30 June 2014

Saya, Robot

[Kredit]

Saya pernah dicemuh dan ditempelak di alam maya, kerana mengeluarkan status yang berbunyi kurang lebih begini:

"Jika mahu lihat robot, naiklah tren!"

Kata segelintir daripada depa ni, saya judgmental dengan mengeluarkan status seperti itu.

Saya tidak menyalahkan depa kerana itulah hakikat yang perlu ditelan apabila menulis sesuatu di alam maya (termasuklah waksep) kerana kurangnya elemen emosi dan rasa di situ. Juga tidak boleh menyalahkan depa kerana mungkin ada yang tidak pernah naik tren. Eh.

Batuk batuk. 

Anda yang berulang-alik ke tempat kerja atau kampus dengan menaiki tren, sama ada LRT, monorel atau komuter pasti akan bersetuju dengan saya. Jika tidak keseluruhannya, separuh pon jadilah. Hey, anggukkan kepala anda sebagai tanda setuju! Bagus, terima kasih.

Masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing. Sama ada asyik mendengar lagu, khusyu' menggaru papan, khayal menonton filem atau bermain game atau tertawa sendiri membaca komen-komen di laman Mukabuku peribadi, gerabak tren itu dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang tidak punya ruh dan perasaan.

Adalah dua tiga atau empat lima orang yang sakan berborak dan bergelak tawa. Namun selalunya boleh dibilang dengan sebelah tapak tangan sahaja.

Masuk ke dalam gerabak dengan matlamat yang satu; mahu sampai ke destinasi dengan secepat yang mungkin. Apa yang terjadi di sekitar, sesiapa yang berada di sekeliling, itu tidak dipedulikan. Yang penting sampai dengan selamat. Tapi kadang-kadang kalau ada bau ketiak yang tengik dan hangit, itu memang kenalah peduli. Boleh bikin ringan satu kepala! Eheh.  

Tidak hairanlah ibu yang sarat mengandung dibiarkan berdiri sepanjang perjalanan.

Tidak peliklah si buta yang teraba-raba tidak diutamakan.

Tidak janggallah si kurang upaya berkerusi roda dibuat kacang cap tangan.

Kerana di dalam tren itu adalah robot-robot yang tidak punya simpati atau perasaan.

Geleng kepala.

Itu baharu sketsa di dalam tren. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, kita juga sebenarnya sebuah robot dalam kehidupan kita sehari-hari.

Tidak percaya? Tidak usah garu kepala. Cuba lihat sahaja jadual kehidupan kita sehari-hari. 

Bangun pagi gosok gigi. Bersiap-siap dan bersarapan sebelum ke tempat kerja/kelas/kuliah. Tengah hari makan tengah hari. Kemudian sambung bekerja/belajar. Lewat petang baharu pulang ke rumah masing-masing. Kalau penat, rilek-rilek isap rokok sambil menonton telebisen. Kalau masih bertenaga, bolehlah pergi bermain badminton atau boling barang selontar dua. Kemudian minum susu panas sebelum tidur. 

Dan kita ulang dan ulang dan ulang semula. Mungkinlah ada sedikit variasi sini dan sana, tapi tidak jauh bezanya.

Seminggu sekali ada upacara menonton movie atau mencuci mata di mana-mana komplek beli-belah pilihan hati. Kalau ada wang lebih mungkin boleh pergi makan sushi.

Tiga bulan sekali kita beli tiket AirAsia untuk pergi bercuti. Duit banyak bolehlah pergi main salji. Tapi cukuplah jalan-jalan dalam negeri kalau duit hanya tinggal celah gigi. 

Dan kita ulang dan ulang dan ulang semula. Mungkinlah ada variasi sini dan sana, tapi tidak jauh bezanya.

Ada masanya kita akan mendirikan rumah tangga. Ehem. Kemudian dapatlah tiga empat orang anak yang comel dan gebu pipinya. Kemudian bertukar kerja. Kemudian kahwin lagi. Eh. Kemudian tua. Kemudian mati. Mungkin tak sempat tua dan sudah mati. 

Namun semuanya itu seolah-olahnya sudah diprogramkan. Seperti sudah ditanam cipnya ke dalam kepala otak kita. Seperti kitalah watak utama dalam permainan Sim City itu. 

Sampai bila kitaran ini harus berterusan..? Bukankah kita punya tujuan penciptaan yang lebih bermakna dan besar nilainya daripada semua itu?

Sudah hilang makna sebuah kehidupan. Sudah tiada erti pada sebuah ciptaan bernama manusia. Sudah tiada lagi ruh pada jiwa seorang hamba.

Bukankah robot namanya itu...? 

Sebuah robot yang tidak mengerti apa-apa tentang tujuan penciptaannya. Hanya menurut arahan seperti yang telah diprogramkan. Ada yang membungkus kotak. Ada yang menggergaji besi. Ada yang membakar batu. Ada yang memotong kayu. Ada yang mengadun tepung. 

Dan mereka  ulang dan ulang dan ulang semua itu, sehinggalah salah satu skrunya tercabut atau gearnya tersangkut atau plagnya dicabut... Tamatlah riwayat mereka sebagai sebuah robot. 

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat) Allah dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
[al-A'raf, 7:179]  

Mujur di zaman Nabi SAW tidak ada robot. Jika ada, boleh jadi ayat di atas sudah bertukar menjadi "...mereka seperti robot, bahkan lebih sesat lagi."

Wahai!

Kita manusia. Bukan robot. Titik. [Kredit]

-gabbana-

Moga kita tidak menjadi robot sepanjang bulan Ramadhan ini.

"Allahumma innaka 'afuwun tuhibbul afwa fa'fu annee." Amin ya robbal a'lamin. 

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/06/2014, 16:33  

Alhamdullilah saya insan terpilih yang Allah pilih. Untuk selau travel menaiki Tren, Komuter dan segala bentuk macam yang bernama Public Transport. Dan disana banyak mengajar saya... Tentang erti kehidupan yang terisi. Mempunyai ruh. Dan apabila saya membaca Quran/Mathsurat via Tablet didalam tren/komuter sengaja saya bentangkan dgn gaya agar ade orang boleh tengok apa yang saya buat kat Tablet saya yang boleh tahan besar utk mereka ingat sama. Dan memang situasi yang sangat sedih bila, semua orang ralik dgn facebook, waksep dan anti-sosial yang lain. Bil

SuhaFasihah 01/07/2014, 08:37  

Semala ni ku hanya seorang silent reader kat sini... Hari ni terpanggil nak komen bila sebut isu robot ni terutama dalam public transport... Tak dinafikan sepanjang ku naik public transport ni, mmg berlaku seperti yang IG cakap kat atas... tapi dalam ramai2 yang menghadap gajet canggih masing2, bila terpandang skrin seorang dua, ada yang tengah buka aplikasi al-Quran, Alhamdulillah automatic keluar dalam hati... Mereka tahu untuk isi masa dengan sesuatu yang lebih bermanfaat... Kita perlu tingkatkan kesedaran ni... Supaya lebih ramai orang tidak segan silu untuk mengamalkannya dalam public transport... Kita bukan nak tunjuk baik tapi kita nak jadi baik...

SuhaFasihah 01/07/2014, 08:38  

Selama*

Apekehal semala pulakkk... Maaf buat sesiapa yang bernama mala...

Anonymous 01/07/2014, 12:29  

Dalam sudut pandang yang lain, semua orang jadi anti sosial, susah nak berDF. Orang-orang yang sedar lah kena buat langkah pertama. Kalau tidak, teen menjadi rancak dengan bunyi cengkerik.

Aqilarin 02/07/2014, 02:25  

bila bercakap pasai tren, lrt semua ni teringat kenangan waktu zaman kt kolej dulu. tak sah kalau pergi program tak kena naik public transport. dalam sesak realiti 'robot', para da'ie yg nak pergi program ni lah yg kena buat sesuatu.

nak quote kata2 seorang rakan;

"kalau bukan kita yg offer tempat duduk utk makcik2, kita yg kena mintakkan utk dia."

fi hifzillah.


Anonymous 03/07/2014, 08:37  

saya selalu naik public transport.
kadang2 saya baca quran,
kadang2 saya main game,
kadang2 saya baca timbunan tazkirah kat whatsapp yang tak sempat baca semalam,
kadang-kadang saya meeting online, usrah online..
kadang2 saya ajak orang sebelah saya berborak,
kadang2 saya bawak dan bukak dan baca mushaf Al-quran yang sebenar supaya orang tak salah anggap yang saya tengah layan candy crush.
dan, supaya orang tahu yang mushaf Al-Quran itu masih relevan dewasa ini. nak malu apa?

ikut sukahati saya lah nak buat apa dalam public transport. sebab ia public

dan saya paling tak tenang bila turun daripada public transport tapi tak tahu nama orang yang duduk atau berdiri atau bertenggek kat tangga sebelah saya tadi. bertegur sapa sikit-sikit pun jadilah.
banyak lagi ohsem.

ann 03/07/2014, 13:35  

Salam, apg , saya nak order buku apg tuu haa . Y third batch dah start kw belum ehh?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP