Nama Saya Makcik Hidayah
[Kredit] |
Knok knok. Ehem. Salaam a'laikum. Boleh makcik masuk..? Terima kasih. Makcik duduk ye.
Wah, cantik dan kemas rumah kamu ni. Selesa. Teruja makcik nak duduk lama-lama. Bolehkah..?
Oh. Mari makcik perkenalkan diri makcik. Makcik ni, nak kata tua, takdelah tua sangat. Nak kata muda, nanti ada pula orang yang terjun gaung. Wahahaha. Eh. Tapi makcik ni cukup berusia dan berpengalamanlah untuk melihat dan merasai sendiri beraneka ragam dan bermacam perangai manusia yang ada.
Makcik ni ada keistimewaan sikit. Keistimewaaan apa..? Ish segan makcik nak cakap, tapi itulah yang semua orang beritahu. Uhm begini. Makcik ni, kalau terlanggar orang ke, tergesel bahu ke, tersentuh, terpeluk, tersepak, tertampar, terpukul, terbelasah dan entah macam-macam ter- lah lagi.. Orang tu konpem jadi baik. Atau paling koman pon, terfikir dan tergerak hati untuk jadi lebih baik. Orang tak pernah marah langsung bila semua-semua tu berlaku. Merungut pon tak pernah! Ha, spesel kan..?
Dan benda ni tak boleh nak dirancang. Dia jadi secara tiba-tiba dan tak disangka. Kadang-kadang makcik terlanggar orang di pasar, ketika mana orang yang makcik langgar tu tersentuh melihat pengemis fakir yang sedang meminta sedekah. Atau kadang-kadang tu makcik tersepak orang yang tengah syok menonton video-video ala-ala Islamik di MukaBuku atau internet. Ada juga sekali tu, makcik tergesel bahu dengan seorang perempuan ni. Ketika tu dia tengah susah hati dan tak tahu nak buat apa. Ada kawan dia yang cadangkan dia baca al-Quran. Dia memang selama ni tak pernah langsung buka al-Quran tu. Entah kenapa hari tu dia tergerak untuk buka al-Quran. Ditakdirkan pula, mukasurat yang dia buka tu adalah surah ar-Ra'ad, yang sebut,
"...Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."
Pergh. Ha, masa tulah makcik bergesel bahu dengan dia. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dia berubah. Jadi manusia. Eheh.
Pendek kata, keistimewaan makcik ni tak boleh nak dirancang. Tiba-tiba sahaja. Entah, makcik pon tak faham apa rahsianya. Disebabkan oleh keistimewaan makcik ni juga, ramai yang nak berkawan dan berkenalan dengan makcik. Malah ada yang nak buat makcik angkat pon ada! Pelis.
Selalunya makcik ok je nak menyambut salam perkenalan dan tangan tautan persaudaraan daripada mereka ni. Yelah, orang niat baik kan, takkanlah kita nak sombong, tunjuk eksyen. Kadang-kadang tu ada yang datang dari jauh nak jumpa makcik; sanggup mengembara ribuan batu semata-mata nak bergaul mesra dengan makcik. Aneh.
Ada juga yang menangis teresak-esak, siap keluar hingus kahak semua, sebab betul-betul ikhlas nak jumpa dan berkenalan dengan makcik. Kadang-kadang rasa macam selebriti popular pon ada. Hehe. Dah kalau sampai macam tu, kejam sangat pula makcik ni kan, kalau menolak niat dan hasrat baik mereka. Makcik gembira dan ceria jah nak jadi sahabat dan berkawan mesra dengan mereka ni.
Tapi adalah kadang-kadang tu yang datang tak ikhlas. Sombong. Tunjuk lagak. Nak berkenalan pon macam nak tak nak je. Orang-orang macam ni selalunya makcik buat biskut je. Makcik buat dono. Makcik malas lah nak layan. Ramai lagi orang di luar sana yang terkejar-kejar dan bersungguh-sungguh nak berkawan dan berkenalan dengan makcik ni. Lebih baik makcik layan mereka ni kan..?
Eh jangan tak tahu, artis pon ramai yang dah jadi sahabat makcik. Awal-awal dulu Azmil Mustapha datang jumpa makcik, cakap nak berkenalan mesra dengan makcik. Alah, yang berlakon filem Ali Setan dulu tu. Lepas tu Wardina Safiyyah terkejar-kejar cari makcik. Alhamdulillah, bagus orangnya. Makcik sukalah berkawan dengan dia tu! Dan ramailah lah lagi selebriti-selebriti tanah air, dulu dan terkini, yang dah add makcik jadi kawan mereka. Heliza Helmi, Farah Adeeba, Sham Kamikaze, Bob Lokman, Irma Hasmie dan ramailah lagi! Yang terbaru, Afdlin Shauki. Punyalah dia teruja dan terkesan dengan cerita makcik pasal kesengsaraan orang-orang Palestin padanya tempoh hari, sampai dia terus ke Gaza tu ha, nak rasai sendiri penderitaan dan pengorbanan orang Palestin! Menangis makcik tengok dia berlawak sambil menyebarkan kebaikan dalam Maharaja Lawak. Epik. Memang epik.
Ha, jangankan kata artis-artis tanah air je. Artis-artis dan selebriti-selebriti bertaraf antarabangsa pon ada yang dah jadi kawan rapat dan kenalan lama makcik tahu? Antara yang terawal menjadi rakan baik makcik adalah Cat Stevens. Tak lama lepas dia jumpa makcik, dia tukar nama jadi Yusuf Islam. Pergh. Muhammad Ali, peninju lejen tu pon rakan makcik juga. Dan adalah nama-nama besar lain macam Jermaine Jackson abangnya si Michael Jackson tu, penyanyi rap Snoop Dog dan oh, Maher Zain. Haah, Maher Zain yang kacak dan terkenal dengan lagu 'Inshaa Allah' tu lah, siapa lagi..?
Eh eh, besarnya ngangaan mulut anda tu. Biji mata pon macam dah nak terjegil keluar. Anda ok kah..? Wah!
Tapi makcik ok je nak berkawan dan bersahabat baik dengan sesiapa pon. Tak kisahlah kaya miskin, tua muda, artis tak artis, hensem hodoh, cantik buruk, gemok kurus, Perdana Menteri atau penjaga kaunter jamban, botak rambut lebat, ada belog takde belog, Matlutfhi tak Matlufhi.. Eh. Asalkan mereka ni semua ikhlas dan bersungguh-sungguh nak kebaikan, nak jalinkan kemesraan atas nama Tuhan dan persaudaraan, In Shaa Allah makcik terima dengan terbuka dan alu-alukan dengan penuh kechentaan. Senyum.
Oh ya. Makcik ada bos. Majikan besar. Yalah, makcik pon bekerja juga. Bos besar makcik ni memang sangat-sangat baik dan penyayang. Memang sangat terbaekkk lah makcik dapat bekerja dengannya. Rejeki. Punyalah baik hati dan pemurah bos makcik ni, sampaikan kadang-kadang tu dia suruh makcik berkawan dan dekati orang-orang secara rawak yang dia kasihani. Yang ni spesel sikit. Sebab diorang tak cari makcik dan langsung tak pernah terfikir pon nak berkenalan dengan makcik. Tapi bos punya pasal, makcik pon pergilah pada mereka ni dan hulurkan tangan salam perkenalan.
Kiranya mereka ni memang bernasib baiklah. Sebab dapat berkenalan dengan makcik ni tanpa perlu terhegeh-hegeh mengejar dan mencari. Ohoi!
Kadang-kadang tu ada juga kes yang makcik terpaksa putuskan persahabatan dan perkenalan mesra yang telah terjalin, sebab tak tahan dengan layanan buruk sesetengah daripada mereka ni. Bayangkanlah, dah jemput makcik masuk rumah, lepas tu biar makcik terkontang-kanting seorang diri! Takdelah nak layan makcik ke, keluarkan biskut raya ke, jamu makcik dengan air oren ke.. Terkulat-kulat makcik tak tahu nak buat apa. Terasa macam orang bodoh pon ada. Alih-alih makcik keluarlah, tinggalkan rumah tu dengan penuh bergaya sekali. Padan muka. Err, tiba-tiba haus pula tekak ni. Air sirap ada..?
Di samping tu, ada juga agen-agen di luar sana, yang secara sukarelanya mahu memperkenalkan manusia-manusia di luar sana dengan makcik. Bagus mereka ni. Memang buat dengan ikhlas, tak harapkan apa-apa balasan pon! Kadang-kadang pon makcik pelik dengan kegigihan dan semangat mereka ni. Sanggup tu berkorban masa, tenaga dan harta benda, hanya kerana mahu menjalinkan silaturrahim antara makcik dengan orang lain. Bukan sedikit pengorbanan mereka! Apabila ditanya mengapa mereka begitu gigih berbuat demikian, jawapan mereka selalunya amat osem lagi bergaya, "Ish takkanlah kami nak syok sendiri-sendiri dapat rasakan keistimewaan makcik. Kami nak juga berkongsi chenta dengan orang lain!" Fuh.
Tapi tulah, akhirnya, makcik hanya akan menerima arahan daripada bos makcik sahaja. Kalau bos makcik kata ok, makcik teruskan. Kalau tak, makcik akan tunggu arahan yang seterusnya. Harapnya agen-agen sekalian tidak berputus-asa ya, andai usaha anda tampak seolah-olahnya tidak membuahkan hasil. Inshaa Allah besar hikmah dan ibrahnya di situ. Err... Kalau tak puas hati, boleh terus berurusan dengan bos makcik ya..? Batuk batuk.
Oh lupa nak perkenalkan nama makcik. Ish. Maafkan makcik.
Ehem.
Nama makcik, Hidayah. Makcik Hidayah. Boleh kita berkenalan..? Senyum.
-gabbana-

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]
Oh lupa nak perkenalkan nama makcik. Ish. Maafkan makcik.
Ehem.
Nama makcik, Hidayah. Makcik Hidayah. Boleh kita berkenalan..? Senyum.
-gabbana-
24 Caci Maki Puji Muji:
Assalammualaikum.. First time baca blog APG, dan tersangatlah suka cara penceritaan dia dan sangat sesuai dengan masa sekarang.. Tahniah. Teruskan usaha dalam mentarbiyyahkan manusia. :)
macik tQ 4 ur visit!! :')
Aku begitu takut andai mak cik itu pergi berlalu kerana ke alpaan ku:'(..ya Allah berikan kekuatan..
terbaik lah cerita ni . kreatif . :)
smpi skrg masih dlm proses perkenalan ngan makcik hidayah. sgt sukar, tlalu bnyk dugaan n cabaran yg plu ditempuhi :( makcik hidayah or family T_T
qowiy inche gabbana, qowiy! penceritaan yang hebat, serious hebat gila. semoga perkenalan baru diri ini dengan makcik Hidayah, diredhai Allah, in shaa Allah
Bolehhh!!! Makcik jemput dtg tmpt sy!!!kwn2 sy x sbr nk jmpe makcik! ;)
makcik!!! jgn pergi mne2 tau TT.TT sy cuba jd tak nakal
haibat.. x boleh nak dinafikan tulisan inche memang penuh emosi wpun masih tak menempa nama macam hilal or penulis lain. mula2 baca blog ni rasa pening giler apa la yg p.cik ni tulis, rasa x faham lansung. tapi m.cik hidayah gerakan hati untuk tinjau2 blog ni balik dan alhmdulillah smpai sekarang hanya blog ni saja satu2nya yang akan dibukak.kire dah jadi pembaca tegar la kan?
Habis bace post ni, rase macam pening2 lalat. Bile fikir dalam2, 'Ohhhh...Baru faham.' Haha. Osem writing Inche Gabbana! Keep It Up!
terkesan dgn paragraph makcik dtg rumah, tapi xkena layan.. huhu astaghfirullah .. genggam kuat2 makcik nii.. jgn bagi die balik dgn bergaya :)
terel nye makcik hidayah..kenalan beliau sungguh ramai, sabas, Inche Gabbana.. buleh masuk pertanadingan penulisan kreatip ni...=D
salam inche gabbana
saya dah lama follow blog inche tapi ni la first time (kot) saya tulis komen kat sini.
saya suka sgt post ni. dan makcik Hidayah pernah melawat saya 13 tahun dulu. Alhamdulillah, rasanya makcik Hidayah still ada bersama saya :) insya Allah
p/s: kalau boleh visit la blog saya: hukalohlaa.blogspot.com
saya pun nak berkenalan dengan makcik! . . Eh? . . Cara Inche Gabbana tulis buat makcik ni nampak mcm orang la pulak, hehe :D
Saya sudahpun berkenalan dengan Mak Cik tu, dia kelakar dan she's my best friend now ; )
M.cik hidayah..awesome
Alhamdulillah...makcik nie still datang melawat walaupun kengkadang x layan die x jamu die makan kueh raye ke air sirap ke.alhamdulillah boss die maseh kasihani diri ini.harap dpt bwk makcik utk diperkenalkn kpd ahli keluarga insyaAllah
Terasa smpai tulang sum2!! Huhu,, klau dh diberi pluang utk brknalan dgn mk cik ney nk sgt kenal dgn brsungguh sungguh.... =')
senyum... :)
alhamdulillah, makcik ni datang jumpa sy dan berkenalan dgn sy yg akhirnya jd titik mula perubahan sy.. insyaAllah, akan terus istiqamah dlm jalan ini.. :)
mohon makcik datang ke rumah saya. bawalah makcik Istiqomah sekali ye. rindunya.. :')
Terbaik. Semoga terus berpena untuk sebarkan kebaikan dan manfaat.. :)
Allahuakhbar!! Haza min amri rabbi..
penceritaan yang sangat menarik, membuatkan saya terfikir-fikir apa sebenarnya yg penulis nak sampaikan rupa-rupanya nak cerita pasal hidayah. sangat menarik
cerita yang sangat menarik,membuatkan saya terfikir-fikir ape benda yg penulis nak sampaikan ni tp last2 baru dapat jawapan pasal hidayah :)
Post a Comment