Erti Sebuah Kegembiraan
[Kredit] |
Allah punya caraNya yang tersendiri untuk menggembirakan para hambaNya. Dan cara Dia menggembirakan seorang hambaNya yang terpilih, pastilah tidak sama antara seorang hamba dengan hambaNya yang lain.
Untuk para dua't terutamanya, yang telah berbaiah untuk sehidup semati dengan jalan ini, yang sanggup berkorban harta, jiwa, perasaan dan segalanya demi perjuangan ini dan yang telah meninggalkan jahiliyyah dan maksiat lama semata-mata untuk mengejar redhaNya, Allah sentiasa punya kejutan istimewa untuk mereka ini.
Allah tidak gembirakan mereka dengan emas seguni yang jatuh dari langit ke riba mereka ini.
Allah tidak gembirakan mereka dengan sebuah kereta Range Rover Evoque yang sedia menunggu di hadapan rumah pada keesokan harinya.
Allah tidak gembirakan mereka dengan mann dan salwa yang turun terus dari sorga.
Allah tidak gembirakan mereka dengan ramainya orang yang bertepuk tangan dan membentangkan permaidani merah untuk mereka.
Dan Allah tidak gembirakan mereka dengan terpegunnya manusia dengan dakwah yang mereka bawa.
Walaupon saya boleh tahan gembira jugalah kalau betul-betul ada Range Rover Evoque untuk saya secara percuma. Eh.
Ehem.
Tetapi Allah gembirakan golongan yang bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menyebarkan risalah agungNya ini dengan perkara-perkara kecil, yang mungkin tampaknya tidak signifikan pada pandangan mata manusia lain, tapi cukup bermakna bagi mereka ini.

Allah gembirakan mereka dengan perkongsian seorang al-akh yang cukup ringkas tapi mengesankan hati dan menggugah jiwa.
Allah gembirakan mereka dengan pelukan mesra ikhwah terchenta sambil pipi-pipi mereka berlaga penuh bahagia.
Allah gembirakan mereka dengan tangisan air mata yang membasahi pipi sewaktu mereka berdiri berseorangan di tengah malam.
Allah gembirakan mereka dengan senyuman balas seorang insan yang tidak dikenali dek baik budi pekerti dan akhlak mulia yang mereka tunjukkan.
Allah gembirakan mereka dengan maklum balas dan komen-komen membina hadek-hadek terchenta yang amat terkesan dengan usaha-usaha mereka mentarbiyah dan membina jiwa-jiwa hadek-hadek ini.
Allah gembirakan mereka dengan pengisian-pengisian dan taujihat basah yang benar-benar mengenyangkan jiwa-jiwa mereka yang lapar.
Dan Allah gembirakan mereka alunan bacaan ayat-ayat chentaNya yang mendayu-dayu menusuk jiwa dan kalbu, merawat dan menyegarkan hati yang duka dan lara.
Ah! Bahagia!
Hakikatnya, kegembiraan itu tidak boleh dijual beli.
Kita mungin boleh membeli berbungkus-bungkus nasi lemak ayam berempah, tapi kita tidak mungkin boleh membeli kekenyangan.
Kita mungkin boleh membeli tilam air yang paling empuk dan mahal di seluruh alam semesta ini, tapi kita tidak mungkin boleh membeli tidur yang lena.
Kita mungkin boleh membelanja rakan-rakan kita tiket ke Legoland dan nasi mandiy kambing sebagai makan tengah hari secara percuma untuk mereka, tapi kita tidak mungkin boleh membeli nilai sebuah persahabatan.
Kerana kegembiraan yang sebenar itu milik Allah dan Allah semata. Hanya Dia sahaja yang berkuasa untuk menggeletek dan mencuit hati dan jiwa kita untuk berasa gembira.
Sebaliknya, apabila Allah ijinkan, perkara-perkara yang kecil dan seolah-olahnya tidak bermakna dan berharga, bisa sahaja menggembirakan hati para hambaNya. Malah buat hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuanNya, hari-harinya sentiasa penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Dia tidak mudah berasa tertekan dan tidak pula tunduk pada emosi dan perasaan. Inilah erti sebuah kegembiraan yang sebenar.
Beruntunglah kita yang pernah merasakan kegembiraan yang sebenar ini. Kerana nikmatnya, sumpah tidak terkata!
Itulah kehaibatan kaca mata tarbiyah dan dakwah yang dipakaikan dengan penuh hensem lagi bergaya. Semuanya pon baik untuk mereka ini. Dan semuanya pon tampak osemness dan punya ibrah yang berguna. Segala puji bagi Kau ya Allah, yang mengurniakan kami dengan nikmat yang tidak terperi ini.

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku
bersamanya tatkala dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam
dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia
mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan
khalayak ramai yang lebih mulia..."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Itulah taqwa. Antara harap dan takut.
Itulah chenta. Sentiasa berlapang dada padaNya.
Dan itulah ihsan. Melakukan setiap sesuatu hanya mengharapkan redhaNya.
Untuk semua ini, terima kasih ya Allah, kerana telah membuatkan aku gembira.
-gabbana-
Amat bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk berjaulah bersama ikhwah dan hadek-hadek terchenta. Terlalu banyak ibrah dan pelajaran yang saya perolehi, yang tiada satu apa pon di dunia ini yang boleh menukar ganti dengannya.
InshaAllah jika diizinkanNya, saya akan kongsikan pengalaman saya berjaulah bersama anda semua.
Post kali ini pendek sahaja. Saya tidak dapat menahan diri saya untuk berkongsikan kegembiraan saya dengan anda semua.
Senyum.
2 Caci Maki Puji Muji:
Alhamdulillah. Indahnya :)
"Untuk para dua't terutamanya, yang telah berbaiah untuk sehidup semati dengan jalan ini, yang sanggup berkorban harta, jiwa, perasaan dan segalanya demi perjuangan ini dan yang telah meninggalkan jahiliyyah dan maksiat lama semata-mata untuk mengejar redhaNya, Allah sentiasa punya kejutan istimewa untuk mereka ini. "
TErima kasih untuk ayat ini.
Post a Comment