21 January 2013

Penipuan (Boleh Tahan) Besar Dalam Sejarah

[Kredit]

Anda masih ingat pada pelajaran Sejarah sewaktu di sekolah menengah dahulu? Ya, saya tahu ramai yang mengeluh sambil tangan diletakkan di dada, mata pandang ke atas hanya dengan mendengar perkataan 'sejarah.' 

Tapi kali ini saya janji ia akan membuka luas mata anda. Dan selepas ini saya jamin akan ada dalam kalangan anda yang akan kembang kempis hidungnya, penuh bersemangat menggeledah buku-buku lama di stor di rumah, hanya kerana mahu mensahihkan apa yang bakal saya dedahkan nanti.

Jeng jeng jeng.

Anda masih ingat tak fakta sejarah tentang bagaimana Islam disebarkan di Tanah Melayu dan Nusantara..? Saya kurang ingat pelajaran ini di tingkatan mana, tapi yang saya benar-benar pasti adalah betapa kita telah diajar bahawa Islam tersebar di Tanah Melayu dan Nusantara dengan beberapa jalan. Antaranya:

  1. Melalui perdagangan rempah ratus, sutera dan sebagainya
  2. Melalui perkahwinan
  3. Melalui penaklukan
Benar kan..?

Kini saya akan membongkar suatu rahsia yang pasti akan membuatkan pencetak buku teks dan para penyemakak silibus di Kementerian Pelajaran tersedak. Mereka khuatir benar sekiranya maklumat rahsia dan agung ini tersebar dengan meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahaya! 

Tahukah anda selama ini kita telah ditipu bulat-bulat dan empat segi empat segi dengan fakta ini..? Bahawa cara utama Islam disebarkan di Tanah Melayu dan Nusantara bukanlah dengan cara di atas tetapi ada teknik/kaedah/jalan lain yang lebih bergaya dan berkuasa? Dan selama ini maklumat dan fakta ini telah disimpan dengan rapi, dijauhkan daripada kita kerana sekiranya kita benar-benar faham dengan maklumat dan fakta yang satu ini, ia bakal merobah keadaan sosio-politik negara dan umat Islam khususnya..? 

Dupdap dupdap.

Sebelum itu, saya mahu memprovokasi minda anda terlebih dahulu. Untuk membuatkan anda berfikir panjang dan lebih kritis dan kreatif. Juga untuk menyedarkan kita bahawa betapa naif dan err, tak berapa pandainya kita selama ini, kerana membiarkan diri kita diperbodohkan secara terus-menerus oleh mereka yang mengawal sistem pendidikan di negara ini. 

LISTEN! Eh.

Cuba anda bayangkan, apa kejadahnya para pedagang di tanah Arab sana, bersusah-payah mahu mengemudi kapal mereka, merentas lautan Hindi yang bergelora lagi marabahaya, melepasi tanah besar India semata-mata berjual-beli rempah-ratus di Melaka..?? Walhal bukankah lebih mudah mereka singgah di India sahaja, yang sememangnya sudah cukup terkenal dengan rempah-ratus dan hasil-mahsul yang lainnya?? Di India sudah ada Alagappas, Babas dan entah apa cap kari lagi yang ada; mengapa mereka perlu berjerih-perih ke tanah Melayu dan Nusantara untuk berdagang rempah...?? Semata-mata mahu merasa kari cap Adabi pula..? Eh.

Pfffftttt. Saya tidak boleh mengotakkan fakta ini! (Baca: I cannot brain this!)

Cuba anda tengok dan kaji betul-betul peta ni. Sanggup menyeberang laut dan melepasi benua India semata-mata mahu berdagang rempah-ratus, sutera dan minyak atar..? Lu pikir la sendiri bro! [Kredit]

Anda tahu apa yang berlaku sebenarnya..? Cuba bayangkan situasi ini.

Seorang pak Arab, berpakaian serba indah dan kemas, dengan jubahnya, dengan serbannya dan dengan wangiannya yang menusuk hidung, berjalan-jalan di sebuah kampung di Melaka yang disinggahinya. Dengan niat untuk mendakwah-fardhiah penduduk kampung dan mengajak mereka ke arah Islam, dia singgah di sebuah rumah yang dipilihnya secara rawak. Pantas mengetuk pintu rumah tersebut dan memberi salam, dia terhidu bau rempah yang cukup kuat. Yang menguakkan pintu adalah seorang wanita separuh abad, yang kagum dan terkesima dengan penampilan pak Arab tersebut. Cukup bergaya!

Pak Arab: Puan ada jual rempah ke..?
Makcik: *terkebil-kebil*
Pak Arab: Err... Puan..?
Makcik: Rempah takde nak. Anak dara ada. Mahu..? 

Nah, dua-dua cara sekali dapat; cara perdagangan dan cara perkahwinan! Wahahahaha... 

Maka jawapan sebenar mengapa para pendakwah dari tanah Arab sana sanggup bersusah-payah berpeluh ketiak untuk mengembara sehingga ke Tanah Melayu dan Nusantara bukanlah kerana peluang perdagangan yang menjanjikan pulangan yang cukup lumayan. Apatah lagi kerana anak-anak gadis montok lagi eksotik yang menanti mereka di sana. Bukan.

Tetapi mereka terdorong oleh suatu ruh dan semangat yang membara, untuk menyebarluaskan risalah kebenaran dan chenta Allah kepada seluruh umat manusia. Mereka dimotivasikan oleh tanggungjawab mereka untuk melaksanakan amanah Syahadatul Haq yang begitu besar dan mengguggah jiwa. Juga, mereka teruja dan mata bersinar-sinar dengan hadith yang satu ini:

"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah."

[Hadith Riwayat Muslim]

(Ada riwayat lain yang menyebut "...lebih berharga daripada dunia dan seisinya.") 

Atas semangat yang samalah, Sa'ad bin Abi Waqqas r.a., sahabat besar yang dijanjikan sorga oleh ar-Rasul SAW, meninggal di tanah besar Cina.

Dirasuk oleh ruh yang sama jugalah, Abu Ayyub al-Ansari r.a. mengambil keputusan untuk ikut sama berjihad membebaskan kota Konstantiniah (Konstantinopel) meskipon ketika itu beliau sudah pon lanjut usianya. (Beliau tidak sempat menjejakkan kakinya di tanah Turki kerana syahid di tengah jalan. Makamnya sehingga kini boleh ditemui di luar kota Istanbul.)

Dengan motivasi yang sama juga, menyebabkan terpacul kata-kata lejen oleh Uqbah bin Nafiq yang sudah memacu laju kudanya ke tengah laut, "Sekiranya aku tahu masih ada tanah yang didiami manusia di seberang sana, sudah pasti akan aku menyeberanginya untuk menyebarkan Islam!" 

Didorong oleh keyakinan yang sama, Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali kota al-Quds milik umat Islam dan membersihkannya dari segala bentuk taghut dan jahiliyyah yang lama mengotori kota suci itu.

Dan atas kesedaran dan kesungguhan yang sama jugalah, as-Syahid Imam Hassan al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 pada usianya yang tersangat muda, yang akhirnya berjaya menyatukan umat Islam di Mesir sebelum merebak pula ideologinya ke serata dunia!

Entah berapa ramai lagi tokoh-tokoh dan figur-figur yang Super Saiya, yang melakukan sesuatu di luar jangkaan akal manusia biasa kita, hanya kerana mahu menyebarkan risalah suci ini. Semuanya kerana darah yang mengalir di dalam tubuh badan mereka adalah darah perjuangan. Nafas yang mereka sedut dan hembus setiap waktu dan ketika adalah nafas pengorbanan. Dan nadi yang berdetik pada setiap inci tubuh badan mereka itu adalah nadi kebenaran. 

Hanya kerana mereka patuh dan tunduk pada perintah Tuhan mereka.

Hanya kerana mereka teramat mahu mewarisi rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Nabi.

Hanya kerana mereka mahu mengikuti jejak-jejak salafus soleh yang telah pon melalui jalan yang lurus.

Hanya kerana mereka benar-benar chentakan ummah ini, tidak sanggup melihat mereka tergelincir masuk ke dalam lubang neraka.

Dan hanya kerana mereka amat merindukan dan mendambakan bauan sorga dan segala nikmat yang menanti dengan penuh setia di dalamnya.

Tetapi tidak, para orientalis dan musuh-musuh Islam tidak mahu kita faham fakta sejarah sebegini rupa. Serangan-serangan pemikiran yang dilancarkan sejak zaman-berzaman telah berjaya meyakinkan kita bahawa para pendakwah Islam dan penchenta kebenaran sebenarnya lebih chentakan harta, wanita dan kedudukan. Kononnya, Islam itu tersebar dengan cara tidak sengaja. Kononnya dunia yang pertama dan baharulah Islam yang kedua! Ceh. Mereka telah berjaya menukarkan anak-anak singa Islam menjadi kijang-kijang yang bacul dan lemah pemikirannya! 

"...khusus untuk para du’at Islam; mereka yang bersolat dan merasa izzah dengan agama mereka; yang berakhlak dengan akhlak mukminin. Ia bukan untuk orang yang lalai, apalagi yang menyeleweng dari Islam.

Ini adalah kerana untuk menyelesaikan masalah dunia Islam hari ini, sebenarnya tidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan  menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah menyedarkan dengan cepat mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka toriq amal dan fiqh da’wah. 

Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat." [Muqaddimah, al-Muntalaq]

"Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.

Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya."
[Rakaizud Dakwah. Dicuri di sini]

"Dakwah tu bro, kau kena jatuh chenta dengan dia berguling-guling bro. Maksudnya, bila makan, kau teringat dakwah. Bila mandi, teringat dakwah. Bila nak tidur, kau ingat dakwah. Hatta kau pergi jamban pon kau teringat dakwah..!

Senang kata, kalau kau ada bini en, kau kena bagi sampai bini kau tu jeles dengan dakwah! Baru la kelas! Baru betul buat dakwah namanya!" [Inche gabbana, dalam salah satu sesi merapiknya]

Bagaimana..? Sejarah pernah membohongi anda sekali. Anda mahu biarkan realiti pula terus menipu anda, membiarkan anda terus dikelabui berulang kali? 

Tidak, anda tidak mungkin akan membiarkan tragedi itu berlaku lagi. Kerana sebagai seorang mu'min, anda tidak mungkin akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali! 

Ayuh!

-gabbana-

Harapnya tiadalah mana-mana ahli dan pakar sejarah yang mengejar saya dengan parang selepas ini. Matiiilaaahh.

23 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 21/01/2013, 13:36  

Kini smbg blaja kos sejarah..
menginagti fakta tersebut hanya demi menjawab exam, (utk pstikn lulus brgya dgn A)
penerangan Dr. Hafidzi sangat jelas dlm bab2 sejarah ni!!

aku-bukan-robot 21/01/2013, 14:09  

Kenapa tak buat setting link yang disertakan bila klik terus open in new window ? Ok asif .just asking

haryzkhairuddin 21/01/2013, 14:24  

teringat balik pasal sejarah. belajar hanya untuk dapat 'A'. sebab hampir kesemuanya hujah2 kosong yang cuba mengagungkan Barat / agama lain dan menghina peradaban Islam.

Islam berjaya disebarkan disebabkan kualiti bukannya kuantiti ummatnya.

Anonymous 21/01/2013, 14:40  

aku-bukan-robot; utk tetikus yang ada scroll, boleh tekan (picit, bukan scrolling) scroll tu dan otomatis dia akan open in a new tab.

Anonymous 21/01/2013, 14:43  

orang2 Islam di China kata yang Saad ibn Abi Waqas di China itu bukan Sahabat Nabi, cuma namanya sama. apa pun x menafikan perjuangan generasi awal menyebarkan Islam hingga hujung dunia!

Arai Lekir 21/01/2013, 15:01  

teringat pulak beberapa hari lepas time aku keluar buat bulatan gembira.

Ada seorang brother ni berborak pasal Melaka. Macam mana Islam berkembang di Melayu Nusantara. Dia ada baca buku Solatus salatin(ejaan x btol kot), dia cakap semua buku dan manuskrip lama zaman dulu ada disimpan dekat muzium Portugal,England,Belanda dll. Kalau nak dapat balik manuskrip tu kena tunggu negara yang dijajah itu merdeka selama 100 tahun dulu. So, negara kita baru 50lebih tahun merdeka.

Dia ada cerita lagi, raja Melaka pada suatu malam ada bermimpi bertemu Rasulullah(Allahualam x sure sahih ke x). Dalam mimpi tu, ade diberitahu esok petang ada orang sampai di pantai,kamu ikut dia dan peluk Islam. Maka, esoknya raja Melaka tu pergi pantai dan orang tu muncul dan bersolat.Pastu, raja tu peluk Islam. Masa zaman Uthmaniah,Abbasiah dll, sultan kat sana ada wujud jemaah khas utk keluar sebar Islam ke serata dunia.Pastu dia persoalkan kenapa sejarah Malaysia ambik negeri Melaka ? Tiada orang Melayu ke sebelum tu..x kan ada org asli dgn org laut jer kot..habis kerajaan kedah Tua..pahang..tu macam mana?

Macam tulah dia cerita.Terpulanglah nak percaya ke tak. Aku pun dengar dia cerita jer. Aku pun bukan 100% percaya apa yang ada dalam buku teks sejarah sekolah tu.

annur 21/01/2013, 19:00  

Sejarah yg mysterious.. satu saat pernah membuat orang benci, tapi dalam sekelip mata boleh buat orang jatuh cinta.. :)

Bila terfikir blk pasal buku sejarah ni.. terperasan yg kita sangat dicanang dgn meriahnya pasal Gold, Glory & Gospel dengan kapal2x besar yg belayar dgn bahagianya menuju Grand Line.. Tidak diceritakan pula dengan mendalam kisah2 pedagang Arab, China, n India..

Sebenarnya, merdekanya kita dari segi zahir je. Penjajahan barat banyak menanamkan fikrah barat, dan menjauhkan masyarakat dri Al-quran..lalu dimerdekakan krn mereka yakin kita mampu berdikari atas pemikiran yg mereka tanam.

Anonymous 22/01/2013, 01:00  

bro.good one.tp ko from salahuddin ayyubi terus mention hassan al banna,startkan ikhwanul muslim dan terus menyebarkan ke serata dunia<--lebih kurang mcm tu lah analogi kau..tp tu dalam tahun 1928.

ni nak habaq sikit kat orang yang asyik ingat hassan al banna(tak slh,tp dia bukan the only one). gerakan islah di rantau asia tenggara yang zaman moden bukan di spark kan oleh hassan al banna tapi ikhwanul muslimin dia,sebab kene ingat,syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin al Afghani yang spark kan reformation dlm gerakan islam. dan ulama2 kita yang terpengaruh dgn idea2 muhammad abduh dan al afghani pergi menyebarkan ke rantau asia tenggara.nama2 mcm kiai ahmad dahlan,syeikh tahir jalaluddin,syeikh2 kat penang,singapura,tanah sumatera,tu semua dorang main seludup journal2 syeikh muhammad abduh/al afghani sebab journal tu diharamkan oleh kolonialis dutch dan inggeris.

dan nama2 ternama diatas lah yang mengasaskan education,islah di sini,ni esmua hujung abad 1800,before hassan al banna lagi. mereka2 ni lah yang digelar kaum muda time dulu2.

peace.

Anonymous 22/01/2013, 08:03  

Quite literalist jugak enchek gabbana ni...

'Penyebaran Islam' = Itu sendiri sudah bernama dakwah

Jangan pertikaikan dakwah melalui ikatan perkahwinan walaupun saudara saudari akan berkahwin dengan hanya mengisi borang, ada saja kat luar sana ada simpan cita2 berdakwah melalui perkahwinan...

Tidakkah dakwah ke Syam dan sebagainya turut dibantu oleh aktiviti perdagagangan?

Dan tidakkah pula penaklukan juga menjadi satu medan dakwah? Apakah tuan puan rasa dakwah itu berdiri tanpa action?

Saya rasa kebejatan dan sangka buruk anak muda terhadap sejarah terlalu melampau, sampai2 hal seremeh ini dinaikkan dan dihiruk-pikukkan... haishhh...terlalu idealistik tentang 'dakwah' mungkin?

Inche gabbana 22/01/2013, 09:18  

Saudara/ri Enonimus yang dikasihi Allah,

Sekiranya anda baca dengan teliti penulisan saya, saya ada sebut,

"Bahawa cara utama Islam disebarkan di Tanah Melayu dan Nusantara bukanlah dengan cara di atas tetapi ada teknik/kaedah/jalan lain yang lebih bergaya dan berkuasa?"

Maksudnya saya tidak tolak 100% cara-cara lain tu, cuma pada pendapat saya yg marhaen itu, cara2 lain tu semua adalah 2ndary. Yg utamanya adalah semangat dan azam utk buat dakwah tu.

Sebenarnya pendapat anda tak bercanggah pon dgn tulisan saya. Dakwah adalah matlamat, sedangkan perdagangan, perkahwinan tu semua adalah cara utk mencapai matlamat.

Apa yg orientalis dan musuh2 Islam nak kita faham adalah seolah-olah Islam ni tersebar secara tak sengaja. Accidental. Walhal sefaham kita, pendakwah2 dahulu sememangnya didorong oleh rasa mahu melaksanakan SH yang membuak-buak.

Allahu a'lam. Harap menjelaskan. Dan harap akan terus menegur dan mengingatkan saya yang mudah lupa dan leka ini.

Jazakumullahu khairan jazaa'.

Anonymous 22/01/2013, 11:38  

Yang pasti Islam dah sampai sudeh. Jgn pula menidakkan sumbangan generasi terdahulu yang juga ada peranan masing2. Mereka berdakwah dengan cara mereka, dlam konteks keberadaban,mentaliti dn kekangan zaman masing2.

Maklumlah masa tu mna ade org dhantar berbondong2 ke obersee ke nk sambung belajo, jd bijak pandeyy dn tenet llaju..wooshh. Yg ada cuma masuk gue cari ilmu,satu cara lah..

Zman anaa dlu, first gurl pakai tudng kt convent, lps 1 week kena buka..bayangkan brape lamaa baru dpat laksanakan tu saje. Pernah dh booking hall nk wat program Islmic, cancell last minute by admin ms tuhh, sbb ade mass..tu lah generasi awal female pakai tudung proper. Sblm tu, pakai pn nmpk remus..

So every gen. ada peranan msg2..Nek moyang kite pn ade sejarah mrk.. sume mncari redha Nya, in their own ways. Apa yg ada skrang bukan berlaku scara kebetulan..the nature of the Malays then, mk it possible fr them to embrace Islam willingly.

So, to this new gen., hopefully, practice patience, others hv bn doing much as well, and they persevered...may be nt to yr goodselves' expectation, bt they did contributed..in their own ways.

Sejarah? Baca utk hekzam sudeh..at least it exercises yr memory. Once, we learnt world history in school.. columbus, albuqurque and watnot.. xyah ungkit2 kot..the blame game? just do yr best. Nothing happens without a reason. Besst wishes..

Anonymous 23/01/2013, 14:19  

anonimes atas ni pelik betul.banyak cakap sgt keje dakwah dah buat belum? okbye. bukan nak cari gaduh pun cume annoying.

Anonymous 23/01/2013, 20:08  

anonimes? haha, check yr spelling.
dakwah? do you know what it means? check yr facts!

Anonymous 24/01/2013, 15:15  

Bukan pelajar Islam je yang belajar subjek Sejarah. Penulis pun bukan semua yang Islam.
Dari isi post ni pun saya boleh rumuskan yang encik tidak menafikan fakta yg ada di dalam buku sejarah tersebut.
Cuma mempersoalkan kenapa tiada penekanan tentang semangat dakwah Islam. Maka jawapannya seperti yg saya sebutkan tadi, ini buku sejarah.

Tanggungjawab untuk memahami apa yg terkandung dalam buku teks sejarah dengan ruh Islam tu boleh je dapat kalau lah pelajar sesama pelajar ada effort bincangkan benda ni dalam kelas. Bukannya terima fakta bulat bulat.

Wallahualam.

Anonymous 25/01/2013, 06:38  

Daawa'? Seldom used the term, but after re-checking..that's it. Responding politely to verbal assault by the non-muslims,..errr..
membalas cacian dan kritikan non-muslims dgn santun dan berhemah, tutur kata yg sopan, berdebat dn berbincang scara beretika, membantu remaja brtendensi mbunuh diri(ramai kt luar sana..dakwah rupenye.
You'll face these out there.Even, melayan karenah pendakwah yg emo dlm urusaannya(percakapaan& perbuatan).
Life(and daawa'?)is not just about attending those circles and conferences. The real test is OUT there. Why restrict the term to certain activities? That's where the misconception. Just DO it, sincerely! Subhanallah.

Anonymous 27/01/2013, 02:25  

rasanya lebih elok sbgai seorang daie menggunakan bahasa yang baik daripada mengunakan bahasa yang sindir-menyindir

Anonymous 27/01/2013, 07:48  

Saya setuju dengan saudara.. Asal pertembungan antara nusantara dan tanah arab sudah bermula sebelum kedatangan Islam. Ianya melalui perdagangan. Sebab mengapa mereka sanggup berlayar ke Nusantara untuk menguasai rempah ratus sebab untuk mengurangkan kos yg terpaksa ditanggung sekiranya membeli rempah terus melalui India. Apabila datangnya Islam, sudah tentu aktiviti perdagangan memainkan peranan penting juga membawa Islam itu ke Nusantara. Apakah kuasa yang mendorong mereka berdakwah ke Nusantara tu, tidak boleh dipertikai. Semua itu kehendak Allah taala. Even Maharaja Srivijaya sendiri pernah menghantar perutusan kepada Khalifah Islamiah supaya menghantarkan para da'ie ke Nusantara untuk mengajarkan Islam kepada baginda. Wallahu 'alam.

Muhammad 28/01/2013, 06:10  

"Life(and daawa'?)is not just about attending those circles and conferences. The real test is OUT there. Why restrict the term to certain activities? That's where the misconception. Just DO it, sincerely!"

Menurut kefahaman kami yang berbulatan gembira, berkonferens riang ni, to face real test OUT there, it to prepare oneself thru these activities. We're not just sharing & dicussing on islamic knowledge, but we learn how to translate it into action according to the teaching of al Quran & the sunnah of the Prophet SAW.

and Allah knows best. *PEACE*

Mohamad 28/01/2013, 06:11  

typo : *is to prepare

LuzKlaRita93 30/01/2013, 22:01  

SubhanAllah!!
bila d fkirkan balik, ada jgk btulnya.. makasi utk ilmu ne ^_^

saiya! 01/02/2013, 12:52  

hmmm.....
ISK!!!!!!!!!!!!
setuju 10000000%
keep it up...IG!
ukhtuka fillah.

Anonymous 30/11/2013, 16:52  

never read any comments on any posts before.. the post made me think, but the comments (mostly) made me speechless(??).. btw, terima kasih kerana membuka mata daripada terus percaya apa yang ditipu dalam buku..

sayabudak. 11/12/2013, 23:52  

so..lepas ni leh campak buku kat muka chekgoo dan ckp yang semua ini hanyalah dusta *___* tak yah belajar "sejarah".. best an kalau gitu..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP