8 January 2013

V Untuk Vendetta. Eh.

[Kredit]

It's time to VOTE, peeps.

Ya, masanya sudah tiba untuk anda menunjukkan kesetiaan anda kepada raja dan negara. Err.

Semua video-video osem APG 2013 telah pon ditayangkan kepada anda semua. Dan saya yakin, dalam banyak-banyak video tersebut, pasti ada yang berjaya menggeletek ketiak anda mahupon membuatkan hidung anda sedikit kembang-kempis penuh keterujaan.

Kini sudah tiba masanya untuk anda menggunakan kuasa yang ada di tangan anda. Undi.

Caranya mudah. Saya akan letakkan nama-nama video yang bertanding di sebelah kanan belog mengikut kategori (ALIF dan BAA). Anda boleh mengundi mana-mana video yang menjadi kegemaran anda. TAPI ANDA HANYA BOLEH MENGUNDI SEKALI SAHAJA UNTUK SETIAP VIDEO. Kalau tak silap saya, alamat URL anda akan dikesan secara otomatik dan sememangnya anda hanya boleh mengundi sekali sahaja bagi setiap video.

Dan sekiranya itu bukan kesnya, saya minta anda semua berlaku jujur dan hanya mengundi sekali sahaja. Yalah, saya tak nampak, tapi Allah Maha Melihat kan..? Hamek kau.

Seperti biasa, saya tiada hak mahupon kuasa untuk mempengaruhi undi anda, mahupon memaksa anda mengundi mana-mana video yang saya sukai. Saya juga tiada hak untuk menghalang mana-mna tukang buat video mempromosikan video mereka untuk mendapat undian yang tertinggi. Ini adalah negara demokrasi, maka sila penuhi hak anda dengan penuh adil dan saksama. Eheh.

Namun, saya mengesyorkan anda untuk menjadi pengundi yang lebih rasional dan bergaya, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut sebelum mengundi:

  • keaslian
  • kreativiti
  • mesej tarbiyah dan dakwah yang diketengahkan
  • unsur-unsur artistik
  • kepatuhan kepada tema (untuk kategori ALIF)
  • kepatuhan kepada syarat dan terma pertandingan 
  • elemen-elemen potong bawang dan habuk masuk mata
  • kepuasan menonton secara keseluruhan       

Juga, untuk memastikan proses undian berlaku dengan ceria dan bergaya, saya minta kerjasama sama untuk perbanyakkan istighfar dan baca basmalah sebelum mengundi. Selepas habis mengundi, bolehlah lompat katak sambil menjerit "Hoyeaaahhh saya dah undi!"

Kotak undian akan dibuka mulai hari ini sehinggalah Ahad malam Isnin, 13 haribulan Januari 2013 tepat jam 11.59 malam waktu Malaysia. Kotak undian terletak di bahagian kanan belog di bawah bahagian 'Diskelemer.' Kalau itu pon anda tak dapat nak kesan/lihat, lebih baik terjun gaung sahajalah! Ahah.


Undian hanya akan dijalankan di belog Angel Pakai Gucci sahaja. Jumlah penonton di TiubAnda, undian melalui khidmat pesanan ringkas dan baling-baling kertas ala-ala chenta monyet zaman sekolah rendah dahulu sama sekali tidak akan diterima

Selepas habis proses undian awam, LIMA video untuk kategori ALIF dan TIGA video untuk kategori BAA akan melangkah ke pusingan seterusnya, yakni video-video ini akan dihakimi pula oleh Puan Wardina Safiyyah, Inche Aiman Azlan dan ehem, Manusia Marhaen gabbana. Koff. 

Saya, err, tak boleh nak janji bila keputusan akhir akan diumumkan. Tapi In Shaa Allah akan diusahakan dengan sesegera mungkin. 

Baiklah.   

Tarik nafas. Bismillah.

Dengan ini saya mengumumkan...

Jeng jeng jeng.

Undian untuk Pertandingan Video Osem APG 2013 dibuka sekarang!

-gabbana-   

3 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 08/01/2013, 16:08  

Kategori alif satu undi, baa satu undi?
Jadi dua undi?

Atau satu undi utk dua2 ktegori?

Inche gabbana 08/01/2013, 16:13  

Anda boleh undi brapa banyak yg anda suka, untuk kedua-dua kategori. Tapi satu video satu undi anda sahajalah. ;)

Annajaat 08/01/2013, 18:40  

Apa apa je. Tp perenggan atas sekali tu ada benarnya. Eh

Sekian.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP