Apa? Dai'e Ada Jahiliyyah..?? *jatuh kerusi*
Ini bukankah suatu post yang mudah untuk ditulis. Selain daripada bakal mengoyak dan merobek banyak hati di luar sana, ia juga merupakan tempeleng kuat buat diri sendiri.
Tetapi kebenaran tetap perlu diungkapkan, walau ia sepahit hempedu dan semasin kari ayam terlebih garam. Eh.
Baiklah.
Singsing lengan.
Dahulu apabila kita mula-mula berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah ini, antara perkara yang paling sukar dilakukan selain daripada bertajammuk (menggabungkan) diri kita dengan gerabak yang bergerak laju ini adalah beriltizam untuk mengikis semua karat jahiliyyah yang ada pada diri. Pertama kali kita mendengar pengisian Babai Jahiliyyah, kepala kita dihempap guni beras Faezah dan pipi kita ditampar dan dilempang berkali-kali.
Sakit. Pedih. Seriau.
Pada mulanya kita hidup dalam penafian (Baca: Self denial). Kita tidak boleh menerima hakikat aktiviti seharian kita seperti merokok, berkapel, marathon movie, bermain game dan sebagainya, dikira sebagai jahiliyyah. Kita mencari-cari dalil dan alasan untuk terus menghalalkan perbuatan dan tabiat kita itu.
Namun apabila kita mula aktif dalam tarbiyah dan dakwah, apabila kita sudah mula mentajmik dan mendekati hadek-hadek, apabila kita sudah mula terlibat dalam perbincangan dan penyusunan gerak kerja dakwah, kita mendapati bahawah jahiliyyah-jahiliyyah yang ada pada diri benar-benar menjadi penghalang kepada lajunya kita di atas jalan ini. Aktiviti-aktiviti lagha dan tidak berfaedah kita berpotensi besar untuk menjadi fitnah kepada panji yang kita bawa. Kita semakin jelas bahawa jahiliyyah dan maksiat yang kita cuba pertahankan itu sebenarnya menjadi beban dan kesukaran kepada kita.
Kita akhirnya, dengan bimbingan dan taufiq daripadaNya, bersetuju bahawa kita mesti dan wajib berusaha untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah ini. Maka kita pon dengan susah-payahnya, dengan hidung kembang-kempisnya, dengan tudung labuh shiuhh shiuuuhh ditiup anginnya, berusahalah dengan segigihnya untuk mula meninggalkan tabiat-tabiat lama yang dikira sebagai jahiliyyah itu. Dengan bantuan dan sokongan daripada ikhwah/akhawat terchenta, ditambah pula dengan kesungguhan kita merapatkan hubungan kita dengan Allah 'Azza Wajalla, kita mula merasakan kemanisan hidup yang bebas daripada jahiliyyah. Kita semakin faham dan yakin mengapa kita sering dituntut dan disuruh untuk segera menghalau jauh-jauh jahiliyyah yang bertepek dan berteduh di dalam hati kita.
Nikmat. Bahagia. Mata bersinar-sinar.
Tarik nafas lega.
Namun...
*lagu latar belakang saspen*
Dek kerana terbiasanya kita dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang lama, tindakan kita meninggalkannya menyebabkan kita telah turut meninggalkan suatu vakum, ruang kosong dalam diri kita. Masakan tidak. Dahulunya berjam-jam kita habiskan untuk bermain DOTA dan PES. Berjam-jam kita habiskan menonton filem Korea dan Hindi. Berjam-jam kita habiskan untuk bertemu janji dengan kekasih pojaan hati. Berjam-jam pula kita sanggup habiskan untuk mencuci mata di gedung beli-belah, pulang dengan tangan yang kosong pon kita dah hepi. Arakian apabila kita telah tinggalkan semua itu, kini hidup kita kekosongan. Masa yang ada kita tidak tahu untuk isikan dengan apa.
Kita kebingungan. Kita keliru. Kita garu kepala.
Maka kita pon menggantikan kekosongan masa yang ada dengan akviti baru yang mematuhi prinsip-prinsip tarbiyah dan syariah. Kita mula berjinak-jinak dengan seni fotografi untuk kita hasilkan kertas dinding (Baca: Wallpaper) osem bertemakan kuot-kuot tarbiyah dan dakwah. Kita buka akaun beloger untuk kita mula menulis post-post Islamik untuk tatapan ramai, terutamanya para penggerak dakwah. Kita buka laman khas di MukaBuku untuk kita kongsikan video, artikel, status dan yang seumpamanya yang bertemakan tarbiyah dan dakwah untuk faedah bersama. Kita semakin rapat dengan ikhwah, berjimba naik Bukit Broga bersama mereka dan turun bermain futsal bersama-sama. Kita mula berkecimpung dalam pembuatan video untuk kita hasilkan video-video bermesej Islami dan untuk kita sertai Pertandingan Video Osem APG. Eh.
Sempat lagi promot kau. Wahahaha.
Semuanya tampak baik-baik belaka. Semuanya ok dan lancar. Semuanya bagus dan anda berhak mendapat tepukan syabas di bahu. Malah usaha-usaha anda ini disanjung tinggi dan mendapat sokongan terpuji kerana berjaya menarik minat lebih ramai orang di luar sana untuk berkenalan dengan tarbiyah dan dakwah. Sudah mula ada yang bertanya tentang bulatan gembira. Sudah ada yang mendekati untuk mohon bimbingan untuk berubah. Sudah ramai yang meminta nasihat dan tunjuk ajar.
Alhamdulillah. Tsummal hamdulillah.
Jadi, err, apa masalahnya Inche gabbana..? Semua macam osem sahaja. Anda salah tulis post tak..?
Masalahnya? Masalahnya bermula apabila kita mula 'larut' dalam hobi baru ini. Aktiviti dan kegiatan yang sepatutnya menggantikan jahiliyyah lama, yang sewajarnya menjadi senjata baru kita dalam tarbiyah dan dakwah, kini telah bertukar menjadi jahiliyyah baru. Dan jahiliyyah-jahiliyyah baru ini jauh lebih merbahaya kerana kita tidak sedar yang ia adalah jahiliyyah dan kita sentiasa punya hujah dan dalil untuk membenarkannya.
Anda tidak percaya? Tidak boleh terima? Mari kita kaji bersama-sama.
Fotografi
Awal-awal dahulu kita minat fotografi biasa-biasa sahaja. Namun setelah mula dipujuk oleh ikhwah untuk mula seriyes melihatkan bakat yang ada pada kita, dan sering diminta untuk menangkap gambar ikhwah melompat dan posing maut, minat kita mula membibit. Kita mula mengumpul duit untuk membeli DSLR yang konfem mahal harganya. Masa kita banyak dihabiskan untuk memikirkan pemandangan, sudut dan masa yang paling sesuai untuk menangkap gambar. Tidak kurang juga yang dihabiskan untuk memilih, mengedit, mengubahsuai dan sebagainya gambar-gambar yang ada. Kita berkecil hati bila ada yang mengkritik hasil kerja kita. Kita sentiasa mengharapkan pujian dan usapan di kepala untuk hasil titik peluh kita. Akhirnya kita jadi mat kamera, yang tidak ada bezanya dengan mat dan minah kamera di luar sana.
Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?
Belog
Mula-mula dahulu, kita berbelog kerana benar-benar mahu menterjemahkan fikrah kita ke dalam bentuk penulisan. Dan benar sekali, setiap kali kita menulis, setiap kali itu juga kita semakin yakin dan faham dengan fikrah yang kita bawa. Namun lama-kelamaan, kita semakin ketagih untuk menulis. Setiap masa yang terluang, kita akan habiskan dengan memikirkan idea-idea baru untuk diterjemahkan. Jika sehari tidak menulis post terbaru, hati kita jadi resah, gundah. Kita terlalu amat gembira apabila komen-komen yang ditinggalkan memuji lambung tinggi tulisan kita, tetapi sedih dan tidak boleh terima komen-komen yang mengkritik. Kita ternanti-nanti pengikut baru yang setia membaca belog kita. Kita mula berfikir jauh, bagaimana mahu mengkomersilkan hasil tulisan kita, bagaimana mahu mencantikkan lagi belog dan bagaimana mahu menjadikan belog kita lebih dan lebih popular. Akhirnya tenaga dan buah fikiran kita lebih banyak ditumpukan kepada belog kita daripada berfikir tentang gerak kerja tarbiyah dan dakwah.

Ok tunggu sebentar, saya mahu tutup muka dengan beg kertas sambil nanges laju-laju. Kerana kali ini ia benar-benar menusuk tepat pada jantung dan kalbu.
Ehem.
MukaBuku
Setelah mendapat sentuhan tarbiyah, kita mula menukar gambar profil kita kepada gambar yang lebih soleh wal musleh. Kita untag gambar-gambar lama yang penuh dengan unsur syubhah dan mencurigakan. Kita mula bertatih menulis status-status yang lebih Islamik, berkongsikan kuot-kuot osem dan video-video ceramah yang menyentuh jiwa. Lama kelamaan masa kita banyak sekali dibazirkan untuk itu. Berjam-jam kita habiskan menatal garis masa, kononnya nak tahu khabar berita ikhwah dan hadek-hadek terchenta. Kita sentiasa memerah otak, memikirkan status yang paling gempak. Kita teruja tahap maksima setiap kali mendapat permintaan menjadi rakan baru atau ada rakan yang mendinding kita. Akhirnya kita menjadi tahi MukaBuku; sehari tidak berMukaBuku, kita merasakan hidup kita tidak lengkap dan sempurna. Dah, apa bezanya kita dengan orang di luar sana?

Paaannngg. Aduhhh sapa pula yang tempeleng ni....??
Ukhuwwah
Waduh betapa bahagianya hati kita, apabila Allah menggantikan hubungan cintan-cintun hidung berdarah dengan gelpren kita dulu dengan ukhuwwah fillah abadaan abadaa. Betapa nikmatnya kita bercipiki-cipika, berpelukan mesra dengan ikhwah terchenta. Dan kita benar-benar dapat merasakan keikhlasan perhubungan itu. Namun rupa-rupanya vakum yang kita tinggalkan memerlukan lebih daripada itu. Kita mula menyayangi ikhwah tertentu lebih daripada biasa. Kita mula menyintai dirinya seolah-olahnya dia adalah gelpren kita. Kita cemburu apabila si dia rapat dan bermesra dengan ikhwah lain. Kita tidak lalu makan tak boleh nak tidur kerana terlalu amat merindukan dirinya. Oii nak jadi macam Zilal ke bang...??
Bulu roma meremang.
Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya tu?
Lain-lain
Awal-awal dahulu kononnya kita berfutsal sebab mahu mentajmik hadek-hadek baru. Sekarang ni kalau seminggu tak main futsal, konfem gatal kaki. Di padang permainan kita jadi macam raksasa; marah sana, ego sini, tengking itu, mencarut ini. Qudwah ke mana, tarbiyah ke laut. Aduhai. Buat video Islamik nak tarik minat lebih ramai orang ke arah Islam. Namun lepas jadi semakin popular, mulalah nak tunjuk muka, nak mekap lebih-lebih bagi nampak hensem dan bergaya. Apabila semakin ramai akhawat yang meninggalkan komen dan pujian, kita sudah berani untuk mengucapkan, "Hai adik manis, abang ni ikhwah beriman. Boleh kita berkenalan..?"
Tersedak.
Nah bagaimana..? Betul kan cakap saya..?
Oh tunggu sebentar ya..? Saya mahu ambil peti kecemasan. Rasanya ramai yang perlukan plaster dan iodin untuk cuci luka di hati, pipi dan kepala! Wahahaha..
Itu baharu sedikit contoh yang saya berikan. Saya yakin, selepas ini anda akan ditampar dan dilempang berkali-kali dan kali dan kali kerana contoh-contoh baharu yang kena pada diri mula datang menyerang bertubi-tubi.
Dakwah dan jahiliyyah tidak mungkin boleh bercampur-aduk. Tarbiyah dan maksiat adalah formula gagal yang tidak mungkin akan membuahkan kemenangan. Dakwah dan jahiliyyah yang bercampur hanya akan mendatangkan fitnah. Tarbiyah dan maksiat yang bersatu hanya akan menanam makar-makar jahat yang memusnah!
Kemenangan tidak akan datang kepada mereka yang banyak bermaksiat, sama ada sedar atau pon tidak. Allah tidak akan memenangkan para dua't yang masih bermain-main dengan jahiliyyahnya. Para malaikat dan makhluk sekalian alam juga tidak mahu mendoakan kemenangan buat kita yang rupa-rupanya masih punya jiwa yang berkarat dengan jahiliyyah.
Allahu. Campak hirisan bawang pada mata.
Ayuh ikhwah dan akhawat. Kita penuhkan masa-masa kita dengan perkara-perkara berfaedah yang benar-benar akan menguntungkan Islam. Kita rancang jadual seharian kita dengan sebaiknya, agar tidak tersisa walau sesaat cuma yang akan dibazirkan. Ayuh kita kuatkan saf-saf kita dengan memanfaatkan setiap tenaga, masa dan harta yang ada dengan memenuhkan masa lapang kita dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, tanpa mengenal erti lelah dan putus-asa.
Kerana sungguh, masa lapang dan terluang bagi seorang dai'e itu adalah permulaan maksiat baginya.
-gabbana-
Sangat risau dengan gejala 'menghalalkan' jahiliyyah dan maksiat, hanya kerana seorang ustaz atau syaikh membenarkannya. Biarlah orang lain melakukannya, tapi kita kena tegas dan syadid untuk diri kita sendiri.
Kerana untuk menjadi seorang hamba warak yang dekat kepadaNya, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara syubhah yang meragukan, hatta ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyakitkan.
Moga Allah kurniakan kita dengan mata hati yang bersih, agar kita benar-benar dapat membezakan antara al-haq dan al-bathil. Moga Allah kurniakan kita dengan kemahuan dan kekuatan untuk sentiasa chenta dan suka pada yang haq dan benci dan meluat pada yang bathil. Amin. Moga Allah redha.

Masih adakah? Atau kita tak tak pernah kikis pon selama ni sebenarnya..? Gasp. [Kredit] |
Itu baharu sedikit contoh yang saya berikan. Saya yakin, selepas ini anda akan ditampar dan dilempang berkali-kali dan kali dan kali kerana contoh-contoh baharu yang kena pada diri mula datang menyerang bertubi-tubi.
"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) keji..."
[al-Muddathir, 74:1-5]
Dakwah dan jahiliyyah tidak mungkin boleh bercampur-aduk. Tarbiyah dan maksiat adalah formula gagal yang tidak mungkin akan membuahkan kemenangan. Dakwah dan jahiliyyah yang bercampur hanya akan mendatangkan fitnah. Tarbiyah dan maksiat yang bersatu hanya akan menanam makar-makar jahat yang memusnah!
"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna..."
[al-Mu'minuun, 23:1-3]
Kemenangan tidak akan datang kepada mereka yang banyak bermaksiat, sama ada sedar atau pon tidak. Allah tidak akan memenangkan para dua't yang masih bermain-main dengan jahiliyyahnya. Para malaikat dan makhluk sekalian alam juga tidak mahu mendoakan kemenangan buat kita yang rupa-rupanya masih punya jiwa yang berkarat dengan jahiliyyah.
Allahu. Campak hirisan bawang pada mata.
Ayuh ikhwah dan akhawat. Kita penuhkan masa-masa kita dengan perkara-perkara berfaedah yang benar-benar akan menguntungkan Islam. Kita rancang jadual seharian kita dengan sebaiknya, agar tidak tersisa walau sesaat cuma yang akan dibazirkan. Ayuh kita kuatkan saf-saf kita dengan memanfaatkan setiap tenaga, masa dan harta yang ada dengan memenuhkan masa lapang kita dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, tanpa mengenal erti lelah dan putus-asa.
Kerana sungguh, masa lapang dan terluang bagi seorang dai'e itu adalah permulaan maksiat baginya.
-gabbana-
Sangat risau dengan gejala 'menghalalkan' jahiliyyah dan maksiat, hanya kerana seorang ustaz atau syaikh membenarkannya. Biarlah orang lain melakukannya, tapi kita kena tegas dan syadid untuk diri kita sendiri.
Kerana untuk menjadi seorang hamba warak yang dekat kepadaNya, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara syubhah yang meragukan, hatta ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyakitkan.
Moga Allah kurniakan kita dengan mata hati yang bersih, agar kita benar-benar dapat membezakan antara al-haq dan al-bathil. Moga Allah kurniakan kita dengan kemahuan dan kekuatan untuk sentiasa chenta dan suka pada yang haq dan benci dan meluat pada yang bathil. Amin. Moga Allah redha.
25 Caci Maki Puji Muji:
Sambal kurang pedas..hemm
contoh utk blog itu adalah sgt menyentapkan! huhuhuhu
SALAM semua. saya nak bg hadiah ni. siapa free singgah ye. :)
http://literallycryptic.blogspot.com/2013/06/a-gift.html
Alhamdullilah,dengan izinNya IG berkongsi post ini...sangat menyentuh hati sebenarnya..
-Moga Allah kurniakan kita dengan mata hati yang bersih, agar kita benar-benar dapat membezakan antara al-haq dan al-bathil. Moga Allah kurniakan kita dengan kemahuan dan kekuatan untuk sentiasa chenta dan suka pada yang haq dan benci dan meluat pada yang bathil. Amin. Moga Allah redha.-
:'(
Allahu. Mudah-mudahan niat kita ikhlas keranaNya.
Macam pernah baca post ni sebelum ni.repost eh?
Patut lah kita masuk syurga pun atas rahmat Allah kan. Moh le berdoa.. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat tersebut. Rahmat berusaha mencari iman, rahmat untuk menjauhi maksiat. Rahmat mempunyai hati yang bersih. Rahmat untuk berusaha untuk berdoa. Rahmat. Rahmat. Eh. Banyak rupanya rahmat kita. Baiklah. Mari bersyukur, beristighfar, berusaha, dan berdoa. :)
hambaNya: Tak. Ini memang pertama kali tulis post ini.
Nanges hilang jerebu.
TT_TT
http://dakwahmakandalam.blogspot.com/
Subhanallah!!.
What kind of nuclear misille is this, IG?????
*nanges laju2~~
Btw, it's a very great reminder, u know. ^^
Allah..
ok
jatuh hati kat sini
tengs ya akh
Gejala "menghalalkan" jahiliyyah?=.="
Okeh..ni mmg dh jd mainstream dlm sstngh DnT
Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah akhi :) I do feel the same.
"Semoga ALLAH merahmati seseorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan sesuatu amalan. Jika niatnya kerana ALLAH, dia melakukannya. Tetapi jika niatnya bukan kerana ALLAH, dia membatalkannya." [Imam Hasan al-Basri]
Wassalam.
Salam IG dn pembaca2 lain.
Sy xdpt tangkap la contoh 'hnya krna ustaz atau sheikh membenarkannya'.
Boleh bg contoh? Jzkk.
Subhanallah. Alhamdulillah. Inche telah memperkenankan permintaan saya, walaupun bukan betul-betul apa yang saya minta, but still.
Anyway, logam Inche memang dalam bidang menulis. Tapi bagaimana pula dengan orang yang masih tidak jumpa logamnya? Apa yang boleh dilakukannya untuk lompat masuk ke jalan dakwah ini? Sedangkan jahiliyah sudahpun, insyaAllah, cuba ditinggalkannya dengan sedaya upaya, sehingga seperti yang Inche katakan, tinggal kekosongan dalam diri. Acano ni eh? Hmmm.
Mujahadah kita berbeza,
Kita akan di uji dgn ape yg kita lemah kerana Allah ingin menguatkan kita.. meningkatkan darjat kita...
Jika ♥ kita lemah maka ♡ yg akan diuji...
Allahu~
Sedarlah, yg mehnah di zaman ini tidak dpt ditangkis dgn tombak, pedang dan perisai besi,
Kerana mehnah zaman ini TAJAM menusuk tepat di hati,
Kerana perjuangan menjaga hati memerlukan mujahadah yg tggi.
Mujahadah utk memartabatkan & mendaulatkan Islam dlm diri & hati.
Selamat berperang di atas jalan juang, wahai Pejuang.
sentap baq ang..
Allah.
peringatan yang bermakna.
Buat diri yang terleka.
kenapa birthday bukan dianggap jahiliyah? ramai pergi usrah suka bersweet2 sambut birthday. oh, sanah helwah!!!
really? like. really? islam. bukan islam = jahiliyah. kan? atau saya salah. maulid nabi, tiada katanya. maulid sendiri, oh ada! huh? like, wait a minute? it doesnt make any sense in the sense that it really really make no sense.
would like to hear your comment. jazakallah khayr.
Tembakan bertubi-tubi.
Allahhh T.T
Jika segalanya jahiliyah, apa gunanya tarbiyah?
sentap... bab chenta sesama ikhwah... sy mmg terlalu sygkn naqibah sy.. but when rse cemburu itu dtg cepat2 sy buang... yg menjadi msalah... sy mmg x boleh tido kadang2 oleh sebab terlalu rindukn dia... Bagaimanakah???? :(
Semail :)
Post a Comment