4 February 2014

Jodohku Dengan Kematian

[Kredit]

Hei awak!
Sudah lama kita berkenalan, 
Ketika itu saya masih hingusan,
Awak datang tanpa jemputan,
Tiada ribut tiada taufan,
Atuk jatuh tiba-tiba pengsan, 
Lepas tu ucap selamat jalan,
Awak buat nenek meroyan!

Hei awak!
Entah pula berapa haribulan,
Kawan baik melintas jalan, 
Pulang dari sekolah harian, 
Sambil makan satay ikan,
Awak sergah buat kejutan,
Buat dia jadi tak keruan,
Kena rempuh lori lima tan!

Hei awak! 
Awak buat mak tak siuman,
Bila awak datang buat lawatan,
Ke hospital tempat persalinan,
Mak mengandung adik kelapan,
Adik masih dalam kandungan,
Awak datang tersenyum sakan,
Adik lesap tidak pernah kelihatan.

Hei awak!
Meski awak buat saya tak aman,
Tiga kali buat saya kesedihan,
Atuk, kawan dan adik perempuan,
Macamlah awak tiada belas kasihan,
Awak pandai memujuk melayan,
Habis saya tangkap chentan,
Akhirnya saya termakan umpan! 

Hei awak!
Awak datang buat lamaran,
Saya masih dalam dua puluhan,
Awak hulurkan cincin pertunangan,
Kita menanges penuh perasaan,
Apabila doktor akhirnya sahkan,
Dalam otak ada ketumbuhan,
Doktor beri tempoh enam bulan.

Hei awak!
Bila tiba hari pernikahan,
Awak nampak segak dan tampan,
Berbaju Melayu kain kaftan,
Lengkap samping sulaman tangan,
Awak pandang saya penuh kechentaan,
Terbaring lesu mengaduh kesakitan,
Hanya mampu mengukir senyuman. 

Hei awak!
Awak dan tok kadi duduk berhadapan,
Wajah ceria penuh kegembiraan,
Tok kadi pantas hulurkan tangan,
Awak sambut penuh keyakinan, 
Hati saya penuh debaran,
Adakah hari penuh kebahagiaan?
Atau keperitan tak berkesudahan?

Hei awak!
Sekali lafaz awak ucapkan,
Selesai sudah diijabkabulkan,
Awak datang memberi kucupan,
Air mata mengalir tak tertahan,
Inilah hari saya bakal ucapkan,
Selamat tinggal dunia khayalan,
Alam sebenar menjadi idaman.

Ah tiada apa yang dapat diungkapkan,
Tiada apa yang mahu diomelkan,
Pada hari penuh dengan coretan,
Pada hari yang sudah ditentukan,
Awak dan saya sudah dijodohkan,
Akhirnya akur memegang gelaran,
Isteri yang sah kepada kematian. 

-gabbana-

15 Caci Maki Puji Muji:

Brader Kopi Pekat 04/02/2014, 17:44  

terdiam.. kematian tidak mengira usia..

Mirae Adnan 04/02/2014, 18:03  

Sangat deep.

Anonymous 04/02/2014, 18:48  

Thorbaekk

TiM 04/02/2014, 20:00  

Bitter truth.

Unknown 04/02/2014, 20:47  

Ya Allah.

Anonymous 04/02/2014, 21:42  

tk fhm

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN 04/02/2014, 22:07  

sedang berfikir tenatang jodoh.
jodoh dengan kematian.
jodoh dengan hamba Allah hadir dulu.
dua2 ketentuanNya.

tapi mati itu pasti sepasti2nya
Allahu

Anonymous 07/02/2014, 00:18  

sngt mendalam maksudnya
fil haqiqah, kte x dpt lari dri kematian.. kullu nafsin zaaiqatul maut..

Anonymous 07/02/2014, 16:19  

terbaikk..hakikat yang perlu selalu diingati..

mariani 11/02/2014, 15:44  

terlalu mendalam maksudnya...walau di mana kita berada, kita takkan terlepas drp kematian..

Anonymous 11/02/2014, 17:21  

Nanges

Islah 13/02/2014, 03:05  

too creative, masyaallah

Anonymous 14/02/2014, 18:04  

Mati itu pasti..

Anonymous 17/02/2014, 23:56  

deep..

Anonymous 24/02/2014, 14:46  

subhanallah...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP