20 January 2013

Riadhah Otak Di Malam Ahad #19

Ok video yang akan saya tunjukkan ini pasti akan membuatkan anda:

1) Berasa malu sehingga terasa seperti hendak terjun gaung, sebab kanak-kanak ribena pon mampu menghasilkan video seosem ini
2) Ketawa, ternganga mulut dan menggaru kepala dalam masa yang sama
3) Menghabiskan sekotak tisu cap Scottex milik Puan Mama anda yang diletakkan di ruang tamu

Video in sepatutnya menyertai Pertandingan Video Osem APG 2012. Tetapi kerana penyertaannya lewat tiga hari selepas tarikh tutup penyertaan, saya terpaksa menolak penyertaan ini.

Meskipon saya amat berharap video seberkualiti ini sekurang-kurangnya layak untuk diundi oleh anda semua.

Oh tidak mengapalah. Harapnya mereka akan cukup teruja dan bersemangat untuk menyertai Pertandingan Video Osem APG 2013 pula! 

Sedikit diskelemer. Walaupon mungkin ada adegan-adegan yang err, agak mengalirkan peluh kecil juga, namun jalan ceritanya secara keseluruhannya baik dan perlu dipuji. Cuma harapannya, sekiranya mereka ini mahu menyertai Pertandingan Video Osem APG 2013 nanti, dapatlah kurangkan atau mansuhkan terus adegan-adegan yang panas, sensasi dan yang tidak perlu itu ya...? 

Gelak kecil rasa bersalah.

Baiklah. Anda sudah bersiap sedia dengan popkon perisa karamel dan teh o' limau panas...? 

Selamat menonton dengan dada yang lapang dan bergaya heyy!



-gabbana-

Off to Masjid Negeri for Syaikh Jum'ah Amin's talk. Smiles. 

6 Caci Maki Puji Muji:

Mizz Tranquility 20/01/2013, 22:39  

nice video :)

Anonymous 20/01/2013, 23:51  

No need to feel uneasy.Most probably, their teachers were behind the scene. For this kind of project at school level, it involves many aspects and parties.Of course the kids are superb actors/actress.Glad,you could apprcte the kids' effort.If only u'r willing to 'return' to school, there're many things happening nowadays..

Anonymous 21/01/2013, 20:31  

mantap video ni...
tpi tulah...ada adegan2 yang perlu dielakkan..

Anonymous 22/01/2013, 02:48  

cikgu nye pergh! terbaik la ! style tu... hahahah

Anonymous 23/01/2013, 13:49  

okey .sedih

Anonymous 28/01/2013, 10:12  

salam. Terima kasih kerana menonton filem pelajar saya. Saya cuma nak bagitahu seandainya ada salah faham mengenai babak yang tak sepatutnya. Sebenarnya, watak ibu dalam filem ini adalah dipegang oleh pelajar lelaki. Mungkin kerana dia dipakaikan tudung maka ramai yang sangka dia adalah perempuan. Saya mohon maaf jika ada yang tersalah sangka. Apa - apa pun, terima kasih banyak kerana sudi menonton dan semoga anda semua dapat mesej yang cuba disampaikan oleh pelajar saya...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP