5 March 2013

Ana. Enta.

[Kredit]

Ana.

Akhi.

Enta.

Antum.

Errgghh. Rimas Syakur dengan bahasa-bahasa Arab celup sebegitu. Hallo, kalau nak cakap bahasa Arab, belajarlah betul-betul, cakaplah molek-molek. Baru kelas! Ini..? Ppffftt.

Syakur yang pernah belajar di sekolah agama dari tingkatan satu hingga tiga itu pon, tidak terasa seperti mahu berbahasa Arab. Tiada selera. Inikan pula mereka yang sekolah sekular, sekolah bandar dan sekolah pintar, yang baharu setahun jagung ikut usrah, melalui tarbiyah, sudah gatal lidah mahu berbahasa Arab. Ceh. 

"Akhi Syakur... Enta ok ke ni..?"

Tegur Hannan, rakan seusrahnya. Tangannya diletakkan di atas paha Syakur. 

Muntah.

"Err.. Aku ok je bro. Apsal..?"

Awkward.

"Takde apa. Nampak enta macam resah semacam je."

Hannan mengukir senyuman dan mengalihkan tangan.

Lega.

Ketika itu sesi usrah sedang dijalankan. Murabbi mereka, Adli sedang khusyuk menyampaikan tafsir surah az-Zukhruf. 

Syakur di kala itu sedang bersiar-siar di menikmati pemandangan piramid Giza. Kemudian dia ke San Paulo pula, sebelum terbang menikmati binaan hebat Machu Picchu. Fikirannya menerawang. Fokusnya hilang, melayang. 

Tidak berminat. 

Entah, hari itu dia merasakan usrahnya kering. Tidak bermaya. Lesu. Walhal Adli begitu bersemangat bercerita pada hari itu. Ahli-ahli surahnya yang lain - Azraie, Nazri, Hannan, Musalman dan Qatadah - semuanya nampak ceria dan penuh teruja. 

Hanya dia sahaja yang tiada daya. Agaknya sebab itulah Hannan menegurnya tadi. Raut wajahnya telah mengkhianatinya mungkin. 

"Ok ikhwah. Aaaahh.. Apa pendapat antum tentang ayat dua hingga empat..? Kenapa agaknya al-Quran ni diturunkan dalam bahasa Arab..?"

Syakur tersentak. Lamunannya hilang, lebur bersama angin sepoi yang bertiup. 

Ish macam tau-tau je Abang Adli ni.. 

Masing-masing pon pantas memberikan pendapatnya. Ada yang mengatakan kerana bahasa Arab itu adalah bahasa ahli sorga. Ada yang tegas dan yakin menerangkan kehebatan bahasa Arab yang tiada tandingannya. Ada juga yang secara bersahaja berkata, memandangkan Nabi adalah orang Arab yang diturunkan kepada bangsa Arab, maka secara logik akalnya, pastilah al-Quran itu dalam bahasa Arab.

"Syakur..? Apa pendapat anta pula..?"

Tiba giliran Syakur. Dia menelan air liurnya. Dia langsung tiada minat atau hasrat untuk menyampaikan pendapat. 

Dia membetulkan duduknya. Lama juga dia sepi tidak bersuara. Semua ahli usrahnya memandang padanya, mengharapkan akan ada sesuatu yang keluar daripada mulutnya.

"Saya... Uhm. Entah. Jujurnya, saya pon tak tahu kenapa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. I mean.. Memang betullah apa yang korang semua cakapkan tadi. Betul, saya setuju je. Cuma.. Kalaulah Islam itu rahmatal lil a'lamin, untuk semua orang, kenapa Allah nak ekslusifkan al-Quran tu dalam bahasa Arab..? Saya.. Tak faham."

Semua ahli usrah terdiam. Tidak mereka sangkakan itu yang akan keluar daripada mulut Syakur. 

"Macam kita ni.. Kenapa sibok-sibok nak berana-anta ikhwah antum bagailah. Ish. Dah kita ni orang Melayu, kenapa tak boleh nak cakap bahasa Melayu je..? Apa masalahnya dengan aku-kau, saya-awak..? Mesti ada sebab Allah jadikan kita orang Melayu en..? Kalau bukan orang Melayu nak berbangga dengan bahasa sendiri, siapa lagi..??"

Adli tersenyum. Hannan ternganga. Qatadah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Azraie dan Nazri hanya memandang karpet, mengira pintalan benang yang terkeluar agaknya. Musalman pula statik, tiada perasaan. 

"Bagus point enta tu Syakur.."

Adli bersuara.

Enta lagi. Ish.

"Dulu ana pon pernah ada persoalan yang sama. In fact, exactly the same. Lama jugaklah untuk ana terima. Tapi akhirnya ana faham. Dan ana betul-betul faham sampaikan ana rasa rugi kalau tak berana-enta semua tu."

Syakur merenung murabbinya itu. Menantikan jawapan yang bakal memuaskan hatinya. 

"Of course, dalam al-Quran Allah sebut banyak kelebihan bahasa Arab ni. That goes without saying. Dan ana pon tak perlulah kot nak cerita panjang-panjang. 

"Sebenarnya takde sebab pon untuk kita cakap bahasa Arab. Nak kata bahasa ahli sorga, tiada dalil yang sahih yang boleh membenarkan dakwaan tu. In fact, the only logical reason kenapa al-Quran turun bahasa Arab adalah sebab ia diturunkan pada Nabi Muhammad, yang juga seorang Arab. Samalah macam Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani dan Injil dalam bahasa Aramaik, sesuailah dengan keadaan ketika mana kitab tu diturunkan."

Ok, he is making sense. Detik Syakur. Dia merapatkan silanya pada murabbinya itu. Berminat. 

"Tapi.. This is where it becomes very interesting. Sebab kita nak chenta pada Nabi. Kita nak jatuh chenta pada para sahabat. Kita nak rasa apa yang pernah mereka rasa. Oleh sebab itu, kita kena faham al-Quran sebagaimana yang mereka faham. Dan kalau nak faham al-Quran sepertimana yang mereka faham, nak jatuh chenta pada perjuangan mereka, nak berguling-guling penuh kechentaan dengan apa yang mereka bawa, then, suka atau tak, kita kena belajar bahasa Arab. Sebab apa yang kita faham dalam terjemahan dan tafsir dalam Bahasa Melayu tu, alahai, seciput je dari maksud dia yang sebenar. Cair..."

Syakur mencelah. Tidak sabar. 

"Tu saya faham bang.. Dan saya setuju je kita kena belajar bahasa Arab untuk faham al-Quran. Tapi, perlu ke kita berana-enta semua tu bang..? Part tu yang saya tak boleh nak terima tu.." 

Adli tertawa kecil.

"Anta nak tahu kenapa ana lagi suka berana-anta, berakhi bagai dengan antum semua? Daripada guna saya-anda atau aku-kau dan sebagainya..?"

Syakur mengangkat keningnya. Ahli-ahli usrah lain turut menunjukkan minat. 

"Sebab lagi kool..?" Celah Azrai'e.

Adli tersenyum.

"Haah. Sebab dia sumpah kool dan bergaya..!"

Syakur membuka mulut, mahu memprotes.

"Op op, ana tak habis lagi. Rilek la bro, isap okok dulu. Haha.

"Sebab ana-anta ni lebih daripada sekadar saya dan awak. Akhi tu, lebih daripada saudaraku. Antum, maknanya lebih daripada kalian semua.."

"Maksud abang..?" Tanya Musalman, kini lebih berperasaan. 

"Entah. Susah nak explain dengan perkataan. Mungkin itu kehebatan bahasa Arab ni. Tapi bila cakap ana-anta ni.. Dia.. Uhm.. Macam ada ruh. Macam ada unsur kasih-sayang kat situ. Bukan kasih-sayang yang calang-calang, tapi kasih-sayang keranaNya. Samalah macam akhi. Akhi tu adalah saudaraku di atas jalan dakwah ni. Bukan sekadar saudara seaqidah, tapi saudara seperjuangan dalam satu barisan.

"Sebab tu Allah sebut orang-orang mu'min tu bersaudara. Allah guna perkataan 'Ikhwah' dalam ayat tu. Itu je satu-satunya perkataan ikhwah yang Allah guna dalam al-Quran. Sangat special. Sebab hanya orang-orang beriman je yang layak menggunakan perkataan ikhwah. Sebab persaudaran mereka adalah berasaskan keimanan. Persaudaraan mereka adalah berdasarkan kechentaan kepada Allah. Chenta yang benar. Tulen. Original, bukan cetak rompak. Hehehe.."

Beberapa orang ahli usrah tersengih. Syakur masih asyik mendengar. 

"Jadi bila ana cakap ana-enta, akhi dan sebagainya tu, maknanya.. Ana sangat kasih pada antum. Maknanya, ana nak jadi saudara antum yang sama-sama berjuang atas jalan ni. Susah senang kita tanggung sama-sama. Kita kongsi ketawa dan duka. Maknanya, ana nak kita semua jadi orang yang beriman, agar nanti di akhirat kita dapat masuk sorga sama-sama. 

"Dengan kata lain ikhwah.. Ana uhibbukum fillah. Ana benar-benar chentakan antum kerana Allah."

Sodaqallahul adzim. Adli tersenyum. Puas. Dia memandang tepat mata setiap anak usrahnya. Mengharapkan wajah dan anak mereka akan memberi jawapan balas. 

Sampai pada wajah Syakur, dia berhenti. Lama ditenungnya wajah anak usrahnya itu, hingga merah padam wajah Syakur dibuatnya. Segan.

Syakur tunduk, memandang karpet berwarna-warni itu. Jari-jemarinya menggaru-garu permukaan kasar karpet itu.

"Bagaimana Kur..? Ok ke..?"

"Err... Ok kot. Jazakallah kher bang. Ana.. Ana dah faham sekarang."

Syakur mengangkat wajahnya, memandang Adli. Matanya sedikit berkaca.

Ana..?

-gabbana-

Khas buat ikhwah yang amat saya chentai keranaNya di luar sana. Moga perhubungan ini akan kekal berbara di atas jalanNya yang mulia ini. Moga kita akan bertepuk-tampar gembira di tepi sungai indah nan pesona, di sorga sana, abadan abadaa.

Nanges penuh bahagia. 

29 Caci Maki Puji Muji:

fafau 05/03/2013, 16:42  

seyesly, nanges!
terkenang akhawat yang sering ber'ana enti'..
mmg lebih close n sampai je apa yg nk dicakapkan kalu bersama, lebih terkenang2 je rupanya kala berdoa rabitah, lebih husnu dzon je bila berselisih pendapat..
huwaaa..
[nyorok bawah meja...]

Anonymous 05/03/2013, 18:10  

ehhe, jealous nye, teringin nak berbulatan gembira dengan encik gabbana ;)

Anonymous 05/03/2013, 18:23  

pernah berada di tempat Syakur. nak tanya pendapat inche..sejak setahun join usrah, saya rasa saya hanya suka pergi usrah tapi tidak daurah dan seangkatan denganya. yang penting saya hanya suka usrah. selalu rasa terpaksa bila disuruh pergi daurah dan sebagainya. kdangkala rasa seperti tak suka bersosial dalam kelompok yang ramai. lebih selesa berdua dua, bilangan yg kecil atau pun menghadiri majlis ilmu yang penyampainya adalah ustaz mahu pun ustazah. setiap kali pergi daurah atau sebgainya itu saya selalu rasa nak balik. sila beri pandangan, saya harap ianya tak berkaitan dengan masalah dengan iman :P

athirah 05/03/2013, 19:11  

nice entry

Anonymous 05/03/2013, 20:27  

Tersenyum membaca,
Terutama part last.

Memang, bahasa arab ada 'zouq'

A_E 05/03/2013, 20:45  

القرآن يقوي اللسان

Anonymous 05/03/2013, 22:08  

Fuh
Persoalan selama 2 tahun telah terjawab
Tq Inche Gabbana :D

ahmad fahmi 06/03/2013, 07:18  

perkataan ikhwah juga Allah guna dalam kisah nabi Yusof a.s, refering to his siblings, dan ketika Allah ta'ala ceritakan tentang pembahagian harta pusaka. so surah hujarat is not the only the place in the Quran where ikhwah is used. just a point to be noted.

Apapun, ikhwah memang refer kepada bloodline siblings, bukan seperti saudara yang jauh dalam keluarga besar. adik-beradik lah yang paling rapat, paling mudah utk bergaduh tapi tak akan bagi orang luar kacau adik-beradiknya. so inilah usrah (keluarga)...

Inche gabbana 06/03/2013, 07:59  

Jzkk Ahmad Fahmi untuk maklumatnya.

Boleh saya tahu kisah Nabi Yusuf tu Surah mana ayat mana? Surah Yusuf ayat 7 ke..?

Zafirah 06/03/2013, 11:26  

jzkk... alhamdulillah
dalam usrah saya mahupun meetings islamic board kt kolej saya.
sgt susah untuk saya bahasakan diri 'ana'.. ntah rasa cm perlu ke? cukup je la, aku, hang, kau.... sebab rasa lagi rapat. perhaps? dengan explaination post ini, baru ana faham. eh? ;)

Anonymous 06/03/2013, 13:13  

inche gabbana , kalau ber ana enta , ikhwah & akhawat camne pulak ye?? bila nak bahasakn ana depan ikhwah, ase cam xlyak je, ase cam bajet baik pun ade..huhu

Mr. Imaginator 06/03/2013, 16:29  

jawapan yg memuaskan..
rasa nak nanges~

camne plak anak buah ana yg suka panggil abang berbanding akhi..huu~

Huda ery 06/03/2013, 16:30  

inche, boleh x tolong reply comment anon yg ke-2 tu?
sy pun nk tahu jugk jawapnnye..
syukran :)

Anonymous 06/03/2013, 17:48  

slm,,aha,ana pun nak tahu juga respon enta dgn persoalanan Anon tu..nak tau juga pd pandangan enta pasal tu,ana ada juga tanya dgn beberapa org yg dpercayai..cuma nak menambah point utk dterangkan kpd hadeq2..sbb ana yakin pandangan enta pun mesti meliputi pandangan2 yg lain juga..

btw, jzkk, pencerahan ana enta di atas..alhamdulillah turut membantu mengubah mind set ana. Smga Allah redha.

asyraf 06/03/2013, 17:56  

seronak baca post yang ditulis dengan cara bercerita. rasanya macam dah lama enta tak menulis macam nie. sebuah cerita boleh menimbulkan lagi banyak pengajaran daripada cara penulisan biasa...:)
kalau boleh request.:)
tulis dalam bentuk cerita banyak sikit baru seoronak nak baca dan ambil ibrah

secebis untuk anon namber 2 06/03/2013, 18:12  

ni pendapat ana je,

kita perlu faham yang tarbiyah yang kita sedang lalui ini targetnya untuk mencapai 10 ciri2 peribadi muslim.

jadi untuk mencapai ke sepuluh ciri2 tersebut, tak cukup hanya dengan usrah. sebab itu hanyalah salah satu wasilah daripada 7 wasail tarbiyah.

kita ada lagi berbaki 6. iaitu Daurah, nadwah, mukhayyam, jaulah, muktamar,rehlah, kateebah.

setiap wasilah ini ada targetnya sendiri untuk membina ke sepuluh ciri2 peribadi muslim itu tadi. contohnya : mukhayyam lebih kepada nak membina 'tubuh badan yang kuat', nadwah lebih kepada 'berpengetahuan luas' dan begitulah seterusnya..

yang mana kita tak dapat HANYA di dalam usrah.

# 2 posen dari ana.

secebis untuk anon namber 2 06/03/2013, 18:14  

*silap, jaulah tak termasuk.

Inche gabbana 06/03/2013, 20:29  

Ini jawapan saya iAllah:

Saya bersetuju dengan 'Secebis untuk anon namber 2.' Ada sebab kenapa wasilah tarbiyah kita tadak hanya pada usrah. Sebab usrah sahaja mmg tak mencukupi. Walaupon ia adalah nukleus, tapi ada kelemahan/kekurangan dia yg tersendiri.

chenta dan suka adalah kata kerja. maknanya, nak suka dan jatuh chenta, kena usahalah. kena paksa diri tu. iAllah, bila kita mujahadah, paksa diri kita untukNya, lama2 Dia akan buka pintu hati kita untuk suka dan jatuh chenta.

Boleh baca post ni untuk pencerahan lanjut:

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/02/oii-apa-tolak-tolak-ni.html

Moga bermanfaat. ;)

Anonymous 06/03/2013, 21:18  

Adli lagi. Sape die ni hah? Cam selalu je dengar.

LImaumaniss 07/03/2013, 00:38  

bergenang jugak..even Muallaf lebih berminat utk apply ana enta..semata2 sbb ia mengagumi bahasa Al Quran...

Allahu a'lam..

ana guna ikut keselesaan orang yg ana deal with..mudah2an dapat diamalkan dgn istiqamah...

Anonymous 07/03/2013, 10:09  

assalamualaikum..pencerahan yg berguna..inche gabana,ana ad permohonan pndpt dn pandangan drp inche gabana dalam bagaimana cara terbaik dalam menyebarkan dakwah dn tarbiah dalam ipta dan ana fokuskan dlm kelompok pelajar kolej..?

ahmad fahmi 07/03/2013, 19:55  

Yep surah yusof 12:7 tu ada. dan juga ayat 58, apabila datang ikhwah yusuf dan masuk ke Mesir. Yakni adik-beradik (walaupun lain ibu).

Anonymous 08/03/2013, 00:48  

ALHAMDULILLAH!

Ni jawapan yang ana cari selama ni!

ALLAH ALLAH ALLAH..
syukran inche.. smg ALLAH mmebalas mu dengan pelbgai kebaikan.. T_T

Anonymous 08/03/2013, 09:46  

jzkk 'secebis utk anon no2' dan inche gabbana atas pendapat dan pndangan..maaf ana xtau pula dah ada entry pasal tu, dah terlalu banyak nak dkorek entry2 enta..btw syukran permudahkan, ana nak share dlm blog nnt..moga Allah redha.

Mr Penyebok 09/03/2013, 21:44  

ASSALAMUALAIKUM orang kampung.
bila result Pertandingan Video OSEM APG 2013 nak kuar ek?

Sekadar tertanya2 & ternanti2.

Sayidah Napisah 31/03/2013, 00:40  

subhanallah.

Anonymous 25/04/2013, 22:29  

nice entry good one, tp part yg 'sadaqalluhul azim' tu saya ada pnah dgr yg katanya tak elok pkai suka2 je. pasalnya sadaqallahul azim tu bmaksud "benarlah kata2 Allah yg maha agung" so better just use it after you finish reading the quran. pasal kata2 Allah tu hanyalah apa yg tdpt dlm kalamulllah (al-quran) sahaja, dan apa hak kita nk pkai2 ikut suka kan. wallahualam

Anonymous 25/04/2013, 22:32  

harap encik gabbana dpt kaji, dan kalau benda tu betul pohon buat entry khas supaya dpt betulkan perkara ini memandangkan mcm ramai yg tak tahu, tp kalau saya salah tegurlah. its not who's right or wrong here, its all about what's right and what's wrong

Unknown 01/06/2013, 23:41  

alhamdulillah.

ana memang suka. tapi tulah, tak semua orang boleh menerimanya. ana ini bukan dari mana-mana geng usrah, jauh sekali dari sekolah agama. ana biasa-biasa saja. tapi entah kenapa, ana yang beria nak ber'ana enta' ni. terasa ada suatu kelainan yang sukar untuk ana jelaskan melalui kata-kata.

ana berharap, ana dapat memahami bahasa arab ini suatu hari nanti. mohon doakan :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP