23 October 2013

FAQ: Baitul Muslim

[Kredit]

Wah! Ada lagi ke sesi FAQ ni! Ingatkan dah pupus dah! Masha-Allah, rindulah pada Inche gabbana. Salaam a'laikum, pekaba?
Er, a'laikumussalam warahmatulah. Ni kenapa eksaited sangat ni? Terlebih minum teh tarik ke apa pagi tadi..?

Hehe. Mestilah eksaited! Tengok tajuk lah! Kehkehkeh. *Mata bersinar-sinar*
*Muka biskut* Kalau pasal BM je, mesti terkinja-kinja, pasal BM je, mesti teruja. Haih. Ok tanyalah. Kalau saya boleh jawab, saya jawab InshaAllah. 

Baiklah! Soalan pertama. Inche gabbana masih bujangkah?? Eh eh. Ehem. *betulkan tempat duduk* Baitul Muslim tu benda apa sebenarnya? Macam bunyi rumah kebajikan je. Eh.
*Muka curiga*

Dari segi bahasanya, Baitul Muslim tu bermaksud rumah orang-orang Islam; baitul tu rumah, jadi rumah kepada Muslim. 

Tapi dari segi kefahaman dalam konteks hari ni, Baitul Muslim bermaksud rumah tangga Islam, iaitu perkahwinan antara seorang Muslim dan seorang Muslimah yang melahirkan anak-anak gebu dan montel terasa macam nak cubit pipi sampai lebam heyy!

Err.

Ok Inche gabbana pelik. Hhmmm. Dah tu, kenapa nak panggil Baitul Muslim? Kenapa tak panggil perkahwinan je, macam orang biasa?
Begini. Baitul Muslim tu adalah sistem, satu proses. Proses mem'baitul-muslim'kan mereka yang terlibat bermula sebelum upacara pernikahan dan walimatul 'urus lagi. Dan selalunya terma Baitul Muslim itu disinonimkan dengan mereka yang bersama dengan gerakan Islam, meskipon tidaklah semestinya untuk semua kes.

Oooh gitu. Boleh Inche gabbana ceritakan proses dan langkah-langkahnya secara lebih terperinci? Saya berminat ni nak tahu!
Err.. *kuis-kuis kaki* Aaahhh... *pandang kiri, pandang kanan* (Berbisik) Ok saya boleh beritahu, tapi jangan heboh pada sesiapa yang saya yang beritahu anda ok..? Janji?

*senyum keji* Okeh!
Ada banyak 'mazhab' dalam menguruskan Baitul Muslim ni. Tapi secara mudahnya, seorang akh (saudara lelaki) dan seorang ukht (saudara perempuan) akan dipasangkan oleh seorang individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini. Boleh jadi orang tersebut adalah murabbi si lelaki, atau seorang ustaz yang ditsiqahi, atau sesiapa sahaja al-akh yang dipercayai untuk menguruskan hal tersebut. 

Bagaimana cara mereka dipasangkan..? Jeng jeng jeng. Saya rasa bahagian itu saya rahsiakan. Risau pula nanti ada yang berdarah hidungnya. Wahahaha. Eh. 

Selepas kedua-dua akh dan ukht itu bersetuju untuk dipasangkan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing, satu sesi taaruf (berkenalan) akan diadakan supaya dapatlah kedua-dua daripada mereka melihat rupa dan bentuk masing-masing yang sebenar. Tidak mahulah ada kes dalam gambar rupa macam Otromen, tapi rupa-rupanya raksasa gorgon! Hoh. Hal ini juga sesuai dengan unjuran ar-Rasul SAW supaya seorang lelaki itu melihat terlebih dahulu rupa pasangannya sebelum bernikah. 

Selepas proses taaruf, kedua-dua pasangan diberi masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Tiada komitmen lagi sehingga kata putus diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Hanya setelah kedua-dua belah pihak menyatakan persetujuan mereka untuk bernikah, baharulah boleh masuk ke langkah yang seterusnya.

Jap jap Inche gabbana. Maksudnya, hatta selepas taaruf sekali pon, tak semestinya kena kahwin la..?
Haah, betul tu. Amboih hang, khusyuk noh? 

Seperti yang saya sebutkan tadi, tiada sebarang komitmen atau perjanjian daripada kedua-dua belah pihak selagi kedua-duanya tidak menyatakan persetujuan mereka.

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju, suatu tarikh akan dipilih untuk majlis pernikahan. Ketika ini, urusan akan diserahkan kepada pihak keluarga kedua-dua akh dan ukht tersebut dan proses biasa sepertimana yang dilalui oleh pasangan-pasangan yang lain akan berjalan. 

Cuma istimewanya proses Baitul Muslim ini, perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah pada kadar yang sangat minimal. Ikhtilat amat dijaga sepanjang proses ini, sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Hatta setelah bernikan sekali pon, ada lagi adab-adab yang perlu dititikberatkan.

Konsepnya; berchenta selepas berkahwin! Gituh.

Hah? Apa..?? Kiranya diorang ni takde berchentan-chentun, ilabu ulabme lari-lari keliling taman bunga la sebelum kahwin..? Takde kapel-kapel Islamik pon? 
Yup, tiada. Non. Sifar. Yilek. 

Malah majoriti daripada pasangan Baitul Muslim yang saya tahu, pertama kali mereka bertemu adalah ketika proses taaruf tu. 

Tapi, ada sahaja yang pernah berkenalan sebelum tu. Mungkin dahulunya rakan sekelas, atau rakan sekuliah. Kemudian masing-masing terjebak dalam gerabak dakwah, tup tup, dipertemukan semula dalam konferens riang atau program-program tarbiyah. 

Ok sahaja. Rejeki masing-masing kan. Cuma kebanyakan yang saya kenal tu, memang tidak pernah kenal lah pon sebelumnya. Kerana ruh Baitul Muslim itu sendiri adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesucian institusi rumah tangga. 

*mata terbeliak* Perghhh. Boleh ke macam tu...?? Macam mana nak serasi nanti hubungan antara suami dan isteri kalau tak kenal dulu? Bukankah perchentaan yang disemai, dibaja dan ditanam dengan rapi akan menghasilkan kuntum bunga yang mekar mewangi...? Ewah.
*jeling*

Tiada masalah pon. Itu semua propaganda Yahudi dan Freemason untuk menyesatkan pemikiran anak-anak muda zaman sekarang ni. Eheh.

Saya dah jumpa raaaammmaaaaii ikhwah akhawat yang alhamdulillah, sangat bahagia selepas perkahwinan mereka, walaupon tidak pernah berkenalan atau berchenta sebelum berkahwin. Pada masa yang sama, saya juga dah jumpa raaaamaaaaiii pasangan yang berchenta bagai nak rak, dah janji nak bina mahligai bersama konon, dah serah tangan badan segala bagai, akhirnya tak ke jinjang pelamin pon. Tsk.

Pada masa yang sama, benar, saya mengakui ada juga perkahwinan ikhwah akhawat yang tidak menjadi. Saya melihatnya sebagai asam garam dalam berumah tangga; kegagalan dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan baik antara pasangan, juga pelbagai faktor-faktor lain yang tidak dapat disebut di sini. Ramai sahaja pasangan di luar sana yang bercerai-berai yang tidak melalui proses Baitul Muslim; dah, mengapa Baitul Muslim itu yang dipersalahkan...? 

Dan dan... Chenta itu adalah satu perasaan suci yang dikurniakan Allah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dengan ijinNya, sesiapa sahaja pon boleh berchenta kan? Jadi apa mustahilnya, seorang akh itu boleh jatuh chenta pada seorang ukht yang tidak pernah dikenalinya selama ini selepas mendirikan rumah tangga yang sah? Apatah lagi apabila rumah tangga yang dibina adalah atas dasar mahu mencari keredhaanNya; bukankah mereka ini yang paling layak dikurniakan Allah dengan perasaan agung itu? Bukan chenta yang biasa-biasa; tapi chenta guling-guling tepi bukit tahu?? Wah!

Rejeki tu milik Allah kan? Senyum. [The Muslim Show]

Perghh Inche gabbana! Macam kaunselor lah! Logik logik. Hmmm ok, soalan seterusnya. Apa kepentingan Baitul Muslim ni sebenarnya?
Hah, nasib baik anda tanya soalan yang sangat penting ni! Saya tunggu juga anda untuk bertanyakannya, jika tidak, bismillah jalan! Saya sapu je! Heh.

Sememangnya Baitul Muslim adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam Islam; apatah lagi buat mereka yang bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Malah, dalam maratib amal (tangga-tangga amal) seperti yang digagaskan oleh Iman Hassan al-Banna, kedudukan Baitul Muslim adalah pada anak tangga kedua selepas indiividu muslim.

Oooh itu yang orang dok sibuk tanya "Bila nak naik tangga bila nak naik tangga" tu?
Yezzaaa. Baitul Muslim adalah kesinambungan terus daripada pembinaan individu muslim yang berkesan. Maknanya, seorang individu muslim yang telah berjaya dilahirkan daripada proses tarbiyah, tiada alasan lagi untuk tidak mendirikan rumah tangga Islam.

Apatah lagi Baitul Muslim ini dilihat dapat merancakkan lagi usaha-usaha tarbiyah dan dakwah, melihatkan penggabungan potensi-potensi besar yang pada ikhwah dan akhawat. Penggabungan bait-bait Muslim inilah yang akan membentuk pula mujtama' Muslim (masyarakat Muslim) yang berada pada anak tangga ketiga dalam maratib amal. 

Baitul Muslim ini diharapkan untuk melahirkan bukan sahaja bayi-bayi-bayi-bayi yang comel dan gebu-gebu belaka, tapi juga rijal-rijal dakwah yang akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Baitul Muslim yang soleh lagi musleh diharapkan dapat mentarbiyah anak-anak yang dilahirkan untuk menjadi para dua't yang berkobar-kobar untuk berkorban demi agama. Kiranya kilang melahirkan para mujahid muda la. Eheh.

Ok akhawat kecil pakai tudung memang sah kena cubit pipi dengan saya! Errrghhhh!

Erk. Ok... Soalan maut. Mestikah ikhwah berkahwin dengan akhawat? Tidak bolehkah ikhwah tu membentuk Baitul Muslim dengan bukan akhawat, dan sebaliknya? Bukankah itu akan lebih menyebarkan dakwah?
Pandang ke atas. Ah birunya langit.

Jika boleh, saya tidak mahu menjawab soalan anda itu. Risau saya akan disalahtafsir nanti. Namun saya tahu, sudah ramai yang bertanyakan soalan yang sama. Uhmmm. Ijinkan saya untuk menjawabnya seringkas yang mungkin, dan moga saya dapat menjawabnya dengan baik dan sepenuh kefahaman.

Begini.

Tiada masalah pon sebenarnya kalau seorang akh ni nak bernikah dengan seorang wanita yang 'biasa', dalam erti kata wanita yang tidak bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Atau dengan kata lain yang lebih lurus ke hadapan, bukan akhawat. Gituuuhh matilah kena kondem lepas ni! 

Dan tiada masalah juga kalau seorang ukht tu nak berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan ikhwah.

Bila saya kata tiada masalah tu, maksudnya, dari segi hukum atau atas kertasnya tiada masalah lah.

Namun masalah akan timbul apabila pasangan yang dikahwini itu gagal memahami kehendak dan tuntutan dakwah suami/isterinya. Bayangkan seorang suami yang malam-malamnya sentiasa tiada di rumah kerana membawa bulatan gembira, atau sang isteri yang hujung minggunya sentiasa dipenuhi dengan konferens-konferens riang. Sekiranya seorang wanita atau lelaki itu bukan akhawat/ikhwah, amat sukar untuk dia menerima dan memahami cara hidup yang begitu sibuk dan menuntut komitmen yang cukup tinggi itu. Boleh tahan kah...?

Maka akan timbullah salah faham dan masalah komunikasi kerana rumah tangga yang diimpikan tidaklah sempat panas sampai ke petang. Rumah tangga yang diharapkan adalah malam-malam yang dipenuhi dengan berkasih-sayang di atas sofa sambil menonton telebisen, hujung minggu yang dipenuhi dengan jalan-jalan cuci mata di komplek-komplek beli-belah, makan malam yang romantik dan sebagainya. Namun realitinya jauh sekali seperti apa yang diimpi. Itulah, banyak sangat tonton cerita Hindi! Eh. 

Apatah lagi apabila si suami/isteri menjadikan tarbiyah dan dakwah sebagai prioriti nombor satu; pastilah pasangan yang tidak faham akan hakikat ini berasa cemburu kerana banyaknya masa dan ruang yang dihabiskan untuk kerja-kerja tarbiyah dan dakwah. Saya ingin bertanya kepada jejaka dan jejaki di luar sana; tahankah anda beristerikan/bersuamikan pasangan yang hari-harinya cukup sibuk dengan kerja-kerja membaiki ummah..? Nah!

Ada orang berhujah; alah didik sahajalah si isteri itu, InshaAllah jadi akhawatlah akhirnya! Ada benarnya. Tapi tugas untuk mendidik seorang wanita, daripada 'biasa-biasa' menjadi akhawat, bukanlah suatu tugas yang mudah. Sebaliknya, ramai ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat, akhirnya tersungkur dan futur dek tewas dengan fitnah dunia.

Kerana itu amat amat penting untuk seorang al-akh atau seorang ukht itu berkahwin dengan orang yang faham. Dan penyatuan dua insan yang berdasarkan kefahaman untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini, pergh, tidakkah itu akan menghasilkan sebuah keluarga yang Super Saiya...? Eh. 

Tarik nafas.

Amat sukar untuk saya nukilkan segalanya di sini. Saya yakin, akan ada yang tidak puas hati, mengamuk tarik-tarik rambut dan berlari-lari sekeliling kampung pegang parang dengan penjelasan saya di atas. Akan ada lebih banyak persoalan yang timbul nanti. 

Saya juga dahulunya begitu. Memang tidak faham dan kadangkala tidak boleh terima mengapa ikhwah tidak boleh berkahwin dengan bukan akhawat (dan sebaliknya). Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan saya semakin faham. Dan alhamdulillah, semakin banyak saya bekerja di atas jalan ini, kefahaman itu datang dengan sendirinya, biidznillah.

Ijinkan untuk saya berhenti di sini dahulu. Sekiranya anda inginkan penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan ikhwah/akhawat yang berdekatan untuk memberi penjelasan. Heh.  Berlapang dadalah dengan jawapan dan penjelasan yang diberikan. InshaAllah anda akan lebih faham dan dapat menerimanya.

Oooh ok. Uhmmm. *termenung* Tapi kan Inche gabbana, macam mana nak jawab tohmahan-tohmahan "Oh geng-geng tu dok kawen sesama sendiri je," atau "Perkahwinan ekslusif! Macam mana nak berkembang?" Hah, jawab, jawab!
Hahaha. Mulut tempayan kita boleh tutup anda oi, tapi mulut orang, waduh waduh, memang mustahil untuk ditutup!

Yang penting kami beramal dengan keimanan dan pegangan kami. Asalkan kami tidak mengganggu hidup sesiapa dan selari dengan tuntutan syarak dan as-sunnah, apa salahnya bukan? 

Tidak saya nafikan, ada sahaja ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat dan akhirnya berjaya 'mengakhawatkan' isterinya itu, dan juga sebaliknya. Namun peratusannya amat rendah sekali. 

Dan jujur, saya amat mencemburui geng-geng yang berchenta selepas kahwin ni! Manis sampai potong kaki woooo! Wahahaha. 

Lagi pon.. Akhawat kan ramai kat luar sana? Kenapa nak cari pasal, saja-saja tak mahu berkahwin dengan akhawat..?

Camtuhaaaa.

*ternganga mulut* Ok kenyataan terakhir tu memang tak tertahan. Ok alhamdulillah, saya dah semakin jelas dengan konsep Baitul Muslim ni. Macam biasa Inche gabbana, ada apa-apa pesanan terakhir?
Kahwinilah pasangan anda kerana Allah, InshaAllah anda akan berbahagia sehingga ke jannah.

Tapi andai anda mengahwini pasangan anda kerana nafsu dan hanya mahu memuaskan kehendak diri, belum pasti rumah tangga yang anda bina akan menjadi! 

Dan andai anda mengharapkan sebuah perkahwinan itu akan sentiasa bahagia dan baik-baik sahaja, penuh dengan bunga-bunga dafodil segar dan arnab-arnab gemok melompat riang, anda sebenarnya sedang berpijak di alam maya.

Tapi sekiranya anda mengimpikan sebuah Baitul Muslim yang akan memberikan anda kehidupan; sebuah kehidupan yang penuh ketaatan padaNya, InshaAllah, anda akan ketemu bahagia. Senyum. 

"Adinda, ayuh kita layari bahtera ini hingga ke sorga; biarlah kekanda menjadi nakhodanya!" Muntah darah. [Kredit]

Wahai! Sangat menggugah jiwa di situ! Ok Inche gabbana, soalan terakhir darip...
Eh saya minta maaf sangat-sangat. Zaujah saya baharu sahaja waksep. Dia minta saya balik sekarang juga. Maaf ya!

Ok ok tadehal. Jazakallahu khair Inc... Eh?!?

-gabbana-

Teng teng teng. Gelak keji. Sila jangan buat spekulasi liar! Ahah. 

Jujur saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara tentang Baitul Muslim ini. Mohon teguran dan bimbingan daripada kalian yang lebih berpengalaman. Juga mohon tidak ada yang cepat melatah dan menggelabah dengan penulisan ini. Jika ada mana-mana bahagian yang dirasakan tidak kena, silalah jangan malu-malu menegur saya yang marhaen ini ya?

Moga bermanfaat untuk semua InshaAllah!

70 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 23/10/2013, 20:08  

Benarlah org2 yg mengikuti jemaah ni selalu duduk dlm kelompok mereka shj.
Mcm mna lah dakwah tu nak tersebar luas.

Inche gabbana 23/10/2013, 20:14  

Banyak cara saudari, macam mana nak sebarkan dakwah ni. Antaranya adalah bersungguh-sungguh melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.

ibtisam 23/10/2013, 20:40  

macam mana nak naik tangga untuk daulah Islamiyah pula?

Anonymous 23/10/2013, 20:45  

Salam,
Saya bukanlah orang yang banyak ilmu, jujur saya kata sedikit sekali ilmu saya.
Tapi pada pandangan saya, penyataan inche mengenai perkahwinan lelaki/wanita biasa dengn akh/akhwat ni susah dsbgainya saya rasa ini seperti satu diskriminasi bagi kami yang biasa ini dan bukankah hidayah itu milik Allah? Mungkin sekali, lelaki yang biasa itu pasti ada niat sebenarnya untuk menjadi baik dan mendekati Allah sebab itu dia memilih untuk berkahwin dengan seorang pendakwah. Dan penceraian atau perkara-perkara yang tidak diingini itu pasti lah merupakan ketentuan Allah atas sebab-sebab tertentu yang hanya Allah yang mengetahui. Makanya, tidak boleh lah nak kata hubungan antara lelaki/wanita biasa dengan pendakwah ni tak berapa elok.
Maaf seandainya saya ada tersilap bicara. Saya hanya menyuarakan pandangan saya.
Wallahualam.

Anonymous 23/10/2013, 20:47  

Dah kawin ke inche gabbana?

aozora 23/10/2013, 20:57  

Buat anonymous di atas, izinkan sy share somthing kpd saudari =)
Mungkin kita boleh ambil dari sudut yg positif dgn rasa teruja dan galakan utk turut sama menjadi dari seorang gadis biasa kepada seorg akhawat..sepertimana yg Inche gabbana terangkan panjang lebar ttg baitul muslim, pasti ada hikmah yg besar yg kita belum fahami kenapa seorg ikhwah perlu berkahwin dgn akhawat dan sebaliknya =)
jom dakwah n tarbiyah saudari

p/s:hidayah itu milik Allah..namun bukankah Allah juga menyuruh kita berusaha utk mencari? =)

Anonymous 23/10/2013, 20:58  

Salam. Kalau seorang perempuan tu tak join aktiviti2 bulatan gembira, macam peluang untuk berjumpa dengan ikhwah tu agak tipis je. Nanti perempuan yang biasa2 tu akan rasa dia tak layak pulak untuk jadi isteri kepada seorang ikhwah. Mungkin juga perempuan itu ada niat untuk bersama2 menyokong si suami bila sudah berkahwin nanti. Boleh jadi perempuan tersebut tak de peluang lagi untuk join usrah, sedangkan memang nak sangat join. Tapi Allah lebih mengetahui kan.
Mohon pencerahan. Terima kasih.

aozora 23/10/2013, 20:58  

*jom join

memoirsandreflections 23/10/2013, 21:01  

Salam.
Satu perkongsian. Saya tertarik bila IG cakap apa yang selalunya terjadi pada ikhwah kalau diorang kahwin dengan non-akhwat, where si ikhwah menjadi futur.
Benda yang slalu kena discuss adalah what to do kalau akhwat dilamar oleh lelaki soleh yang bukan ikhwah, sebab benda ni tak mustahil terjadi dan mmg dah banyak kali terjadi pun.
Ada akhwat yang kahwin dengan lelaki soleh yang bukan ikhwah, tetapi dia dengan berjayanya mengikhwahkan suaminya, tetapi at the same time, ada juga akhwat yang kahwin dengan ikhwah, tetapi si akhwat futur walaupun si suami yang ikhwah masih lagi berbulatan gembira.
At the end of the day, peranan utk istiqamah di jalan dakwah tu bermula dari diri sendiri, bukan dari pasangan.
Saya setuju though that ikhwah sepatutnya berkahwin dengan akhwat dan akhwat pula kalau boleh (akhwat tak dapat elak lelaki soleh bukan ikhwah dari melamar mereka) berkahwin dengan ikhwah.

Anonymous 23/10/2013, 21:01  

Apa pendapat en tentang perkahwinan antara mereka yg berlainan badan dakwah. Contoh suami dari badan A & isteri dari badan B, sama2 atas jalan syariat, cuma cara kerja yg lain. Dari respon rakan2, mereka sangat tidak bersetuju dgn perkara ini...takut banyak perbezaan pendapat katanya..

Anonymous 23/10/2013, 21:09  

Aozora ; Alhamdulillah. Terima kasih memberikan perspective baru kepada saya supaya lihat daripada sudut positif untuk menjadi seorang pendakwah.
Semoga Allah memberkati awak, terima kasih (:

Anonymous 23/10/2013, 21:10  

.

Unknown 23/10/2013, 21:14  

Ok. I really cant brain this.
Can anyone of you or IG sendiri explain, whats the difference between lelaki soleh n ikhwah.
And apa beza pulak perempuan soleh dgn akhawat ?

Tak sama ?

Anonymous 23/10/2013, 21:19  

Saya tunggu apa kata IG

Anonymous 23/10/2013, 21:22  

@Naora Nakamura:
lelaki soleh according to Ukht. memoirsandreflections tu adalah lelaki soleh yang TIDAK berbulatan gembira dan TIDAK terlibat dalam gerakan dakwah.
Ikhwah pula adalah lelaki soleh yang berbulatan gembira dan terlibat dalam gerakan dakwah.
Sama juga beza dengan perempuan soleh dan akhwat.
perempuan soleh adalah perempuan soleh yang TIDAK terlibat dalam gerakan dakwah dan TIDAK berbulatan gembira, manakala akhwat pula adalah perempuan soleh yang terlibat dalam gerakan dakwah dan berbulatan gembira.

Inche gabbana 23/10/2013, 21:26  

Bismillah. Secara mudahnya, memanglah ikhwah tu bermaksud saudara lelaki (jamak) dan akhawat tu saudari perempuan (jamak). Tapi selalunya panggilan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang join usrah, buat dakwah semua. Kita tak panggil kan lelaki pergi kelab malam sebagai Ikhwah, walaupon dia seorang muslim? Atau seorang perempuan yang kaki joget sebagai akhawat, walaupon dia seorang muslimah?

Ikhwah dan akhawat bukan sekadar panggilan, tetapi ia datang dengan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar; yakni dakwah.

Ramai lelaki soleh di luar sana, tapi tidak bersama dengan gerabak dakwah. Maka secara kontekstualnya, mereka tak dipanggil ikhwah. Begitu juga dengan akhawat.

Panggilan-panggilan (atau label, if you like) bukanlah untuk mendiskriminasikan atau mengkastakan masyarakat; nau'dzubillah jauh sekali. Tetapi untuk mudah dikenalpasti dalam masyarakat kita yang terlalu diverse dan pelbagai latar belakang ni.

Allahu a'lam. harap menjawab.

Enonimus: Saya nak kata apa ya..? ^^"

aozora 23/10/2013, 22:05  

semuanya berbalik kpd tujuan kita berkahwin..memetik semula tulisan IG, 'Baitul Muslim adalah kesinambungan terus daripada pembinaan individu muslim yang berkesan. Maknanya, seorang individu muslim yang telah berjaya dilahirkan daripada proses tarbiyah, tiada alasan lagi untuk tidak mendirikan rumah tangga Islam.
Apatah lagi Baitul Muslim ini dilihat dapat merancakkan lagi usaha-usaha tarbiyah dan dakwah, melihatkan penggabungan potensi-potensi besar yang pada ikhwah dan akhawat. Penggabungan bait-bait Muslim inilah yang akan membentuk pula mujtama' Muslim (masyarakat Muslim) yang berada pada anak tangga ketiga dalam maratib amal'

utk memahami ttg BM, mmg tidaklah memadai dgn hanya membaca dari 1 penulisan shj. utk memahami lebih, perlulah kita memahami kenapa perlunya kita jadi individu muslim yg sebenar..bagaimana utk memahami? perlulah tarbiyah yg berterusan yg x lain x bukan adalah dgn join usrah, bulatan gembira..etc..may Allah give us strength to understand more and reward us for our efforts in seeking His love, insyaAllah

p/s: yang kite duk excited citer ttg baitul muslim, mcm mana pulak usaha kita dlm hubungan cinta kita terhadap Dia,pencipta kita? err..-_-''

bintu ibrahim 23/10/2013, 23:05  

Assalammualaikum , anyway , nice entry IG . Mengikut pengalaman sy, ramai senior2 saya yg bertemu jodoh dalam mendalami lapangan dakwah dengan terperinci . Tak dapat dinafikan, sangat indah di pandang mata bila pasangan-pasangan yang begini ada di sisi kita . Mereka lebih arif tentang perasaan cinta lepas kahwin .BM dlm kalangan ahli2 usrah ni insyaAllah banyak kebaikannya . Tapi kita pun perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri . wallahualam .

Qalamqudus92 24/10/2013, 00:01  

Dan akhirnyaaaaaaaaaa...alhamdulilah..

The best woman for the best man..

Anonymous 24/10/2013, 01:53  

dah lama x comment..

urm, sejujurnya ,bila anda dlm sistem dnt ni dlm keadaan sedar, insha Allah, mmg anda akn setuju dgn kenyataan Inche Gabbana ni..sentiasa doakan ikhwah akhowat dkurniakan pasangan yg terbaik buat mereka..Moga Allah redha..

Anonymous 24/10/2013, 01:59  

ada plk si gadis biasa itu sbnrnya teringin juga utk mendpt seorg lelaki berbulatan gembira utk menjadi suaminya. tp tgk diri sendiri rasa mcm tak layak & mcm IG kata, takut hati tak sanggup plk bila si suami nnt sibuk dgn bulatan gembira,konferens riang,etc. ehem. tak biasa la katakan..

pastu teringat plk, hubungan dgn Pencipta kita bagaimana pula. kita kadang2 tlalu sibuk pikir psl baitulmuslim ni smpai lupa psl benda yg plg penting tu. Nastaghfirullah T-T


ok, skrg nak pergi guling2 atas katil sambil meraung nangis smpai tertidur. .
sekian.

anamutarabbi 24/10/2013, 02:47  

Assalamualaikum

1) Mungkin boleh tengok filem pendek ini yang ada cerita tentang Tangga-tangga (maratib) amal. http://www.youtube.com/watch?v=0XM5-jr_tNI

Gambar rajah Maratib Amal: http://www.mediafire.com/conv/445c4e46e170b3eaf3eca7349b492a0d3c4d96da0ead7bd7177058f8f376a7736g.jpg

2)Cadangan: Kalau yang bukan ikhwah/bukan akhawat melamar ikhwah/akhawat, mungkin org tengah boleh tanya, uji atau cadangkan si 'pelamar' untuk join usrah dulu.. Nanti fasilitator/naqib@naqibah/murabbi@murabbiah boleh nilai si 'pelamar' tu berdasarkan usrah yg disertai.

3)Nak jadi baik, tak semestinya kena tunggu dpt kahwin dgn ikhwah/akhawat. Boleh je usaha utk cari usrah yang berdekatan dgn kita. Memang tak dinafikan, sesetengah tempat memang takde usrah dlm kwsn/kwsn sekitar yg berdekatan.

4)Ni ada group usrah baru akan ditubuhkan utk wanita. Boleh baca sini.http://mizan.my/ingin-sertai-usrah/

Wallahu a'lam

hamba gelandangan 24/10/2013, 06:39  
This comment has been removed by the author.
anis 24/10/2013, 08:10  

Nak jadi baik tak semestinya KENA berkahwin dengan ikhwah/orang yang join usrah etc etc.

Dan kalau nak kahwin dengan orang yg baik, kahwin je la. Kenapa nak rasa inferior dengan diri sendiri, rasa diri tak layak etc ?

Suka dengan status ust Zaharuddin yg pelik dengan sikap dan respon sebilangan besar wanita yang dilamar, memberi respon "Awak terlalu baik untuk saya, saya tak layak untuk awak." Nak tunggu lelaki yang tak baik datang baru rasa diri itu layak-kah?

Gituh. Pijak sket kat bumi realitas ni.

Inche gabbana 24/10/2013, 08:28  

Setuju dengan anis.

Hakikatnya, saya dulu pon, bukanlah seorang yang baik (sekarang ni pon takdelah baik mana ^^") Alhamdulillah, selepas ditarik masuk ke dalam gerabak tarbiyah ni, ada motivasi untuk ubah diri jadi lebih baik.

Jadi saya setuju jug dengan Aozora. Sepatutnya, anda yang tidak join usrah, tidak bersama dakwah, ia menjadi motivasi kepada anda untuk bersama-sama dengan gerabak ini.

Saya dahulu pon tak join juga. Alhamdulillah sekarang dah join. Gerabak ini berkembang bukannya dengan cara berkahwin, beranak-pinak begitu sahaja. Ia berkembang kerana adanya usaha-usaha ikhwah akhawat untuk menarik orang lain masuk ke dalamnya.

Sudah ramai yang join. Anda bila lagi..? ;)

adli hakim 24/10/2013, 13:00  

Phewiitt.. lepas ni kalau ana jumpa enta jangan terkejut kalau ana tanya enta bila nak naik tangga~~

Anonymous 24/10/2013, 14:03  

kalau kahwin beza jemaah mcm mana? adakah menjadi satu masalah?

Anonymous 24/10/2013, 15:02  

Aduhh. Quite complicated huh dis entry. Ive never knew dat BM is specifically for ikhwah n akhawat.

Unknown 24/10/2013, 18:00  

ehem. maaf mencelah. tapi saya rasa mudah shj. hakikatnya bukan semua diskriminasi itu buruk. bahkan itu ada dlm firman Allah (lelaki baik untuk wanita baik dan juga sebaliknya). Tetapi pada saya ini adalah peringkat awal dan usaha manusia bagi mendaulatkan islam secara sistematik dan berkesan. Hinggalah hampir kesemua hatta ke seluruh pelosok dunia adalah ikhwah dan akhawat (join usrah). Jadi masa tu takdelah isu diskriminasi bagai ni.

Unknown 24/10/2013, 18:08  

jom join usrah.

Anonymous 24/10/2013, 23:30  

baca entry sentap. baca comment pun sentap jgk. sentap sini sana. mcm nak lemah jantung dibuatnya. haha tp bagus la sentap tu kalau tgk from a positive view, blh dijadikan motivation utk jd org yg lebih baik ye dok. :)

Anonymous 25/10/2013, 01:04  

Saya bukan akhawat mulanya.Tapi sy tahu ttg usrah sbb tengok Abah berusrah sejak saya muda remaja.Saya dilamar pemuda yg saya yakin baik, tanpa bercinta dan kenal mengenal terlebih dulu.Pemuda ini saya tahu dia rajin solat berjemaah di masjid.Macam Abah juga.Saya tak tahu dia Ikhwah, tapi lps kami bertunang , saya diusrahkn melalui prtrbualan telefon.Konsep uluhiyah, rububiyah, tujuan hidup, tanggungjawab sebg manusia dsb.Dan saya tak tahu dia ikhwah.Tak tahu dia pernah memimpin pimpinan pelajar Islam masa dia di UK, sbb saya tak kenal dia sebelum kawen.Saya bukan akhawat.
Hanya secara rasmi join sbg akhawat lepas anak dah 3 org.
Saya faham bila dia balik lewat mlm krn usrah , atau hujung minggu tak ada krn ada mukhayam atau daurah.
Jadi, pandai2lah ikhwah nak mengakhawatkan isteri biasa.Banyak kena bersabar dan giatkan berdakwah kpd nya.In Sha Allah, anak2 jadi ikhwah akhawat juga.

Delon 25/10/2013, 01:37  

Salam, mungkin secara amnya ramai faham yg ikhwah/akhawat adalah mereka yg melakukan dakwah, terlibat dgn jemaah and bulatan gumbira dihujung minggu/di malam malam mereka etc. tapi bagaimana pula dengan mereka yang memilih berdakwah dengan cara lain contoh ada sesetengah orang diluar sana yang memilih ekonomi/kerjaya sebagai jalan jihad (dakwah) mereka (mungkin mereka menyertai jugak bulatan gumbira tapi tidak sekerap ikhwah/akhawat seperti mana yg di'definisikan' di atas).

jadi adakah mereka ini jugak boleh dipanggil sebagai ikhwah/akhawat atau tidak (mungkin kerana cara mereka yg tidak berbulatan gumbira/tidak terlibat dgn jemaah)? So acaner tu?

Onesly, saya pun baru faham yang BM ni hanya (spesel) for ikhwah/akhawat. Oo cenggitu~

dan tentang pemilihan suami/isteri -- sama ada ikhwah/akhawat atau soleh/solehah, pendapat saya ini semua berbalik kepada satu -- sefikrah.

kalau saling memahami perjuangan antara satu sama lain dan boleh get along walaupun ikhwah-solehah atau soleh-akhawat, insya allah boleh -- cerah masa depan. ada harapan, dengan syarat bersungguh dan berusaha mengislahkan diri sendiri & pasangan, kena positif dan DOA.

Peace yoo~~

^^

Anonymous 25/10/2013, 08:43  

"Hinggalah hampir kesemua hatta ke seluruh pelosok dunia adalah ikhwah dan akhawat (join usrah)"
Tapi, kalo belum ape2 dh kene diskriminasi, camne nk sume org jd camtu?

anonymous ikhwah 25/10/2013, 09:56  

bismillah.

izinkan ana lontar sedikit pandangan.

ana setuju dengan penulisan ini.

dan ana setuju dengan kepelbagaian pendapat kerana pemahaman setiap orang berbeza2.

tp akhir sekali apabila bincangkan soal BM ni jgn terover eksaited.
dan jangan sampai BM ni jadi niat kita berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah ini.

ia akan kembali semula kepada kefahaman kita terhadap islam, sebenarnya sejauh mana kita berusaha untuk memahami islam dan sejauh mana sumbangan kita?

Anonymous 25/10/2013, 10:30  

Hot topik ni. Kawen je dengan sesape yg kt nak serta blh bntu dan sokong kita u capai matlamt menegakkn islm di muka bumi. Ikhwan ke akhwat ke,semua mnusia. Hehe..

Ce try baca buku di jalan dakwah aku menikah.cahaya takariawan.

Anonymous 25/10/2013, 10:33  

Salam...ade benda yg sy nak clear kan..klu la kan lps kawen si akhawat ni tumpukan kpd ank2,family,dia dikira futur ke?sbbnya klu dua2 suami isteri tu sebuk dgn kerja n dakwah lg...anak2 mcm mana?mesti la nak ank yg berkualiti gak kan....tp w/pun dia dah x join tp dia sentiasa bg 100% support kpd suami dia...tu kira FUTUR gak ke????

Anonymous 25/10/2013, 11:12  

salam, APG, about your statements, some are true,but I disagree with some points.

I agree with delon.

You said: Sebaliknya, ramai ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat, akhirnya tersungkur dan futur dek tewas dengan fitnah dunia.

Macam mana APG konpem yang RAMAI ikhwah jd futur hanya kerana mereka berkahwin dgn bukan akhwat?

and you said : Kerana itu amat amat penting untuk seorang al-akh atau seorang ukht itu berkahwin dengan orang yang faham.

and then: Tidak saya nafikan, ada sahaja ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat dan akhirnya berjaya 'mengakhawatkan' isterinya itu, dan juga sebaliknya. Namun peratusannya amat rendah sekali.

How can you confirm that the percentage is so low APG? Have you done any survey? or is it just based on your personal observations?

Adakah hanya akhwat sahaja yg faham kerja seorang ikhwah ini? Saya bukan akhwat, tapi saya berminat untuk menjadi seorang darinya, dan saya faham tuntutan seorang ikhwah ini mcm mana. dan sebenarnya (ya jadi akhwat itu mmg lebih baik)untuk memahami tuntutan seorang ikhwah tidak semestinya kena jadi akhwat. Cukup untuk menjadi someone yang boleh tolerate n terima kekurangan seadanya. dan of course solehah.


Jika berBM hanya tertakluk kepada golongan tertentu, bagaimana dakwah hendak berkembang kpd semua golongan masyarakat?

Anonymous 25/10/2013, 11:32  

Buat APG,

ikhwah/akhwat juga manusia. soleh/solehah pun manusia.
tak soleh/tak solehah pun manusia.

Manusia boleh berubah dan hidayah adalah milik Allah.

dalam berBM jgnlah specified kpd golongan tertentu sahaja.

wsalam.

anis 25/10/2013, 12:24  

Chill-lah anon, bukan ikhwah/akhawat je yg ber-BM, muslimin/muslimat pun ber-BM jugak.

Inche gabbana 25/10/2013, 12:36  

Salaam a'laikum. Moga semuanya berada di bawak kasih-sayangNya. ;)

Saya sudah menjangkakan maklum balas yang hangat sebegini. Topik panas kan. Haha.

Dan saya sudah pon membuat disklemer dalam penulisan ini, mustahil untuk saya menjelaskan segala-galanya dari ALif sampai Ya tentang BM ini di dalam satu penulisan sahaja.

Harapan saya dengan penulisan ini, adalah ia dapat memberikan kefahaman asas tentang BM. Nak tahu lebih lanjut, memang kena buat satu konferens riang khas untuk tajuk BM sahaja. Haha.

Kerana itulah isu BM ini hanya dapat ditanggapi dengan baik oleh mereka yang benar-benar FAHAM. Tidak boleh dicampuraduk dengan emosi dan nafsu sendiri. Saya doakan agar kita semua akan iAllah benar-benar faham dengan isu BM ini suatu hari nanti.

Dan sudah saya katakan, tolong tegur dan tunjukkan saya mana-mana yang kurang. Saya pon bukanlah orang yang paling arif dan faqih dalam isu BM ini.

Terima kasih semua, untuk nasihat, teguran dan ingatan. Moga kita sama-sama terus saling mengingatkan, kerana itulah kekuatan ummah ini. ;)

Allahu a'lam.

diya 25/10/2013, 14:43  

"Gerabak ini berkembang bukannya dengan cara berkahwin, beranak-pinak begitu sahaja. Ia berkembang kerana adanya usaha-usaha ikhwah akhawat untuk menarik orang lain masuk ke dalamnya.

Sudah ramai yang join. Anda bila lagi..? ;)"

quoting from mr IG, this is questionable. in reality, I've been there, in the situation where i look for knowledge and semangat to join your bulatan gembira. However, bila pergi 2 3 kali, and im not an introvert person but, an outspoken person. when i dont understand i ask, when i see flaws i speak out, when given statements, i question. but, i guess im not the kind of person this bulatan gembira wants or shall i call this as IKRAM. Hence, i make conclusion, you guys are very choosy and picky in choosing your daie. sorry but in reality its true. Ive been there, ive done that. mmg best kalau berdakwah dalam safe zone. semua orang berkelakuan baik, pakai tudung, pakai kopiah. dakwah yg paling real is when you go out there and be friends with perosak bangsa and try to influence them to ISLAM. wallahualam.

Unknown 25/10/2013, 16:23  

Wahai saudara saudari sekalian. Kalian berhak mengatakan apa pun. Tapi ketahuilah inilah sistem yg diasaskan oleh IHAB dan tujuan utamanya untuk menggabungjalinkan individu yg ada DnT untuk diletupkan dan disebarkan kpd masyarakat yg sememangnya sudah terbukti keberkesanannya.
Bukan untuk mengenepikan fan menyingkir atau "choosy". Cuma gelaran ikhwah dan akhawat ditujukan khusus buat individu-individu yg sanggup berkorban demi DnT dan bersama2 dlm gerabak yg dimaksudkan. At the end of the day, semua kata2 manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kata2 manusia yg maksum(nabi dan rasul) dan yg berdasarkan nas2 alquran dan hadis. *kembali pada usul 20, usul yg ke 6,7,8.
Wallahua'lam.

Unknown 25/10/2013, 16:29  

Sangatlah tidak adil untuk menyebut nama secara jelas dgn menujukan kpd mana2 jemaah atau kumpulan. harap hormati perbezaan pendapat.

Anonymous 25/10/2013, 17:55  

Ternyata benar, BM ni hanya bole diperdengar bagi yg faham. Hmm, indeed. Kalo di'umum'kan, mcm ni la jadinya.

Setuju dgn bro Irsyad, tak adil utk letak nama jema'ah memana kat sini.

Anonymous 25/10/2013, 18:36  

Anon di atas,kenapa mesti diperdengar bg yg faham je dlm soal BM? Bukankah lagi baik jika isu ini diketengahkan dgn lebih bijak supaya difahami oleh semua masyarakat? Kalau x diperdengarkn cmne nk faham....

Unknown 25/10/2013, 19:23  

Hmm. BM ni boleh dibincangkan pada peringkat umum. Tapi perlu lihat kpd sasaran pendengarnya. Mungkin bg peringkat awam tidak perlu sedetail hinggakan perlunya persamaan fikrah. Cukup sekadar mewujudkan suasana sakinah berdasatkan prinsip2 yg ada dlm BM tanpa menyentuhnya secara spesifik. wallahua'lam.

Anonymous 25/10/2013, 23:13  

ada 2 org sdh bertnya soalan yg sama tapi saya rasa msh tiada yg jwb.

nmpknya saya org yg ke-3 yg akan brtanya soalan yg sama.

minta pndpt tntang bgaimana plak dgn ikhwah dri jemaah A melamar akhwat dri jemaah B? seperti yg kita tahu semua jemaah ada tujuan yg sama cuma berbeza gerak kerjanya. apa plak pnpt APG tntnag hal ini atau sesiapa yg dpt beri pndapt dri pengalaman?

Inche gabbana 26/10/2013, 21:16  

Salaam a'laikum warah matullah.

InshaAllah saya cuba beri jawapan seringkas yang mungkin.

Sebab tanya pendapat saya kan? Jadi ini pendapat saya IAllah.

Again, on the surface nya, memang takde masalah lah nak kahwin dengan sesapa pon. Kalau itu dah jodoh, nak kata apa kan. Dari jemaah A ke, B ke, C ke. IAllah semua pon nak sama-sama masuk sorga.

Tapi kalau berbicara tentang gerak kerja, sememangnya berkahwin dengan mereka yang 1 jemaah lah yang paling baik dan sesuai iAllah. Sebabnya, fikrah gerak kerja (fiqh dakwah) yang ingin dibawa sama.

Saya bagi contoh. Akh A dari jemaah B nak kahwin dengan ukht C dari jemaah D. Akh A ada usrah dan daurah, tapi ukht C takde semua tu. Ukht C nak sokong parti politik ni sebab itu yang jemaahnya sokong, tapi Akh A tak sokong.

Ha, dah nampak konflik yang bakal timbul..?

Plus, kalau kahwin sesama jemaah ni, lagi senang la nak kongsi-kongsi gerak kerja, planning dan sebagainya, which is susahlah sikit kalau tak sama jemaah.

TAPI, ada je iAllah yang berkahwin berlainan jemaah dan bahagia je. Again, kembali kepada niat kenapa berkahwin tu.

Please, we can agree to disagree. Tapi harapnya dapat melontarkan kritikan/teguran/ketidaksetujuan dengan penuh berhikmah ye? ;)

Allahu a'lam. Jzkk.

Delon 26/10/2013, 23:25  

Harap apg boleh bagi jawapan tentang persoalan/kekeliruan saya diatas.

jzkk. :)

Anonymous 27/10/2013, 00:16  

Jwpn terhadap persoalan mengenai perbezaan jemaah seolah-olah mengatakan hanya doktor yg boleh berkahwin dgn doktor. Barulah ilmu perubatan akan berkembang. Saya tidak rasa ini tepat, maaf ya.
Kalau kita terlalu memandang pada kesamaan, kita terlupa mengambil kelebihan atas perbezaan. Jemaah dari badan A akan jumud &tidak terbuka pada jemaah lain lantaran segalanya mesti disamakan hatta isteri dari jemaah yg sama.. x gitu IG?

diya 27/10/2013, 00:33  

Salam, again its me,i guess its time to be transparent about all these. I directly name the jemaah so that org faham gerak kerja and characteristic jemaah tertentu. Rasanya tak salah pun sebab thats the reality. For me ini buka ttg bm sahaja but ttg semua. Macam mana lah umat islam nak berubah dan bersatu kalau org yg faham agama or daie mcm u guys asyik bertelagah kene kahwin sesama jemaah. Cuba bygkan org yg still x faham agama lagi akan ade spekulasi macam2 kat islam kalau camni. Macam mana diaorg nak nampak indahnya islam. Sy hanya nk share sbb sy dh pengalamn dn tahu ilmu sy cetek. Bila mana encik IG hanya ckp brdasarkan teori bukan praktikal, maka susahla. Sy dan pasangan (halal) adalah dua fikrah berbeza but we manage to improve sampai jumpa titik persamaan. Lagi satu, my pendirian is dekatilah semua jenis org..bukan hanya bercampur dgn golongan bulatan gembira shj.another thing, ingtlah kahwin adelah usaha iaitu dgn siapa kita naj. But the greatest planner is Allah. Tak mustahil dia tetapkan brkahwin dgn bukan sama jemaah. Besar hikmahnya.wallahualam

Anonymous 27/10/2013, 08:22  

Tinggalkn perdebatan sekali pun dalam kebenaran. Taraa menfaat pon

Anonymous 27/10/2013, 11:41  

Jodoh itu ketetapan Allah -The End- apa yg manusia boleh buat ialah berusaha mencari dimanakah pasangan yg dijanjikan Allah itu. Dan proses baitul muslim ini adalah proses yg baik dalam pencarian pasangan tersebut. Jika takdir Allah, penceraian berlaku, maka jodoh yg Allah pinjamkan itu hanyalah seketika. Jika ditakdirkan Allah pula kita dikahwinkan dgn yg laen fikrah, atau laen pemahaman, redha lah akan jodoh yg dipinjamkan Allah itu dan berusaha
ah perbaiki komunikasi antara suami isteri agar pasangan dan anda faham tangungjawab selepas berumah tangga dan tangungjawab anda dalam dakwah tarbiyyah fisabilillah ini

Anonymous 27/10/2013, 22:38  

senang nak bagi "layman" faham la, kalau anda sokong BN 1 Malaysia, lagi baik kahwin dgn orang BN, kalau anda orang PR kahwin dgn orang PR, kerja suma senang.

tp kalau BN kawin dgn PR ada beberapa kemungkinan

1) orang BN tadi masuk PR
2) orang PR tu masuk BN
3) bercerai sbb gaduh psl BN n PR
4) demokrasi and diploamasi, saling paham walaupun beza parti
5) dua2 tinggal politik
5)dua2 suami isteri tubuh parti baru

kero54

Anonymous 28/10/2013, 08:44  

Don't just judge something just based on your experience. Judge it when you've surveyed the whole thing. But in fact, who are we to judge? Let's chill down,make an effort and make a prayer so that our ummah will unite. No need to make a fuss with our differences. If you're really serious in advising someone or some jamaah, go ahead and advice to the particular people/person-in-charge personally. If you are truly care about our ummah and make unity and peace as your priority. Wallahu'alam. May Allah bless us and protect us from the devils whispers. Aameen. May Allah ease everyone who willingly help His deen!

Anonymous 28/10/2013, 16:20  

kdg2. anon2 ni poyo jugak eh. baik dari kalangan ikhwah akhawat n bukan ikhwah akahawat. dua2 tak nak kalah. kita semua nak menang? :D

Anonymous 28/10/2013, 16:41  

http://inmyownskin-nabilah.blogspot.com/2013/09/baitul-muslim-what-is-it.html

Anonymous 01/11/2013, 22:31  

Diya, banyak lagi jemaah yang sesuai dgn anda. Silakan masuk mana2 yg anda suka atau tubuhkan yang baru. Cakap lebat,jom buat sama2 :D


-Akhawat ikram tapi ramai kawan baik akhawat jemaah lain

Bocah ingusan 02/11/2013, 21:09  

It's time to wake up people.

Squabbling about BM. tsk tsk. Each does as their own disposition. But indeed Allah knows best who is the best guided on the way.

In the end, we want to achieve the same goal: no deen other than Allah's.

Less talk. More work. If you agree with IG, join the club, carry on with the work.

If you don't, there are other ways, but also for the same goal. Join them. Whichever suits you best.

And about BM, i believe in this: Don't focus too much on finding the right one. Instead focus on being the right one first.

Peace

*IG.I think sometimes articles like this brings more bad than good. At least for the time being. But it's a good eye opener and reminder that there's still loads to be done. May Alah guide you always. Jzkk

Anonymous 05/11/2013, 00:28  

jzkk for the input shared, i believe much people are benefiting it and in fact in need of it, despite other positive or negative comments above.

so, theres BM. i believe this is not a small thing. even to fill in the form requires strong heart and guidance from Allah swt

and those who are interested what are the preparations needed to be done?

Unknown 06/11/2013, 13:12  

Love to say this, marriage is NOT ONLY the way to change becoming better person. We have numerous ways beside that like attending tafseer class n etc.

Perfect match is from allah. My frenz said that the easiest way to choose spouse is by looking the tendency towards allah.

IF we think we become closer to allah after we marry him/her, MAYBE he/she is the best for us.
*no matter where she/he comes from (nationality, group & etc)

Wallahua'lam

Anonymous 29/11/2013, 11:36  

" Anonymous said...

Diya, banyak lagi jemaah yang sesuai dgn anda. Silakan masuk mana2 yg anda suka atau tubuhkan yang baru. Cakap lebat,jom buat sama2 :D


-Akhawat ikram tapi ramai kawan baik akhawat jemaah lain"

I agree 100000% with you! :D

Anonymous 14/01/2014, 04:07  

hmm, mohon pencerahan dari mana datangnya term Ikhwah & Akhawat utk specific manusia??

Hariz Said 27/01/2014, 19:28  

Salam
Dh jd complicated nmpknya sbb semua fokus term ikhwah dan akhawat.
Let me help you out, IG.

Ketepikan term ikhwah dan akhawat. Kahwinilah sesiapa yg korg rasa boleh match dgn apa korg nk buat dlm kehidupan korg.

KLU korg doktor yg asyik byk on-call, ambil org yg boleh terima korg asyik kerja utk selamatkan nyawa.
KLU korg ni jenis nk jd pendakwah 24/7, ambil org yg boleh terima korg asyik keluar berdakwah.

Semoga Allah kurniakan pasangan dan anak yg menjadi penyejuk mata :)

Anonymous 23/03/2014, 02:58  

2014, and this post is still going strong, IG! XD
Kbai.
- ikhwakhawat l*nd*n -

Unknown 18/06/2014, 23:08  

Alhamdulillah saya faham sangat dgn apa yg IPG sampaikan nie.. (bkn nak back up) tapi pendapat saya pon lebih kurang sama lah dgn IPG. Tapi papepon aturan ALlah itu sangat cantik kan....Jadi kita sebagai hambaNya, terimalah dengan hati yang terbuka..In Shaa Allah *senyum.

Ada 2 je la lah yang saya nak ketengahkan kat sini :

1. Kepada yang belum join DnT, maka jangan ditunggu lagi, moh ler kitee.. (sesungguhnya sangat indah+ nikmat, x terkata)

2. Then, In Shaa Allah, Allah akan kurniakan nikmat kefahaman ad deen tu....maka mudah untuk kita lebih faham mengapa itu dan ini?
(bukan pasai BM je)bnyk lagi sebenarnya yang kita kena tau dalam DnT.

And percayalah, yakinlah, bersangka baiklah padaNya.
(Allah kan sebaik2 Perancang! )
ok..pakat2 senyum

Allahua'lam

Anonymous 11/11/2014, 18:56  

fuhh .
berpeluh peluh den baca jamaah komen yg berderet deret ni .

apa apa pun , kalau kita rasa kita nak sesuatu tu , perlu utk bergerak dan bkerja . perlu utk berkata dan berdiskusi . perlu ada langkah dan jejak . dan yg penting , pegi imbau blk zaman sejarah nabi , syg nabi kan ? perhatikan tatacara sahabat selesaikan prob yg lg lg beso gamaknya .

action speaks louder than word . heh .

sekian .

Anonymous 12/09/2016, 03:10  

Assalamualaykum,

Merujuk kepada pandangan IG bertarikh 26 Oct 2013 tentang Inter-Jemaah Marriage...

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan, tahap keFAHAMan individu dalam Jalan ini dapat dilihan melalui prioriti yang diletakkannya dalam pemilihan pasangan; adakah penting untuk mempunyai pasangan seFikrah, ataupun cukup sekadar encari pasangan dalam kalangan orang2 yang soleh. Samada mahu membentu Baitul Muslim, ataupun Baitul Haraki Muslim ; Rumah Tangga Islam yang Bergerak.

Namun bukan itu yang ingin saya sentuh.

Saya ingin menyentuh tentang pemilihan kata dan penggunaan ayat, yang mana mencerminkan persepsi saudara IG dalam perkara ini.

Memetik dari komen saudara IG,
" Akh A dari jemaah B nak kahwin dengan ukht C dari jemaah D. Akh A ada usrah dan daurah, tapi ukht C TAKDE SEMUA TU. Ukht C nak sokong PARTI POLITIK ni sebab itu yang jemaahnya sokong, tapi Akh A tak sokong. "

Sesungguhnya saya yakin kesemua Gerakan Islam yang lahir mempunyai Manhaj Islami masing2, bermula daripada Sistem Usrah, diikuti dengan Tamrin dsb untuk membentuk Fikrah dan peribadi Abnaul Haraki. Sesungguhnya "Tanpa Tarbiyyah PASti Rebah."

Nauuzubillah, janganlah kerana keterbatasan pengetahuan kita, kata2 mahupun tulisan kita mengakibatkan timbulnya salah faham mahupun fitnah terhadap Haraki Islam yang lain.

Sesungguhnya Matlamat yang kita kejar ini, Redha Allah. Ada yang mengambil keseluruhan aspek untuk membangunkan Islam ; Tarbiyyah, Dakwah dan Politik.. dan ada yang mengambil Tarbiyyah dan Da'wah sahaja, kesemuanya berbalik semula kepada pemahaman masing2 terhadap Strategi Rasulullah sendiri, apakah yang dilakukan Rasulullah selepas 13 Tahun di Mekah? Sesungguhnya beruntunglah orang yang berfikir.

Saya iringi dengan petikan dari Kitab ‘Ihzaru Al-Aids Haraki’ tulisan Fathi Yakan..

" Kalau sahaja fenomena kepelbagaian ini bersih daripada fanastisme, diiringi suasana penuh ukhwah, terjalin kerjasama dan saling memahami di antara mereka, maka hal ini tidak memerlukan pembicaraan. TETAPI, KENYATAAN YANG TERJADI SEBALIKNYA. Adapun kini, kepelbagaian yang ada di dunia Islam telah melahirkan perbezaan dan perselisihan tanpa akhlak, tanpa ilmu, dan tanpa landasan syariat. Mereka berlumba meraih pengaruh dan lari dari tanggungjawab. Mereka begitu vokal mempromosikan nama dan panjinya, begitu enthusiast mendapatkan pengaruh sekaligus begitu enggan mempersembahkan pengorbanan. "Dalam keadaan demikian, bagaimana mungkin sebuah taadud diterima dan disebut fenomena wajar?"

Semoga kita dapat mewujudkan suasana harmoni dan bantu-membantu dalam melaksanakan kebaikan, sepertimana teori/Ijtihad dari pihak yang mengharuskan Taadud Jemaah.

Wallahu Aa’lam.

Jzkk.

Anonymous 30/11/2022, 15:07  

Dakwah tu pelbagai bang. Pilih sesama jemaah bukan sebab eksekutif ke apa. Untuk kefahaman rumahtangga ja. Kira macam sekufu. Sekufu dari segi pemikiran.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP