Kerana Mulut Badan Binasa
Ssshhhhh. [Kredit] |
Bukan, ini bukan artikel tentang aktiviti meliberal dan memunafiqkan orang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini itu.
Bukan, ini bukan penulisan tentang program menganyam ketupat sambil memakan daging Inche Najib dan Puan Rosmah Mansur masak lemak cili api yang seolah-olahnya sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia hari ini.
Dan bukan, ini bukan juga post tentang terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata kau tanggung sendiri. Eh.
Sebaliknya, ini adalah artikel tentang tak cukup kata. Tentang mulut yang tidak berkata-kata. Tentang kata-kata yang tidak terlepas keluar pon dari mulut.
Ini tentang Syahadatul Haq. Tentang tanggungjawab menyebarkan risalah Allah di muka bumi tanpa sebarang kompromi dan diskriminasi itu.
Semalam di kantor saya, diadakan kuliah khas sempena Maulidur Rasul. Selalunya kalau ada kuliah-kuliah khas, pasti akan ada dua perkara:
Semalam di kantor saya, diadakan kuliah khas sempena Maulidur Rasul. Selalunya kalau ada kuliah-kuliah khas, pasti akan ada dua perkara:
- Ustaz yang khas
- Makanan yang khas
Arakian hendak dijadikan cerita, ada seorang rakan sekerja yang baharu berpindah duduk tidak jauh dari saya. Tergeraklah hati untuk mengajaknya datang ke kuliah Maulidul Rasul itu. Tetapi entah mengapa, saya seperti teragak-agak mahu mengajaknya. Bermacam-macam lintasan fikiran yang lalu-lalang di dalam kepala saya.
"Ish dia nak ke pergi ni.."
"Apa pulak nanti dia fikir pasal aku. Bajet baik pulak."
"Takkanlah dia tak tahu ada ceramah khas kan? Alah tak payahlah ajak."
Begitulah kurang lebih. Walhal semuanya itu hanya lintasan fikiran sahaja. Tanggapan. Tekaan. Telahan. Ok sila rujuk kamus Tesores versi Bahasa Melayu untuk mencari perkataan seerti yang lain.
Gelak tutup mulut.
Akhirnya saya diberi kekuatan untuk mengajak rakan sekerja saya tu.
"[Inche H], makan kambing hari ni? Haha. Ada ceramah khas Maulidul Rasul. Ada nasi dengan kambing. Meh ah!"
Dia tersenyum dan memberi maklum balas yang baik sekali. Rupa-rupanya memang dia sudah tahu akan kuliah itu. Lega saya melihatkan maklum balas yang diberinya.
Uhm.
Saya kira kebanyakan daripada kita begitu juga. Dalam banyak situasi, kita teragak-agak untuk mengajak orang ke arah kebaikan kerana kita punya terlalu banyak tanggapan. Assumption. Macam-macam yang kita fikirkan di dalam kepala kita. Kadangkala situasi-situasi yang tidak munasabah pon boleh kita terfikirkan.
"Aih dia ni nak ke berbulatan gembira ni..? Satgi aku ajak, dia kata aku radikal pulak. Ekstrem. Haish takpelah."
"Cuak lah saya nak tegur dia tu. Biarlah dia nak bawak perempuan balik bilik. Nanti saya tegur, dia bertukar jadi Inkredibel Hak, macam mana..? Uiissshhh."
"Ana bukan apa ukhti. Bukan ana tak nak nasihatkan room mate ana tu pakai tudung. Tapi... Hmmm dia kata ana jaga tepi kain dia pulak. Takpelah. Biarlah dia. Asalkan dia bahagia."
"Ceq tak berani la nak ajak dia join tarbiyah dan dakwah ni. Pak dia tu polis! Satgi ceq kena tangkap, kena sumbat masuk ISA pastu kena hukum gantung! Humanghaihhh!"
"Ish, aku nak kejut ke tak dia ni solat. Kesian pulak, elok nyenyak je dia tido ni. Karang aku tak kejut, dia marah aku tak kejut. Kalau aku kejut, risau pulak aku kena pelempang Jepun percuma. Ish."
Macam biasa kan dengan dialog-dialog di atas? Memang la biasa, sebab anda selalu buat! Eheh.
Akhirnya tekaan dan telahan kita ini membunuh. Assumption kills. Tanggapan kita yang cukup hebat imaginasinya itu telah membunuh semangat dan selera kita untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq kita.
Entah-entah rakan sebilik itu ternanti-nanti bilalah kita nak ajak dia berbulatan gembira. Entah-entah rakan sekuliah kita itu benar-benar jahil dan menanti-nanti sahaja orang untuk membimbingnya. Entah-entah jiran sebelah rumah kita itu hendak sangat mendalami agama tetapi tidak bagaimana caranya.
Entah-entah.
Dan kita seringkali terkejut gorila dan tergaru-garu kepala, apabila akhirnya kita punya keberanian dan kekuatan untuk mengajak, untuk menegur, untuk membimbing, usaha-usaha kita itu disambut dengan sekuntum senyuman dan sebidang dada yang penuh kelapangan.
"Uisshh apsal kau tak ajak aku awal-awal join bulatan gembira ni? Aku selalu je baca dalam belog Inche gabbana tu. Memang dah lama teringin tapi takde sapa yang ajak. Tengs ah sebab sudi ajak!"
"Terima kasih wak akhirnya tegur kita tak pakai tudung. Bukan apa. Selama ni segan ah. Tak tau nak rujuk sapa. Nasib baik ada awak!"
"Alhamdulillah. Dapat juga ana join ente bersama-sama dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, berpimpinan tangan berlari-lari menuju sorga yang abadi heyyy!"
Pernah kan ditembak dan disumpit sebegitu rupa?
Jika begitu, tidak mengapa lagi. Bagaimana jika tembakan, sumpitan, panahan dan pembakaran itu berlaku di Mahsyar nanti?
"Ya Allah! Aku tengok seminggu sekali dia pergi bulatan gembira. Tapi sekali pon dia tak pernah pon nak ajak aku ya Allah! Seminggu sekali! Kau azab dia ya Allah. Kau azab dia sebab dia dulu nak baik sorang-sorang je!"
"Ya Rabb! Dia sekelas dengan aku selama tiga tahun. TIGA tahun ya Rabb! Sekali pon dia tak pernah tegur atau nasihat aku berkapel dan meronggeng setiap malam. Kalau aku dihukum masuk neraka, aku mahu tarik dia bersama!"
"Ya Rahman, Ya Rahim. Aku menjadi ibunya sejak dia lahir sehinggalah aku menghembuskan nafasku yang terakhir. Aku tahu dia ke sana ke mari buat dakwah, ajak orang kepada Islam. Tapi tidak pernah sekali pon dia ajak aku ya Allah. Tak pernah sekali pon dia nasihat aku tak tutup aurat ya Allah!"
Ok yang terakhir itu sadis. Nanges.
Kerana dahulu di dunia, kita amat kuat bersangka-sangka, di akhirat nanti kita binasa. Kerana dahulu di dunia kita sangat mudah meneka-neka, di Mahsyar nanti kita sengsara. Dan kerana dahulu di dunia kita cukup suka menelah dan menganggap, akhirnya di akhirat nanti kita menderita.
Allah.
Semuanya kerana kita dunia menjadi seorang mu'min yang bisu. Faham dan tahu, tapi lidah kita kelu. Sedar dan jelas, namun lidah kita kaku.
Inilah yang disifatkan oleh Syaikh Abdul Qadir al-Kailani sebagai, "...orang mu'min yang ada hati tetapi tiada lidah, mu'min yang terlindung dari makhluk lain dan tertutup di sebalik tirai. Kekurangan mereka menutup mata dan hati mereka daripada menerima hidayah."
-Al-Muntalaq, Pelukan Cendekiawan
Dan kita zalim apabila kita menyimpan nikmat hidayah itu seorang diri. Kita kejam andai kita tidak mahu menyebarkan keindahan dan kecantikan Islam kepada orang ramai. Dan kita seorang yang amat mementingkan diri sekiranya kita diam seribu bahasa, melihat kemungkaran di hadapan mata meski kita tahu betapa ia haram dan berdosa.
"...siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?"
[al-Baqarah, 2:140]
Anda, boleh hulurkan sekotak tisu cap Premier? Cap Premier tahu?
Ayuh kita sebarkan kebaikan. Pedulikan cemuhan dan tohmahan! Persetankan cacian dan kejian!
Ketahuilah, kecaman dan kata-kata buruk manusia terhadap usaha-usaha dakwah kita tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kita di Mahsyar nanti! Hanya kepadaNya kita menyerahkan segala usaha kita dan hanya kepadaNya sahajalah kita mengharapkan balasan untuk amal-amal kita ini.
Dan hentikan daripada terus bersangka dan meneka, menelah dan menganggap. Kerana semuanya itu merugikan dakwah kita. Betapa ramai manusia di luar sana yang menanti-nanti tangan-tangan ikhlas untuk membimbing mereka, tetapi terpaksa menunggu lama kerana sangkaan-sangkaan dan tanggapan-tanggapan kita. Berapa ramai pula manusia di luar sana yang sudah tersesat jauh dari rahmat Allah, terkapai-kapai kelemasan dalam lautan jahiliyyah, dan dibiarkan terus begitu kerana terlalu risau dan takutnya kita pada sangkaan kita sendiri.
"Apakah bezanya antara seorang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang berada di tengah-tengah orang ramai tapi membisu seribu bahasa?"
-Syaikh Ahmad Rasyid, Pelukan Cendekiawan
Jangan kerana tanggapan dan sangkaan kita itu, kita menyesal tidak terkata di Mahsyar nanti. Ketika itu, menanges keluar Nini Cokolat Celup pon sudah tidak berguna lagi. Kerana mulut kita yang malas dan culas berkata-kata itu, akhirnya badan kita juga yang binasa.
Dan kerana tanggapan itu membunuh. Bukan sahaja membunuh semangat kita untuk melaksanakan Syahadatul Haq kita, bukan sahaja membunuh peluang ramai orang untuk merasakan betapa nikmatnya tamparan Makcik Hidayah, malah ia juga bakal membunuh kita di akhirat nanti.
Gulp.
Never assume. Ask.
-gabbana-
Minggu ini fitnah di kantor semakin menjadi-jadi. Kerja yang bertimbun menjadikan diri penat dan tidak bermaya. Sehinggakan terlentok-lentok di dalam bulatan gembira. Aduhai.
Moga Allah kurniakan kekuatan dan keteguhan kepada diri saya untuk terus berjalan dan berlari di atas jalan ini.
Kerana kerehatan yang saya cari, hanyalah di sorgaNya yang abadi. Senyum, lap air mata.
9 Caci Maki Puji Muji:
Mungkin juga iman akan kuat dengan menegur kawan itu. Iman boleh naik dengan amal tahu? :D
Macammana nak tegur ibu? Kalau ibu itu jenis bengkeng? Jenis taknak dengar kata. Jenis keras hati. Nak dia je betul?
Bila kita cakap dengan dia, pakai elok sikit itu ini, kita cerita kat dia kisah2 yang sepatutnya (inshaauloh) boleh memberi sedikit kesedaran, walau sekejap, dia hanya akan menjawab:
"Eleeeh. Ko nampak ibu je salah kan? Depan orang ibu lah yang derhaka. Ayah tu depan orang baik.... je!!!"
Sedih kot.
You're right second anon! Tengs!
inche gabbana...saya sedang mengalami sangkaan yang membunuh saat ini!tq sebab bg kata2 semangat utk tidak teragak2 barakallahu fik
huwarghhhh..............
awat ang buat aku sedih ah?
pasai rumate..
x solat, couple aku hanya diam seribu bahasa...
hanya diam... tak sampaikan apa yang aku dapat...
aku x nak ditarik sekali masuk neraka...
maknanya aku kene habaq kat dia juga...
biaq dia tahu...
T.T
tapi nk mengajak dorang ke sorga pun ada caranye kan,nak sntuh hati dia dlu....mgkin apg bleh kongsikan nnti
kalau inche gabbana nak jawab komen, mesti kena rujuk to Anonymous bertarikh 9/1/14...
#okrandom
bukan tak nak cakap suh tutup aurat tapi awal2 da kena warning jangan jage tepi kain dia dia. so camne plak tu inche gabbana?????
"Ya Rabb! Dia sekelas dengan aku selama tiga tahun. TIGA tahun ya Rabb! Sekali pon dia tak pernah tegur atau nasihat aku berkapel dan meronggeng setiap malam. Kalau aku dihukum masuk neraka, aku mahu tarik dia bersama!" << seriously. ini memang buat aku menangis. T__T
Post a Comment