Peristiwa Tragis Di Hari Raya Ketiga
Huaarrrgghhh! [Kredit] |
Hari ini sudah masuk hari keenam dalam bulan Syawal. Kalau Melayu tipikal, katanya hari raya yang keenam. Raya kan sebulan?
Batuk.
Pada hari ketiga dalam bulan Syawal yang lepas, buat pertama kalinya saya berpeluang untuk beraya dan menziarahi salah seorang hadek bulatan gembira di Bangi. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menziarahi keluarganya dan alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat tersebut.
Namun berdebar-debar jugalah rasa hati untuk bertemu dengan Inche Papa dan Puan Mamanya. Sebelum itu si hadek selalu bercerita tentang masalahnya dengan keluarga, dalam konteks mahu melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haqnya. Dia selalu mengadu yang dia amat sukar untuk keluar rumah dan pergi berprogram kerana cabaran dan 'halangan' daripada keluarga. Maka cuak jugalah saya dibuatnya kerana bakal melihat sendiri bagaimana keadaan keluarganya.
Dipendekkan cerita (dan demi untuk menjaga maruah dan kehormatan si hadek), baharulah saya lebih faham dengan situasi sebenar hadek tersebut. Setelah terkedu, terkesima dan menggaru kepala melihat sendiri situasi yang terpaksa dihadapi hadek tersebut sehari-hari, kini saya lebih berlapang dada dengan hadek tersebut.
Cabaran dan halangan yang dihadapinya adalah realiti, dan bukan sekadar fantasi. Malah saya menjadi lebih hormat dan kagum dengan hadek tersebut, apabila melihat dan memikirkan semula mujahadah dan pengorbanannya selama ini. Respek!
Itu kisah yang pertama. Kisah yang kedua, tidak jauh bezanya dengan kisah yang pertama. Seorang lagi hadek, yang turut mengikuti saya untuk berhari raya pada hari tersebut, berkongsikan kisah peribadi dan keluarganya dengan saya; sesuatu yang tidak pernah saya dengar dan tahu sebelum ini.
Dan sekali lagi saya terkedu, terkesima dan menggaru kepala apabila mendengar sendiri perkongsian jujur lagi tulus dan hadek tersebut. Melihatkan perwatakan hadek tersebut, siapa sangka yang sehari-hari dia terpaksa melalui suatu kehidupan yang saya kira perit dan berduri. Ewah bahasa kau.
Dia menyembunyikan penderitaan yang dialaminya dengan wajahnya yang ceria dan karakternya yang sentiasa gembira. Siapa sangka, di sebalik bunga-bunga dafodil yang tampak segar dan berkembang indah itu, ada arnab gemok bengis yang bersedia untuk menggigit dan menghancurkan bunga-bunga yang ada. Err.
"So [Hadek X] cemburu la bila tengok family orang lain hepi hepi semua?"
"Sangat. Even tadi kat rumah [Hadek Y], walaupon ayah dia macam tu, saya still rasa jeles sebab ada interaksi antara adik-beradik dia."
Camtuhaaa. Perbualan ringkas saya dengan hadek tersebut jelas menggambarkan kecelaruan dan krisis jiwa yang sedang dialaminya.
Dua peristiwa yang berlaku pada hari raya ketiga itu benar-benar menyentak kepala dan menyentap jiwa saya. Ada dua ibrah (pengajaran) utama yang saya peroleh daripada apa yang berlaku.
PERTAMA, ia benar-benar menyedarkan saya untuk bersyukur dengan apa yang saya ada. Selama ini, saya menyangkakan cabaran keluarga yang terpaksa saya hadapi sudah benar-benar mengalirkan peluh besar. Namun apabila melihat dan mendengar sendiri apa yang terpaksa dihadapi oleh orang lain, menjadikan saya bermuhasarawak kembali, betapa apa yang saya lalui dan tempuhi tidaklah seteruk mana.
Ia menjadikan saya lebih menghargai Inche Papa dan Puan Mama, yang selama ini tidak pernah pon benar-benar atau secara seriyes menghalang konspirasi tarbiyah yang saya lakukan. Alah, sekadar sembilu yang menusuk kaki atau paku tekan yang tertusuk pada jari, apalah sangat. Biasalah tu. Malah semua itu menjadikan pengalaman di atas jalan yang sumpah panjang ini lebih manis rasanya.
Kerana itu agaknya Allah berfirman di dalam al-Quran,
Andai kita redha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita, nescaya Allah akan melapangkan dada dan fikiran kita, sehingga kita melihat mihnah dan tribulasi yang dihadapi kita hanyalah serbuk kari cap Adabi dan sup bunjut Mak Siti yang melazatkan lagi lauk-pauk kehidupan kita. Setiap ujian getir atau cabaran garu kepala yang terpaksa kita tempuhi, sebenarnya adalah suatu peluang untuk kita beramal dan memantapkan lagi seruan Syahadatul Haq kita kepada orang ramai.
Nikmat apakah yang lebih besar daripada menjadi seorang hamba yang sentiasa redha dan bersyukur atas segala kurniaanNya..? Sehingga membuatkan ar-Rasul hairan, berasa takjub dengannya?
KEDUA, peristiwa yang berlaku juga telah menampar kuat saya, peri pentingnya untuk kita benar-benar mengenali subjek dakwah kita, sebelum kita membuat sebarang spekulasi atau asumsi terhadap dirinya, apatah lagi apabila ia bakal menentukan langkah-langkah kita yang seterusnya dalam mentarbiyah dan membina dirinya.
Lebih selalu daripada jarang, kita membuat keputusan yang silap dalam mentarbiyah mutarabbi dan mad'u kita, hanya kerana kita gagal membaca dan memahami keadaan dirinya yang sebenar. Sangkaan-sangkaan terburu-buru kita itulah yang banyak sekali membunuh potensi sebenar mad'u di bawah jagaan kita.
Kita sangkakan hadek kita itu mereka-reka cerita tentang keluarganya yang sering menjadi penghalang kepada keaktifan dirinya dalam tarbiyah dan dakwah, walhal sememangnya dia berkata benar.
Kita sangkakan hadek kita itu malas dan culas membaca dan mencari buku-buku fikrah, rupa-rupanya dia tidak mampu, tidak berduit untuk membeli buku-buku yang berjilid-jilid banyaknya itu.
Kita sangkakan hadek itu terlalu banyak memberi alasan, tidak mahu membawa bulatan gembira dan lebih selesa menjadi baik-baik sahaja, sedangkan dia sememangnya gugup dan masih belum bersedia.
Ha, ada terasa macam kena penampar tak..?
Kerana itulah pentingnya muayasyah (pergaulan) yang berkesan. Borak-borak bantal yang tampak seperti tidak ada apa-apa itulah yang sebenarnya, akan merungkaikan banyak khazanah rahsia yang sudah lama terpendam selama ini. Borak-borak biskut pingpong cicah kopi panas itulah yang akan menjadikan hubungan kita dan mad'u menjadi semakin rapat dan mantap, sehingga dia benar-benar percaya kepada kita untuk berkongsikan kisah kehidupannya.
Penting juga untuk kita pergi menziarahi keluarganya agar dapat kita lihat sendiri keadaan hidup berkeluarganya; Inche Papa dan Puan Mamanya bagaimana, dia rapat atau tidak dengan adik-beradiknya, apakan status ekonomi keluarganya dan sebagainya. Bukan untuk menjadi penyibok atau Makcik Kiah si kaki gosip. Err. Tapi untuk kita lebih memahami dan mengenali hadek kita itu. Juga, siapa tahu, jika anda cukup bernasib baik, ia juga boleh membina tsiqah dan kepercayaan keluarganya kepada anda..? Senyum.
Begitulah kita dalam membina jiwa-jiwa di luar sana. Kerana yang kita bina adalah manusia yang punya hati dan perasaan, bukannya LEGO atau bearbrick yang plastik tapi cukup mahal harganya itu. Eh.
Dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kita selalu menyangka yang nasib kita seringkali tidak sebaik orang lain; walhal masih ramai manusia di luar sana yang nasib mereka jauh lebih teruk dan menyedihkan daripada apa yang kita miliki.
Bersyukurlah. Kerana syukur itu berkat. Dan berkat itu nikmat.
Ha, begitulah hari raya saya. Tragis bukan..? Wahahaha. Hari raya anda bagaimana..? Bermakna..?
Senyum kenyit mata.
-gabbana-
Alhamdulillah, dapat kembali semula berkarya, setelah lebih lima hari menyepi. Berhari raya sakan katanya. Eheh.
Alhamdulillah juga, selamat tiba di Kuala Lumpur awal pagi tadi, setelah tiga hari pulang ke kampung di Newcastle. Antara balik kampung yang paling osem dan bergaya sekali sepanjang hidup di dunia ini. Ohoi!

"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu ingkar, sungguh, azabKu amatlah keras."
[Ibrahim, 14:7]

8 Caci Maki Puji Muji:
hadek tu lelaki ke perempuan (sambil angkat kening sebelah)
Inche gabbana ni jemaah ape ye? :)
Hebat..menarik..n klise x lari
tu la. lama sangat saya tunggu. IG ni braya sakan smpai lupa nk bekarya ke.?
Thanks, seriyesli buat saya tenang saat ni..
tsiqah tu apa ?
Alhamdulillah . Allah mengajar utk kita bersyukur
untungnyalah adik2 yang disentuh dengan dnt.
tsiiqahtu mksudnya yakin n percaya^^
Post a Comment