Di Bawah Mentari Usrah
[Kredit] |
[Nota keras lebih keras daripada kepala lutut anda: Hanya sesuai untuk dibaca oleh anda yang sudah bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Ini seriyes. Sekiranya anda berdegil dan mahu membacanya juga, saya sama sekali tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kes-kes histeria, gila meroyan mahupon terjun dari jambatan. Sekian.]
Saya mengambil risiko yang sangat besar dengan menulis artikel ini. Awal-awal lagi saya sudah sedikit teragak-agak, sama ada perlu atau tidak saya menulisnya. Malah jantung saya berdegup dupdap dupdap ketika menulis ini.
Khuatir andai ada yang salah faham dengan niat dan mesej yang cuba disampaikan melalui penulisan ini. Namun saya kira saya perlu meluahkan apa yang saya rasa. Saya perlu berkongsi dengan anda, apa yang sudah terpendam pada sudut yang paling dalam di dalam sanubari saya.
Selama ini, anda pasti tahu bahawa saya amat gila-gila dalam mempromosikan bulatan gembira (Baca: Usrah/Liqa/Halaqah). Pelbagai cara dan gaya yang saya gunakan untuk menggambarkan betapa masyuk dan mengujakan sekali berada di dalam bulatan gembira. Dan untuk mereka yang sudah berbulatan gembira, saya promosikan pula dengan sesungguhnya betapa tidak cukup sekadar berbulatan gembira tanpa membulatgembirakan orang lain. Atau dengan bahasa yang lebih kontemporari, tidak lengkap hidup selagi tidak membawa usrah sendiri.
Alhamdulillah, ada kesan positifnya dengan pendekatan saya itu. Bukan sedikit yang menghantar emel atau mesej peribadi di laman MukaBuku saya, meminta untuk dibulatgembirakan. Tidak kurang juga yang bertanya cara-cara dan tips untuk membawa bulatan gembira sendiri atau memuntijkan bulatan gembira yang sedia.
Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Segala puji-pujian hanya milikNya.
Namun pengalaman saya bersama-sama dengan gerabak ini lebih enam tahun lamanya, menuntut saya untuk berlaku jujur kepada diri sendiri dan anda semua. Pengalaman saya bertemu mata dan lutut dan bergaul dengan ramai orang memaksa saya untuk berhenti sejenak dan berpijak di bumi realiti.
Untuk rekod, saya adalah pejuang bulatan gembira yang tegar. Sehingga ke hari ini, saya amat yakin bahawa bulatan gembira adalah wasilah yang paling berkesan untuk membina jiwa-jiwa rijal mu'min yang amat diperlukan oleh ummah ini. Saya gagal untuk melihat sekiranya ada cara lain yang lebih komprehensif dan efektif dalam memastikan proses pentarbiyahan itu berlangsung dengan konsisten dan efisien melainkan dengan bulatan gembira.
Bulatan gembira punya muwasofat dan kriteria yang cukup ideal, yang tidak ada pada wasilah-wasilah tarbiyah yang lain. Dan kekuatan utama bulatan gembira dalam menyentuh dan membina jiwa-jiwa di luar sana adalah sentuhan peribadi murabbi dengan mutarabbinya dan juga elemen ikut atas (Baca: Follow up) yang jarang sekali dimiliki oleh mana-mana wasilah yang lain.
Kerana itu, bila mana ada sahaja peluang untuk saya berkongsikan ilmu dan pengalaman bersama dengan ikhwah dan akhawat, pasti akan saya selitkan dengan kepentingan berbulatan gembira ini; kepentingan untuk berada di dalam bulatan gembira dan kepentingan untuk membawa bulatan gembira yang sendiri. Apatah lagi bulatan gembira merupakan perkara yang tsawabit (tetap, tidak boleh berubah) di dalam manhaj tarbiyah Ikhwanul Muslimin.
Namun, langit tidak selalu biru. Angin bukan selalu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kucing pon ada masanya tidak comel dan suka menggigit juga. Eh.
Situasi dunia sebenar yang mencabar dan sering mengalirkan peluh besar menjadikan apa yang saya impikan dan harapkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Pengalaman jatuh dan bangun, menanges dan ketawa, sakit dan senang bersama-sama dengan gerabak ini, menjadikan saya lebih rasional dan matang. Ewah perasan kau.
Ketika saya mengharapkan semua ikhwah dan akhawat punya gelombang pemikiran yang sama dengan saya dalam memperjuangkan bulatan gembira ini, saya perlu menerima kenyataan akan hakikat latar belakang tarbiyah masing-masing yang berbeza. Ketika saya menjangkakan bahawa akan sentiasa ada tenaga taujih tarbawi yang mencukupi untuk membawa bulatan gembira di mana-mana ceruk bumi ini, saya perlu menelan kuih pau perisa realiti bahawa masih banyak lagi kawasan dan tempat yang tidak punya ikhwah dan akhawat untuk menyantuni mad'u-mad'u yang berminat untuk berbulatan gembira.
Lantaran itu, saya perlu lebih berlapang dada dalam melihat isu ini. Saya perlu berfikiran lebih terbuka dalam menanggapi dunia tarbiyah dan dakwah yang lebih meluas ini. Meski pahit dan rasanya tidak sedap dan memeritkan tekak, tapi itulah hakikat yang perlu saya kunyah perlahan-lahan.
Betapa bukan semua orang sesuai untuk berbulatan gembira.
Dan bukan semua orang sesuai untuk membawa bulatan gembira.
Pendek kata, usrah bukanlah segala-galanya.
Tersembur. Wah Inche gabbana! Betulkah kenyataan ini datangnya dari mulut anda...?? Anda dirasuk oleh jin atau apa...??
Pendek kata, usrah bukanlah segala-galanya.
Tersembur. Wah Inche gabbana! Betulkah kenyataan ini datangnya dari mulut anda...?? Anda dirasuk oleh jin atau apa...??
Ya ya, saya tahu. Kontroversi bukan..?
Tapi inilah kesimpulan yang dapat saya deduksikan (buat masa ini) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya selama ini. Mungkin tidak tepat. Mungkin melulu. Mungkin semborono. Namun itulah apa yang saya rasakan dan perlu untuk saya luahkan.
Kerana pada bulatan gembira itu, ada komitmen-komitmen dan pengorbanan yang perlu ada untuk mengikutinya secara istiqamah. Untuk membawa bulatan gembira itu, perlu ada kemahiran dan teknik-teknik tertentu untuk menjayakannya.
Namun tidak semua yang mampu untuk memberikan komitmen dan berkorban, atas faktor-faktor yang tertentu. Tidak semua yang mampu untuk menguasai kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang murabbi yang berjaya lagi bergaya.
Mungkin disebabkan oleh faktor kerjaya. Atau faktor keluarga. Atau faktor geografi. Atau faktor setempat. Atau mungkin juga faktor diri sejak azali.
Bukan mahu merendah-rendahkan. Bukan mahu memperlekehkan sesiapa. Tetapi saya bercakap di atas kapasiti seorang marhaen yang telah berkali-kali, berulang-kali lagi dan lagi, menyaksikan hakikat ini.
Dan ada yang trauma dengan pengalamannya berbulatan gembira zaman dinosor dulu, lantas terus dicopnya semua bulatan gembira itu mendung, jumud dan tidak membina pemikiran.
Ada yang tercampak entah ke kepulauan jin mana, punyalah sukar nak cari mad'u untuk dibulatgembirakan, sehingga akhirnya luput kemahiran dan kepakaran membawa bulatan gembira yang pernah dimiliki dahulu.

Ada yang memang tidak kena, tidak boleh masuk dengan cara pentarbiyahan di dalam bulatan gembira, apatah lagi apabila mendapat murabbi/murabbiah yang mungkin tidak cocok dengan keperibadian dirinya, lantas mengambil keputusan untuk tidak lagi berbulatan gembira.
Tarik nafas.
Pokoknya, ada banyak sebab mengapa seseorang itu boleh merasakan bahawa bulatan gembira bukanlah wasilah yang paling sesuai dan efektif untuk dirinya. Dan tidak ada siapa yang boleh memaksa dan memfatwakan bahawa bulatan gembira itu adalah satu-satunya cara untuk mentarbiyah dan menyampaikan dakwah.
Yang pasti, tarbiyah itu adalah hadaf (Baca: Objektif) utama yang tidak akan mungkin boleh ditolak tepi. Hanya sahaja cara merealisasikannya yang mungkin berbeda, berdasarkan ijtihad dan fikrah yang dipegang.

Maknanya, anda yang merasakan diri tidak sesuai untuk mengikuti bulatan gembira, tidak bermakna anda juga tidak sesuai untuk ditarbiyah. Anda yang merasakan tidak sesuai dan tidak yakin untuk membawa bulatan gembira, tidak pula bermakna anda tidak boleh beramal dan mentarbiyah manusia-manusia di luar sana.
Sekiranya anda merasakan mendengar kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau adalah cara terbaik untuk meningkatkan iman dan memberikan anda semangat untuk beramal, maka silakan.
Sekiranya anda merasakan dan yakin bahawa cukuplah anda menonton video-video Naouman Ali Khan, Yusuf Estes, Dr. MAZA dan yang seangkatan dengan mereka ini untuk menambahkan ilmu di dada dan menjadikan anda orang yang beramal, maka silakan.
Sekiranya anda merasakan dengan anda ke sana sini memberikan ceramah-ceramah agama dan motivasi itulah cara yang terbaik untuk menabur bakti kepada ummah, maka silakan.
Sekiranya anda merasakan dengan membina rumah-rumah anak yatim, menubuhkan pusat-pusat perlindungan untuk para pelacur dan mengadakan karnival-karnival kesedaran dan penghayatan agama itulah kaedah yang paling berkesan untuk menyedarkan masyarakat, maka silakan.
Dan sekiranya anda menjumpai apa-apa wasilah lain selain bulatan gembira yang anda yakin dan pasti akan dapat membantu anda untuk mendekatkan diri anda kepadaNya, dan dapat pula mempersiapkan anda untuk menjadi seorang dai'e mujahid yang ikhlas, maka silakanlah.
Moga Allah mengganjari setiap amal dan pekerjaan anda dengan sebaik-baik balasan, biidznillah.
Namun suka untuk saya mengingatkan diri saya dan anda semua, sekiranya anda telah beriman dan memilih untuk mengikuti manhaj tarbiyah seperti yang diperjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin, tidak boleh tidak, anda mesti mengaku bahawa dalam apa jua keadaan sekalipon, bulatan gembira itu tetap prioriti numero uno. Sama ada anda Perdana Menteri Zimbabwe, Presiden Bank Negara Papua New Guinea atau Ketua Balai Polis Costa Rica sekalipon, anda tidak boleh meninggalkan bulatan gembira.

Tidak mampu untuk berbulatan gembira dan membawa bulatan gembira itu adalah pilihan yang terakhir setelah kemampuan dan kebolehan diri untuk melaksanakannya telah benar-benar diterokai dan dikenalpasti. Bukannya pilihan awal berdasarkan kehendak dan nafsu diri.
Akhirnya, akhirnya, pilihlah apa-apa cara dan wasilah pon yang anda yakin dapat menjadikan anda seorang manusia yang lebih berjiwa hamba, yang dapat menguatkan hati agar lebih dekat padaNya dan dapat mendekatkan lagi anda dengan sorga.
Kerana itulah tujuan kita hidup di dunia ini; untuk menggunakan segala apa yang Allah telah kurniakan kepada kita untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
Janganlah tinggalkan bulatan gembira kerana merasakan ia gagal memenuhi pengharapan dan kehendak kita, namun akhirnya kita larut dan hanyut dalam jahiliyyah dan menjadikan kita seorang hamba yang angkuh dan sombong. Na'udzubillah.
Teruskan mencari dan mencari, sehingga anda ketemu Makcik Hidayah itu. Jangan sesekali berputus-asa, hanya kerana bulatan gembira telah mengecewakan anda. InshaAllah dengan niat yang ikhlas dan kesungguhan yang berterusan, pasti dan yakinlah, Allah akan menemukan anda dengan jalan ke sorga.
Dan akhirnya, bekerjalah. Beramallah. Kerana akhirnya, hanya Dia sahaja yang tahu keikhlasan kita. Hanya Dia sahaja yang berhak menilai dan menghakimi. Dan hanya Dia sahaja yang kelak akan memberikan balasan yang setimpal kepada amal-amal kita.
Benar, usrah bukanlah segala-galanya. Dan tarbiyah juga bukanlah segala-galanya.
Namun untuk saya secara peribadi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah. Dan usrah jugalah yang telah mengubah segala-galanya; sekurang-kurangnya untuk diri saya yang marhaen ini.
Senyum.
-gabbana-

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung."
[al-Maidah, 5:35]
Kerana itulah tujuan kita hidup di dunia ini; untuk menggunakan segala apa yang Allah telah kurniakan kepada kita untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
Janganlah tinggalkan bulatan gembira kerana merasakan ia gagal memenuhi pengharapan dan kehendak kita, namun akhirnya kita larut dan hanyut dalam jahiliyyah dan menjadikan kita seorang hamba yang angkuh dan sombong. Na'udzubillah.
Teruskan mencari dan mencari, sehingga anda ketemu Makcik Hidayah itu. Jangan sesekali berputus-asa, hanya kerana bulatan gembira telah mengecewakan anda. InshaAllah dengan niat yang ikhlas dan kesungguhan yang berterusan, pasti dan yakinlah, Allah akan menemukan anda dengan jalan ke sorga.
Dan akhirnya, bekerjalah. Beramallah. Kerana akhirnya, hanya Dia sahaja yang tahu keikhlasan kita. Hanya Dia sahaja yang berhak menilai dan menghakimi. Dan hanya Dia sahaja yang kelak akan memberikan balasan yang setimpal kepada amal-amal kita.
"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]
Benar, usrah bukanlah segala-galanya. Dan tarbiyah juga bukanlah segala-galanya.
Namun untuk saya secara peribadi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah. Dan usrah jugalah yang telah mengubah segala-galanya; sekurang-kurangnya untuk diri saya yang marhaen ini.
Senyum.
-gabbana-
24 Caci Maki Puji Muji:
yang penting ialah rasa 'nak membaikkan diri' dan usaha ke arah itu demi Allah
Ahh. Agreed much. Sangat setuju. Selalu jugak ada bisikan syaiton dalam hati "eh, dia ni. pergi malam chenta itu chenta ini. baik join usrah". hehe. bukan memperkecilkan tapi masa tu rasa takde cara lain selain usrah untuk dapat UA. Tapi tetiba terfikir, tak semua orang sama macam kita. Lebih baik dia join malam chenta itu chenta ini daripada join maharaja itu maharaja ini. Jauh dari lagha. Itu lebih baik. Yeah. I agree with this so much! And I think, tindakan IG untuk published post ni memang tepat! Biar kita terutamanya saya, lebih berlapang dada dengan pilihan orang lain. Jalan ke Syurga itu banyak. Yang paling penting redha Allah atas keikhlasan kita.
"Dan ada yang trauma dengan pengalamannya berbulatan gembira zaman dinosor dulu, lantas terus dicopnya semua bulatan gembira itu mendung, jumud dan tidak membina pemikiran."
ok sangat terkesan dgn ini hehe
alhamdulillah Allah tarik saya kembali meski usia sudah hampir 40 tahun
APG telah menjawab kemusykilan saya selama ini. sudah lama saya tecari-cari group usrah utk kekal dalam tarbiyah. Namun terlalu banyak halangan luar (dah ckup ahli, dll) untuk saya join usrah. Sampai sekarang saya masih usaha utk cari group usrah dan cuba nak bentuk group sendiri.
pada masa yang sama, untuk kekal dlm tarbiyah, saya join aktiviti2 yg dianjurkan oleh mana2 jemaah sbg volunteer. Seronok. Alhamdulillah kurang2 terisi jiwa. Kesimpulannya, usrah itu perlu, namun ianya bukanlah segalanya.
setiap org berbeza2 cara dia mendekatkan diri kpd Allah. Bukan bermakna hati dia tertutup utk berbulatan gembira tu, ttp hatinya sedang mencari cara yg bersesuaian dgn jiwanya. Jadi jgnlah mmaksa seseorg tu sehingga dia benar2 merasakannya. Ditambah dgn pelbgai sifat, tingkah laku, ketegasan dan kelembutan yg org lain x nampak. Setiap org berbeza caranya. Jadi jangan mengharap agar org tu dpt bersama2 dlm gerabak dakwah dan tarbiyah. Ttp,Berikannya ruang dan pilihan, doakanlah, ingatkanlah, tegurlah scara berhikmah. Malah, berikan sokongan kpdnya agar kuat dalam hidup ini.In sha Allah. Sekian. Hanya Sharing pengalaman hidup. :)
Jujur saya tak boleh ngam dengan usrah. Mungkin saya tak sesuai. Jadi saya naik gerabak tarbiah lain. Gerabak jer lain-lain. Kerata api ni berhenti ditempat yang sama jugak nanti. Apepon teruskan berusrah wahai rakan usrah sekalian :)
saya sgtlah setuju dgn artikel ni. .usrah is not the only way.. kdg2 tu tak sedap jugak bila dpt label 'geng usrah' atau 'geng surau'. label2 mcm ni senang sgt buat kte mudah utk melabel org lain. faktor2 spt tidak menepati masa dan byk berbual kosong dlm usrah (contoh) jgk sedikit sebanyak berlawanan dgn prinsip yg dipegang seseorang dan mgkin ini membuatkan dia jgk mudah 'tawar hati' dgn usrah. tapi penangan usrah dalm mentarbiyah dan menyentuh hati tidk dpt dinafikan. Mudahan apa shj kekurangan dlm usrah kita akn menjadi titik utk pembaikan.
:)
setuju sangat
trauma, sebab saya naik kereta api lambat..
pernah ikhwah dari obersea, sindir dengan berkata 'anta dah senior, patut dah boleh bagi ISK sendiri..'
nanges.... ana x yakin lagi.. bukan semua orang boleh bagi ISK jugak.
sem nie murabiah suruh cari adik2 untuk untuk dibulat gembirakan.
sbb saya dah lama dengan usrah.
jadi dikira layak untuk saya sampaikan pula kepada mereka2.
seriously saya rasa tak layak... sbb faktor diri mungkin. yang masih jauh dengan Allah, dan tak ada keyakinan.
nak mintak pendapat. perlukah saya ambik peluang tu . atau saya tetapkan pendirian untuk tidak mentarbiah orang lain . T.T
Sesungguhnya tarbiah itu nadiku...mana mungkin aku hidup tanpanya.....arwah iman shafiq
Tak baik ikhwah sindir2. Ikut kemampuan/kelajuan/kelembapan masing2 Ada yg laju, ade yg slower. Tapi kkadang yg slow tu lebih consistent dan maintain bertahan, insayAllah. May be die ambil masa lbh utk mendalami apa yg
sepatutnye before committing to anything..hihi.
Assalamualaikum. Sangat setuju dgn apa yg APG sampaikan. Saya mula usrah semasa blaja overseas. 1st year rasa mcm tak berapa nak ngam dgn cara naqibah but alhamdulillah I really enjoyed my 2nd year. Dapat naqibah lain, yg lebih open-minded (once for usrah activity we went to rumah hantu), critical and structured.
And then bila balik malaysia dan posting kerja, 2 tahun lebih tak usrah sb tak jumpa geng usrah. Nak usrahkan org lain, content knowledge and management skills tak cukup. Alhamdulillah last year diketemukan dgn usrah semula. Tapi... ada beberapa isu sedang dihadapi. Jujur saja, semasa belajar dulu usrah dgn jemaah A. Tapi sekarang dgn jemaah B. Macam tak ngam tau jemaah-jemaah ni. Jadi terasa seperti pelanduk yg tersepit (trauma sungguh). I belong to neither. Nak isi borang BM pun tak tahu nak isi salah satu ke dua2.
Padahal isi yg disampaikan sama juga. Buku2 yg digunakan pun sama juga. Masing2 mengaku ikut Ikhwanul muslimin juga. Jd walaupun skrg dlm usrah, terasa kurang happy dgn apa yg berlaku.
Sangat setuju yg bukan semua orang boleh ikut usrah. Saya sendiri pun kadang2 tak berapa teruja dgn cara naqibah handle usrah. Tak ngam dgn cara saya belajar/berfikir. Tapi alhamdulillah zaman skrg ni banyak betul resources lain selain usrah (video nouman ali khan, uai etc).
Ada je kawan2 yg tak usrah tapi join tabligh, jemaah dakwah etc. Yang pentiing saya rasa kita kena berlapang dada. Memang kena berusaha cari jalan kasorga. Try and error. Cari kawan2 yg sama2 mencari kebaikan. Moga Allah sampaikan kita semua ke syurgaNya.
Saya tahu kewujudan USRAH di penghujung umur 17 tahun.
Sahabat fillah kenalkan.
Dalam keadaan diri yang kosong, tidak tahu apa-apa saya menyertai USRAH tika usia 19 tahun.
Naqibah saya tanya, kenapa nak join usrah?
Saya jawab, sebab sahabat fillah saya bercerita mengenainya. Jadi saya nak tahu dan alami usrah itu bagaimana.
Sahabat saya itu namanya Zinnirah. Moga Allah berkati dia dunia akhirat.
***
pokoknya, kena lah pastikan usrah itu berjalan bukan hanya cakap kosong uslub utama kita ialah usrah tapi tiada usaha menunjukkan ia sesuatu yang penting hingga tarbiyah terabai. Kita banyak bercakap tp sedikit yang beramal! Dan ia, Allah akan menapis dan hanya yang ikhlas akan tetap thabat. Allahu'alam
For the first time, aku bersetuju dgn pendapat kau apg. Yup, usrah is not everything. If kita betul betul yakin tarbiyah tu dtg dpd tuhan, bukan manusia, kat mana mana pun and bila bila pun and dgn apa apa pun, everyone bole dpt tarbiyah. Asal dia faham. Cumenye ye, usrah tu adalah manhaj yg paling terbaik.
Yang penting tu bukan usrah, tapi kefahaman.
Dan ye, kita kena terima hakikat, yang tak semua orang mampu join usrah dan mampu bawa usrah. Setiap ada bahagian masing masing kat dunia ni. The important is, do your best! Do your very best!
Masa 1st year dulu aku ada usrah. Setiap minggu. Lepas tu aku angkat kaki sebab kecewa dengan satu peristiwa melibatkan aku sama akak usrah aku.
Aku cuba lagi join usrah lain tahun seterusnya. Tapi usrah ni kadang kadang. 2 kali setahun maybe. Haha. Jadi bond antara ahli usrah tu memang suam suam kuku.
Sekarang tahun berikutnya, no more usrah. Akak naqibah aku sedang dalam tahun busy. Aku pun takmau ganggu dia walaupun ada gak sekali aku bagi hint. Huuu..
Usrah ni nama dia cam buat kau rasa berat je. ( bagi orang macam aku la ).
Tapi sebenarnya serius, lepas kau takde join usrah aku rasa cam kosong je hidup. Dulu basah jugak hati dengar baca baca Quran, pengisian tazkirah bla bla. Sekarang aku just usha video kat youtube.takpun copy ngan kengkawan aku. Takpun usha la facebook islamic scholar memana. Aku admit tak cukup sebenarnya apa semua aku buat. Ada ahli usrah ni boleh la kau sembang lebih sikit. Nak nak dapat akak naqibah sempoi gila takpun ahli usrah steady. Nikmat tahap gaban.
Ok la dah banyak cakap. Saja nak komen pepanjang. (^--^)
APG, artikel ni memang datang tepat pada waktunya. Semoga diganjari Allah dengan sebaik baik ganjaran.iA.
Sampai bila n ke mana kita nak buat usrah/tarbiyah nie? Nie persoalan yg kita harus tanya...
Tiada bumi yg menyekat dan tiada penyeksaan yg menggerunkan.
Selagi kita yakin..kita akn buat! Tumuhat kita msh jauh..tp PASTI!
Ana cdgkan enta pelajari Ilmu Psikologi dan Kaunseling... InsyaAllah, Dakwah enta akan lebih mudah berjalan kerana enta dapat berdakwah bukan sahaja melalui Bulatan Gembira, malah enta akan dapat berdakwah dgn lebih berhikmah dan sesuai mengikut personaliti manusia yang berbeza... Apa2 pun, blogpost enta yg ini adalah satu pencetus kesedaran yg amat OSEM dan bernilai kpd Da'ie newbie seperti ana... Jazakallahu Khairan Kathira..
subhanallah...
6 bulan tidak ditarbiah terasa 6 tahun... semua jahiliah datang semula dalam diri... bahkan lebih teruk... dalam sedar sy tetap buat... Allah.. :'(
Saya pun have the same way of thinking.There are many ways to improve yourself.If you choose to be in usroh,it's alright.and if not,there are so many ways to be a better person.x bermakna orang tu x ikut usroh and x bawak usroh dia x baik.Mungkin he/she can contribute in other way.
Nak mintak izin ambil ayat2 ni :)
2018, saya msih di sini. Mmbaca tulisan ini kali kedua..saya rasa saya sependapat dgn penulis.. Dahulu saya org usrah..tp mcm tulah. Byk komitmen dan pngorbanan perlu buat.. Sdgkan saya ada komitmen dgn keluarga memndangkan adik saya oku. Namun perkara ini xdihadam dgn baik oleh ahli usrah yg lain. Mulalah mereka mnggunakan dalil, "ssesungguhnya hrta dan anak2 itu fitnah"..usrah saya aktif, saya tahu. Namun memaksa saya meninggalkan keluarga sdgkan saya tahu mak ayah saya perlukan saya. Saya tak mmpu gerak dgn dua2 skali.. Saya mula tak komit. Dan murabbi saya juga mgkin dah tak mahu memaksa.. Dan ia terhenti di situ.. Saya ada rasa rindu kdg2..kdg2 murabbi saya masuk dlm mimpi.. Tp saya rasa jauh.. Sbb rindu ini, rindu yg perlu sepenuh komitmen shingga saya terpksa meninggalkan keluarga saya, yg merupakan usrah saya yg sebenar.. TT
Post a Comment