14 August 2013

Malaysia Masih Aman. Bersyukurlah!

[Kredit]

Ketika ini saudara-saudara kita di Medan Rabaah, Mesir sedang asyik dibantai oleh as-Sisi dan anjing-anjingya. Sehingga post ini ditulis, sudah lebih 180 orang pemuda pemudi Mesir yang merindukan syahid telah pon dijemput dengan karpet merah menemui Tuhan mereka.

Ya, mereka telah pon mengotakan janji dan slogan yang sering mereka laung dan canangkan itu; Jihad adalah jalan juang Kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami!

Allahu akbar! Walillahil hamd!
 
Dan bagaimana kita di Malaysia...?

Shiuhh shiuhhh. Angin tengah hari menampar-nampar muka.

Oh kita masih aman-damai Inche gabbana! Bersyukurlah!

Kadar jenayah seolah-olahnya meningkat dengan penuh bersemangat dan memberansangkan. Andailah kadar jenayah itu adalah saham yang dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur, sudah pasti ia adalah saham yang mencatatkan keuntungan yang paling tinggi. Peluh besar. 

Kejadian tembak-menembak semacam sudah menjadi kisah basi dada-dada akhbar seluruh Malaysia. Setiap hari pasti akan ada kes mati ditembak yang dilaporkan. Zaman sekarang ini orang tidak lagi menghantar santau atau jin rambut tocang untuk mengenakan musuh atau seteru yang dibencinya; cukuplah RM1,000 menjadi pengeras untuk mengupah pembunuh upahan bagi menamatkan riwayat si nemesis yang amat dibenci itu! 

Alah, takde apalah tu Inche gabbana. Malaysia masih makmur! Maju! Bersyukurlah!

Tidak cukup dengan kehidupan ala pekan koboi, di mana undang-undang tidak lagi dihormati dan pihak polis tidak lagi digeruni, tidak cukup dengan menembak mati di tengah siang hari, kini bungkusan seprais berisi bom buatan sendiri pula yang menjadi pilihan hati. Adoi. Selepas ini kita perlu lebih berhati-hati setiap kali menerima bungkusan yang dihantar oleh si posmen; mana tahu ia berisi letupan, dihantar oleh bekas gelpren yang sehingga sekarang berdendam dan makan hati!

Alahai Inche gabbana, apalah sangat tu. Kes terpencil je kottt. Yang penting, Malaysia masih lagi aman! Bersyukurlah!

Kes ragut seperti sudah menjadi hobi para penjenayah di masa lapang. Rampok-merampok ibaratnya sudah menjadi acara sukaneka mingguan. Tetak-menetak manusia sudah menggantikan keseronokan dan kepuasan menetak ayam dan ikan. Kereta dipecahkan, semata-mata mahu mencopet tas tangan yang diletakkan di sebelah pemandu. Wanita-wanita tidak lagi berasa selamat berjalan berseorangan, siang atau malam, kerana takut dirogol. Ibu bapa yang punya anak-anak kecil tidak tidur malam dibuatnya, kerana bila-bila masa sahaja anak mereka boleh diculik dan dibunuh.

Jangan nak mereka-reka cerita lah Inche gabbana oi! Semua itu propaganda! Malaysia masih aman okeh..?? Bersyukurlah!

Tidak cukup dengan semua itu, keadaan ekonomi masih lagi tidak menentu. Harga rumah dan barangan asasi terus naik. Ahli-ahli politik lebih gemar mencaci dan memburukkan sesama sendiri, daripada pening kepala memikirkan masalah rakyat sehari-hari. Rasuah berleluasa ibarat raksasa. Kemiskinan tegar merata-rata, meskipon duit zakat ada berjuta. Kes zina, buang anak dan dadah tidak lagi dilaporkan sebagai berita, kerana sudah lapuk dan tidak boleh melariskan jualan surat khabar. Ancaman Syiah terus menghambat kita. Masyarat yang tidak faham Islam terus-menerus mendatangkan fitnah kepada Islam terchenta.

Ini gila. Ini sumpah gilaaa! 

Ekele. Kecoh seh Inche gabbana ni. Kira orait la tu. Cuba bandingkan Malaysia dengan Somalia ke, Palestin ke, Sudan ke, Afghanistan ke.. Malaysia ni jauh lebih baik tahu...?? Bersyukurlah!

Geleng kepala. 

Malaysia masih aman atau penuh dengan armed man? [Kredit]

Materialisme telah benar-benar merosakkan jiwa-jiwa umat ini, sehingga ke akar-akarnya yang paling dalam. Makar-makar yang telah ditanam oleh kuffar Yahudi dan Nasrani, secara halus lagi tersembunyi, sudah lama menampakkan hasilnya. 

Oleh kerana setiap daripada kita amat mementingkan poket dan perut sendiri sahaja, maka jangan mengomel atau mengadu apabila rumah kita dipecah masuk oleh pencuri. Oleh sebab kita yang langsung tidak peduli dengan kebejatan sosial dan moral yang sedang berleluasa dalam kalangan masyarakat, kita tidak layak untuk berasa marah andai adik kita dirogol sampai lumat. Dan oleh kerana kita telah lama meninggalkan jihad, sudah lupa pada amar maaruf dan nahi mungkar, kita tidak punya sebab untuk bising-bising apabila cermin kereta kita dipecahkan hanya semata kita terlupa menyimpan Smart Tag dalam lokar.


"...Satu masa nanti pasti Allah akan menyempumakan urusan agama ini (dengan memberi kemenangan kepadanya) di mana orang yang menunggang itu berjalan dari Sana’a (di Yaman) ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan hanya bimbangkan serangan serigala ke atas kambing-kambingnya."
 
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana hanya sahaja berpegang kepada keduanya kita tidak akan sesat buat selamanya. Ayuh kita semarakkan tarbiyah dan mantapkan keimanan kita, kerana hanya sahaja dengan yang demikian Allah akan mengurniakn kemenangan kepada kita. Ayuh kita suburkan jiwa-jiwa di luar sana dengan kechentaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada agama, kerana hanya sahaja sebegitulah keamanan dan kemakmuran ini dapat dikembalikan. Dan ayuh kira seru sekalian manusia dan alam buana ke arah kebaikan dan kita cegah kemungkaran, kerana sungguh itu adalah amanah Syahadatul Haq kita sejak azali lagi!

Bunyinya seperti klise. Bunyinya seperti tidak masuk akal. Dan  bunyinya seperti satu lagi konspirasi tarbiyah oleh Inche gabbana. 

Itulah. Itulah yang mahu musuh-musuh Islam tanamkan dalam pemikiran setiap anak-anak muda Islam. Itulah pemikiran materialistik, yang hanya akan percaya apabila sudah melihat dengan mata. Itulah tanda-tanda singa yang suatu ketika dahulu gagah perkasa sudah bertukar menjadi seekor kijang yang bacul dan pengecut! 

Sedangkan Allah lah si Pemilik kemenangan yang agung! Dia boleh memberi kemenangan, keamanan dan kemakmuran kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan sukai! Dan Dia pasti akan memberi kemenangan kepada sekumpulan manusia yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan Islam di alam buana ini!

Tegakkan Islam dalam dirimu, pasti Islam akan tertegak di muka bumi! 

Oi oi! Alamak Inche gabbana! Tolong tolonggg! Beg saya kena ragut..! Wahai Inche gabbana! Kenapa anda berdiri buat biskut je tu...?? Tolong la saya kejar peragut syatonirojim tuuuu!

Err.. Malaysia masih aman kan..? Anda nak saya tolong apa..? Tolong bersyukur sama..?

-gabbana-

Doa, jiwa dan fikiran saya bersama-sama dengan para mujahidin, solehin dan muqarrabin di Medan Rabaah, Mesir sekarang ini. Rasa nak gugur jantung setiap kali menerima waksep atau hapdet terbaru di MukaBuku/Pengicau yang memaklumkan jumlah kematian ikhwah dan akhawat yang semakin meningkat.

Jujur, as-Sisi dan koncon-konconya lebih kejam dan zalim daripada Mubarak. Malah lebih dahsyat daripada Yahudi Zionis sendiri. Sekurang-kurangnya Zionis sememangnya tidak malu-malu mengaku bahawa mereka memusuhi Islam. Sedangkan as-Sisi dan gerombolan perompak dan pembunuhnya masih mengaku diri mereka Islam!

Lahawla wala quwwata illa billah. Nanges. 

InshaAllah ini hanyalah sebahagian ujian dan cobaan daripada Allah, sebelum kemenangan yang lebih besar tersingkap. Dan beruntunglah mereka yang terus beriman, tetap utuh dengan perjuangan agama ini, kerana sungguh, kemenangan itu sudah dekat!

Yakinlah, Allah akan memenangkan yang benar dan menghancurkan yang bathil! Allahu Akbar! 

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 14/08/2013, 17:40  

laik!! :)

Unknown 14/08/2013, 20:32  

Malaysiakan masih aman, kan?
--"

Anonymous 14/08/2013, 20:46  

So, what do you suggest to ease the situation? mengomel berterusan tanpa sebarang action plan. sama spt anak2 yg komplen kt mak bapak itu ini di rumah, tapi diri sendiri asyik melekap depan fb, dota and watnot....










Anonymous 14/08/2013, 21:55  

:)
nak gelak bc komen anon atas ni. kan ade IG bg penyelesaian. tegakkan islam dlm dirimu...tarbiyyah.
selamat hari raya :)

Anonymous 14/08/2013, 23:48  

agakla..
btw, mmg sayu bila baca n dengar2 ttg egypt & syria skrg ni..
subhanallah, jauh d benak hati rase bersalah sbb x bersama dgn diorg,kn?
xpe la. surely ade hikmah sebalik semua ini..
selamat men-tarbiyyah diri,semua. ^^

Anonymous 15/08/2013, 15:11  

Kudrat yg ada cuma doa.Kita tak mampu nak naik jet pergi sana bawa machine gun.Kalau mampu,confirm ramai pergi sbb teringin nak syahid,nak berkorban sama sama untuk Islam.Motif penulisan sebegini bagi akulah,sbb nak bagi kesedaran pada diri sendiri dan yang lain tentang sifat keperimanusiaan keprihatinan pada sekeliling yg berlaku.dan bkn sibuk mengadap komputer buat kerja untuk dpt gaji balik makan tidur.Langsung tak ambil kisah?Andai tiada yg mengingatkan,blh ke ingat sampai akhir hayat?Manusia tak sempurna sbb tu manusia mudah lupa dan itu pentingnya peringatan.Doa itu senjata terhebat Umat Islam,berdoalah pada Dia yang Maha Kuasa.

Unknown 16/08/2013, 03:36  

Malaysia masih belum aman.
Kerana kurangnya injeksi dakwah dan tarbiyyah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini serius, umat tengah tenat T_T

Anonymous 16/08/2013, 13:13  

Apa pulak As Sisi tu lebih kejam dpd Yahudi. Yahudi tu di belakang revolusi Arab Spring dan As Sisi adalah balaci Yahudi.

Anonymous 16/08/2013, 16:27  

Penulisan ini hanya berdasarkan pengkajian penulis dan kemudian membuat kesimpulan mengikut pentafsiran sendiri yang diyakini beliau .. hakikat yang sebenar bukan semestinya begitu .. saya ragu .. apapun doa semoga Islam didunia terpelihara ..

Anonymous 17/08/2013, 20:46  

tunggu lagi 4 tahun, malaysia akan AMAN. *senyum sengihh

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP