y hebat pd masa depan. Kn ke Nabi tunjukkan dlm peristiwa Thaif (sori kalau salah). Mungkin byk y kurang lps kawen. Tp demi Islam, bg sy berkahwinlah. Agar kita dpt mengasuh anak2 kita & kwn2nya mencintai Allah, lebih drpd mencintai ibu bapanya. Insyaallah, smg dr kita lahir pejuang2 agama y trs memperjuangkan kalimah La ilaha illallah.
Ok. Tu saja. Selamat menunaikan ibadah puasa. Smg brtemu lailatul qadr.;)
Assalamualaikum
Sy faham mungkin ig merasa kecewa dengan performance pasangan yang sudah berkahwin tidak sehebat dulu..tapi adakah solusi kepada masalah ini adalah dengan tidak berkahwin? I think anyone yg ckp s/he tak pernah terfikir tentang cinta, matlamat nya adalah dakwah semata dan UA. I think they r in denial. Cinta adalah fitrah dan anugerah Allah. Dan tujuan kehidupan ni pon memang nak mengejar cinta. Cinta pada Allah. Cinta pada ibubapa. Cinta pada pasangan kerana Allah. Cinta pada anak2. Bg sy, ssiapa yg x berkahwin tambah2 lagi bila umur dah meningkat dewesa, I could say that the person mungkin tidak berasa gembira, gelisah etc
Jadi solusi yg sy dpt fikirkan ialah bukan dengan tidak berkahwin tetapi dengan mengurus masa dengan baik agar aktiviti usrah dpt bergerak seiring dengan pengurusan keluarga.
Wallahualam
“pekahwinan tu bukan hanya antara 2 orang sahaja tapi 2 buah keluarga. ”
Kalau 2 buah keluarga tu memang faham mungkin lebih mudah, tapi andai kata keluarga yang tidak faham? Hujung minggu belah sini suruh balik, belah sana suruh balik. Hujung minggu patut boleh berbulatan gembira, daurah, program tapi ada kenduri belah suami, tahlil belah isteri, sambutan hari lahir anak saudara. Tapi, memang tu ujian dari Allah. Kadang dorang perlu masa utk settle kan semuanya, fahamkan keluarga,dan insyaAllah mereka terus pecut.
Saya pun hanya melihat dari sisi. Mendengar perkongsian sesama akhwati yang telah berbm. Dan sangt kasihan bila ada golongan yang menghukum mereka. Kerana mereka perlukan sokongan kita. Andai mereka tak boleh ke usrah, daurh, program, rakamkan utk mereka. Kita membantu urusan ikhwah akhwat kita, insyaAllah Allah membantu kita. Tak siapa tahu apa yang menanti di hadapan, moga Allah permudahkan tiap kesulitan.
Yup saya setuju sgt2...
Dan ada juga BM yg sudah menjadi fitnah.sy tak fitnah tp melihat dgn mata kepala hati sendiri.Kenapa?
1.Urusan dan perjalanan BM yang sepatutnya sulit menjadi penambah selera juadah gosip2 usrah bahkan sewaktu daurah.
2.perjalanan urusan yg semberono.orang tgh yang sepatutnya menjadi penghubung pn tumpang sekaki mengimarahkan perbuatan dalam perkara no.1
3. Dan banyak lg :P
Sehingga perlu dimuhasabah kembali,BM yg kita war2kan,masih lagikah semulia tujuan penguat dakwah dan tarbiyyah?
Atau sudah jadi sekasta dengan cintan cintun kapel2 akibat ruhinya dibakul sampahkan?
Lupakan kuliah2 bm,taujih2 berbaur bm,dan borang2 bm kalau BM yg kita dewa2kan sama sahaja nilainya dgn perkahwinan biasa.
Ok.kalau solution kpd pernyataan di atas ialah 'manusia bukan malaikat',makanya israel juga boleh pakai alasan sama ketika attack Palestin 'kami buat salah,kami bukan malaikat' :P hehe.
'dakwah' itu sendiri luas maksudnya. adakah dgn berusrah dan berceramah itu sahaja dikatakan dakwah?
izinkan saya melontarkan pandangan, kerana bagi saya institusi kekeluargaan memerlukan tanggungjawab dan masa dan tenaga yang teramat besar, dimana kita yg masih bujang ini x terjangkau fikirannaya utk membayangkan betapa 'getir' sbnrnya kehidupan selepas berkeluarga, dan tanggungjawab ini yg akan terlebih dahulu ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
ini sekadar pandangan. wallahualam
Bila sultan Muhammad Al-Fateh berkahwin? Bilamana beliau sudah menakluk constantinople.
Realitinya,ikhwah akhawat...bilamana terlalu banyak berbicara tentang bm,,terlalu banyak melihat gambar2 sweet2 ikhwah akhawat lain yg sudah berBM..akhirnya timbul banyak angan2 yang mengharapkan hal yang sama berlaku ke atas mereka..hinggakan sedikit sebanyak melunturkan hadaf sebenar untuk berBM liddakwah untuk sampai ke tangga ustaziyatul alam..
mungkin,di sini ujian Allah agar ikhwah akhawat meluruskan kembali niat dalam setiap amalan dan memastikan setiap apa yg kita buat benar-benar untuk Allah,,benar-benar untuk dakwah..dengan itu,Allah yang memelihara kita untuk terus thabat atas jalan ini..
p/s:budaya cop mengecop akhawat nampaknya semakin berkembang,bukankah kalau kita benar-benar berBM untuk dakwah kita akan berlapang dada untuk disatukan dengan sesiapa yang dimatch-making kan oleh naqib utk kita? (oh ye! ditambah dengan perisa istikharah ye.)
Kekuatan tu dari Allah, bukan dari kita. Kalau kita sandarkan walau sesaat tugas-tugas dnt ni pada kita, nescaya takkan mampu langsung. Berbuatlah dengan rasa Allah akan membimbing, Allah akan mencukupkan. Sebab fitrah bukan utk dizalimi.
Saya mengenali seorang murabbi yang lepas berBM, pergerakan dalam dnt ni sama dan makin baik. Mana tidaknya, sayap kiri perjuangan yang halal sudah ada.. tadek isu mengabaikan keluarga jika dia faham MA macam mana.. tambahan, penglibatan anak dalam dunia dnt sejak kecil sangatlah bagus.. dari awal didedahkan dengan dunia dnt, insha Allah akan melahirkan jund yang qawiy pada masa akan datang..
Wallahu'alam..
IKHLAS....
entahlah, kdg2 ada betul juga apa yg IPG cakap ni. tapi kita cuba bersangka baik. membina keluarga atau BM ni bukan mudah. mungkin masa dan perhatian perlu dilebihkan untuk mereka, dan mybe, mereka ni sendiri ber dnt pada keluarga mereka sendiri.. jgn smpai sebuah perkahwinan yg halal itu didatangi dgn fitnah. lelaki yg baik utk prmpuan yg baik, dan begitu juga sbaliknya. baik itu xdinilai melalui spnjg hidupnya, tapi bgimana pengakhirannya. jadi bersgka baiklah, mungkin dnt akh/ukh itu sendiri menjurus kepda dnt keluarga terlebih dahulu. kena tau priority of life. keluarga tggjwb seorang individu itu. bila dah boleh mendidik keluarga dgn baik, insyaAllah tiada masalah utk mendidik msyrkt di luar pula. mungkin di kwsn perumahan ke. sasaran dnt pula mungkin boleh berubah apabila wujudnya tggungjawab pada keluarga sendiri.
waallahualam..
Cabaran mereka yang dah memulakan keluarga baru amat berbeza dengan mereka yang belum berkeluarga.
Ana beri contoh:
Ideal - libatkan anak dengan DnT dari kecil. Mana sahaja kita pergi, bawa bersama.
Realiti - bila datang daurah atau katibah atau usrah anak-anak (terutama yang bawah 5 tahun) bukannya nak ikut dengar bersama, tapi fitrah mereka adalah bermain. Bila bermain, ada sekurang-kurangnya 2 kesan; mak atau ayah tak dapat fokus sebab kena jaga anak, atau perjalanan program tu sendiri terganggu sebab ramainya anak-anak yang seronok bermain berkejar-kejar. Di tempat ana, untuk akhawat sekarang ni dilarang untuk bawa anak-anak kecil; tinggalkan dengan ayah. Ok, kalau ayahnya juga berprogram? Dah jadi dilema di situ.
Satu lagi contoh:
Sebelum nikah - seorang Akh boleh bersiap sedia untuk keluar rumah dalam tempoh yang sangat singkat. 15 min dah terus boleh ke aktiviti dan urusan dakwah.
Lepas nikah - 1 jam tu merupakan tempoh yang sangat cepat untuk selesaikan semua ahli keluarga untuk keluar. Kena fikir panjang ke depan tak sama dengan masa bujang.
Ana tambah lagi contoh:
Ideal - setiap malam penuh dengan aktiviti tarbiyah atau pengurusan dakwah dan hujung minggu penuh dengan program.
Realiti -
Seorang ukht doktor yang terpaksa on call sekurang-kurangnya 7 hari di hospital dalam sebulan akan mengalami kesukaran untuk menghadiri usrah dengan konsisten apatah lagi mengejar anak halaqah dengan kerap. Aktiviti dakwah suaminya juga akan terkesan kerana anak-anak ada hak yang perlu diselesaikan.
Seorang akh yang setiap dua minggu akan berpergian ke laut atas urusan kerja intim tempoh dua minggu akan mengalami kesukaran yang sama. Waktu yang tinggal hanya sedikit untuk diimbangi bersama antara DnT dan urusan keluarga.
Seorang lagi ukht guru, bekerja siangnya sehingga pukul 4 petang, dan kerjanya dibawa pulang (penandaan dan perancangan kelas) perlu juga untuk imbangi antara hak kerjaya, keluarga dan dakwah.
Amat berbeza ideal dan realiti. Amat silap seorang akh atau ukht itu mengabaikan keluarga di atas nama dakwah kerana ahli keluarga itu lebih utama sebagai mad'u. Bagaimana seorang akh di luar berbicara tentang keluarga yang sejahtera namun di rumahnya porak peranda?
Pun begitu, keluarga yang tetap dalam dakwah walau bagaimana pun cabaran-cabaran rumah tangga dakwah akan menemui kekuatan yang luarbiasa yang tak dapat dirasai oleh mereka yang masih belum melangkah masuk alam ini.
* intim -> dalam
Assalamualaikum.
Ramai dah memberi pandangan di atas. Dan saya ingin sedaya upaya untuk memberi pandangan yang tidah berpihak kepada sesiapa. Tetapi ingin menerangkan serba sedikit apakah yang dihadapi oleh akh-akhi, akhwat-akhwat yang telah berBM yang di "sangka" telah "hilang".
1) Sebelum BM:
- Komitmen 100% kepada Dakwah Dan Tarbiyah
- Misi:
- membina rijal-rijal yang qawi dan mantap untuk menyelusuri Maratib Amal
- ber"cintan-cintun" bersama hadek-hadek. Life sharing
- boleh digerakkan kemana sahaja kerana belum ada tanggungjawab untuk keluarga.
- Mengerakkan bulatan gembira yang oh so sweet
2) Selepas BM
a) Kominten 50% kepada Dakwah Dan Tarbiyah (Fardhu Kifayah)
- Misi:
- membina rijal-rijal yang qawi dan mantap untuk menyelusuri Maratib Amal (stil can go on).
- ber"cintan-cintun" bersama hadek-hadek. Life sharing (stil can go on) cuma sekarang dah perlu diaturkan secantikkan supaya keperluan keluarga tidak terabai. Hadek-hadek juga perlu difahamkan.
- pergerakan agak terbatas kerana perlu dibahagikan dengan keperluan dan kepentingan keluarga
- Mengerakkan bulatan gembira yang oh so sweet (stil can go on) the key is creativity.
b) Kominten 50% kepada Keluarga dan Anak-Anak (Fardhu Ain)
- Misi:
- Membina keluarga yang menghidupkan sistem cara hidup islami yang utuh
- memberikan kasih sayang sepenuhnya untuk pembinaan dan kehidupan isteri/suami dan anak-anak demi membina generasi darah daging sendiri menjadi mujahid/ah di jalan Allah.
- Menghidupkan real "usrah" 24/7. its like bulatan gembira with 24/7 komitmen. even apa yang terjadi pada mana-mana ahli keluarga akan affect pada diri sendiri.
- menyantuni keluarga kedua-dua belah pihak (supaya gerak kerja dakwah tidak menjadi fitnah jika keluarga terabai)
- Perlu difahamkan keluarga dan anak-anak telah menjadi Fardhu Ain kepada kita. Allah akan tanya nie dulu di Padang Mahsyar.
So jika dilihat. Betul, sebelum ber BM mungkin kita boleh memberi 100% kepada gerak kerja DnT tanpa rasa gentar. Tetapi apabila sudah berBM, komitmen tersebut telah terbahagi 50% kepada gerak kerja dakwah dan 50% lagi kepada keluarga.
Mungkin ada di kalangan kita belum sedar tentang hal ini dan menghukumkan akhi/ukhti yang berBM telah "senyap" atau luntur perjuangannya. Walhal, ada satu lagi perjuangan besar yang sedang dipikul mereka.
Hal sedemian haruslah difahami serta di santuni oleh setiap pengerak dakwah dan tarbiyah. Supaya tidak ditimbulkan fitnah dari mana-mana pihak.
Juga kita harus faham yang Dakwah dan Tarbiyah bukan sahaja terletak atau hanya berlangsung pada Bulatan Gembira sahaja. Itu adalah basic dalam dakwah dan Tarbiyah. Kelangsungan dakwah dan tarbiyah yang sebenar adalah bagaimana kita menghidupkan cara hidup islam yang sebenar dalam kehidupan kita.
Maaf jika ada tersalah maklumat atau tersilap bahasa atas kedaifan saya sendiri.
Wallahua'lam.
Betul, telah banyak dilihat BM ini melambatkan dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya tidak berlaku, tetapi yang berlaku begitu adalah juga tarbiyah bagi para da'i... Tarbiyah untuk bermujahadah, bergelut dengan berbagai onak dan duri, masalah-masalah yang hanya akan berlaku sekiranya kita berkeluarga dan tidak berlaku sekiranya kita bujang...
kalau al-akh IG berkata begini pada ikhwah dan akhawat, pada BM kita yang kita imani padanya macammana pula dengan ikhwah dan akhwat yang tidak berBM, yang kahwin bukan dengan ikhwah akhawat atas bermacam-macam sebab... adakah fitnahnya semakin besar?
Kaang-kadang kita melihat hasil dakwah tu ke arah yang terlalu sempit.. sedang dakwah itu di ajarkan dengan ruang lingkup yang sangat luas..
dan betullah ianya ujian untuk menyaring siapa antara kita yang akan ikhlas di jalan ini.. tapi bukanlah hak kita untuk menilai orang lain...
dan kita takkan dapat faham apa yang dilalui oleh mereka dengan sifat menghakimi...
Jangan sentap bila orang paksa ber BM sekiranya belum bersedia...senyum saja..
Jangan pula kita bercakap buruk bila ada antara kta yang nak berBM... tetapi kita rasa mereka belum bersedia...
cukuplah mendoakan yang terbaik buat mereka...
Allahua'lam....
Jzkk semua atas komen-komen dan kritikan-kritikan yang saya kira cukup baik. Saya amat menghargainya, apatah lagi saya sendiri masih dalam proses untuk belajar.
InshaAllah saya akan tulis satu lagi post untuk menjawab beberapa persoalan (atau kekeliruan mungkin) yang timbul dalam post ini.
Jzkk sekali kali. Moga Allah redha. :)
akhuna matata kesayangan,
1. Suka ana mahu betulkan kefahaman tentang 7tingkatan kerja. Adapun tangga satu, dua, tiga dan seterusnya bukanlah turutan. Sepertimana yang nta tahu 'Irsyad Mujtama'(pada tangga ketiga) juga harus selari dengan 'Bina Syahsiah Islamiyah'(atau Ishlah anNafs). Kerana pembinaan(pembentukan) individu itu tiada berpenghujung. Tiada istilah ana-SUDAH-qowiy-nta-bila-lagi kan?
2. Jadi adalah tidak berapa relevan untuk kita katakan fasa Baitul Muslim(tangga kedua) itu lebih wajar(lebih jitu, lebih cantik, lebih banyak makan, mahupun lebih gula) berlaku selepas fasa Individu Muslim(tangga pertama).
3. Adapun memang benar jika terbentuknya Individu Muslim(tangga pertama) dengan cantik, baik dan kemas juga stabil, insyaAllah, malah mungkin menjadi lebih ideal untuk mendirikan Baitul Muslim supaya Dakwah dan Tarbiyah itu lebih padu dan jitu.
4. Namun, adalah tidak wajar untuk kita simpulkan lemahnya tangga pertama bakal melemahkan tangga kedua. Begitu juga lemahnya tangga kedua disebabkan kelemahan di tangga pertama. Kerana tangga kedua, ketiga hatta ke lapan puluh lima sekali pun, jika didirikan tanpa(baca:selari, bukan sesiri) asas tangga satu yang bersifat berterusan dan kemas, maka nescaya lemah dan runtuh.
WA
-hamba Allah yang lemah-
Salam...
setuju dengan semua pendapat di atas. Lagi satu nak menambah, kadang2 yang dah berkahwin juga perlukan support dari mereka yang bujang. Bila dah lama xdtang usrah, terus cop dah tak istiqamah. Tapi bila anak2 sakit, mana ikh akh bujang yang nak membantu? Semasa mak ayah berprogram, mana ikh akh bujang yang volunteer nak bantu jaga dan didik anak2?
kita bergerak dalam satu jemaah, maka semestinya kita saling bantu membantu. Kami golongan ibu2 kadang kena bawa 2-3 anak2 ke program, sampai xdpt fokus. Mereka yg bujang pula xdpt luangkan masa membantu jaga anak2 kami dgn alasan mereka pun ada kerja dnt mereka sendiri yg dirasakan lebih penting. Atau dgn alasan xpandai jaga anak2 sbb belum ada anak.
Memang ada yg membantu tapi xramai. Kadang2 satu program ada lebih 10 org anak2, tapi yg volunteer seorg dua sahaja.
masyaAllah, puan anon(Anonymous 03/07/2014 10:28) di atas memang benar dan tepat!
boleh difikir2kan dari mana datang kefuturan ikh/akh selepas berBM tu eh eheh
Salam,
Sedikit kuchiwa ,dgn post ini.Maka dicadangkan supaya Apg di Bm kan dlm tempoh terdekat.
Kbai.
Wassalam
Assalamualaikum.
Kucing saya dua tiga kali tegak telinga melihat saya ketawa semasa membaca artikel ini.
Adakalanya, ada benda yang kita kena keep it simple. Dan untuk simple yang membina bukan meruntuh, ia mestilah simple yang diiringi oleh common sense. Rumahtangga akh dah ukht (semput sebut) banyak yang porak peranda kerana banyak sangat teori pada binaan masjid mereka, dan dalam masa yang sama lemah common sense.
Salah satu puncanya, kehilangan insight. Punca kehilangan insight, masa umur 14 hingga 25, hidupnya hanya exam dan skema jawapan peperiksaan. Apabila datang perkahwinan, perkahwinan mana ada soalan-soalan tahun lepas. Mana ada skema jawapan. Takde teknik menjawab soalan. Yang ada adalah seni menguruskan kehidupan.
Dan orang takde insight, takde seninya. Buat rumah besar pun kotak-kotak tiang bulat 20 meter tinggi. Tiada nilai estetika.
Suami nak cuti ke PD, isteri nak cuti ke Melaka. Mertua suami dan book hotel di Penang. Kitab Kumar and Clark (kalau medic la) mana yang nak dipakai untuk problem solving ini?
Gaduh.
Bawa ke mahkamah, bercerai. Kesimpulan akh dan ukht (sekali lagi semput nak sebut) tu, mereka bercerai kerana PD, Melaka dan Penang. Tak get the point.
Macam mana nak buat?
Entah.
Saya tunggu Inche Gabbana tulis buku berikutnya:
AKHI BERSANDING DI PELAMIN: KERANA AKHI PUN MELAYU JUGA
Boleh ya?
P/S: Tak main la komen anonymus :-)
Salam
Dakwah itu luas
Tarbiyyah itu ada di mana-mana..
Lapangkan dada, luaskan fikiran...
Kerja mahupun keluarga
Kedua-dua boleh jadi medan dakwah kita
Malah itulah medan realiti, medan amal kita yg sebenar
Setelah kita asyik menadah, dan brteori dlm usrah n daurah
Moga Allah Melihat amal kita...amin
Ehemm....menarik utk berfikir. Anywy byk mehnah mendatang, terkenang 'manisnya' bulatan gembira.
mantap bah
simple kot..menuntutlah dgn yg dah lama dlm dnt..dan dkwah n tbyh mantap..jgn lupakan elemen manusiawi even dlm pkahwinan
slm IG. (rasa dah lama x buka blog ni).
sekadar nak berikan pandangan..sbgai al-ukht yg dlahirn drpd keluarga yg terbina drpd sistem al-baitul muslim..
pertamanya,ana bukan lah org yg selayaknya utk memberikan komentar ttg isu BM,sbb ana sendiri juga blm pernah menjejaki fasa ini.. hanya melihat org lain..tp ana rasa terpanggil utk berikn pendapat utk kita fikirkn bersama..insha Allah, semoga Allah reda..
dan keduanya..ana tak salahkan enta, utk mempunyai perasaan risau ini..kerana enta mempunyai mata, mata yg melihat, telinga, telinga yg mendengar ,yg mana panca indra ini yg selalunya lebih cepat menilai..cuma ana nak beritahu, apa yg enta lihat dan dengar memang betul tp tak selalunya tepat =), dan enta sendiri katakan bahawa ada juga ikh/akh yg stelah berBM lebih hebat dnt nya kan..even sedikit, tetapi itu lah hakikat..dan hakikat ini tidak sepatutnya menjadikn kita gusar serta risau hingga hilang keyakinan dgn murotib amal kita..kerana ia sunatullah.
Seperti yg enta faham dan yg enta sendiri katakan..bhwa 'jalan yg kita lalui ini sngt panjang..dan dsepanjang perjalanan ini, akan ada pelbagai tapisan yg akn dlalui'..
ana sendiri menilai ttg ini..ana menilai yg dekat pd ana..iaitu parents ana sendiri, even parent ana is ikhwah n akhowat..ana tak rasa mereka sama sperti shyuyuk yg ana temui..shyuyuk yg ana temui, semua hebat2..ada yg beruban pun masih still bole keluar jauh2 utk beri taujih, masih bw bulatan gembira, menjadi aktivis kpd NGO dn mcm2 lgi..lebih2 lagi setelah ana sendiri benar2 berada djalan ini setelah smpai kefahamn ttg dnt, dan pernah ada rasa rebel dlm diri ana serta timbul pelbagi persoalan2 terhadap parents ana sendiri..kenapa dan kenapa mereka begini n begitu..
kerana dulu,
ayah ana pernah menjadi seorg yg d amanahkn utk pegang student malaysia smsa study d luar negara , beliau sngt aktif, beliau sendiri punya usrah n pegang usrah, jaulah beribu2 batu, konference riang setiap hujung minggu, usrah selepas subuh..ibu ana juga begitu,tp itu cerita dulu, selepas 2 3 thn mereka berBM..
selepas itu(myb after back for good dan bila dah ada kerjaya dan komitment kerja bertambah)..mereka jd org biasa2 sahaja, jahiliyah yg kita bincangkan dlm conference2 pun ada pd mereka..usrah mcm ada mcm xda, apa tah lg bw usrah..nampak mereka lebih busy dgn dunia..ini melalui pandangan ana la terhadap mereka dahulu,
tetapi semakin ana selusuri perjalanan ini, semakin ana melihat bnyak perkara dgn perbagai sudut..dan..alhamdulillah ana sngt bersyukur, kerana Allah dtgkn pelbagai cara utk berikn kefahaman tersebut..sedikit2 persoalan ana terlerai, fitnah2 ana terhadap mereka terjawab..dan ana berasa sngt2 ya Allah ampuni dosa2 ku..sngtt berdosa kerana salah sangka terhadap mereka..rupanya banyak lagi yg aku perlu pelajari..siapa la aku utk menilai mereka..
dan murobbi ana pernah beritahu..disebalik seorg lelaki/suami yg hebat itu pasti ada sorg ibu/isteri yg hebat yg menjadi peransang buat mereka..
alhamdulillah, ana tiada masalah ttg BM, walaupun ramai juga bgtau masalah2 org berBM ni, mungkin sbb ibu ana juga yg pernah ingtkn ana, bila ana tanya ttg BM, beliau sendiri ingtkn, xsemuanya jd bila berBM, don’t expect too much, tp yakin dgn janji Allah n minta dgn Allah yg terbaik n minta pimpinan Allah..dan apapun berlaku tu pasti ada hikmahnya..
Dan seperti yg enta kata, 'kerana akhirnya ikh itu juga seorg manusia'..dan tak salah jika ana katakan bhw..yg berBM itu juga sorg manusia..
Dan, jika kita takut utk berBM kerana kita telah banyak melihat kehancuran/kejatuhan ikh2/ukh2 hebat setelah berBM, mungkin kita perlu betulkn pandangan itu..perkahwinan itu juga suatu proses dan kita yakin bahawa Allah turun kan ujian itu adalah suatu tarbiyyah buat kita..jgn kata berBM baru ada fasa2 ikh/ukh yg nak jd ‘alumnai’ dnt, before berBM pun dah ada..bukankah sblm kita bw bulatan gembira dulu pun, pernah terdetik or tercetus kata2 seperti 'tak yakin la..', 'ana rasa tak bersedia'..'rasa tak cukup ilmu'..’risau lah, rasa tak layak lagi’..dn bermacam2 alasan cuba kita beri..padahal setelah bw usrah barulah kita tahu mcmmn nak bw usrah..bila bw usrah dr situ baru ada ilmu ttg itu..bila bw usrah baru kita tau sedia ke tidak..
lupa kah kita dsetiap keputusan yg kita lakukan ada Allah yg lebih awal merancang?bole jadi, apa yg kita lihat sekarang, merupakn ujian2 kpd mereka..mungkin sekarang mereka jauh, tp siapa tahu akan dtg mereka lebih bergerak laju..mungkin itu juga merupakan fasa penyuasaian ke tangga baru, pasti ujian dan cabarannya berbeza..dan parents ana sendiri pernah melalui fasa2 ini..tp alhamdulillah, fasa tersebut mungkin telah berlalu, dan alhamdulillah parents ana kembali giat dlm dnt ini,dan bole jd setelah berBM tu baru nampak potensi yg lagi hebat terserlah.. dan ana bole katakan bhwa parent ana menjadi asbab ana terjebak dlm dnt ini..dan kerana dr kecil mereka paksa suruh ikut program2 aulad, usrah dan smpai ana dah masuk U beliau pesan utk cari usrah walaupun ana tak berapa minat..dan of cos ana sendiri x kompem smpi bila mereka akn terus istiqomah, tetapi kita lah doakan mereka=)
Waalahualam..Salam Ramadhan. Semoga enta dpt yg terbaik, insha Allah.."lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik".
Ve-ry niceeeeeeeee
thumbs up up up
n away
MasyaAllah, ramainya yang komen o.O, inilah penangan BM dalam masyarakat kita. Lepastu semuany dalam bentuk 'Anony?' errr. k. no worries.
Apa2 pun IG, Barakallahufik,memang dah lama nak baca entri yang sebegini, biar patah sikit angan2 nak ber'BM. Biar hati kena mujahadah sikit.
Sungguh kita memerlukan daie yang betul2 mujahadah.
#Gazza, #Syiria, #Mesir
Post a Comment