Wahai Akhi Sayang 2.0
[Kredit] |
Wahai akhi sayang,
Masih ingatkah dikau,
Di saat kita pertama kali bertemu,
Pipi bertemu pipi,
Tangan menggenggam mesra,
Senyum terukir bahagia,
Mata bersinar penuh bercahaya,
Kita menjalin hubungan suci,
Penuh terpercaya,
Alangkah nikmatnya!
Masih ingatkah dikau?
Akhi sayang,
Seperti iman lagaknya,
Ukhuwwah itu juga punya,
Naik naik dan turun turunnya,
Ketika naiknya, kita bermesra,
Ketika turunnya, kita bersengketa,
Namun kita tetap percaya,
Pada hubungan yang kita bina,
Menyemai benih di dunia,
Untuk kita tuai harum buahnya,
Di taman-taman sorga pesona.
Wahai akhi sayang,
Wahai akhi sayang,
Aku ingin benar menchentaimu,
Seperti sabda ar-Rasul kekasih hati,
"Chentailah saudara kekasihmu,
sepertimana dikau menchentai,
mengasihi dirimu sendiri."
Maka akhi sayang,
Jika aku marah dan gelisah,
Itu bukan kerana dirimu yang gundah,
Tetapi kerana diriku yang payah,
Mentaati suruhan perintah Allah,
Dalam noda penuh jahiliyyah.
Maka akhi sayang,
Kalau aku cemburu terburu-buru,
Itu bukan kerana kekhilafan pada dirimu,
Tetapi kerana aku cemburu melihatmu,
Yang sudah lari bergerak laju,
Sedang aku terkial-kial kaku.
Maka akhi sayang,
Andai ukhuwwah ini sejuk tercalar,
Itu bukan kerana dirimu yang berbalar,
Tetapi aku, akulah yang tersasar,
Dari iman kukuh yang berpijar,
Menjauhi nur iman yang sebenar.
Aku juga ingin, hai akhi sayang,
Menyayangimu sepertimana sabda Nabi,
"Orang-orang beriman itu seperti,
sosok tubuh badan yang berdiri,
jika perit dan sakit satu anggota,
anggota lain berkongsi pedihnya."
Maka akhi sayang,
Jika aku sakit merana,
Ketahuilah bahawa itu petanda,
Aku sedang berkongsi rasa,
Dengan dirimu yang sengsara,
Walau dikau tidak pernah bersuara.
Maka akhi sayang,
Jika aku bersedih meratapi,
Diam membisu hilang seri,
Aku sebenarnya sedang menyatu hati,
Dengan dirimu yang sepi,
Walau dikau tidak minta dimengerti.
Maka akhi sayang,
Jika aku tertawa gembira,
Penuh bahagia,
Ketahuilah tiada yang lain kerana,
Aku penuh rasa sejahtera,
Melihat dikau diulit chenta.
Akhi, Akhi, Akhi,
Ukhuwwah ini kita bina,
Ukhuwwah ini kita anyam,
Ukhuwwah ini kita cantum,
Ukhuwwah ini sambung,
Ukhuwwah ini kita santun,
Ukhuwwah ini kita belai,
Ukhuwwah ini kita tatang,
Ukhuwwah ini kita dakap,
Ukhuwwah ini kita selusur,
Ukhuwwah ini kita hidupkan.
Genggamlah tangan aku, hai akhi sayang,
Pimpinlah aku bersamamu,
Saat aku terjatuh, angkatlah!
Tika aku tersadung, bimbinglah!
Pabila aku terlambat, tunggulah!
Jika aku penuh debu, bersihkanlah!
Andai aku tertidur, kejutkanlah!
Kira aku gugur, ingatkanlah!
Wahai akhi sayang,
Ukhuwwah ini kita bina,
Bukan kerana nafsu yang menoda,
Bukan juga dek jahiliyyah yang beraja,
Tetapi kerana keimanan di dada,
Kerana kerinduan pada kasihNya,
Demikianlah chenta berasaskan keimanan,
Yang akan terus kita pertahankan,
Walau badai ombak menghempas persisiran,
Pantai jiwa dan laut perasaan,
Andai aku hanyut, selamatkan aku akhi, selamatkan.
Kerana diriku ini, hai akhi sayang,
Amat-amat merindukan,
Amat-amat menantikan,
Amat-amat mendambakan,
Saat yang bakal tiba,
Apabila kau dan aku, kau dan aku,
Menggenggam tangan, penuh bahagia,
Melangkah mesra, berderap sama,
Tertawa gembira, kemilau bercahaya,
Menatap wajahNya yang penuh redha,
Di bawah bayangan, pohon-pohon sorga.
-gabbana-
Jiwang. Saya tahu. Kalau rasa nak muntah hijau, itu tanda dalam hati anda ada banyak semak-samun dan lalang. Eh?
10 Caci Maki Puji Muji:
cara akhi tulis tentang ukhuwwah, selalu buat sy tersenyum sorang2..tapi, hati nangis sebab diri masih belum mampu berkasih sedemikian rupa
Sangat indah..
akhi sayang.
Alhamdulillah.
:'(
moga ada hati yang terus terbuka.
terbaik, tapi Inche Gabbana ni siapa ya? Rasa cam x lengkap bila terima dakwah drpd orang yang kita tak tau siapa dia. Entahlah.
:')
Betul amen naqib, sy pulak rase limited sikit cara nak share status APG sbb org tak bole nak knal sape. Org yang seangkatan je la yg leh paham.
Moga lebih terbuka utk cerita identiti diri di masa hdpn. Btw keep up the great works.
Peace~
Sungguh ombak itu ada tinggi rendahnya,
Tapi biarlah iman dan cinta itu ibarat ombak yang cantik menghempas pantai,
Sungguh ukhwah itu diuji dengan rasa manis dan masamnya,
Tapi biarlah iman dan cinta itu ibarat penawar dan madu bagi jiwa.
owh...aku terkaku terus membisu membaca puisi chenta buatanmu -_-
mabruk. indah amat. moga ukhuwwah aku dan shbt sehebat ukhuwwah rasulullah dan para sahabat baginda :)
W O W
Post a Comment