9 January 2013

Formula Riang Gembira 2.0

[Kredit]

"Saudara, saya nak tanya. Macam mana saudara boleh bersemangat atas jalan ni..? Sangat jelas dalam penulisan saudara ni sangat bersungguh orangnya.."

"Akhi ana peliklah dengan anta. Macam mana anta bahagikan masa anta eh? Hapdet belog lagi, MukaBuku lagi, Pengicau lagi, pastu malam ada bulatan gembira, hujung minggu ada konferens riang... Perrgghh."

"Bagaimana Inche gabbana dapat berbelog, berMukaBuku dan berkicau dan masih dapat bekerja mencari rejeki? Kagum dan tertanya-tanya."

Uhm. Sekali baca nampak macam bongkak, takabbur lagi riya' bukan..? Adeh.

Saya mohon agar Allah bersihkan hati saya daripada perasaan dan akhlak yang membunuh ni. Penat weh beramal, tup tup, diterbangkan oleh angin macam tu sahaja. Peluh. Kalau benar saya riya' lagi takabbur, silalah jangan segan-segan beri pelempang dua ratus lima belas darjah tepat ke muka dan hati saya. 

Penulisan kali ini tidak lain hanyalah mahu berkongsikan kepada anda apa yang saya rasa dan ada. Harapnya bermanfaat kepada anda yang membacanya. Namun andai antara ada yang merasa jelik dan tidak selesa dengan penulisan ini, tolong doakan agar Allah kuatkan hati saya dan buang jauh-jauh rasa riya' dan meninggi diri dalam hati. Janji..?

Apa-apa jalan, pertanyaan atau kenyataan seperti di atas, adalah beberapa luahan yang pernah diungkapkan atau ditulis kepada saya. Jujurnya, saya sendiri kadang-kadang kurang selesa dengan pertanyaa dan kenyataan sebegitu.

Mana tidaknya. Baharu sahaja nak mula baca, iblis syaitonirojim dan konco-konconya berbondong datang menyerang saya. Ada yang menarik telinga saya, ada yang membelai rambut saya, ada yang mencucuk-cucuk jiwa dan raga saya dan ada juga yang mengusap-usap belakang badan saya. Adoiii. 

Ketika itu mulalah terasa seronok. Mulalah terasa haibat. Mulalah terasa terawang-awang di udara. Mulalah tersengih seorang-seorang macam sambal kerang. Mulalah terasa kalau mengorat anak gadis Pak Cik Usop Awang tu, gerenti lulus hari ini juga! Eh. 

Astaghfirullah. Sungguh marabahaya kan..?

Uhm uhm. Anda tahu mahu tahu suatu perkara? Maaf sekiranya ia mengechiwakan anda.

Jujurnya lagi sekali (Saya tahu, saya ni memang sangat jujur orangnya.. Wah!), saya tak pernah rasa haibat pon dengan siapa diri saya hari ini. Saya tidak terasa gaban pon dengan menulis belog, menghapdet MukaBuku dan Pengicau, pergi bulatan gembira, berkonferens riang, bermuayasyah dengan hadek-hadek, berborak-borak qadhaya dengan ikhwah terchenta, bla bla bla.. Seriyes.

Mengapa..?

Kerana tiada apa-apa yang hebat atau mahu dikagumkan pon dengan semua itu. Kerana saya merasakan apa yang saya buat sekarang ini, adalah sesuatu yang normal, sesuatu yang dilakukan oleh orang lain juga. Sungguh. Dan saya yakin, masih raaaamaaaaiii yang jauh lebih Super Saiya dan Krayon Shin Chan daripada saya ini di luar sana! Eh. Hanya kerana saya menulis dan ekspresif orangnya, tidak bermakna tiada orang lain yang beramal dan bersungguh di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini (Itu pon kalau saya ni beramal dan bersungguhlah.. Nanges). Hakikatnya, saya ini hanyalah cebisan pasir pada sebutir mutiara, di tengah-tengah lautan yang maha luas; jutaan mutiara masih menanti-nanti untuk dikenalpasti.

Ibaratnya saya ini hanyalah sushi murahan yang dibeli di Jusco, walhal taraf sushi sebenar adalah sushi yang disediakan oleh Chef Bintang Michellin! Wahahaha. Err boleh faham kah..? Eheh. 

Apalah sangat menulis belog jika hendak dibandingkan dengan shuyukh dan asatizah yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah menyentuh hati-hati di luar sana. Apalah sangat menghapdet MukaBuku dan Pengicau kalau hendak dibandingkan dengan para mujahidin Palestin dan Syria yang saban hari memanti Izrail menjemput mereka. Dan apalah sangat membawa bulatan gembira dan berkonferens riang andai mahu dibandingkan dengan mereka yang telah berbaiah dengan darah dan harta mereka untuk menegakan agama ini!

Aduhai. Tersipu-sipu, kuis-kuis kaki pada tanah.

Maka saya suka untuk menjawab "Tak tahu" kepada persoalan dan kenyataan seperti di atas. Sumpah. Kerana sungguh saya tidak tahu apa yang menyebabkan saya menjadi sebegitu. Saya tidak merasakan ada apa-apa yang istimewanya dengan diri saya sekarang ini.

Hekeleh, kerek gila Inche gabbana ni. Perasan! Berlagak nak mampos! Pppfffttt!   

Aduh, sudah saya beri amaran awal-awal tadi bukan..? Sukar untuk saya ungkapkan apa yang terbuku di hati ini. Tak berani pula saya untuk katakan, "Ambil pisau, belahlah dada ini dan lihatlah hati saya!" sebab nanti ada pula orang gila mana yang baca post ini, betul-betul dibelahnya dada saya nanti! Hohoho.. 

Tapi.. Sekiranya saya diijinkan untuk berkongsi, bagaimana saya boleh mejadi seperti saya pada hari, uhm, mungkin saya ada satu jawapan untuk anda:

Saya sudah jatuh chenta dengan tarbiyah dan dakwah.

Haha. Ya, saya tahu. Bunyinya klise. Tapi itu sahajalah penjelasan yang dapat saya fikirkan.

Saya henjoy membuat kerja-kerja tarbiyah dan dakwah ini. Tidak merasa beban untuk pergi membawa bulatan gembira atau berkonferens riang. Teruja untuk menulis dan terus menulis kerana saya tahu ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya. Berasa sangat terharu dan gembira apabila ada orang yang terkesan dengan status-status marhaen dan mengarut di MukaBuku. Terasa ringan, terbang tinggi di langit penuh kesyukuran apabila ada yang mahu mengikuti bulatan gembira dek membaca kicauan saya.

Ya, saya telah jatuh chenta. 

Saya tidak hairan dengan hakikat ini. Kerana saya yakin, sudah ramai orang-orang sebelum saya yang jauh lebih haibat, yang jauh lebih Suria Perkasa Hitam dan yang sewaktu dengannya, sudah mengalami perasaan yang sama. Mereka ini dan saya (in shaa Allah!) amat beriman dengan ayat chentaNya yang satu ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata 'Tuhan Kami adalah Allah!' dan mereka beristiqamah, maka tidak ada rasa khuatir pada diri mereka dan mereka tidak pula bersedih hati."
[al-Ahqaf, 46:13]

Nah! Inilah rahsianya!

Andai anda bersungguh-sungguh untuk menyebarkan risalahNya, bermujahadah melawan segala cobaan dan dugaan yang mendatang, kemudian beristiqamah pula, sudah menjadi janji Allah yang anda tidak akan  dan bersedih hati!

Dengan kata lain, anda akan sentiasa tenang, ceria dan gembira! Ya, itu janjiNya!  

Maka tidak hairanlah, sepanjang hayat ar-Rasul SAW, yang penuh dengan mehnah dan tribulasi tahap langit tertinggi, baginda wafat dengan hanya tidak lebih dua puluh helai uban di rambut dan kepalanya! Walaweh! 

Masakah tidak. Tarbiyah itu menyebarluaskan chentaNya. Dakwah itu menyampaikan rinduNya. Masakan kita terasa beban dan tertekan dengan tugas yang begitu masyuk dan mulia ini...?? 

Arakian..

Jangan terasa terbeban apabila diminta membawa bulatan gembira.
Jangan monyok dan bermasam muka apabila hujung minggu anda penuh dengan program dan aktiviti tarbiyah dan dakwah.
Jangan garu kepala apabila hadek bulatan gembira datang mahu mengadu masalahnya.
Jangan banyak mengomel ketika ikhwah datang mahu berborak bantal dengan anda.
Jangan merungut apabila dihunjam dengan pelbagai cobaan dah ujian, satu demi satu.

Senyumlah apabila bersama dengan hadek-hadek terchenta.
Cerialah apabila berjumpa dengan ikhwah di konferens riang.
Terujalah apabila diberikan tugas dan amanah untuk gerabak tarbiyah dan dakwah ini.
Bersyukurlah apabila ada yang datang mahu meluah rasa berkongsi sukma.
Bersabarlah apabila mehnah dan fitnah bertalu-talu menggugah jiwa.



Ya, saya tahu. Amat mudah untuk saya menuturkannya. Lebih mudah untuk saya menekan punat-punat papan kekunci ini menulisnya. Eheh.

Namun percayalah. Yakinlah. Kerana ini adalah janjiNya. Ini adalah motivasi daripadaNya. Dan kerana sudah ramai yang pernah merasainyai dan mengalaminya. Sudah ramai yang jatuh chenta; termasuklah saya. Senyum. 

Tapi Inche gabbana... Tiada cara yang lebih praktikalkah.? 

Sudah tentulah ada! Syarat untuk jatuh chenta, ia mestilah didasari dengan kefahaman dan keikhlasan! Bagaimana nak faham? Tarbiyah! Ya, tarbiyah yang berterusan! Dan bagaimana nak ikhlas? Ah, beramallah dengan kefahaman yang ada tu! Ahah!

(Ok ini jawapan yang super ringkas. Sebab bukan niat saya nak hurai pasal al-Fahmu dan al-Ikhlas dalam penulisan kali ini! Eheh.)

Nah, sekarang bagaimana? Masih terasa beban dengan tugas Syahadatul Haq ini? Masih tertekan dengan bulatan-bulatan gembira yang perlu dibawa? Masih terasa seperti mahu terjun gaung dek terlalu banyak amanah dan tugas dakwah di bahu?

Tidak perlu!

Kerana amanah ini adalah tanda chenta daripadaNya. Kerana tugas dan tanggungjawab ini adalah isyarat rinduNya pada kita. Dan kerana obor perjuangan ini adalah penyemarak hamasah untuk kita meluru laju ke sorgaNya.

Nah, masakan kita tidak bisa bergembira..?

-gabbana- 

Ah terlalu idealkah saya..? Saya tidak fikir begitu.

Kita tidak mungkin akan sempurna. Tetapi kita perlu terus berlari, memburu kesempurnaan. Senyum. 

8 Caci Maki Puji Muji:

hawariyyun 09/01/2013, 15:07  

smlm. Allah gerakkan hati baca tafsir fi zhilal Al-Mukminun.

Ayat 9 : dan mereka (orang mukmin) sgt memelihara solat.

penjelasan syed Qutb membuatkan rasa seperti selama ini belum betul2 bersolat..carilah rahsia istiqomah dan keupayaan mengurus masa dari dalam solat itu sendiri..

yang penting, hadirkan diri dlm setiap perkara yang dilakukan = khusyuk..

Allahu a'lam..just my 2 cents

p/s: takut tulis ni..tapi lagi takut kalau Allah tanya kenapa ilmu yang ada simpan je dalam dada? *banjir*

ENCIK MUSAB 09/01/2013, 16:04  

masyaALLAH

Anonymous 09/01/2013, 20:03  

Sy pasti akh gabbana pernah futur, tp dia cepat recover?

tulisanbelogsaya 09/01/2013, 22:30  

assalam inchi gabanna..:) sungguh indah kata2 belog kali nieh..alhamdulillah Allah telah mengurniakan kita hati yg suci.. truskan usaha inchi..:) barakallah.. super saiyaa..hehe ^_^

Honestly, nour. 10/01/2013, 00:38  

Tak pernag bosan baca entry angel pakai gucci :D

Anonymous 10/01/2013, 22:57  

SO CUWEET....ITEW SUKE3 SHARE...

Anonymous 11/01/2013, 07:51  

Notice it too. You've been consistently upgrading yr malay
language(u've been reading those egyptian-indo-translated
older version en? why not display a 'kamus' for that kinda lg.
to help yr readers) and presentation. Kipidap!caiiyok!
... MBMMBI

Anonymous 15/02/2013, 17:19  

mengorat anak gadis pak cik usop awang?

terase pulak =="

bercinta dengan dakwah dan tarbiah In shaa Allah rasa tak terbeban
'The Power of LOVE'

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP