25 June 2013

Jauh Lah!

[Kredit]

"Saya paling terkesan dengan ikhwah ah, macam mana diorang layan saya. Walaupon saya dah lama tak ke [konferens riang], tak menyumbang apa-apa pon, tapi diorang tetap layan saya macam biasa. Macam saya tak buat apa-apa salah pon. Ramai la ikhwah yang bagi sokongan kat saya semua.

[Inche gabbana] pon ada peranan juga. Kadang-kadang tu bila saya down, baca status-status [Inche gabbana] memang buat saya naik semangat ah. Best ah baca status-status [Inche gabbana]."

Saya terkedu. Tidak tahu untuk memberi maklum balas yang bagaimana.

Mujur saya duduk di bahagian hadapan, di sebelah pemandu. Jika tidak, sudah pasti terkantoi yang mata saya sudah mula berair dek orang memotong bawang dengan rancaknya. 

Ketika itu kami dalam perjalanan menuju ke destinasi jaulah (Baca: Jalan-jalan memburu redha Ilahi) kami. Untuk mengisi masa terluang di dalam kereta, kami melakukan aktiviti yang kami gelarkan sebagai 'taaruf baby'; setiap orang wajib memperkenalkan diri masing-masing dari saat dia dilahirkan sehinggalah sekarang ini yang dirinya sudah menjadi gebu dan montok. Eh. 

Dan sudah tentulah, bahagian peberet saya dan yang sering saya tekankan adalah pengalaman disentuh tarbiyah; saat-saat ketika mana makcik Hidayah melanggar kuat bahu di tepi jalan. Atau dengan kata lain, titik tolak perubahan pada diri. 

Saya tidak sangka perkongsian Hadek W benar-benar menyentuh kalbu kejantanan saya. Ehem. Jujur saya katakan, sebelum jaulah tersebut, saya tidak mengenali Hadek W begitu baik. Malah ketika Hadek W diletak untuk bersama-sama kami yang lain di dalam Humairaa (nama manja untuk kereta saya), ada sedikit awkward moment di situ.

Krikk kriikkk. Ada dengar bunyi cengkerik tak..? 

Jika hendak dibandingkan dengan hadek-hadek yang lain, sememangnya Hadek W antara hadek-hadek yang paling saya tidak rapat sekali sehingga saat itu. Apatah lagi Hadek W bukanlah hadek bulatan gembira saya sendiri. Namun saya berani katakan pada hari ini, wallahi saya amat-amat bersyukur yang Allah telah mentakdirkan Hadek W untuk menaiki Humairaa bersama-sama kami. Terlalu banyak yang telah saya pelajari daripada Hadek W. Sungguh, percaturan Allah itu amat cantik lagi bergaya.

Kebetulan itu bahasa Argentina kan..? 

Perkongsian yang ringkas tetapi cukup menusuk kalbu itu mengajar saya dua perkara yang besar dan cukup bermakna:

1) Makcik Hidayah benar-benar milik Allah dan Allah sahaja. Apabila Dia mengkehendaki seseorang hambaNya yang terpilih untuk ditampar Makcik Hidayah, meski sebelum itu dia adalah manusia yang paling keji di seluruh galaksi bimasakti atau manusia yang paling jauh dengan Rabbnya, dia akan tetap ditampar berulang-kali. Dan andai Allah tidak mengkehendaki seseorang hambaNya itu dilanggar Makcik Hidayah, buatlah apa pon - tikam dengan pedang, bakar sampai hangus hatta lempang berkali-kali ala-ala Berusli - nescaya hatinya tidak akan tersentuh walau seinci. 

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

2) Kadang-kadang itu, Makcik Hidayah akan datang menyapa kita dengan cara yang paling tidak kita sangkai. Kerana Allah punya caraNya yang tersendiri yang cukup manis dan berkesan untuk menunjukkan kasih sayangNya kepada kita. 

Kalau macam kes Hadek W ni, layanan ikhwah lah yang menyebabkan dia paling terkesan dan ingin kembali aktif bergerak dalam gerabak tarbiyah dan dakwah. Tapi yang menyebabkan saya sedikit terkesima dan terkedu adalah bagaimana status-status dan kicauan saya yang marhaen lagi merapik itu pon boleh menyumbang sama dalam hal ini.

Muka terkejut.

Oh bukan, sama sekali bukan untuk membangga diri. Astaghfirullahal adzim. Point saya adalah, kadangkala kita sangkakan usaha-usaha tarbiyah dan dakwah kita kecil dan tidak signifikan. Kita perkecilkan kemampuan kita. Kita pandang rendah kepada kapasiti yang ada pada kita untuk menyebarkan risalahNya. 

Tanpa kita sedari, rupa-rupanya ada orang di luar saya yang terkesan dengan tindak-tanduk kita. Dan tanpa kita ketahui, rupa-rupanya ada orang di luar sana yang mahu menjadi seperti kita.

Walaupon ia sekadar sekuntum senyuman.

Meskipon ia setakat kita duduk di suatu sudut dan membaca al-Quran.

Walaupon ia sekadar kita menyebarkan salaam.

Meskipon ia setakat kita berkongsikan video ceramah Ostad Ajhar Idrose. 

Walaupon ia sekadar kita bersms bertanya khabar.

Dan meskipon ia hanyalah status-status dan kicauan yang dirasakan mengarut dan tidak menambahkan iman!

Ya, rupa-rupanya ada yang terkesan dengan perbuatan dan tindak-tanduk kita di luar sana. Kerana sungguh, hidayah itu milik Allah...!

Lantas saya teringat kepada kisah Syaikh Muntalaq, Ahmad Muhammad ar-Rasyid, yang pernah suatu ketika mahu berputus-asa daripada menulis kerana merasakan usahanya itu sia-sia dan tidak mengesankan sesiapa. Sehinggalah dia terjumpa dengan seorang pemuda di lapangan terbang yang mahu keluar berjihad. Apabila as-Syaikh yang kagum dengan keputusan pemuda itu bertanyakan kepadanya, apakah yang menyebabkan semangatnya begitu membara untuk keluar berjihad, pemuda itu menjawab, kerana tulisan Syaikh Ahmad Rasyid!

Peristiwa itu telah menyebabkan as-Syaikh terpukul, lantas menarik kembali hasratnya untuk berhenti menulis. Tidak disangkanya, di luar sana ada jiwa-jiwa yang terkesan dengan hasil tulisan tangannya!

Begitulah. 

Jangan sesekali berputus-asa dengan usaha-usaha tarbiyah dan dakwah kita. Meski manusia lain melihatnya tidak signifikan. Walau ada orang yang mencemuh usaha-usaha ikhlas kita. Walaupon ada yang merasakan apa yang kita lakukan itu sia-sia.

Teruskan menulis status-status dan kicauan nasihat pada laman peribadi anda.

Teruskan memasak lauk-pauk yang sedap dan lazat untuk hadek-hadek bulatan gembira anda. 

Teruskan berkongsi emel-emel pembakar semangat di dalam kumpulan emel para penggerak dakwah di kawasan anda.

Teruskan bertanya khabar iman dan taqwa kepada ikhwah terchenta.

Teruskan menganjurkan aktiviti-aktiviti ukhuwwah yang mengumpulkan ikhwah bagi merapatkan hubungan sesama kalian.

Kerana ketahuilah, hidayah itu milik Allah. Tugas kita hanya menyampaikan. Kita tidak mungkin tahu bagaimana Allah mahu menyentuh hati-hati di luar sana. Kerana tugas kita hanyalah berusaha; hasil akhirnya kita serahkan padaNya. 

Jangan sesekali berputus-asa! Anda pasti akan merasakan kelazatannya suatu hari nanti; jika tidak di dunia, di sorga sana! Biidznillah!

Terima kasih Hadek W. Perkongsian anda yang singkat telah benar-benar memukul jiwa dan raga saya. Pendedahan anda yang jujur lagi tulus telah membangkitkan ruh saya yang telah lama lena. 

Ijinkan saya mengkuot Hadek W sekali lagi, kali ini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas empat hari berjaulah.

"Benda yang paling saya appreciate time jaulah ni adalah ukhuwwah. First time rasa betul-betul rapat dengan semua orang. Dapat kenal [Hadek R], [Hadek S] dan [Hadek T]. Dan.. dapat kenal [Inche gabbana] jugak. Waktu bahagi kereta hari itu, memang rasa berat ah satu kereta dengan [Inche gabbana]. Hahaha. Tapi bila dah kenal, ok je."

Cis, perasaan kami sama rupanya. Wahahaha. Tambah Hadek W lagi: 

"Inilah kali pertama saya dapat jadi diri saya yang sebenar depan ikhwah semua. Sebelum ni pernahlah sekali dua. Tapi time jaulah ni lah saya jadi diri saya yang betul-betul sebenar. Doakan saya tsabat ikhwah."

Boleh hulurkan saya tiga helai tisu cap Premier?

Hadek W, anda telah menjadikan jaulah saya kali ini betul-betul bermakna. Walaupon ia perjalanan yang jauh, tapi saya mengharapkan perjalanan ini dapat dijauhkan lagi kerana sungguh, saya mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi! Pasti ada sebab Allah ketemukan hati-hati kita di saat-saat akhir kan..?

Biar jauh di mata, tetapi dekat di hati! Biar jauh tubuh badan, tapi dekat perasaan! Dan biar jauh perjalanan, tapi semakin dekat pada redha dan chentaNya! Ewaaaahh!

Jay zek kay kay Hadek W!

Senyum, air mata mengalir perlahan.

-gabbana-

Baru beberapa hari usai berjaulah, sudah rindu banget pada hadek-hadek terchenta. Espeseli pada ahlul Humairaa; amat rindu untuk berjimba dan gila-gila bersama anda semua!

Oh, kenyataan saya tentang usaha-usaha tarbiyah dan dakwah itu, harapnya tidak disalah faham dengan mentarbiyah dan berdakwah dengan cara dan kaedah yang paling muntij. Ya, kita semua mah mentarbiyah dan berdakwah. Tapi pastilah dengan cara yang terbaik dan paling efektif, dan bukan cicai boncai dan caca marba bukan..? Senyum.

InshaAllah di lain masa saya akan berkongsi lagi pengalaman semasa berjaulah tempoh hari. Kerana sungguh, ia benar-benar bermakna buat saya! 

Senyum sambil buat pipi gebu.  

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/06/2013, 23:16  

jgn berhenti walau sekecil-kecil perkara*tersedar*Allah...jzkk inche Gabbana

Bukan Enonimus 25/06/2013, 23:19  

Saya tahu sape ahli Humairaa' tu,
sbb aritu saya snap gambar peserta jaulah. Hehehe

#Fuhhh lama gila tak tinggalkan comment kat sini :P

PenyeriSenyuman 25/06/2013, 23:45  

Inche Gaban Gmok~ :3

karet 26/06/2013, 00:01  

Manisnya ukhuwah....brilliant:D

cahayacitacita 26/06/2013, 01:06  

saye penah alami mcm adek W. mule2 nk berukhuwah 2 rase mcm xrase manisnye ukhuwah 2. rase mcm berlakon pon ade. tp at last, alhamdulillah, Allah bg rase 2. ;)

Anonymous 26/06/2013, 11:06  

Blh x IG bertaaruf baby kat blog nie...=D

Anonymous 27/06/2013, 13:34  

inche gabbana pon meninggalkn kesan buat saya pertama kali sy membaca majalah jom isu 1.. agak sedih karya anda sudah tidak ada dalam majalah tersebut skrg..boleh dikatakan itu kali pertama sy suka dan menikmati bhn bacaan berunsurkan dakwah dan tarbiyah huhu

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP